Terkini

Wednesday 6 February 2008

Perbahasan agihan zakat

Oleh Idris Musa
Harian Metro



PERKEMBANGAN ekonomi yang semakin baik menyaksikan ramai umat Islam bergelar usahawan, ahli perniagaan dan tokoh korporat. Ia sekaligus menjana sumber pendapatan negara.Kebanyakan umat Islam juga semakin sedar tanggung jawab berzakat. Ini dibuktikan daripada statistik kutipan zakat setiap tahun.Pada tahun 2000, kutipan zakat harta dan fitrah di seluruh negara berjumlah RM258 juta, meningkat RM320 juta (2001), RM373 juta (2002), RM408 juta (2003), RM473 juta (2004), RM573 juta (2005) dan RM670 juta tahun lalu.Dengan hasil daripada sumbangan zakat itu membolehkan kerajaan menjana kemajuan sosial dan membangunkan lagi ekonomi umat Islam ke arah yang lebih baik, mengikut skim yang diperuntukkan sesuai dengan asnaf (bahagian) ditetapkan.
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 60)
Begitupun, dalam pengagihan zakat timbul perselisihan, malah menjadi perdebatan sesetengah pihak kerana berbezanya dalam menterjemahkan asnaf terbabit, lebih-lebih lagi untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.Antara yang menjadi perbincangan ialah asnaf muallaf, iaitu mereka yang dijinakkan hati mereka. Sesetengah mendakwa asnaf itu adalah untuk orang Islam saja, tidak termasuk langsung orang bukan Islam.Tetapi ada pula mengatakan ia termasuk orang bukan Islam. Ini menimbulkan sedikit kekeliruan terutama di kalangan umat Islam yang masih hijau jiwa mereka mengenai agama suci itu.Ada mempersoalkan isu agihan seperti bagaimana diagihkan dan keberkesanan sistem agihan. Bagaimana dengan umat Islam sedangkan ramai daripada mereka masih daif? Prof Madya Dr Abdul Basir Mohamad dari Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata muallaf itu sendiri mempunyai dua pengertian. “Muallaf yang dijinakkan hati ada dua pengertian, orang Islam dan bukan Islam, tetapi diharapkan kebaikannya dan dikhuatiri keburukannya,” katanya.Beliau menegaskan, Imam Hanbali dan Maliki menyatakan tidak ada masalah memberikan zakat kepada orang bukan Islam, cuma mazhab Hanafi dan Syafie melarang berbuat demikian kepada bukan Islam.Walaupun masyarakat di negara ini berpegang kepada mazhab Syafie, katanya tiada masalah keluar daripada mazhab dalam kes tertentu, sama ada ketika mengeluarkan zakat fitrah dengan wang.Menurutnya, ulama moden, Wahbah Zuhaili juga cenderung mengatakan zakat boleh diberikan kepada orang bukan Islam.“Memberikan zakat kepada orang bukan Islam boleh digunakan sebagai bahan dakwah malah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, bermaksud: “Perselisihan umatku satu rahmat.”Katanya, kaedah fiqh dalam kes tertentu ada menyatakan boleh berubah mengikut zaman.“Kita memberi zakat kepada orang bukan Islam lebih kepada tujuan positif supaya mereka tertarik dengan Islam.”“Memang dia tidak masuk Islam lagi, tetapi dengan kita beri bantuan (lebih awal) mungkin hatinya menjadi lembut dan mungkin masuk Islam.“Jika dia menentang Islam pun, tetapi jika dia boleh dipujuk, mungkin anak dia sakit diberi sedikit bantuan kepadanya, tidak ada masalah.“Rasulullah s.a.w dan khalifah juga pernah memberikan bantuan zakat kepada golongan terbabit tetapi bukan berterusan,” katanya, sambil mencadangkan kerajaan memperincikan skim agihan supaya meluas kepada bentuk lain, termasuk kursus kemahiran dan teknikal.Beliau berkata, keutamaan zakat tetap kepada umat Islam, tetapi jangan terlalu taksub hingga mendakwa orang bukan Islam tidak boleh menerima zakat.Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), berkata isu ini bukan masalah besar hingga boleh menimbulkan kekeliruan, cuma bagi masyarakat umum yang tidak mendapat pendedahan mengenainya, mereka menganggap ia janggal.Menurutnya, pada zaman Rasulullah s.a.w ada berlaku pemberian zakat kepada golongan bukan Islam.“Jika hendak kembali kepada hadis 100 peratus, memang boleh diberikan kepada orang bukan Islam, sebab pada zaman Nabi diberikan zakat kepada golongan terbabit.“Tetapi pada zaman Saidina Umar, beliau tidak meneruskan tradisi Rasulullah s.a.w kerana orang bukan Islam sudah oportunis, iaitu mengambil kesempatan, mahu habuan saja, tetapi kerja tidak mahu,” katanya.Menurutnya, walaupun ada keharusan diberikan zakat kepada golongan bukan Islam, ia tidak boleh dilakukan secara peribadi atau sewenang-wenangnya, sebaliknya memerlukan kepada polisi kerajaan. “Dalam perkara ini kerajaan mempunyai kuasa menentukan sama ada dibolehkan atau tidak. Situasi pada zaman Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar juga menggambarkan polisi sebuah kerajaan.“Di negara ini, kebanyakan orang bukan Islam lebih berkemampuan daripada orang Islam, jadi mengapa harus diberikan kepada bukan Islam?” katanya.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment