Terkini

Sunday 29 September 2013

Afrika Perluas Praktik Perbankan Syariah

REPUBLIKA.CO.ID, 29 Sep 2013, ABUJA -- Afrika berencana memperluas sektor perbankan syariah selama dua dekade mendatang. Pasalnya jumlah umat Islam di benua tersebut tumbuh dari 240 juta orang menjadi sekitar 400 juta orang.
Di Nigeria, misalnya, 80 juta orang adalah Muslim. Namun yang pertama benar-benar berkomitmen mempraktikkan perbankan syariah adalah Jaiz Bank yang dibuka pada 2012. Kini bank tersebut mempunyai 10 cabang.
Bank-bank lain juga telah menawarkan produk syariah untuk membantu nasabah menjalankan hukum Islam.



Tidak seperti bank konvensional, perbankan syariah beroperasi sesuai prinsip-prinsip syariah yang melarang penerimaan bunga tertentu atau biaya untuk pinjaman uang. Selain itu, bank syariah juga ketat mengikuti aturan dan tidak berinvestasi dalam bisnis yang menyediakan jasa atau produk yang dianggap berdosa.

Perbankan syariah menawarkan kesempatan bagi bank yang ada di Afrika. Setelah menambahkan produk perbankan syariah dalam bisnisnya, Bank Teluk Afrika di Kenya mengalami pertumbuhan laba bersih 154 persen.

Standard Chartered PLC juga akan segera mulai menawarkan produk perbankan syariah di Kenya. Melihat banyaknya bank di Afrika yang mulai merangkul praktik syariah, badan pengatur berebut mengeluarkan pernyataan kebijakan dan aturan syariah.
Pada Maret lalu, Nigeria membawa pedoman baru untuk membantu menangani penerbitan sukuk. Sebulan kemudian, dibentuk pula pedoman  untuk praktik asuransi syariah.



Industri perbankan syariah di Kenya mencerminkan fakta bahwa bangsa tersebut sejak 2011 telah membuat perubahan peraturan dan bekerja pada beberapa produk syariah yang lebih kompleks, seperti investasi real estate.

Afrika Selatan yang merupakan negara ekonomi terbesar di Afrika dan rumah bagi sekitar 750 muslim,  telah menulis ulang Undan-Undang Perpajakan untuk memastikan produk syariah lebih transparan.

Uganda, Botswana dan Zambia juga ingin membuat perubahan peraturan untuk menumbuhkan sektor perbankan syariah mereka.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Saturday 28 September 2013

Kes pelaburan jongkong emas: 6 kena 923 tuduhan



Kuala Lumpur: Enam pegawai kanan sebuah syarikat pelaburan jongkong emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga berjumlah RM5.5 bilion.

Semua didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan cara memiliki, menerima, memindah dan memperoleh sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka berjumlah RM1.5 bilion. 


Tak mengaku salah 


Mereka ialah pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd, Datuk Tan Liang Keat, 41, dan Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, pengurus besarnya, Lim Kah Heng, 42, serta tiga penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, 63; Datuk Marcus Wai Leng, 37.

Semua mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Sebuah lagi syarikat pelaburan jongkong emas, Success Attitude Sdn Bhd turut dituduh melakukan lapan kesalahan. Kedua-dua syarikat diwakili Jit Meng bagaimanapun tidak mengaku salah.
Liang Keat didakwa dengan 226 pertuduhan, Jit Meng (246), Kah Heng (16), Poh Weng (155), Yuen Seng (17), Wai Leng (23) dan Genneva (222) .

Liang Keat didakwa dengan 226 pertuduhan, Jit Meng (246), Kah Heng (16), Poh Weng (155), Yuen Seng (17), Wai Leng (23), Genneva (222) dan Success Attitude lapan pertuduhan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di CIMB Bank Berhad, Nombor 69, Tingkat Bawah, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini antara Januari 2011 hingga Disember 2012.

Pertuduhan adalah mengikut Sub Seksyen 4(1) (a) Akta pencegahan pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi pertuduhan

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh dijamin masing-masing RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Genneva, Jit Meng, Liang Keat, Kah Heng dan Poh Weng masing-masing didakwa dua lagi pertuduhan, iaitu menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Sub Seksyen 6(4) Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) membabitkan transaksi emas.

Wang jaminan RM1j

Kesalahan adalah mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama dibaca bersama Nombor Siri 20 dalam Jadual Keempat akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10 juta.

Bagi kesalahan itu, Mat Ghani membenarkan semua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Di mahkamah berasingan, Jit Meng, Genneva dan Liang Keat mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu melalui iklan di laman web www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012 di Nombor 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, di sini.

Kesalahan adalah mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama membawa hukuman maksimum denda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim, Rihaida Rafie membenarkan mereka dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. (Berita Harian/28 Sep 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday 27 September 2013

