Dr Paul Temporal, seorang felo bersekutu di Said Business School dit University of Oxford di United Kingdom, berkata kewangan Islam akan terus membangun, terutamanya dengan perbankan konvensyenal terus mempunyai isu di seluruh dunia.

"Malaysia, khususnya, adalah salah satu peneraju dunia dalam bidang ini," katanya kepada sidang media selepas pelancaran kertas putih bertajuk "Bilion Seterusnya, Peluang Pasaran Dunia Islam", yang ditulis bersama oleh beliau dengan Yusuf Hatia, Naib Presiden Kanan dan Pengerusi Global Fleishman-Hillard Majlis.
Fleishman-Hillard Majlis adalah tawaran kepakaran yang baru oleh syarikat perhubungan awam, Fleishman-Hillard International Communications, bertujuan untuk berkait dengan pasaran pelanggan Islam.
Menurut laporan, populasi Islam global dianggarkan pada 1.8 bilion, dan mungkin meningkat sebanyak 35 peratus kepada 2.2 bilion pada 2030, dengan 60 peratus tinggal di rantau Asia Pasifik dan 20 peratus di Timur Tengah danAfrika Utara.

Mengenai kewangan Islam, ia berkata penerbitan bon Islam telah meningkat tahun ini, dengan penerbitan sukuk global untuk kali pertama pada US$43.4 bilion, hampir separuh daripada keseluruhan 2011 dan ini akan mencecah US$126 bilion tahun ini. - Bernama (19 Julai 2012)