Terkini

Saturday 27 April 2019

'Year-to-date return' untuk PMB Shariah Mid-Cap fund seperti pada 25 April 2019 = 13.18%



'Year-to-date return' untuk PMB Shariah Mid-Cap fund seperti pada 25 April 2019 = 13.18%.

Bermaksud jumlah pulangan untuk dana ini adalah hampir 13.18% dlm tempoh 115 hari (1 Jan 2019 - 25 April 2019). Alhamdulillah.

2 lagi dana PMB INVESTMENT mencatatkan 'year-to-date return' melebihi 10% utk tempoh yg sama.

Jika berminat melabur dlm dana-dana Patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
+60192348786
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | Agency Manager
PMB INVESTMENT | KL 🇲🇾

*Prestasi lepas bukan jaminan prestasi masa depan suatu dana unit amanah

Friday 12 April 2019

Belajar Setakat Darjah 6, Saipol Azmir Jana Pendapatan Mencecah RM1 Juta Dengan Menternak Lembu


11 April 2019 (Infomaya)

Tak dinafikan, bukan begitu mudah untuk memperoleh pekerjaan pada zaman sekarang. Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan apa sekalipun, ia belum tentu menjamin peluang kerjaya kepada anda. Kata orang rezeki setiap individu itu berbeza-beza. Buat Saipol Azmir Zainuddin, ternyata keputusan beliau berhenti sekolah setakat darjah 6 bukanlah keputusan yang salah.

Berkat usahanya yang gigih, pengembala yang berusia 33 tahun ini memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu. Menurut Saipol, berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dan keputusan yang diambilnya itu bukan saja-saja“

Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil.

“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya. Kisah kejayaannya ini bermula selepas beliau membeli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya RM750 untuk diternak dan dibiakkan. Beliau membeli seekor lembu pada setiap bulan sehinggalah beliau mencapai usia 18 tahun.

Pekerja Saipol sedang membersihkan seekor lembu.“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.

“Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.“Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya lagi.

Kejayaannya itu membolehkan beliau menerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015. Saipol kini sudah berumah tangga dan memiliki lima cahaya mata dan sehingga sekarang beliau mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.

Beliau dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha. Beliau mula menjual lembu secara serius pada usia 19 tahun. Malah, Saipol juga sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri pada waktu itu sebelum mendirikan rumah tangga.

Saipol memberi rumput kepada ternakannya. “Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan. “LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara.

Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti Whats Apps dan Fa cebo ok,” kata Saipol. Tambahnya lagi, selepas beberapa tahun mengumpul wang hasil jualan lembu, beliau membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.

Beliau akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenya kit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah dan dalam masa yang sama, beliau menawarkan kursus ternakan kepada golongan muda yang berminat - Says.

Dari pegawai bank bertukar jadi penternak kelah


12 April 2019 (BH Online)

GUA MUSANG: Seorang pemuda sanggup berhenti kerja sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur untuk mengambil alih ternakan ikan kelah milik bapanya di Kampung Lepan Jaya di sini itu sejak setahun lalu.

Tindakan berani yang diambil Ibrahim Mat Nawi, 24, nyata membuahkan hasil apabila menjadi anak muda pertama di negeri ini yang berjaya melakukan pembenihan dan penetasan anak ikan kelah.

Kebolehan dimiliki Ibrahim yang memiliki Ijazah Perbankan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menerima pujian banyak pihak, termasuk Jabatan Perikanan Malaysia.

Ibrahim berkata, dia hanya sempat bekerja sebagai pegawai bank dalam tempoh lebih setahun sebelum membuat keputusan berhenti.

Katanya, dia mengakui ramai pihak, terutama rakan tidak setuju dengan tindakannya itu, namun tetap nekad untuk beralih bidang sebagai penternak ikan kelah di kampungnya.

“Biarpun bertugas pegawai bank, gaji yang saya peroleh masih tidak dapat menampung kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Selepas dinasihatkan bapa, saya nekad pulang ke kampung menjadi penternak ikan kelah.

“Kemahiran melakukan pembenihan dan penetasan anak ikan kelah diperoleh selepas mengikuti kursus di Pusat Latihan Jabatan Perikanan Malaysia di Serdang, Selangor.

“Alhamdulillah, kini saya memperoleh pendapatan lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, dia kini memiliki lapan kolam ikan di kawasan seluas lima hektar di kampung itu.

“Selain memiliki 9,000 ikan kelah, saya turut menternak tilapia (40,000), patin (25,000) dan tongsang (3,000),” katanya.


Dana-dana Patuh Syariah Dari Syarikat Pengurusan Dana Islam - PMB INVESTMENT

DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT

● PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.

● PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 52 tahun, bermula sejak 1967.

● Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).

● Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.

☆☆☆☆☆

Jika berminat melabur dlm dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT Berhad atau ingin menjadi perunding, sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786 atau www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dgn menulis:

Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi

Contoh: Pelabur Ahmad Ali 30 KL

Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur
🌐 www.pmbinvest.com.my

Sejak 1967...52 tahun

"Pengalaman Kami. Keyakinan Anda"

 *Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.
















Thursday 11 April 2019

Akauntan di Pahang rugi RM95,668 ditipu sindiket 'parcel scam'



11 April 2019 (BH Online)

BERA: Seorang akauntan di Triang, di sini, kerugian RM95,668 selepas ditipu sindiket parcel scam apabila berkenalan dengan seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota tentera bernama ‘Liegh Hester’ kononnya dari Libya.
Pada 11 Februari lalu, mangsa wanita berusia 53 tahun itu mula berkenalan dengan suspek selepas menerima emel daripada lelaki itu dengan mendakwa dia seorang tentera di Libya dan mempunyai duit sebanyak AS$9 juta (RM37 juta).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek memberitahu mangsa dia akan menghantar duit berkenaan yang diletakkan di dalam peti besi kepadanya.
“Suspek juga memberitahu penghantaran peti berisi duit itu akan diuruskan oleh syarikat Lomar Shipping Limited yang berpangkalan di London,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa dikatakan bersetuju dan memberikan alamat rumah dan nombor telefonnya sebelum menerima panggilan daripada seorang lagi suspek mendakwa wakil syarikat kurier berkenaan.
“Namun untuk mendapatkan peti berisi duit berkenaan, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran. Mangsa membuat sebanyak 12 kali transaksi wang ke dalam tiga akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM95,668,” katanya.
Mohd Wazir berkata, bagaimanapun, sehingga kini, mangsa masih belum menerima peti berisi wang berkenaan dan gagal menghubungi syarikat kurier berkenaan.
“Mangsa yang menyedari ditipu sindiket terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini, semalam.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan memperdaya mangsa dalam urusan penghantaran peti berisi wang sehingga memaksa wanita itu memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

PMB INVESTMENT - Daily Price & Year-to-Date Return as at 9 April 2019

PMB INVESTMENT - Daily Price as at 9 April 2019


PMB INVESTMENT - Year-to-Date Return as at 9 April 2019


Untuk melabur: +60192348786 (Sanusi, KL) atau +60199539330 (Rozanna, Kajang).

Wednesday 10 April 2019

PMB INVESTMENT merupakan sebuah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC)


PMB INVESTMENT merupakan sebuah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC).

Untuk melabur: +60192348786 (Sanusi, KL) atau +60199539330 (Rozanna, Kajang).

Tuesday 9 April 2019

Pelaburan patuh Syariah bersama PMB INVESTMENT



DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT 🇲🇾

● PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.

● PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 52 tahun, bermula sejak 1967.

● Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).

● Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.

☆☆☆☆☆

Jika berminat melabur dlm dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT Berhad atau ingin menjadi perunding, sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786 atau www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dgn menulis:

Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi

Contoh: Pelabur Ahmad Ali 30 KL

Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur
🌐 www.pmbinvest.com.my

Sejak 1967...52 tahun

"Pengalaman Kami. Keyakinan Anda"

 *Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.

Saturday 6 April 2019

Senarai bank Islam (Islamic banks) di Malaysia seperti pada 6 April 2019


Bank Islam/Islamic Banks

No. Name (Ownership)

1. Affin Islamic Bank Berhad (L)

2. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad (F)

3. Alliance Islamic Bank Berhad (L)

4. AmBank Islamic Berhad (L)

5. Bank Islam Malaysia Berhad (L)

6. Bank Muamalat Malaysia Berhad (L)

7. CIMB Islamic Bank Berhad (L)

8. HSBC Amanah Malaysia Berhad (F)

9. Hong Leong Islamic Bank Berhad (L)

10. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (F)

11. MBSB Bank Berhad (L)

12. Maybank Islamic Berhad (L)

13. OCBC Al-Amin Bank Berhad (F)

14. Public Islamic Bank Berhad (L)

15. RHB Islamic Bank Berhad (L)

16. Standard Chartered Saadiq Berhad (F)

Nota: L = Local, F = Foreign

Sumber: Bank Negara Malaysia/Licensed Financial Institutions (Islamic Banks)



Industri Perbankan Islam


Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang mematuhi undang-undang Islam yang juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang mentadbir perbankan Islam ialah perkongsian untung dan risiko antara pihak-pihak yang berurus niaga, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga berdasarkan aktiviti perniagaan atau berasaskan aset.
Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, perdagangan dan membawa kepada pembangunan kemasyarakatan atau manfaat. Kegiatan yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang.
Melalui penggunaan pelbagai konsep kewangan Islam seperti ijarah (sewaan), mudharabah (perkongsian keuntungan), musyarakah (perkongsian), institusi perbankan mempunyai fleksibiliti, kreativiti dan pilihan dalam penghasilan produk kewangan Islam. Tambahan pula, dengan menekankan keperluan untuk urus niaga yang disokong oleh kegiatan perdagangan atau perniagaan sebenar, perniagaan perbankan Islam menetapkan piawaian yang lebih tinggi untuk pelaburan serta menggalakkan kebertanggungjawaban dan penghindaran risiko.
Kewangan Islam telah berkembang dengan pesat sejak mula diperkenalkan pada tahun 1970-an. Aset semasa dan aset di bawah pengurusan perbankan Islam global telah mencapai USD750 bilion dan dijangka mencecah USD1 trilion menjelang tahun 2010.
Terdapat lebih daripada 300 institusi kewangan Islam di seluruh dunia beroperasi di 75 negara. Menurut Asian Banker Research Group, 100 bank Islam terbesar di dunia telah mencatatkan kadar pertumbuhan aset tahunan sebanyak 26.7%2 dan industri kewangan Islam global mengalami pertumbuhan tahunan purata sebanyak 15-20%.
Industri kewangan Islam di Malaysia telah wujud lebih daripada 30 tahun. Penguatkuasaan Akta Bank Islam 1983 membolehkan Bank Islam yang pertama ditubuhkan di negara ini dan seterusnya, dengan liberalisasi sistem kewangan Islam, lebih banyak institusi kewangan Islam telah ditubuhkan.
Rekod prestasi Malaysia yang panjang dalam membangunkan industri kewangan Islam domestik selama lebih 30 tahun telah memberikan asas yang kukuh - dasar kestabilan kewangan yang utuh yang melengkapkan kekayaan, kepelbagaian dan kematangan sistem kewangan. Pada masa ini, aset perbankan Islam Malaysia berjumlah USD65.6 bilion dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 18-20% setahun.
Hari ini, kewangan Islam Malaysia terus berkembang pesat, disokong oleh persekitaran yang kondusif yang terkenal dengan inovasi produk yang berterusan, kepelbagaian institusi kewangan dari seluruh dunia, rangkaian instrumen pelaburan Islam yang inovatif dan meluas, infrastruktur kewangan yang komprehensif serta menerima pakai rangka kerja pengawalseliaan dan amalan terbaik perundangan global. Malaysia juga telah memberikan lebih penekanan terhadap pembangunan modal insan seiring dengan pembangunan industri kewangan Islam bagi memastikan ketersediaan tenaga kerja mahir dalam kewangan Islam. Semua tawaran nilai ini telah menjadikan Malaysia salah satu pasaran perbankan Islam yang paling maju di dunia.
Liberalisasi yang pesat dalam industri kewangan Islam, bersama-sama dengan persekitaran yang memudahkan aktiviti perniagaan telah menggalakkan institusi kewangan asing untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam. Ini telah mewujudkan komuniti institusi kewangan tempatan dan antarabangsa yang pelbagai dan semakin berkembang.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai banyak bank Islam yang beroperasi sepenuhnya termasuk beberapa entiti milik asing; institusi konvensional yang telah menubuhkan subsidiari perbankan Islam dan juga entiti yang menjalankan perniagaan mata wang asing. Semua institusi kewangan diberikan kebenaran untuk menjalankan perniagaan dalam ringgit dan bukan ringgit.
Malaysia terus berkembang maju dan membangunkan industri ini dengan menggalakkan institusi kewangan asing untuk menubuhkan perniagaan perbankan Islam antarabangsa di Malaysia bagi menjalankan perniagaan mata wang asing.
Institusi kewangan Islam domestik juga boleh memohon untuk menubuhkan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa (International Currency Business Unit, ICBU), iaitu bahagian khusus untuk menjalankan perniagaan mata wang asing. ICBU juga akan diberikan pelbagai insentif dan keistimewaan percukaian yang akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan memudahkan penyertaan dalam perniagaan kewangan Islam dalam denominasi mata wang asing. Untuk maklumat lanjut mengenai penubuhan dan prosedur permohonan ICBU, sila hubungi Sekretariat MIFC.
Sumber: Laman web Bank Negara Malaysia

Sejarah penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad


Sejarah penubuhan Bank Islam bermula sebelum Perang Dunia II lagi di mana umat Islam di negara ini mula mencari sistem kewangan alternatif yang mematuhi kehendak Syariah (perundangan Islam). Sehinggalah pada tahun 1969 Lembaga Urusan dan Tabung Haji (“Tabung Haji”) ditubuhkan sebagai salah satu institusi kewangan Islam yang pertama di negara ini, demi menggalakkan umat Islam membuat simpanan dan pelaburan. Pada masa yang sama, ia juga membantu pendeposit untuk menunaikan Haji.

Di peringkat antarabangsa, cadangan untuk menubuhkan sebuah sistem perbankan Islam kian mendapat sambutan. Ia menjurus kepada penubuhan bank Islam pertama di Dubai pada tahun 1975. Bank tersebut ditubuhkan berdasarkan hasil penyelidikan gigih selama 15 tahun dan usaha bersama oleh pakar ekonomi profesional Islam, pembiaya dan pegawai dari pelbagai organisasi Islam di dunia.

Penubuhan Bank Islam pada tahun 1983 adalah hasil dedikasi yang diilhamkan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1980, diikuti dengan seminar mengenai Konsep Pembangunan dalam Islam pada tahun 1981. Ia juga merupakan hasil usaha sama Tabung Haji, PERKIM (pertubuhan bukan kerajaan yang komited untuk memelihara kebajikan orang Islam di seluruh negara) dan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk bank Islam (“Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan”).

Bermula dengan 30 orang kakitangan, Bank Islam beroperasi di ibu pejabat sementara di Kompleks Jemaah Haji, Subang pada tahun pertamanya. Pada akhir tahun kewangan pertama, Bank Islam dengan 272 orang kakitangan menjalankan perniagaannya di empat buah cawangan yang beroperasi di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Alor Setar.

Melalui pengurusan pembangunan tanah Wakaf yang inovatif, hari ini ibu pejabat Bank Islam bertempat di Menara Bank Islam yang terletak di tengah-tengah ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur. Pada akhir tahun 2013, Bank Islam mempunyai 133 buah cawangan di seluruh negara dengan tenaga kerja lebih daripada 4,200 orang kakitangan.




Sebuah kisah bagaimana Tabung Haji bermula



Awal tahun 1950-an, Ungku Aziz (kini Profesor DiRaja Ungku Aziz yang merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya) telah menjalankan satu kajian bertajuk “The mobilisation of domestic savings in South East Asia”. Melalui kajian ini, Ungku Aziz dapat mengkaji bagaimana orang Melayu menyimpan duit dan tujuan mereka menyimpan duit. Beliau mendapati bahawa tujuan utama orang Melayu menyimpan adalah untuk menunaikan haji.


Profesor Diraja Ungku Aziz

Selain menyimpan duit secara tradisional (celah atap, bawah bantal etc), orang melayu juga akan membeli beberapa haiwan ternakan dan haiwan-haiwan ini akan dijual bila tiba masanya untuk menunaikan haji. Kita selalu dengar atuk nenek kita jual tanah, kebun, sawah, jual ternakan dan sebagainya untuk ke haji. Sebahagian pula, menyewakan atau memajak harta harta ini untuk beberapa tahun.

Tapi cuba bayangkan, dah bertahun pergi Haji naik kapal dan apabila pulang ke tanah air dah tidak ada aset lagi. Lebih malang ada yang dah jual rumah sekali. Ini sudah tentu tidak baik bagi ekonomi umat Islam di Tanah Melayu.

Selain itu, Jemaah Haji Malaysia perlu mendapatkan sendiri khidmat syeikh-syeikh haji. Meraka ini terdiri daripada ulamak dan broker atau ejen syarikat tempatan. Perkhidmatan yang disediakan tidak seragam dan banyak bergantung pada budi bicara mereka kerana ketika ini belum wujud peraturan atau undang-undang yang menjaga kebajikan jemaah haji.

Bermula dengan kunjungan seorang kawan lama, Dr. Zaki Badawi (almarhum), seorang ulamak dari Mesir, Ungku Aziz cuba mendalami soal riba (faedah) yang dilarang dalam Islam bagi membolehkan rancangannya untuk menubuhkan sebuah tabung kerana orang Melayu menjarakkan diri daripada simpanan bank kerana Riba’. Beliau mahu memastikan wang yang digunakan untuk ke Mekah tidak bercampur riba. Ungku Aziz mengatakan :

“Saya tahu Islam mengharamkan bunga (riba), iaitu bayaran tetap bagi kegunaan pinjaman wang, tetapi tidak melarang sebarang bentuk pembahagian keuntungan yang tidak ditetapkan semasa pinjaman. Jadi soal ini serta soal wang untuk ke Mekah yang saya mahu satukan.”

Melihat kepada keadaan ini, Ungku Aziz telah menyerahkan satu memorandum bersejarah bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal–Bakal Haji” kepada kerajaan Malaysia pada Disember 1959. Memorandum ini mencadangkan penubuhan sebuah badan yang boleh menyimpan wang serta menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah. Tabung ini akan memberi pembahagiaan keuntungan bukan pembayaran bunga (riba’) kepada penabung.

Antara Syeikh haji yang mengiklankan perkhidmatan mereka
Namun, idea ini tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Malaysia tidak dapat membuat keputusan muktamad berhubung dengan soal riba hinggalah apabila Rektor Universiti Al-Azhar iaitu Sheikh Mahmoud Al-Shaltut melakukan kunjungan ke Tanah Melayu.

“Setelah menerima memorandum itu, Kerajaan telah mengundang delegasi Arab yang pakar dalam soal ini untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut lagi dengan saya.”

“Tanggungjawab mengendalikan soal ini diberi oleh Kerajaan kepada Datuk Khalid bin Awang Osman. Beliau mengadakan pertemuan yang dihadiri oleh Syeikh Mahmoud Al-Shaltut, iaitu Pengarah (Sheikh Al-Azhar) Universiti Al-Azhar. Kepada beliaulah terletaknya kata putus. Kalau tak silap, hampir dua belas orang tiba. Perbincangan itu diadakan di tempat kediaman saya dan pada masa itu Allahyarham Haji Wan Kadir, Timbalan Menteri dari Kuala Terengganu menjadi jurubahasa kami.” kata Ungku Aziz.