Bank Syariah Didorong Lebih Kompetitif

SOLO, 27 Sep 2013, suaramerdeka.com - Bank Indonesia (BI) mendorong perbankan syariah lebih kompetitif, efisien, memenuhi prinsip kehati-hatian dan prinsip syariah secara baik serta memberi kemanfaatan secara optimal bagi masyarakat luas dan ekonomi nasional.
Dorongan itu disampaikan Kepala Departemen Perbankan Syariah Bank Indonesia (BI) Panca Hadi Suyatna ketika membuka acara "Expo iB Vaganza" di Solo Grand Mall (SGM), Jumat (27/9). Kegiatan tersebut adalah yang keempat dari delapan event yang direncanakan oleh BI dan bekerja sama dengan Asosiasi Bank Syariah Indonesia (Asbisindo).
Menurut dia, salah satu tantangan penting dalam pengembangan perbankan syariah adalah perlunya upaya meningkatkan pemahaman dan preferensi masyarakat untuk menggunakan perbankan syariah. "Ini merupakan usaha yang tidak mudah karena perlu dilakukan secara konsisten dan kesinambungan," kata Panca.
Dalam dua dekade pengembangan perbankan syariah, lanjut dia, telah banyak kemajuan yang dicapai. Secara basional saat ini aset yang dikelola 11 bank umum syariah, 24 unit usaha syariah serta 160 BPR syariah telah melebihi angka Rp 200 triliun. Dan selama sepuluh tahun terakhir industri perbankan syariah tumbuh rata-rata 30 hingga 40 persen per tahun. Sedang pangsa pasarnya mencapai 4,67 persen.
Dengan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pendapatan masyarakat yang terus meningkat serta kebutuhan pembiayaan di berbagai sektor usaha yang masih banyak belum terpenuhi oleh lembaga keuangan yang ada merupakan potensi besar bagi perbankan syariah untuk terus bertumbuh dan bertambah besar.
"Selain untuk sosialisasi, kegiatan iB Vaganza ini juga untuk menawarkan berbagai program berbagai bank syariah yang menjadi peserta pameran kepada para pengunjung," jelasnya.
Ketua Asbisindo Soloraya, Khabib Soleh menambahkan, perbankan syariah merupakan salah satu industri keuangan perbankan yang lebih tahan terhadap krisis ekonomi. Menurut dia, salah satu instrumen yang membuat bank syariah tahan krisis adalah sistem perbankan yang tidak terpengaruh dengan kebijakan-kebijakan moneter dari pihak otoritas. Misalnya, bunga pembiayaan yang stabil karena sistem bank syariah hampir sama dengan jual beli.
"Saat suku bunga Bank Indonesia atau BI Rate naik, angsuran kredit debitur tidak naik. Sebab, angsuran flat dan berbeda dengan bank konvensional yang selalu mengikuti perkembangan acuan suku bunga. Potensi dan keunggulan bank syariah inilah yang tidak dimiliki perbankan umum," jelas dia.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday 25 September 2013

Malaysia peneraju sukuk dunia

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pasaran sukuk Malaysia telah berkembang dengan pantas di peringkat global dalam tempoh hampir 13 tahun iaitu daripada AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) pada 2001 kepada AS$148 bilion (RM473.6 bilion) setakat Jun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah pasaran sukuk Malaysia itu mewakili 60.4 peratus daripada jumlah pasaran sukuk dunia.
Menurut beliau, hal itu secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai peneraju pasaran sukuk dunia.
"Saya percaya Malaysia mempunyai daya tarikan untuk menarik lebih banyak institusi dari pelbagai rantau untuk menembusi pasaran kewangan Islam Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2013 di sini hari ini.
KLIFF berlangsung selama tiga hari bermula semalam dengan menampilkan lebih 30 jurucakap dari seluruh dunia dengan lebih 400 delegasi yang terdiri daripada para peguam, ahli perbankan, pembiaya kewangan, ahli akademik, penasihat perundangan dan penasihat syariah.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abd. Ghani dan Pengarah KLIFF, Abdul Aziz Abd. Jalal.
Muhyiddin berkata, sektor kewangan Islam berterusan menjadi agenda terpenting sebagaimana Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau bangga kerana sektor perbankan Islam telah berjaya meningkatkan penguasaan pasaran di sebalik pertumbuhan permintaan perkhidmatan kewangan Islam.
Katanya, menurut Bank Negara Malaysia, aset-aset perbankan Islam berjumlah RM527.2 bilion atau 24.1 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Jumlah pertumbuhan ini amat menggalakkan berbanding hanya 12.1 peratus penguasaan pasaran pada 2006," ujarnya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pada waktu ini terdapat lebih 600 institusi kewangan Islam yang beroperasi di 75 buah negara.
Katanya, industri itu kini telah menjadi satu daripada segmen pertumbuhan paling pantas dalam sistem kewangan dunia. (Utusan Malaysia/24 Sep 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Pelabur OIC Disaran Pertimbang Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Para pelabur dari negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka di Asia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata memandangkan Program Transformasi Ekonomi kini menjangkau tahun ketiganya, kerajaan menjangkakan peningkatan ketara bilangan sektor utama, termasuk minyak dan gas, teknologi tinggi, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan industri halal.

"Semua ini boleh dicapai kerana ekonomi disokong oleh asas-asas yang baik, antara lain, tenaga kerja yang produktif, perkhidmatan kewangan yang teguh, dasar-dasar yang telus dan kerajaan mesra perniagaan," katanya dalam ucaptamanya pada perasmian Forum OIC World Biz Keempat dan Forum Perdagangan dan Ekonomi 2013 OIC Asia kedua di sini Rabu.

Beliau berkata perdagangan Malaysia dengan negara-negara OIC mencecah US$47.38 bilion tahun lepas.

"Bagi tempoh Januari-Julai 2013, jumlah perdagangan antara Malaysia dan OIC turun 4.1 peratus kepada US$27.75 bilion daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, kata Mustapa, Malaysia mencapai prestasi yang baik dari segi pelaburan langsung asing (FDI), dengan mengatasi pengaliran masuk berjumlah US$11.26 bilion tahun lepas, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan.

"Kita menjangka prestasi tahun ini sama menggalakkan, dengan ramalan FDI terbaru sebanyak US$15 bilion," kata beliau. -- BERNAMA

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday 24 September 2013

Wakaf terpinggir dalam sistem kewangan Islam

KUALA LUMPUR - Wakaf merupakan bahagian yang terpinggir dalam sistem kewangan Islam Malaysia meskipun negara menjadi peneraju pasaran dengan pelbagai produk dan perkhidmatan canggih.  
    
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abd Ghani berkata: "Malaysia mempunyai daripada produk simpanan paling mudah hinggalah kepada sukuk serta banyak produk canggih bagi pelabur institusi, pelanggan korporat, usahawan kecil dan sederhana dan individu.
    
"(Tetapi) apa yang tidak ada dalam pasaran hari ini ialah wakaf secara komersial," katanya kepada pemberita di luar Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-10 (KLIFF 2013) di sini, hari ini.
   
Wakaf ialah amalan menyerahkan harta wakaf kepada pihak pentadbir bagi tujuan amal dan kepentingan umum.  
    
Badlisyah berkata, untuk menempatkan wakaf dalam pasaran kewangan, perlu ada rangka kerja undang-undang yang kondusif yang akan membolehkan pemerbadanannya dengan secara efektif.
    
"Jika kita ada undang-undang ini, kelaknya, wakaf boleh menjadi komponen pasaran kewangan Islam yang lebih besar, seperti di era kegemilangan tamadun peradaban Islam sebelum ini," katanya.
    
Badlisyah berkata, bagi membentuk rangka kerja undang-undang itu, perlu ada dialog antara kerajaan persekutuan dan negeri kerana undang-undang berkaitan wakaf ketika ini berada di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri.
    
Dalam ucapan pembukaannya beliau berkata, rangka kerja undang-undang bagi wakaf sekarang tidak membolehkan percambahan wakaf dalam semua bidang ekonomi.
    
Dalam sesi tengah hari, Badlisyah menggesa kerajaan menyediakan insentif dalam Belanjawan 2014 untuk menggalakkan peserta industri menyenaraikan sukuk di Bursa Malaysia, satu langkah yang akan mengukuhkan lagi pasaran sukuk.      

"Sudah tentu, ini perlu disemak semula dan dikaji oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dari segi daya majunya tetapi kelaknya, ia mewujudkan komunikasi yang baik ke seluruh dunia bahawa pasaran di Malaysia penting kerana ia berada dalam domain awam," katanya.  
    
Badlisyah berkata, sebagai contoh, di London Stock Exchange, mereka mempunyai sukuk bernilai beberapa bilion dolar yang disenaraikan di bursa itu, dan oleh itu mereka mendakwa mereka merupakan satu daripada pasaran sukuk terbesar di dunia, meskipun sesetengah daripada sukuk ini diterbitkan di luar London.  
    
"Ia adalah sama di Malaysia. Kita telahpun mempunyai bilangan sukuk terbesar di dunia, tetapi ia hanya tidak disenaraikan dan tidak berada dalam domain awam," katanya.  
    
Dengan penyenaraian sukuk, ia akan menggalakkan lebih banyak dagangan sukuk oleh individu dan jumpaan harga juga lebih baik kerana ia tersedia kepada umum, membawa kepada pasaran sukuk yang lebih rancak.  - Bernama/24 Sep 2013

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tiga fokus tingkat nilai saranan kewangan Islam

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga fokus utama yang menentukan keupayaan sektor kewangan Islam untuk mempertingkatkan nilai saranannya dalam ekonomi global yang dinamik.
Timbalan Perdana Menteri berkata, fokus yang paling penting adalah menyuntik lebih banyak pelaburan dalam kegiatan pembangunan sumber-sumber utama khususnya modal insan.
Menurut beliau, langkah itu perlu memandangkan kekurangan tenaga pakar kewangan Islam merupakan faktor yang mengekang inovasi produk dan perkhidmatan baharu di banyak negara.
"Di Malaysia, institusi-institusi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) seperti Pusat Antarabangsa Bagi Pendidikan Dalam Kewangan Islam (INCEIF) dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) serta institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain hendaklah diperkasakan dan dibantu.
"Usaha itu untuk memastikan lebih banyak graduan serta penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang kewangan Islam dapat dihasilkan," katanya ketika berucap merasmikan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2013 di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan memberi jaminan kementeriannya akan sentiasa menyokong sebarang inisiatif yang menyumbang kepada peningkatan kualiti graduan dan penyelidikan berkaitan kewangan Islam.
Tambah beliau, menerusi langkah tersebut, Malaysia bukan sahaja dikenali sebagai hab transaksi kewangan Islam malah juga sebagai hab kecemerlangan dalam kewangan Islam.
"Saya amat berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai INCEIF dalam menghasilkan pengamal dan profesional kewangan Islam berkaliber tinggi selain pakar serta penyelidik dalam pelbagai disiplin kewangan Islam.
"Setakat Julai 2013, INCEIF telah menerima kemasukan sebanyak 2,224 pelajar dari 83 negara," ujarnya.
Muhyiddin memberitahu, fokus kedua pula membabitkan kajian semula terhadap perbezaan dalam pandangan syariah bagi merumus penyelesaian yang lebih baik dan diterima semua pihak.
"Saya berharap ISRA yang ditubuhkan kerajaan pada 2008 dengan dana permulaan RM200 juta akan terus memainkan peranan dalam mempromosi amalan syariah terbaik," jelasnya.
Menurut beliau, fokus ketiga memberi penekanan kepada usaha memastikan rangka kerja perundangan dan kawal selia sektor kewangan Islam mampu bertahan dan mesra pengguna.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan bank-bank Islam agar tidak leka malah sebaliknya, perlu berusaha menjadi sistem perbankan terbaik untuk menarik kepercayaan orang Islam dan bukan Islam.
"Untuk kekal relevan, perbankan Islam mesti agresif dan berdaya tahan serta perlu sentiasa melakukan penambahbaikan sekiranya mahu menerima penghormatan dan pengiktirafan dunia," katanya. (Utusan Malaysia/24 Sep 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday 23 September 2013

Pantau pematuhan syariah

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Perbankan Islam yang matang dan lebih 30 tahun di negara ini memerlukan badan pengawal selia bagi mengaudit dan memastikan pematuhan syariah telah dijalankan dengan berkesan dan betul.
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, setakat ini, perbankan Islam di negara ini masih bebas dan mempunyai pilihan tersendiri dalam menentukan audit pematuhan syariah.
Jelasnya, selama ini, tidak ada undang-undang khas yang mewajibkan bank-bank Islam membuat satu pendedahan maklumat atau laporan kewangan tahunan kepada pihak ketiga untuk dijalankan penilaian bebas.
Beliau memberitahu, negara Islam, Oman melalui bank pusatnya telah mengeluarkan undang-undang yang mewajibkan bank-bank Islamnya diaudit dan dinilai oleh pihak ketiga.
"Hal ini merupakan satu usaha yang baik dan perlu difikirkan bagaimana untuk menjadikan satu amalan yang dikuatkuasakan undang-undang di mana pihak perbankan Islam perlu melalui dua peringkat penilaian iaitu peringkat syariah dan peringkat penilaian pihak ketiga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pembukaan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam kali kelapan di sini hari ini.
Majlis itu telah dianjurkan oleh Pusat bagi Penyelidikan dan Latihan (CERT) bersempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur kali ke-10 yang berlangsung selama tiga hari di sini bermula hari ini.
Yang turut hadir pada majlis muzakarah itu ialah Ketua Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Kewangan Maghribi dan juga Ahli Parlimen Maghribi, Dr. Said Khairoun.
Tambah Mohd. Daud, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) yang menggantikan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) mempunyai peruntukan dalam pengawasan kepatuhan syariah.
Namun, katanya, peraturan pengawasan di dalam akta itu tidak jelas bagi memastikan mana satu pihak yang perlu memastikan kepatuhan syariah tersebut.
"IFSA tidak menggariskan sama ada pihak pengawasan itu terdiri daripada di peringkat dalaman bank itu sendiri, jawatan kuasa syariah atau di luar institusi berkenaan,'' ujarnya.
Jelas Mohd. Daud, Malaysia sebenarnya mempunyai badan pengawal selia atau pihak ketiga yang lebih baik dari negara-negara Islam yang lain.
Setakat ini, katanya, Malaysia sudah mempunyai badan audit syariah bagi produk-produk.
"Kita boleh memberi latihan kepada pegawai-pegawai, peguam-peguam dan akauntan-akauntan untuk menjalankan penilaian audit sektor perbankan tersebut,'' tegasnya. (Utusan Malaysia/23 Sep 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tarik projek kewangan Islam

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Malaysia perlu merebut peluang dengan menarik lebih banyak pelabur kewangan dan pembiayaan Islam untuk membuat pelaburan dalam projek-projek kerajaan berprofil tinggi di negara ini.
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, setakat ini, pelabur-pelabur kewangan Islam dunia tidak tahu atau tidak mempunyai tempat yang tepat untuk mengalirkan pelaburan mereka.
Katanya, para pelabur kewangan Islam mahu membuat pelaburan yang kurang berisiko (projek-projek kerajaan), tempoh yang sederhana panjang dan menguntungkan.
"Kalau boleh pada Bajet 2014, saya berharap kerajaan memberi tumpuan khas kepada pengurusan kecairan ekuiti dan bagaimana menarik ekuiti yang ada di dalam dan luar negara untuk melabur dalam projek-projek kerajaan bertaraf A,'' katanya. (Utusan Malaysia/24 Sep 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Hutang mengikut perspektif Islam

Berikut sambungan ucaptama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada 22 September 2013.

ii) Hutang dari perspektif Islam

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, “Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata, sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif)

Berhutang dari perspektif Islam adalah perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi, kecuali dalam keadaan kesempitan yang amat sangat. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan, termasuk sektor perbankan Islam, amat menggalakkan budaya berhutang. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat menjadi bertambah.

iii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia
Data menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus.

Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi.

Maka, tidak hairanlah jika fenomena permasalahan hutang akan meningkat dalam kalangan orang Islam walaupun mereka peka berkenaan isu halal dan haram. Meskipun sebenarnya hutang mereka adalah halal, namun ianya tetap hutang dan jika bertambah, bahayanya tidak jauh berbeza dengan keadaan hutang haram.

Jika masyarakat kita mempunyai sikap konsumerisme yang tinggi, ia akan lebih mudah bagi sektor perbankan Islam mencapai strategi perniagaan untuk menambah jumlah masyarakat yang berhutang. Ini sudah tentu bertentangan dengan matlamat dakwah dan tarbiah Islam.

iv) Fenomena kahwin lambat
Perkahwinan adalah antara aspek yang melibatkan kebendaan dan kepenggunaan. Soalnya, fenomena kahwin lambat ini berlaku kerana maqasid syariah yang sewajarnya tidak diutamakan.

Disebabkan terikut-ikut dengan budaya semasa dan sikap bermegah dalam mengatur majlis perkahwinan menyebabkan kos majlis menjadi terlalu mahal dan membebankan.

Ini termasuklah nilai hantaran yang melambung tinggi dan belanja perkahwinan yang melampaui kadar munasabah menyebabkan maqasid syariah untuk mencapai tujuan perkahwinan itu disyariatkan tidak tercapai. Sebagai jalan mudah untuk keluar dari masalah ini ialah dengan berhutang.

Antara faktor utama menyumbang kepada kahwin lambat ialah kestabilan. Selain itu, faktor kepentingan kerjaya yang berkait rapat dengan kebendaan turut mempengaruhi kahwin lewat. Sementara itu, 30 peratus daripada mereka yang belum berkahwin berpendapat kerjaya adalah segala-galanya.

Sedangkan dalam tuntutan perkahwinan, antara maqasid syariah yang dapat dikenal pasti ialah untuk mengelakkan gejala sosial selain membina zuriat Muslim bagi kelangsungan umat. Jika kahwin lambat jadi tren, pasti sukar memenuhi tujuan syarak tentang perkahwinan.

Cabaran mewujudkan halal living menuntut komitmen besar semua pihak dan  perkara penting  yang perlu diberi perhatian dalam usaha mewujudkan halal living:
l    Menyempurnakan misi kehambaan dan kekhalifahan sepanjang aktiviti kepenggunaan.
l    Menjadikan aktiviti kepenggunaan sehari-hari sebagai ibadah.
l    Memanfaatkan sumber kepenggunaan sebaik mungkin.
l    Menjalani gaya hidup sihat berdasarkan tingkat keperluan dan kemampuan.
l    Mengutamakan matlamat kepenggunaan jangka panjang berbanding jangka pendek.
l    Menggiatkan promosi halal living melalui proses bimbingan dan pendidikan.
l    Menggubal undang-undang mesra pengguna.
l    Menguatkuasakan akta dan undang-undang sedia ada.

Rumusan dan Kesimpulan

a.    Di peringkat pengguna: Pengguna berhak diberi perlindungan berikut:-
l    Melindungi pengguna daripada bahaya kesihatan dan keselamatan.
l    Melindungi kepentingan ekonomi pengguna.
l    Menyalurkan maklumat dan penerangan yang mencukupi agar pengguna dapat buat keputusan secara bertanggungjawab.
l    Memperoleh ganti rugi yang murah, efektif dan cepat.
l    Mendidik pengguna secara meluas dalam isu kepenggunaan.
l    Memelihara alam sekeliling pengguna
l    Memberi kebebasan dan kesejahteraan kepada pengguna.

b.    Di peringkat agensi:
l    Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dan pemantauan ketat Bank Negara terhadap institusi kewangan dalam soal pemberian pinjaman.
l    Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) harus berperanan lebih agresif dalam meningkatkan khidmat nasihat kewangan dan bantuan penstrukturan semula hutang dalam usaha menggalakkan pengurusan kewangan berhemat dan meningkatkan tahap celik kewangan.
l    AKPK juga perlu meneruskan usaha menganjurkan taklimat dan pameran di seluruh negara bagi pelbagai kumpulan sasar.
l    AKPK perlu lebih dinamik dalam memberikan kaunseling kewangan kepada individu dan membantu penstrukturan bayaran balik hutang melalui Program Pengurusan Hutang.

c.    Lain-lainnya:
l    Usaha perlu digiatkan untuk mendidik rakyat, umat Islam, khususnya untuk memiliki ilmu perancangan kewangan peribadi.
l    Peranan sistem perbankan dalam ekonomi perlu diteruskan dengan urus tadbir yang baik, amalan pengurusan risiko yang berkesan dan pembiayaan yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ekonomi negara keseluruhannya teguh dan mampan.

Sebagai kesimpulan, kami ingin menyebutkan langkah utama ke arah memperkasakan masyarakat Islam dalam bidang ekonomi tidak seharusnya dilihat semata-mata dengan memperkukuhkan sektor perbankan Islam. Sebaliknya, kita juga harus menekankan aspek untuk merubah nilai masyarakat Islam supaya tidak terlampau mengejar kebendaan tetapi mengejar kejayaan akhirat dengan menambahkan ketakwaan mereka. (Sinar/23 Sep 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday 22 September 2013

Hutang isi rumah rakyat Malaysia membimbangkan


SHAH ALAM: Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal pada akhir Julai 2012 merupakan fakta yang membimbangkan.

Menurut Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.

Beliau berkata, pinjaman terkumpul bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan iaitu 64 peratus adalah bahagian terbesar pinjaman isi rumah.

"Peratusan ini menunjukkan kesan pembiayaan peribadi dalam menggiatkan industri perumahan dan automobil negara dengan membolehkan individu membeli rumah dan kenderaan," kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk "Pembiayaan Peribadi Oleh Perbankan dan Kesannya Kepada Kuasa Beli Pengguna" di Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dekat sini, semalam.

Menurut beliau juga, penggunaan kad kredit kekal tinggi dengan urus niaga meningkat 6.7 peratus kepada RM53.6 billion (Januari hingga Julai 2011: 11.8 peratus, RM50.3 billion).

Jumlah baki tertunggak kad kredit adalah sebanyak RM32.9 billion (akhir tahun 2011: RM33.4 billion).

"Perbelanjaan kad kredit mewakili 3.1 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan dan 5.6 peratus daripada jumlah pinjaman isi rumah pada akhir Julai 2012.

Jumlah pinjaman tidak berbayar bagi hutang kad kredit berkurang sebanyak RM491 juta dan nisbah pinjaman terjejas bertambah baik kepada 1.5 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul sistem perbankan pada akhir Juli 2012 (akhir tahun 2011: RM528 juta, 1.6 peratus.

Didik rakyat

Munurut Nazri, tiada statistik dan data khusus tentang tujuan pengambilan pembiayaan peribadi oleh pelanggan dalam sistem perbankan.

"Banyak kesan negatif dalam ekonomi apabila sekelopok rakyat gagal menguruskan perancangan kewangan individu termasuk memiliki timbunan hutang yang berlebihan," katanya.

Bagaimanapun katanya, sistem perbankan dengan kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) telah memainkan peranannya dalam membantu menggiatkan aktviti ekonomi negra melalui pendanaan dan pembiayaan bersumberkan dana daripada unit-unit lebihan dalam sektor ekonomi negara.

Beliau menyarankan agar usaha digiatkan untuk mendidik rakyat, umat Islam khususnya untuk memiliki ilmu perancangan kewangan peribadi.

"Umat Islam khususnya, perlu dididik untuk berurusan dengan sistem perbankan Islam  jika memerlukan kemudahan perbankan.

"Peranan sistem perbankan dalam ekonomi perlu diteruskan dengan urus tadbir yang baik, amalan pengurusan risiko yang berkesan dan pembiayaan yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ekonomi negara keseluruhannya teguh dan mampan dalam menempuh persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar," katanya.

Antara pembentang kertas kerja ialah Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (Isra), Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin;  Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail. (HD/22 September 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday 20 September 2013

Indonesia: Aset Syariah Jambi Lebih Baik dari Nasional

JAMBI- Perkembangan industri perbankan syariah di tanah air terus menunjukkan peningkatan yang cukup signifikan, baik dari kelembagaan maupun kinerja keuangan. Saat ini terdapat 11 Bank Umum Syariah, 24 Unit Usaha Syariah, dan 159 Bank Perkreditan Rakyat Syariah dengan total jaringan kantor mencapai 2.817 kantor yang tersebar di penjuru nusantara.
Kepala Kantor Perwakilan Bank Indonesia Provinsi Jambi Marlison Hakim, melalui rilisnya menyebutkan, total aset perbankan syariah mencapai Rp. 223,74 triliun atau tumbuh sekitar 40,3% dari tahun sebelumnya. Hal ini menjadikan industri perbankan syariah dijuluki sebagai “the fastest growing industry”. Bahkan untuk saat ini pertumbuhan perbankan syariah di Indonesia lebih tinggi dari pertumbuhan perbankan syariah dunia.
Walaupun memiliki pertumbuhan aset yang tinggi, porsi perbankan syariah hanya sekitar 5.01% dari total aset perbankan nasional. “Jika tren pertumbuhan industri perbankan syariah yang tinggi ini dapat dipertahankan, porsi perbankan syariah diperkirakan dapat mencapai 15%-20% dalam kurun waktu 10 tahun ke depan,” jelasnya.
Sementara itu, perbankan syariah di Jambi masih menunjukkan perkembangan yang lebih baik dibandingkan nasional. Aset bank syariah mencapai Rp2,21 triliun yang meningkat mencapai 22,65% sedikit lebih rendah dari peningkatan aset perbankan Jambi secara umum sebesar 23,11%. Dengan demikian pangsa aset syariah terhadap total aset bank umum juga sedikit menurun yaitu dari 7,21% di Juli 2012 menjadi 7,17% di Juli 2013.
Kondisi ini tentu tidak terlepas dengan adanya penambahan 2 (dua) kantor cabang bank syariah selama tahun 2012/2013. Dengan demikian sampai dengan saat ini terdapat 6 bank syariah yang beroperasi di Jambi beserta 3 (tiga) buah Unit Usaha Syariah. Secara total, saat ini terdapat 35 (tiga puluh lima) kantor bank syariah. (JambiEkspres/20 Sepember 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Status zakat wang simpanan di bank

Soalan:
SAYA pernah terdengar jawapan oleh seorang penceramah, bahawa jika kita menyimpan wang di dalam sebuah bank dan bank itu mengeluarkan zakatnya pada setiap tahun, maka sebagai penyimpan, saya tidak perlu lagi mengeluarkan zakat atas wang yang saya simpan di bank berkenaan. Adakah benar kenyataan berkenaan?

Jawapan:
Terima kasih kerana mengajukan persoalan di atas dan semoga Allah SWT sentiasa memberkahi urusan kita dan menyelamatkan kita di akhirat, atas kesungguhan kita memahami dan melaksanakan tuntutan ibadah zakat, Amin.
Sememangnya benar, timbul persoalan yang agak meluas dalam kalangan umat Islam yang menyimpan wang mereka di dalam akaun di bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa), iaitu adakah pihak bank telah pun mengeluarkan zakat atas wang simpanan mereka? Dan sekiranya pihak bank telah pun mengeluarkannya sebagai zakat, maka apakah mereka masih lagi perlu mengeluarkannya sebagai zakat?
Demi menjawab persoalan ini, pertama sekali harus kita fahami bahawa fiqh zakat menetapkan: "Tidak ada zakat yang sama atas harta yang sama sebanyak dua kali dalam tahun yang sama."
Maka, para fuqaha menyatakan, andainya jelas wang yang kita simpan itu, katakan di dalam Bank ABC dan ia telah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak bank berkenaan bagi pihak kita, maka tidak perlulah lagi kita mengeluarkannya. Kerana, jika sekali lagi ia dikeluarkan, maka kita sudah menunaikan zakat yang sama atas wang yang sama dua kali pada tahun yang sama.
Pun begitu, perkara kedua yang saya fikir harus diteliti dengan lebih mendalam dalam isu zakat wang simpanan ini ialah, apakah benar pihak bank itu telah pun mengeluarkan zakat simpanan itu bagi pihak kita sebagai pendeposit atau penyimpan? Hal ini perlulah diperhatikan, kerana dibimbangi pihak bank hanya mengeluarkan zakat ke atas perniagaan yang mereka jalankan dan bukannya atas wang yang disimpan.
Baiklah, apabila pihak bank hanya mengeluarkan zakat atas nama perniagaan, timbul persoalan seterusnya iaitu, siapakah yang berkewajipan atas zakat perniagaan berkenaan? Pastinya yang wajib mengeluarkan zakat perniagaan atas Bank ABC adalah pemilik bank berkenaan. Maka, adakah kita ini pemilik Bank ABC?
Jawapannya, pemilik Bank ABC adalah para pemegang saham bank berkenaan, manakala para pendeposit hanyalah merupakan entiti berasingan yang bersifat penyimpan, kita bukanlah pemilik Bank ABC. Maka, apabila Bank ABC mengeluarkan zakat atas perniagaan Bank ABC yang sudah terlepas kewajipannya adalah para pemegang sahamnya, manakala para pendeposit masih lagi belum terlepas zakatnya.
Mungkin ada orang berhujah, bukankah wang yang disimpan itu jugalah yang diperniagakan? Jika wang itu diperniagakan, bukankah sudah memadai?
Baiklah, dalam hal ini kita kembali kepada niat awal seseorang itu, adakah semasa dia memasukkan wangnya maka ia dikira simpan atau melabur? Jawapannya, ia menyimpan. Jika melabur, maka ia hendaklah memasukkan wangnya ke dalam instrumen lain yang memang bersifat pelaburan.
Maka, di sini pun sudah jelas bahawa dia menyimpan, bukan memiliki Bank ABC berkenaan. Lagi satu, pelaburan ada untung dan rugi, jika dia menyimpan RM10,000, tiba-tiba bank berkenaan rugi, maka adakah memberi kesan kepada simpanannya? Tidak, kerana dia hanya menyimpan bukannya melabur, maka atas sebab itu dia wajib berzakat atas simpanannya, kerana niatnya menyimpan dan bukan untuk pelaburan (perniagaan).
Maka, andai pihak bank menyatakan mereka telah pun mengeluarkan zakat bagi bank mereka, para pendeposit atau penyimpan wang hendaklah bertanya kepada pihak bank, adakah mereka mengeluarkan zakat bagi pihak bank atas nama perniagaan atau penyimpan. Setakat yang saya maklum, bank-bank di Malaysia mengeluarkan zakat atas perniagaan mereka dan bukannya atas pencarum mereka. Dalam konteks ini, pencarum masih wajib mengeluarkan zakat mereka biarpun zakat perniagaan sudah pun dijelaskan oleh pihak bank.
Ketiga, mungkin juga ada pihak yang berkata, bahawa bank-bank ini mengambil model pengurusan Tabung Haji bagi melunaskan zakat pendeposit mereka, kerana pihak Tabung Haji apabila sudah mengeluarkan zakat perniagaannya, maka semua pencarum atau pendepositnya tidak lagi perlu mengeluarkan zakat mereka secara berasingan.
Baiklah, suka saya nyatakan di sini bahawa, ada perbezaan yang ketara di antara Tabung Haji dan juga pihak-pihak bank. Apakah perbezaan itu? Perbezaannya adalah pada aspek pemilikan. Di Tabung Haji, apa yang kena kita tahu dan fahami ialah, Tabung Haji tidak dimiliki oleh pihak tertentu, sebaliknya semua pendeposit adalah pemilik Tabung Haji. Tiada pemegang saham yang memiliki Tabung Haji seperti mana bank-bank, tetapi semua pihak yang menyimpan di Tabung Haji adalah pemegang saham, yakni pemilik Tabung Haji. Yang berbeza, semakin besar simpanan maka makin besar sahamnya dan makin besar keuntungannya.
Maka, atas sebab itulah di Tabung Haji, kita akan diberikan keuntungan saban tahun atas perniagaan yang mereka lakukan. Jika Tabung Haji untung, maka kita diberikan hasil keuntungan berkenaan dalam bentuk dividen. Ia menunjukkan, kita sebenarnya bukanlah penyimpan tetapi pelabur di Tabung Haji atau dalam erti kata mudah, kita adalah pemilik kepada Tabung Haji.
Maka, apabila Tabung Haji sudah mengeluarkan zakat perniagaannya, bermakna wang yang disimpan (hakikatnya dilabur) di Tabung Haji itu, sudah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak Tabung Haji. Maka, tiadalah lagi zakat yang perlu kita keluarkan kerana ia sememangnya sudah pun dizakatkan.
Kesimpulannya, selagi mana pihak bank mengeluarkan zakat atas nama zakat perniagaan, maka kita masih wajib mengeluarkan zakat simpanan di bank berkenaan. Kecuali Tabung Haji, kerana kita memang melabur di dalamnya dan apabila ia dikeluarkan atas nama zakat perniagaan, ia bermakna wang yang disimpan di Tabung Haji itu pun sudah dibersihkan dengan zakat berkenaan, wallahua'lam. (Utusan Malaysia/20 September 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday 19 September 2013

Maybank Islamic tawar pembiayaan patuh Syariah di London

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) telah memperkenalkan pembiayaan hartanah patuh syariah dalam mata wang Pound Sterling pertama di Malaysia dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran hartanah Eropah.
Produk terbaharu berkenaan dijangka dilancarkan pada Forum Ekonomi Islam Dunia 2013 (WIEF 13) di London pada 29 hingga 31 Oktober ini.
Ketika ini, produk berkenaan telah dilancarkan secara tidak rasmi di pasaran tempatan dan akan dikembangkan ke Singapura dan Indonesia tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muzaffar Hisyam, berkata, pelancaran pembiayaan hartanah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan perniagaan mata wang asing pada masa depan.
"Maybank merupakan rakan strategik WIEF 13 dan pelancaran produk berkenaan semasa forum berkenaan dilihat sangat sesuai kerana turut melibatkan kehadiran pemimpin negara dan syarikat utama dunia.
"Maybank Islamic merupakan peneraju perbankan Islam di ASEAN dan kemunculan di pasaran London bakal membantu usaha menerokai pasaran Eropah dan seterusnya Asia Barat.
"Kami menetapkan tiga benua tersebut iaitu, Eropah, ASEAN dan Asia Barat sebagai pasaran antarabangsa utama untuk diterokai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pengumuman WIEF 13 di sini hari ini. Yang turut hadir Timbalan Datuk Bandar London, Sir Edward Lister dan Pengarah Urusan WIEF, Datuk Syed Abu Bakar Almohdzar.
Produk baharu ini berperanan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk melabur dalam sektor hartanah di London menggunakan sistem patuh syariah dalam mata wang Pound Sterling dan ketika ini Maybank Islamic merupakan satu-satunya bank tempatan yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
Tambah beliau, pengenalan produk baharu itu merupakan antara langkah-langkah awal dalam mempromosikan pasaran kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan Maybank Islamic gembira kerana menjadi perintis kepada pembangunan berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai WIEF 13 di London, Lister berkata, ini merupakan pertama kali forum berkenaan dianjurkan di luar daripada negara-negara Islam sejak lapan kali penganjurannnya.
"London merupakan hab pasaran kewangan Islam terbesar di kalangan bukan negara Islam dan kehadiran WIEF dilihat sangat bersesuaian.
"Di London ketika ini terdapat lebih 30 firma kewangan menawarkan perkhidmatan kewangan Islam dan merekodkan penerbitan sukuk sebanyak AS$24 bilion di London Stock Exchange," jelasnya. (Utusan Malaysia/19 September 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday 18 September 2013

Industri halal RM7 trilion

PUTRAJAYA 18 Sept. - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) terus mengukuhkan penglibatannya dalam industri halal global dengan menggalakkan perdagangan dua hala dnegan nilai pelaburan melebihi RM7.4 trilion (AS$ 2.3 trilion) setiap tahun.
Nilai itu dihasilkan melalui kerjasama strategik antara lima organisasi antarabangsa dari Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong dan Taiwan yang membentuk kerjasama bagi mewujudkan Global Halal Footprint.
Lima organisasi terlibat adalah Halal Development Internal Japan Corp., Halal Development Internal Korea Corp., Halal Development Internal Shanghai Corp., Halal Development Internal Taiwan Corp. dan Halal Development Internal HK Corp. (Hong Kong).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha sama itu merupakan inisiatif penting untuk organisasi terlibat mengenali pasaran tempatan dengan lebih jelas.
"Ia juga akan memberi kesedaran pengguna untuk mendapatkan dan mengetahui kepentingan produk halal di samping berupaya menarik lebih banyak pelaburan asing dalam sektor halal di negara ini.
"Ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran dalam menggunakan kepakaran tempatan untuk menembusi pasaran Jepun terutamanya yang mempunyai minat mendalam dalam industri halal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Sesi Networking Bisnes Global Halal Footprint di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.
Jelasnya, melalui kerjasama ini, organisasi terlibat dapat menubuhkan kemudahan pengeluaran di sini dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengeksport produk mereka.
"Produk halal bukan hanya tertumpu kepada produk berasaskan makanan dan minuman, malah ia merangkumi barangan penjagaan diri, kosmetik dan farmaseutikal," katanya.
Sementara itu, Jamil Bidin berkata, organisasi tersebut akan menggalakkan pelabur untuk menggunakan Malaysia sebagai batu loncatan mengakses pasaran halal dan meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan ideal.
"Populasi dunia telah bersedia untuk berkembang sebanyak 22 peratus dalam tempoh 18 tahun akan datang dan bakal menyumbang kepada peningkatan permintaan bagi produk dan perkhidmatan halal.
"Eksport halal Malaysia untuk pasaran Asia Timur bernilai RM8.1 bilion (AS$2.5 bilion) pada tahun lepas telah menyumbang 26.9 peratus daripada jumlah eksport halal bernilai RM30.1 bilion (AS$ 9.29 bilion) pada tahun yang sama," katanya. (Utusan Malaysia/19 September 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Pengurusan Wakaf Secara Profesional, Untungkan Umat Islam

KUCHING, 18 Sept (Bernama) -- Pengurusan harta yang diwakafkan perlu dibuat secara profesional bagi memastikan ia dapat membawa hasil berterusan dan menguntungkan masyarakat Islam, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata penubuhan sebuah organisasi khas dapat membantu meningkatkan lagi pengurusan wakaf yang selama ini diuruskan secara sambilan oleh badan-badan kebajikan Islam.

"Kita patut mengkaji soal wakaf ini dalam konteks ekonomi yang berlainan... ekonomi inflasi berat sebelah yang terpaksa kita gunakan kerana kita ini adalah ekonomi yang berkembang," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Islam Borneo Keenam (KAIB VI) di sini.

Persidangan dua hari anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bermula hari ini dan melibatkan kira-kira 100 peserta dari Brunei, Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Taib berkata pendekatan ekonomi barat yang bersesuaian juga boleh digunakan dalam merangka pengurusan wakaf dengan mengambil kira keadaan ekonomi dunia.

Katanya kekurangan pengetahuan dan kefahaman tentang wakaf dalam kalangan umat Islam boleh menurunkan nilai harta yang diwakafkan sekali gus mengurangkan kemampuan untuk membantu masyarakat Islam secara keseluruhan.

"Ini (pengurusan wakaf yang lebih teratur) juga adalah cara untuk kita menguatkan lagi kuasa dan potensi yang ada dalam kalangan kita umat Islam yang semakin meningkat keinginan mereka (menyerahkan sebahagian daripada harta mereka) untuk membantu masyarakat," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan inisiatif UiTM Sarawak mewujudkan Makmal Halal di Kampus Samarahan 2 yang menelan kos RM10 juta selain memulakan penawaran program Diploma Pengurusan Halal.

"Tindakan ini mampu menyediakan tenaga kerja mahir dalam pembangunan halal dan selari dengan perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai Hab Halal terkemuka," katanya.

Taib berkata tenaga kerja mahir yang bersesuaian dan mencukupi merupakan usaha ke arah menjayakan Hab Halal yang terletak di Tanjung Manis, Mukah itu selain memperhebat usaha menarik pelaburan syarikat multinasional.

Menurutnya eksport produk halal negara termasuk produk makanan dan farmaseutikal berjumlah kira-kira RM38 bilion setahun dan angka ini masih kecil jika dibandingkan dengan keperluan pasaran halal dunia yang berjumlah RM7.3 trilion.

"Bahagian pasaran kita sedikit sekali, namun ruang untuk kita merebut peluang-peluang baharu dalam pengeksportan (produk) halal sangat tinggi," katanya. -- BERNAMA/18 September 2013

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com