Terkini

Showing posts with label Pelaburan Islam. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan Islam. Show all posts

Thursday, 7 March 2019

5 dana terbaik (top 5 funds) PMB Investment dari segi peluangan setakat ini dari awal tahun (year-to-date return) seperti pada 6 Mac 2019 (65 hari)

5 dana terbaik (top 5 funds) PMB Investment dari segi peluangan setakat ini dari awal tahun (year-to-date return) seperti pada 6 Mac 2019 (65 hari):


1. PMB Shariah Small-Cap Fund: +6.31%

2. PMB Shariah Mid-Cap Fund: +5.42%

3. PMB Dana Mutiara: +5.25%

4. PMB Shariah TNB Employee Fund: +4.76%

5. PMB Shariah Tactical Fund: +4.35%


www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment (Sanusi | PMBI | KL)


● PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.


● PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 52 tahun, bermula sejak 1967.


● Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).


● Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.


☆☆☆☆☆


Jika berminat melabur dlm dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT Berhad atau ingin menjadi perunding, sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dgn menulis:


Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi


Contoh: Pelabur Ahmad Ali 30 KL


Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding

PMB Investment Berhad

(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)

Kuala Lumpur 

🌐 www.pmbinvest.com.my


Sejak 1967...52 tahun


"Pengalaman Kami. Keyakinan Anda"


 *Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.

Monday, 14 July 2014

Peluang di Republik Guinea

PUTRAJAYA 14 Julai - Jumlah dagangan antara Malaysia dan Republik Guinea menunjukkan perkembangan positif yang mana pada tahun lalu meningkat 11 peratus kepada RM143 juta berbanding RM125 juta pada tahun sebelumnya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan positif itu merupakan berita baik kepada pelabur Malaysia yang ingin mencuba nasib di negara berkenaan terutamanya dalam bidang pertanian.

Beliau berkata, majoriti jumlah dagangan itu disumbangkan melalui eksport minyak kelapa sawit, justeru pelabur di negara ini digalakkan merebut peluang untuk melabur di negara berkenaan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Antara dagangan lain yang dilihat mampu mendapat pasaran di negara berkenaan termasuklah sabun serta barang makanan seperti tepung dan gandum.

"Republik Guinea juga terkenal dengan kekayaan hasil pertanian seperti koko dan getah dengan memiliki kira-kira enam juta hektar tanah pertanian selain sumber asli dan mineral seperti berlian serta bauksit.

"Jadi, saya rasa tidak salah pelabur dan syarikat di negara ini menggunakan peluang itu kerana Republik Guinea tidak banyak bezanya dengan Malaysia termasuk dari segi iklim serta rakyatnya yang majoriti beragama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Republik Guinea, Marc Yombouno di Menara Usahawan, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong.

Menurut Mustapa, pelabur di negara ini perlu memandang serius potensi pelaburan tersebut sekali gus mengembangkan eksport negara ke Republik Guinea.

Sementara itu, Yombouno berkata, Republik Guinea mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju dan berminat untuk menarik lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan Malaysia melabur di republik berkenaan.
"Kami amat memerlukan pengalaman dan kepakaran Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kewangan Islam untuk berkongsi dengan negara kami.

"Justeru, kami mengalu-alukan kedatangan pelabur Malaysia ke negara kami untuk berkongsi dan bertukar-tukar kepakaran yang dimiliki," katanya.

(Utusan Online . 14 Julai 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday, 13 July 2014

Lesen kasino: Ambil kira perasaan rakyat Pahang

BENTONG 13 Julai - Apa sahaja keputusan yang akan dibuat berhubung permohonan lesen pembukaan kasino kedua hendaklah mengambil kira kehendak dan perasaan keseluruhan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa ke atas tanah namun bidang kuasa untuk meluluskan lesen kasino kedua yang dikatakan akan dibina di negeri ini terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.

"Aspek pelesenan termasuk lesen perjudian adalah di bawah kelulusan Kerajaan Persekutuan, jadi sebagai Menteri Besar saya tidak dapat komen banyak.

"Bagaimanapun, setiap keputusan mestilah berasaskan kepada perasaan dan aspirasi rakyat kerana kemungkinan sesuatu yang baik kepada satu satu kumpulan dan tidak baik bagi yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai di sini malam tadi.

Sebelum ini, terdapat laporan media tempatan dan luar negara yang menyatakan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan merancang membuat permohonan bagi mendapatkan lesen perjudian di Berjaya Hill atau Bukit Tinggi Resort di sini.

Vincent dilaporkan berkata, permohonan dengan suntikan pelaburan kira-kira RM3 bilion itu tidak akan menerima tentangan daripada mana-mana pihak, lagi pun Malaysia tidak boleh tertumpu kepada satu pengendali di Genting Highlands sahaja.

Berdasarkan laporan itu, Berjaya Hills akan dipasarkan secara global sebagai destinasi kasino.
Sementara itu, mengulas mengenai kekejaman Israel yang terus melancarkan serangan ke atas Gaza, Adnan berkata, saluran diplomatik merupakan kaedah terbaik bagi menyuarakan bantahan.

Justeru katanya, negara Islam harus bersatu padu bagi menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan tekanan kepada Israel untuk menghentikan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

(Utusan Online / 13 Julai 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday, 8 February 2008

Strategi pelaburan kukuhkan Tabung Haji

PEMBAYARAN dividen sebanyak tujuh peratus - tertinggi sejak tujuh tahun lalu - melambangkan kejayaan aktiviti pelaburan Tabung Haji, terutama dalam pasaran saham dan sektor perladangan.

Sememangnya prestasi pelaburan Tabung Haji telah mula menunjukkan peningkatan sejak 2002 lagi menerusi catatan pertumbuhan sebanyak dua kali ganda.

Pengumuman kelmarin menguatkan lagi keyakinan para pendeposit terhadap kekukuhan Tabung Haji yang turut memberi dividen khas sebanyak dua peratus berikutan peningkatan pendapatan kasar sebanyak RM1.9 bilion sebelum ditolak zakat perniagaan.

Peningkatan pendapatan kasar itu adalah berikutan prestasi memberangsangkan pasaran saham tempatan serta kenaikan berterusan harga minyak sawit dunia pada tahun lalu.

Tabung Haji juga harus dipuji kerana mampu melihat prospek pelaburan dalam jangka panjang apabila turut membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Tabung Haji mendapat manfaat daripada transformasi tersebut apabila turut membuat keuntungan ke atas pelaburannya dalam syarikat-syarikat GLC terbabit.

Selain itu, peningkatan pendapatan Tabung Haji itu turut disumbangkan oleh strategi pengurusannya yang cekap sehingga berjaya mengawal kos pengurusan kepada RM323 juta pada tahun lalu berbanding RM322 pada tahun sebelumnya.

Kenaikan harga minyak sawit yang berterusan sejak tahun lalu sehingga mencatat rekod tertinggi RM3,349 setan, juga dipercayai merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan Tabung Haji.

Dalam konteks ini, Tabung Haji telah mengambil pendekatan yang tepat membuat pelaburan aktif dalam sektor perladangan dengan terus memperluaskan kawasan ladangnya, termasuk di Indonesia. Hakikatnya, pencapaian Tabung Haji jika diamati bukan menjadi kebanggaan Tabung Haji semata-mata tetapi juga kejayaan seluruh umat Islam di negara ini yang mampu menyatukan tabungan mereka.

Ia juga memperlihatkan betapa besarnya tabungan umat Islam di Malaysia pada masa ini hanya dalam sebuah institusi kewangan yang berlandaskan Islam atau patuh syariah.

Sukar hendak membayangkan jika tabungan umat Islam di Malaysia yang kini berjumlah hampir 20 juta orang dapat digembleng secara bersungguh-sungguh dan disalurkan ke dalam institusi kewangan Islam berlandaskan Islam.

Mereka bukan sahaja menyuburkan syariat Islam dengan menghidupkan institusi kewangan Islam sebagai alternatif kepada produk yang berorientasikan riba, tetapi juga dapat membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam di dunia.

Maka sudah seharusnya Tabung Haji membalas kesetiaan dan keyakinan para pendeposit dengan memberi dividen khas. --(Utusan Malaysia)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com