Terkini

Friday 15 February 2008

Yayasan Waqaf Malaysia akan ditubuh

PUTRAJAYA 14 Feb. - Sebuah yayasan, dikenali sebagai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) akan ditubuhkan bagi menyatu dan menggembleng sumber-sumber wakaf untuk dijadikan sumber modal ekonomi berpotensi tinggi bagi dimanfaatkan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata penubuhan yayasan yang dikendalikan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan Baitulmal pada Mac tahun lalu yang bersetuju agar satu entiti kebangsaan bagi wakaf diwujudkan.
“Adalah diharapkan penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia ini akan dapat mencapai matlamatnya dan berjaya membangunkan harta-harta wakaf di negara ini,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.
Dr Abdullah berkata sebuah Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotai 21 tokoh terkemuka daripada pelbagai latar belakang dan dipengerusikannya akan turut ditubuhkan.
Antara lain matlamat penubuhan yayasan itu, katanya adalah menyelidik dan menghasilkan konsep wakaf baru yang praktikal dan boleh menggalakkan penyertaan umat Islam untuk berwakaf.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment