Terkini

Saturday 31 October 2020

Unit amanah Islam (Islamic unit trust) diuruskan oleh PMB INVESTMENT (syarikat pengurusan dana Islam/sebuah syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad)



PELABURAN UNIT AMANAH ISLAM (ISLAMIC UNIT TRUST) YANG CEMERLANG DI MALAYSIA 🇲🇾
☆☆☆☆☆
✅ Pelaburan dalam perniagaan-perniagaan yang diputuskan Halal oleh Majlis Pegawasan Syariah SC dan Penasihat Syariah dana.
✅ PMB Investment Berhad berpengalaman 53 tahun dalam mengurus dana-dana patuh Syariah, sejak 1967.
✅ Sebuah syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad.
✅ Kini PMB Investment uruskan 16 dana patuh Syariah (tiada dana konvensional).
✅ Pulangan adalah dalam bentuk untung modal (capital gain) dan dividen.
✅ Pelaburan secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (Akaun 1).
✅ Untuk pelaburan Tunai, pelabur boleh menambah pelaburan secara auto debit atau on-line transfer.
✅ Pelabur boleh mengeluarkan sebahagian atau semua pelaburan pada bila-bila masa.
✅ Kami akan cadangkan dana-dana Islam yang difikirkan terbaik dari segi prestasi lepas dan prospek keuntungan.
✅ Jumlah pelaburan minimum:
Tunai = RM1,000 (disyorkan)
Skim KWSP = RM1,000
✅ Rekod pulangan lepas yg memuaskan
✅ Potensi pulangan memuaskan utk pelaburan jangka panjang, insya Allah
✅ Pemegang amanah dana: Amanah Raya Berhad
✅ Penasihat Syariah untuk dana: BIMB Securities

📲 WhatsApp: 60192348786
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestmentAhmad Sanusi - Group Agency Manager/ Consultant
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
PMB Investment Berhad - Kuala Lumpur
[Syarikat pengurusan dana Islam.
Syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad]

◆ www.pmbinvest.com.my (PMB Investment)
◆ www.unit-amanah-islam.blogspot.my

☆PATUH SYARIAH. AMANAH. CEMERLANG☆

Monday 26 October 2020

2 jenis pulangan dalam pelaburan dana unit amanah


Antara soalan kegemaran orang ramai berkaitan pelaburan dana unit amanah adalah "Macam mana kita nak peroleh keuntungan?".

Sebelum itu, mari kita fahami terlebih dahulu apa itu pelaburan dana unit amanah. Konsep asasnya mudah; orang yang berminat untuk melabur atau pelabur akan meletakkan sejumlah wang yang kemudiannya dikumpul secara kolektif ke dalam satu dana pelaburan. Dana pelaburan ini akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman untuk mendapatkan potensi pulangan optimum.

Jadi, bagaimana anda menjana keuntungan melalui pelaburan ini? Ada 2 jenis potensi keuntungan yang anda boleh peroleh iaitu sama ada melalui agihan pendapatan dana atau kenaikan harga dana.
-----------------------------
A. Agihan Pendapatan
Terma yang paling kerap digunapakai adalah pemberian dividen. Kebiasaannya apabila agihan pendapatan diumumkan, jumlah agihan yang diperoleh akan dilaburkan semula secara automatik dalam dana tersebut dan diberikan dalam bentuk tambahan unit.

Contoh kiraan kasar; PMB Investment mengumumkan agihan pendapatan 3.50 sen seunit bagi PMB Shariah Premier Fund (PMBSPF).

Shahrul mempunyai 100,000 unit dana PMBSPF, jadi agihan pendapatan yang diterimanya adalah RM3,500. (100,000 unit x RM0.035)

Katakan ketika itu harga seunit dana PMBSPF adalah RM0.50, maka tambahan unit yang diterima Shahrul adalah 7,000 unit. (RM3,500/RM0.50)

Jumlah unit terkini Shahrul (selepas agihan pendapatan) adalah sebanyak 107,000 unit.
-----------------------------
B. Kenaikan harga dana
Contoh kiraan kasar; Syazuwan melabur RM10,000 untuk membeli dana yang berharga RM1.00 seunit. Selepas ditolak fi jualan sebanyak 6%, Syazuwan mempunyai 9,400 unit.

Katakan dalam masa 2 bulan, harga dana tersebut meningkat menjadi RM1.20 seunit dan Syazuwan bercadang untuk menjual semua unitnya. Maka amaun yang diperoleh Syazuwan adalah RM11,280 (9,400 unit x RM1.20).

Jadi, keuntungan yang diperolehnya dalam masa 2 bulan adalah RM1,280 (RM11,280 - RM10,000)
-----------------------------
Menarik bukan? Walaubagaimanapun, perlu diingat, dua situasi di atas adalah sekadar gambaran melalui kiraan kasar bagi tujuan pemahaman. Prestasi dana unit amanah ada naik turunnya dan tidak boleh bersandar pada prestasi lalu semata-mata. Apa yang penting, sebelum membuat keputusan melabur, anda perlu fahami dahulu risiko-risiko yang akan dihadapi dan sebagainya.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk melabur?

Hubungi:
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL

8 jenis rezeki dalam Al-Quran


Doa Nabi Musa mohon limpahan rezeki



Doa Nabi Musa mohon limpahan rezeki

[Quran, Surah Al-Qasas (28), ayat 24]

Sunday 25 October 2020

Mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) - Bank Negara Malaysia (BNM)

Kuala Lumpur (24 Oktober 2020): Mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) dan individu yang melabur dalam mata wang itu perlu tahu risiko dihadapi.

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa orang ramai diingatkan mata wang digital tidak sah diperlakukan di negara ini.

Sehubungan itu, perniagaan mata wang digital tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan kehematan dan amalan pasaran yang terpakai pada institusi kewangan dikawal selia oleh bank.

Menerusi kenyataan, BNM menyatakan bahawa ia selaras dengan obligasi pelaporan semasa yang digunakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) terhadap institusi pelapor lain seperti firma undang-undang atau perakaunan serta ejen harta tanah yang tidak tertakluk di bawah kawal selia bank.

"Ini bertujuan memastikan langkah berkesan dilaksanakan bagi menangani risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan meningkatkan ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia.

"Dasar yang dicadangkan ini menggariskan obligasi undang-undang, keperluan dan piawaian yang akan ditakrifkan di bawah Jadual Pertama Amla yang perlu dilaksanakan oleh penukar mata wang digital sebagai institusi pelapor.

"Ini termasuk obligasi ketelusan bertujuan memberikan maklumat yang berkaitan supaya orang ramai memahami dan menilai dengan lebih baik mengenai risiko berkaitan penggunaan mata wang digital," katanya.



BNM menyatakan, ketelusan yang lebih tinggi juga akan mencegah penggunaan mata wang digital dalam aktiviti jenayah atau yang menyalahi undang-undang.

"Orang ramai dinasihati untuk menilai dengan teliti risiko berkaitan dengan urus niaga dalam mata wang digital.

"Ini termasuk risiko yang berpunca daripada turun naik harga yang ketara, ketiadaan pasaran yang dalam dan mudah terdedah terhadap serangan siber yang boleh menyebabkan kerugian ketara.

"Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian mapan disediakan untuk institusi kewangan yang dikawal selia sekiranya berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian," katanya dalam satu kenyataan.



*LAPORAN Harian Metro, 24 Oktober 2020.




Saturday 24 October 2020

Zakat Saham



Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut

  1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  • Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.


1.Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima

2.Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

*Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)



Awas: Taktik Macau Scam


Ingin berbuat baik kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia? Bersedekahlah atas nama mereka


Zakat Emas


Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (
dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.

Dalil Zakat Emas

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Emas

1.Emas Perhiasan Dipakai

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. Yusuf al-Qaradawi menyebut perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800?gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800?gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf Nota 1) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
RM3,727.80

 2.Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama. Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%). Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama?(HR Abu Dawud)

Formula Kiraan:
Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab Nota 2) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:

= Berat Emas dipakai x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM828.40

Kiraan Zakat Emas Disimpan

3. Emas Pelaburan Patuh Syarak

Pelaburan emas yang patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; i) pelaburan dalam emas fizikal dan ii) pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook)

Pelaburan Emas Fizikal

Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram.Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 400 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

RM1,400

Akaun Emas (Passbook)

Terdapat bank menawarkan emas pelaburan berbentuk passbook atau Akaun Simpanan Emas. Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan. Pelaburan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram.

Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam passbook sebanyak 200 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 200 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

RM700

4.Emas Pelaburan Tidak Patuh Syarak

Pelaburan emas yang tidak patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; i) pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook) yang tidak menyediakan emas fizikal dan ii) pelaburan emas melalui alam maya.

Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas

Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.

Akaun Emas Maya

Emas maya adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik. Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan di platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.

Memandangkan jualbeli emas ini tidak melibatkan emas fizikal maka ia adalah tidak patuh syariah. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.

Kaedah kiraan Zakat emas pelaburan tidak patuh syarak:

Zakat

= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat

= RM40,000 (contoh) x 2.5%

= RM1,000

Nota 1 Uruf Emas ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat. Berat uruf emas di Wilayah Persekutuan bersamaan dengan 800 gram.
Nota 2 Nisab ialah nilai semasa 85 gram emas.

*Sumber: Puzat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Friday 23 October 2020

Syarat Wajib Zakat


i. ISLAM

Pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam tidak diminta untuk mengeluarkan zakat kerana zakat adalah ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menzahirkan kepatuhan diri sebagai seorang hamba.

ii. MERDEKA

Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

iii. MILIK SEMPURNA

Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri. Dengan pemilikan sempurna, sesuatu harta tidak tertakluk kepada hak pihak lain. Pemiliknya mampu mengendalikan harta tersebut secara bebas dan keuntungan daripadanya juga kembali kepada pemiliknya. Maka, tidak wajib zakat kepada harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan seumpamanya. Syarat pemilikan sempurna diambil daripada dalil-dalil berkenaan zakat yang menyandarkan perkataan harta kepada pemiliknya sebagaimana firman Allah (yang bermaksud):

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)[Surah al-Taubah (9): 103]

iv. CUKUP NISAB

Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq). Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

v. CUKUP HAUL

Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pada asalnya, asas perkiraan haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah, maka praktis pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.

Haul menjadi syarat dan penyelaras dalam sistem zakat. Pensyaratan haul terhadap sesetengah harta adalah pendapat jumhur ulama dan sebahagian mereka menukilkan ijmak. Namun ulama telah menetapkan bahawa pensyaratan haul tidak meliputi seluruh sistem zakat di mana ia disyaratkan kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan. Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian?dan Rikaz tidak disyaratkan haul.

vi. BERKEMBANG (AL-NAMA)

Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. Secara praktis, ulama sejak zaman-berzaman tidak mewajibkan zakat terhadap haiwan yang dijadikan kenderaan, rumah kediaman, perabot rumah, alat-alat pekerjaan, dan lain-lain yang sifatnya tidak berkembang kerana ia dijadikan semata-mata untuk kegunaan peribadi. Syarat ini sebenarnya selari dengan makna asal perkataan zakat dalam bahasa Arab yang memberi maksud bertambah dan berkembang. Syarat ini diambil daripada nas hadis Rasulullah SAW (yang bermaksud):

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda: Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.(HR Bukhari & Muslim)

Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.

*Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pengenalan Wakaf: Ketahui Erti Wakaf


MUQADDIMAH

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah)menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.

PENGERTIAN WAKAF

Bahasa: Berhenti, Menahan, Menghalang

Istilah/Syara’:  “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T”

Beberapa pengertian/definisi lain:

1) Definisi wakaf di sisi Abi Hanifah:

Iaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah manfaatnya ke jalan kabajikan.

2) Definisi wakaf di sisi Jumhur Ulama’:

Iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya – dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya -ke arah kegunaan yang harus – atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada Allah.

3) Definisi wakaf di sisi Mazhab Maliki:

Iaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya – sekalipun dimilikinya dengan menyewa – ataupun dijadikan penghasilan seumpama wang – kepada yang memerlukan – dengan jalan berlafaz- untuk jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu – wakaf di sisi Mazhab Maliki ialah tidak memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan -hanya memutuskan hak mengguna pakai sahaja.

DALIL PENSYARIATAN

a) AL-QURAN

Surah Al-Baqarah, ayat 261:

Bermaksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meluputi ilmu pengetahuanNya.

Surah Ali ‘Imran, ayat 92:

Bermaksud:

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

b) HADITH NABAWIYAH

Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya

Hadith Riwayat Muslim

 

Hadith dari Ibni Umar r.a.

Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:

Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:

Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.

Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.

c) IJMA’

  • Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-Mustadrah 4/200).
  • Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki, kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269).
  • Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375).

RUKUN WAKAF

a) Wakif (pewakaf).

      Di antara syarat-syarat pewakaf adalah:

  • Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.
  • Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.
  • Baligh.
  • Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).

b) Mawquf (harta yang diwakafkan).

  • Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.
  • Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim).
  • Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).
  • Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

c) Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf).

  • Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf.
  • Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja.

d) Sighah (penyataan wakaf).

  • Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat.
  • Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah.

Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.

Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.


Sumber: Yayasan Waqaf Malaysia