12 April 1966 – Rombongan haji dari Makkah tiba di perlabuhan Port Swettenham menaiki kapal haji “Kuala Lumpur”. Ahli rombongan merupakan antara 453 jemaah yang datang dari Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terangganu dan Kelantan.
“Perbincangan itu penting kerana kerana kalau delegasi tersebut menolak cadangan saya, maka kerajaan tidak akan meneruskannya. Jadi, lama juga kami berbincang, saya memang sudah sedia untuk menjawab setiap yang dikemukakan termasuk pelaksanaannya nanti. Berbagai-bagai soalan dikemukakan pada saya dalam pertemuan itu. Nampaknya mereka sedar konsep ini belum ada dalam dunia Islam dan akhirnya mengakui ini memang satu langkah yang baik, sambil bergurau memuji pula,” kata Ungku Aziz.

Setelah mengkaji secara mendalam Rektor Al-Azhar merasa yakin sepenuhnya tentang kebaikan cadangan ini malah beliau menyifatkan rancangan itu sebagai usaha yang akan memberi manfaat besar kepada umat Islam.

1963 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein Mengetuai mesyuarat pertama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji di Kuala Lumpur.

Pada Jun 1960, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Muda Kementerian Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman. Jawatankuasa ini kemudiannya mengemukakan Kertas Putih 22/62 pada Kerajaan pada 24 Januari 1962. Pada September 1962, Rang Undang-Undang Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji telah dilulusakan Parlimen. Maka lahirlah Tabung Haji.

2 September 1968 – Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Senarai bank Islam (Islamic banks) di Malaysia seperti pada 6 April 2019


Bank Islam/Islamic Banks

No. Name (Ownership)

1. Affin Islamic Bank Berhad (L)

2. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad (F)

3. Alliance Islamic Bank Berhad (L)

4. AmBank Islamic Berhad (L)

5. Bank Islam Malaysia Berhad (L)

6. Bank Muamalat Malaysia Berhad (L)

7. CIMB Islamic Bank Berhad (L)

8. HSBC Amanah Malaysia Berhad (F)

9. Hong Leong Islamic Bank Berhad (L)

10. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (F)

11. MBSB Bank Berhad (L)

12. Maybank Islamic Berhad (L)

13. OCBC Al-Amin Bank Berhad (F)

14. Public Islamic Bank Berhad (L)

15. RHB Islamic Bank Berhad (L)

16. Standard Chartered Saadiq Berhad (F)

Nota: L = Local, F = Foreign

Sumber: Bank Negara Malaysia/Licensed Financial Institutions (Islamic Banks)



Friday 5 April 2019

Dana Terbaik Untuk Gaya Hidup Anda - PMB Shariah Premier Fund






Untuk maklumat lanjut mengenai dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi: 
Ahmad Sanusi | Pengurus Agensi
PMB INVESTMENT

Pelaburan patuh Syariah dalam dana-dana Islamik PMB Investment





DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT 🇲🇾

● PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.

● PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 52 tahun, bermula sejak 1967.

● Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).

● Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.

☆☆☆☆☆

Jika berminat melabur dlm dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT Berhad atau ingin menjadi perunding, sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786 atau  www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dgn menulis:

Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi

Contoh: Pelabur Ahmad Ali 30 KL

Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur 
🌐 www.pmbinvest.com.my

Sejak 1967...52 tahun

"Pengalaman Kami. Keyakinan Anda"

*Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk pelaburan dalam unit amanah (unit trust), mulai 1 Januari 2019



Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk pelaburan dalam unit amanah (unit trust), mulai 1 Januari 2019

Definisi Simpanan Asas

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Syarat-syarat yang Ditetapkan

Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dlm Akaun 1.

Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Jumlah Simpanan Asas adalah seperti jadual di bawah.

CONTOH
Umur ahli: 40
Simpanan asas: RM86,000

Baki dlm Akaun 1: RM186,000

Jumlah yg layak dikeluarkan utk permulaan
=
(186,000 - 86,000) x 30%
= 100,000 × 30%
= RM30,000

Setiap 3 bulan boleh dikeluarkan lagi.
●☆●☆●

Jika berminat melabur dlm unit amanah Islam dgn menggunakan Skim Pelaburan Ahli KWSP atau Tunai, sila whatsapp:
Ahmad Sanusi
Perunding, PMB Investment, KL

PMB = Pelaburan MARA Berhad



Link: