Terkini

Monday 25 August 2008

Perancangan Kewangan Islam - Pengurusan Risiko dan Merancang Harta Pusaka



Pengenalan


Secara amnya, Perancangan Kewangan Islam membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan anda yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses serta langkah – langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan. Berikut ialah sebahagian perkara yang mesti ada dalam perancangan kewangan.


Pengurusan Aliran Tunai

Merancang aliran tunai keluar masuk dan menilai, nilai bersih kewangan anda sekarang iaitu jumlah harta yang dimiliki ditolak hutang yang ada. Ia akan menunjukan samada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan. Kemudian baru anda merancang belanjawan, menghapuskan hutang dan membuat tabungan dan pelaburan


Perancangan Perlindungan

Pelan perlindungan adalah suatu kemestian, ianya bukan lagi suatu pilihan.Jangan menggadai masa depan pasangan dan anak-anak anda.Pastikan semua harta dan keluarga anda dilindungi oleh Takaful secukupnya


Perancangan Pelaburan

Pelaburan strategik untuk pulangan maksimun bagi mencapai matlamat kewangan anda dan impian anda


Perancangan Pendidikan Anak- Anak

Pendidikan adalah satu keperluan asas dalam setiap keluarga. Anak-anak berhak untuk mendapat pendidikan yang terbaik. Anda perlu menyediakan tabungan pendidikan yang cukup untuk memenuhi keperluan tersebut


Perancangan Chukai / Zakat

Merancang strategik untuk menikmati yang terbaik dari pendapatan, saham, hartanah dan harta lain yang anda miliki.


Perancangan Persaraan

Merancang dana persaraan untuk usia bersara, anda tidak akan bekerja sepanjang hayat.Oleh itu amat mustahak mempunyai pelan kewangan untuk hari tua.


Perancangan Harta Pusaka

Perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga terlaksana dan harta terpelihara untuk diwarisi tanpa ada perselisihan ,diuruskan dengan cepat dan tiada yang terambil harta pusaka secara batil


PENGURUSAN RISIKO 

Pengurusan Risiko adalah satu aspek penting dalam Perancangan Kewangan..Ia memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,paling tidak ianya boleh mengurangkan bebanan akibat berlaku risiko tersebut.. Pengurusan Risiko yang paling praktikal ialah menggunakan Pelan Takaful kerana ia menepati Hukum Syariah.

Beberapa risiko yang mungkin anda hadapi:

1. Kematian Awal

2. Hilang Kekal Menyeluruh dan Kekal

3. Menghidap Penyakit Kritikal

4. Keperluan Pendapatan ketika Persaraan

5. Pembiayaan Pendidikan Anak-anak


Siapakah sebenarnya perlukan Takaful?

Golongan Banyak Wang

Sekiranya anda ditimpa Penyakit Kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, mengeluarkan simpanan, semata-mata menampung kos rawatan anda!.Dengan Takaful, anda tidak perlu gunakan wang simpanan,atau jual harta untuk kos perubatan, anda pindahkan sedikit dividen dari wang pelaburan ke dalam Pelan Takaful supaya anda dapat melindungi seluruh harta anda.

Golongan Kurang Wang

Sekiranya sekarang pun anda terkial-kial untuk menampong keperluan keluarga,bagaimana jika anda sudah tidak berupaya atau anda sudah tiada?Bagaimana keadaan keluarga anda untuk meneruskan kehidupan?. Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, serba kekurangan dan disisih akibat kemiskinan?.Takaful boleh mengurangkan bebanan mereka yang ditinggalkan.

Risiko Perlindungan Keberhutangan

Dalam sesetengah risiko, Islam secara langsung atau tidak, mewajibkan umatnya mengelak risiko seperti risiko berhutang selepas kematian dan seumpamanya (hadith, [kewajipan membayar hutang], tuntutan al-Quran menyelesaikan hutang sebelum pembahagian wasiat dan pusaka)

Roh orang yang berhutang akan tergantung antara langit dan bumi selagi tidak bayar hutang walaupun satu dinar.Oleh itu menyelesaikan hutang adalah satu kewajipan sama ada oleh penghutang atau ahli keluarga, maka Pelan Takaful yang mempunyai peranan yang sama adalah satu kewajipan. Jadi sebarang usaha seperti mengambil perlindungan Ttakaful untuk membebaskaan keluarga daripada kesusahan dan kesulitan adalah satu tanggungjawap yang mesti dilakukan oleh setiap ketua keluarga (suami). Takaful adalah satu keperluan, satu kemestian.


MERANCANG HARTA PUSAKA

Islam Menuntut Kita Merancang Pusaka

Firman Allah swt : “ Dan hendaklah takut kepada Allah wahai orang-orang beriman yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu mereka bertaqwa kepada Allah hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar” (An Nisa’)

Sabda Rasulullah saw : “Adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan waris kamu kaya daripada dalam keadaan meminta-minta” (Al-Hadis)

Akibat Tidak Merancang Pusaka 
Waris berebut harta hingga berlaku penindasan dan aniaya 
Masalah pengagihan harta pusaka berpanjangan / waris berlapis 
Isu penama yang tidak berlaku amanah / penana bolot harta. 
lebih 38 billion harta umat islam dibekukan kerana tidak dapat dibahagikan / waris tidak dapat dikesan 

Kenapa Mesti Merancang Harta Pusaka? 
1. Mempercepatkan proses agihan pusaka 
2. Menyelesaikan hutang yang tidak sempat disempurnakan semasa hidup 
3. Mengelak persengketaan serta penindasan dikalangan waris 
4. Memastikan kebajikan waris terjamin 
5. Mengekalkan potensi harta untuk dimajukan 
6. Peluang untuk beramal jariah 
7. Menyelamatkan waris dari membuat dosa memakan; 
    - Harta secara batil
    - Harta anak yatim
    - Harta si mati yang belum di selesaiakan

Bagaimana Merancang Pusaka?
1. Kenal pasti status diri kita 
2. Ketahui nisbah faraidh kita dan waris – waris kita 
3. Pilih instrument perancangan pusakan seperti: 
    - Takaful
    - Harta sepencarian 
    - Hibah 
    - Wasiat

4. Tulis SURAT WASIAT iaitu surat amanah pentadbiran harta pusaka dengan melantik WASI sebagai Pemegang Amanah & Pentadbir Pusaka dalam satu dokumen yang sah.

Kesimpulan

Bermula dengan Pelan Perlindungan Pendapatan, menyediakan Pelan Tabungan Pendidikan, Jaminan Simpanan Haji dan Tabungan Persaraan yang selesa dan seterusnya membebaskan hidup anda dari beban hutang, merancang kewangan boleh membantu anda mencapai impian hidup anda.

Ternyata dengan memiliki Takaful anda mampu menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah. Walaupun sedikit, pampasan Takaful yang diperolehi nanti begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap mereka akan kekal dihati mereka akan kekal buat selama-lamanya. Jadikan ianya sebuah hadiah sebuah kasih sayang untuk keluarga anda tercinta.

Menyediakan Wasiat dalam satu dokumen yang sah adalah bukti anda merancang harta pusaka di mana di dalamnya terkandung maklumat semua pewaris, senarai harta, senarai hutang, surat pengistiharan harta sepencarian, hibah, wasiat amal jariah dan pesanan terakhir pewasiat.


Monday 18 August 2008

Basel II - Alat Paling Berkuasa Untuk Tingkatkan Daya Tahan Jangka Panjang & Kelebihan Kompetitif

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pelaksanaan Basel II, yang merupakan syor undang-undang dan peraturan perbankan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel mengenai Pengawal Seliaan Perbankan, adalah alat yang berkuasa bagi bank untuk meningkatkan daya tahan jangka panjang dan kelebihan kompetitif secara signifikan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Basel II, menjanjikan kestabilan kewangan yang lebih meluas menerusi susunan yang lebih rapat risiko dengan modal, kata beliau dalam ucaptama pada Dialog Keempat SEACEN /ABAC/ABA/PECC Sektor Awam-Swasta bagi Rantau Asia Pasifik di sini.

"Bagi menikmati manfaat sepenuhnya daripada pelaksanaan Basel II, dimensi pelbagai wajah perlulah difahami dengan baik dan disepadukan dengan struktur kewangan, amalan institutsi, dan sistem kawal seliaan," katanya.

Beliau juga berkata pasaran yang baru muncul, khususnya, perlu untuk memastikan bahawa intepretasi kawal seliaan kerangka kerja adalah mengikut konteks situasi tempatan, dan pra syarat bagi pelaksanaannya yang efektif dibangunkan secukupnya untuk mengelakkan potensi berlakunya gangguan pasaran.

"Pada tahap institusi, Basel II menyediakan peluang yang unik bagi bank untuk menyepadukan pertimbangan risiko dengan strategi perniagaan mereka.

"Pastinya, beberapa institusi kewangan pemberi pinjaman telah dengan jayanya membawa Basel II melangkaui aplikasi risiko yang sempit dan mekanistik kepada pelaksanaan strategik kerangka kerja merentasi organisasi," jelasnya.

Menurut Zeti, institusi sebegitu telah memanfaatkan prasarana risiko yuang ditingkatkan yang telah diwujudkan untuk Basel II untuk mewewujudkan kelebihan kompetitif menerusi aplikasi perniagaan baru dan alat pengurusan.

"Ini membolehkan fungsi risiko mempunyai peranan utama bagi membentuk langkah strategik ke dalam pasaran baru dan produk. Dalam proses itu, ia memastikan strategi adalah diserasikan dengan selera risiko dan dasar bank," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata manfaat Basel II tidak akan dapat dicapai dengan hanya pendekatan pematuhan undang-undang yang ketat.

"Sementara Basel II bertindak sebagai pemangkin yang berkuasa mengubah semula kedudukan peranan, dan perhatian kepada pengurusan risiko dalam institusi perbankan, usaha keras juga diperlukan dan ditumpukan kepada mengukuhkan struktur kewangan, tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan keupayaan data," katanya.

Sebanyak 13 negara di rantau Asia Pasifik, telah menerima pakai pendekatan yang seragam di bawah Basel II bagi risiko kredit dan pengoperasian.

Sejumlah negara sama ada telah pun menerima pakai atau mengumumkan pelan untuk menerima pendekatan yang lebih terkini menjelang 2010 atau sebelumnya.

Malaysia menerima pakai pendekatan yang seragam itu tahun ini dan baru-baru ini mengeluarkan kertas konsep yang mendalami tentang had-had tertentu bagi pelaksanaan pendekatan yang lebih terkini pada 2010.

Katanya dengan wujudnya krisis gadai janji sub-prima di Amerika Syarikat, beberapa aspek daripada Basel II telah dapat menarik perhatian seperti penggunaan penarafan dalam rangka kerja undang-undang dan sama ada ia secara tidak dirancang melemahkan semangat pelabur daripada melaksanakan langkah ketekunan kwjar mereka sendiri.

"Anggaran risiko yang kurang daripada sepatutnya bagi pensekuritian kredit berstruktur diletak di bawah penelitian yang rapi sekarang. Berlakunya perbahasan yang kian meningkat mengenai impak kitaran Basel II," katanya.

Bagi ekonomi yang baru muncul, Basel II tidak dapat dipertikaikan lagi mempunyai impak yang meluas memandangkan ekonomi terus banyak bergantung kepada sistem perbankan untuk membiayai aktiviti ekonomi.

Zeti menjelaskan bahawa dengan beberapa pengecualian, bank komersil merupakan penyedia kredit utama di kebanyakan ekonomi yang baru muncul, mewakili purata 90 peratus daripada jumlah kredit.

"Ini menghasilkan korelasi yang lebih tinggi kepada sektor ekonomi di mana implikasi terhadap sistem perbankan boleh mengakibatkan gangguan yang besar kepada penawaran kredit yang sebaliknya boleh menjejaskan aktiviti ekonomi," katanya.

Di Malaysia, kata Zeti penyusunan semula kewangan dijalankan untuk mengukuhkan lagi kekuatan sedia sistem perbankan yang memainkan peranan yang penting dalam membantu peralihan kepada penggunaan Basel II yang licin tanpa hasil keputusan pasaran yang mengecewakan.

-- BERNAMA
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday 14 August 2008

Soal Jawab - zakat pendapatan

Soalan:

BARU-BARU ini saya mendengar tiga kawan berbincang mengenai zakat pendapatan. Seorang berkata ia wajib (berdasarkan pendapatan, kami boleh dikatakan termasuk dalam golongan berpendapatan sederhana).


Seorang lagi berkata ia tidak wajib kerana dia sering mengalami masalah kekurangan wang, terutama apabila hujung bulan, walaupun hanya ada seorang anak remaja.
Pendapat ini disokong rakan ketiga yang bermati-matian mengatakan zakat pendapatan tidak wajib, apatah lagi selepas gaji ditolak dengan cukai.


Saya ingin tahu, apakah ciri yang meletakkan seseorang itu dalam golongan wajib membayar zakat pendapatan? Adakah had pendapatan minimum dalam kiraan ini?


Apakah tanggungan yang boleh ditolak untuk pembayaran zakat? Boleh Datuk beri penjelasan terperinci mengenai masalah ini?


MUSYKIL
Pulau Pinang


Jawapan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Membayar zakat adalah satu daripada rukun Islam. Pada dasarnya zakat wajib pada hasil usaha dan harta yang dicari, sepertimana firman Allah SWT: “Wahai orang-orang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah al-Baqarah; ayat 267)


Muzakarah Fatwa Ulama Ke-56 pada 7 Mei 2003 memfatwakan zakat pendapatan itu wajib. Bagaimanapun, fatwa ini tidak berkuatkuasa di semua negeri, hanya sebahagian mewajibkan.


Asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan pendapatan kasar setahun dan kadar dikenakan ialah 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan itu.


Hasil usaha itu termasuk perkara seperti pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan dan perkhidmatan.


Apabila berbincang mengenai zakat, pendapat para fuqaha’ ada menyebut, semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai ‘mal mustafad’ iaitu satu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang memang dikenakan zakat .


Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas. Ia dikeluarkan setelah ditolak perbelanjaan asas dan tanggungan didapati ia cukup nisab.


Untuk memudahkan lagi pengiraan, kunjungi pusat zakat atau laman web yang ada dan khidmat pengiraan disediakan.
(Sumber: myMetro)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Royal Bank of Scotland rancang tubuh anak syarikat Islam

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Royal Bank of Scotland Bhd. (RBS), yang dahulunya dikenali sebagai ABN AMRO Bank Bhd. me- rancangkan untuk menubuhkan anak syarikat perbankan Islam sebagai usaha untuk menguasai potensi pertumbuhan perbankan Islam di Malaysia.
Ketua Negara dan Pengarah Urusannya, Harry Naysmith berkata, RBS akan menawarkan produk perbankan Islam kepada pelanggan runcit dan korporat.
''Terdapat rancangan untuk memperbadankan subsidiari Islam dan permohonan yang sewajarnya akan dibuat pada masa yang sesuai,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
RBS telah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan produk perbankan Islam melalui kaunter Islam.
Naysmith berkata, RBS yakin terhadap potensi pertumbuhan perbankan Islam di sini, memandangkan aspirasi BNM untuk perbankan Islam menguasai 20 peratus daripada jumlah aset perbankan menjelang 2010.
Pada masa ini, perbankan Islam terdiri daripada 12 peratus daripada jumlah aset perbankan.
''Dengan sokongan berterusan dari segi peraturan dan insentif daripada kerajaan, BNM dan pengawal aturan lain seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), kami menjangka perniagaan perbankan Islam akan mencapai sasaran pertumbuhan ini,'' katanya.
Mengenai perkembangan lain, RBS berkata, ia telah mewujudkan pelaburan berstruktur baru yang dikenali sebagai Royal Select Series 1 Structured Investment yang membolehkan pelabur membina portfolio pelaburan dalam kedudukan yang baik semasa keadaan pasaran yang tidak menentu.
Ia merupakan pelaburan tiga tahun dalam mata wang ringgit yang menawarkan perlindungan modal 100 peratus pada tarikh matang iaitu 2011.
Ia dikaitkan dengan prestasi tiga sektor pelbagai dan syarikat yang terdiri daripada sektor perbankan kewangan, tenaga, lombong dan teknologi maklumat.
Royal Select Series 1 menawarkan kupon permulaan 22 peratus dan memperuntukkan wajaran tertinggi kepada kumpulan dengan prestasi terbaik.

(Sumber: Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Insurans Islam pertama dilancar di Britain

LONDON 28 Julai - Sebuah syarikat insurans berlandaskan Syariah yang pertama seumpamanya di Britain dilancarkan hari ini dengan menawarkan perkhidmatan polisi insurans kenderaan berasaskan undang-undang Islam.
Syarikat insurans Salaam Halal yang berlandaskan prinsip Takaful, disasarkan kepada 1.6 juta penduduk Islam di Britain yang merupakan 2.7 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.
"Pelancaran Insurans Salaam Halal iaitu sebuah syarikat bebas pertama berasaskan syariat Islam ini merupakan satu perkembangan terhadap pembangunan sistem kewangan Islam di negara ini," kata Pengerusi Salaam Insurans, Abdulaziz Hamad Aljomaih.
Kerajaan Britain pada 2004 telah membenarkan sebuah bank yang menggunakan 100 peratus kaedah perbankan Islam, Islamic Bank of Britain untuk beroperasi sebelum sebuah bank tempatan, bank Llyods TSB turut melancarkan produk perbankan Islam pada tahun lepas.
- AFP
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan meluluskan lebih banyak lesen syarikat pengurusan dana Islam

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan meluluskan lebih banyak lesen syarikat pengurusan dana Islam pada tahun ini dan tahun depan dalam usaha menjadikannya sebuah industri bertaraf global.
Pengerusi SC, Datuk Zarinah Anwar berkata, setakat ini, pihaknya telah memberi kelulusan kepada tiga syarikat asing dan sedang meneliti beberapa lagi permohonan dari negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Asia Pasifik dan Asia Barat.
''Kita kini berusaha mempercepatkan proses permohonan yang akan dilakukan berperingkat-peringkat,'' kata beliau selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kewangan Islam Malaysia 2008 di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedah jumlah syarikat yang sedang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu.
Menurut beliau, kebanyakan syarikat yang membuat permohonan itu berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengurusan dana Islam masing-masing.
Zarinah juga berkata, SC tidak menetapkan sebarang jumlah kelulusan syarikat pengurusan dana Islam sebaliknya sedang bekerja keras untuk menarik lebih banyak syarikat berkenaan, khususnya syarikat-syarikat besar bagi beroperasi di negara ini.
''Saya percaya dengan adanya penyertaan di kalangan syarikat-syarikat pengurusan dana Islam antarabangsa bersama lima syarikat pengurusan dana global dan tempatan akan meningkatkan pertumbuhan industri ini di Malaysia,'' ujar beliau,
Ini secara tidak langsung akan menawarkan lebih banyak pilihan produk dan perkhidmatan kepada pelabur domestik dan antarabangsa, sekali gus merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan bagi pelaburan dana Islam antarabangsa.
Terdahulu dalam ucapannya, Zarinah berkata, industri pengurusan pelaburan merupakan segmen pertumbuhan paling pantas dalam pasaran modal dengan kadar pertumbuhan kumulatif sebanyak 24 peratus setahun.
Katanya, pertumbuhan dalam industri itu dijangka terus mengukuh berikutan langkah kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan bagi kelulusan produk pelaburan, melonggarkan syarat-syarat bagi pelaburan asing dan meliberalisasi undang-undang bagi syarikat pengurusan dana asing.
''SC juga menyediakan pelbagai cukai dan insentif-insentif lain bagi syarikat pengurusan dana Islam yang beroperasi di Malaysia dan langkah ini telah meningkatkan minat kukuh daripada syarikat-syarikat peneraju pengurusan dana dan firma antarabangsa,'' katanya.
Beliau menambah, industri itu sedang mengalami pertumbuhan lancar dan permintaan untuk produk unit amanah terus kukuh.
Tambahnya, jumlah jualan bagi unit dana amanah berasaskan syariah meningkat 84 peratus kepada RM2.96 bilion tahun ini berbanding RM1.61 bilion pada tahun 2007.
''Pertumbuhan memberangsangkan dalam segmen pasaran ini sungguh signifikan berbanding pertumbuhan jualan bersih sebanyak 11 peratus bagi produk konvensional pada tempoh yang sama,'' jelasnya.
Zarinah berkata, pertumbuhan kukuh itu didorong oleh peningkatan keupayaan dalam industri Malaysia dengan menawarkan perlindungan modal dalam produk berstruktur seperti pertukaran, opsyen dan instrumen lindung nilai yang bersandarkan aset termasuk mata wang dan komoditi.
Selain itu, SC juga meluluskan produk-produk yang ditawarkan pada pasaran rantau lain, satu lagi pertumbuhan baru bagi meningkatkan penguasaan pasaran.
(Sumber: Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

SC selesaikan kes SwissCash secepat mungkin - Elakkan skim cepat kaya!

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menyelesaikan kes skim pelaburan melalui Internet, SwissCash secepat mungkin.
Pengerusi SC, Datuk Zarinah Anwar berkata, pihaknya telahpun membeku akaun dan merampas wang berjumlah RM35 juta itu.
''Kita sedang menyelesaikan kes ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kewangan Islam Malaysia 2008 di sini hari ini.
Pada tahun lalu, mahkamah mengarahkan seorang defendan dalam skim pelaburan Internet SwissCash memindahkan semula kesemua wang berjumlah kira-kira RM35 juta ke Malaysia daripada bank luar negara.
Defendan terbabit, Amir Hassan diarahkan memindahkan wang tersebut yang kini disimpan dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun bank di Singapura.
Perintah mahkamah itu merupakan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet itu.
SC sebelum ini berkata, wang yang dibawa balik itu akan dibekukan menerusi perintah Mareva, tertakluk kepada prosiding sivil yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada awal tahun ini terhadap Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Dynamic Revolution Sdn. Bhd., Swiss Mutual Fund (1948) S. A. SMF International Ltd. dan SMF (1948) International Ltd..
Kegiatan SwissCash itu menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan terbongkar kira-kira setahun lalu.
Skim itu dikatakan telah menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.
(Sumber: Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday 13 August 2008

Bank Islam Malaysia: An-Najah NID-i sasar RM300j

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), pengasas institusi kewangan berlandaskan syariah di Malaysia mensasarkan saiz dana permulaan RM300 juta bagi produk pelaburan berstruktur pertamanya, An-Najah NID-i yang dilancarkan semalam.


Pengarah Urusannya, Datuk Zukri Samat, berkata produk terkini itu dijangka dilanggan sepenuhnya dalam tempoh 30 hari memandangkan ia pelaburan berstruktur Islam pertama ditawarkan di Malaysia yang menumpukan kepada penjagaan kesihatan.


“Ia menawarkan 100 peratus perlindungan pelaburan pokok jika dipegang sehingga tempoh matang, tetapi berpotensi memberikan pulangan perolehan yang tinggi apabila matang,” katanya ketika taklimat media pelancaran An-Najah NID-i, di Kuala Lumpur, semalam.


Zukri berkata produk itu juga berpotensi memberikan pulangan tahunan antara lima dan 16.4 peratus atau purata 9.3 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding kadar deposit tetap.

Menurutnya, Bank Islam bercadang memberi fokus kepada penjagaan kesihatan global kerana faktor gabungan seperti jangka hayat yang panjang, kekayaan yang meningkat dan kemajuan dalam rawatan umur dan penyakit yang berkait dengan gaya hidup serta perkhidmatan dalam setiap negara. (Harian Metro)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday 10 August 2008

Perangkap kad kredit


Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
(Metro Ahad)
TEKANAN akibat kenaikan harga minyak kelihatan semakin meracuni pemikiran rakyat, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah. Menurut Bank Negara (BNM), inflasi dicatatkan setinggi tujuh peratus pada Jun 2008.

Kadar faedah bank pula kedengaran akan naik sekurang-kurangnya 0.25 peratus hingga ke 0.5 peratus. Demikian juga maklumat daripada rakan di bank walaupun ia dikatakan masih tahap ‘cakap-cakap’ saja.

Apa yang diperhatikan, mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kelihatan cuba mendapatkan penyelesaian sementara yang nampak seperti melegakan, namun hakikatnya ia menawarkan kehancuran dan bala pada masa depan.

Yang saya maksudkan ialah kecenderungan berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit. Apatah lagi hari ini individu berpendapatan sekitar RM1,500 juga layak memiliki kad kredit.

Malah, laporan menyebut penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Berikut saya petik satu laporan berita yang saya baca:

“Penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi minyak.

“Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus berbanding sebelum ini hanya 80 peratus. Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.

“Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus.

“Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata pembelian petrol menggunakan kad kredit meningkat daripada 55 peratus kepada 75 peratus.

Malah, katanya, penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Beliau berkata, kad kredit digunakan kerana mudah dimiliki berikutan syarat kelayakan minimum seperti hanya perlu berpendapatan RM1,500.

Antara sebab peningkatan penggunaan ini ialah pengguna tidak perlu membayar tunai, sebaliknya boleh dijelaskan sebelum tarikh akhir pembayaran kad kredit.”



Hantu kad kredit riba

Saya kerap mendedahkan dalam kuliah berkenaan pertemuan saya dan rakan ketika berkhidmat di sebuah bank Islam dengan beberapa pegawai tinggi syarikat pengeluar kad kredit.

Secara terus terang mereka berkata, sasaran dan harapan mereka daripada pelanggan adalah, pelanggan sentiasa lambat bayar dan gagal bayar ‘on time’ (tepat masa) sehingga menyebabkan mereka mampu meraih faedah lebih tinggi.

Mereka juga tanpa segan silu mengatakan kurang gemar dengan pelanggan yang kerap membayar penuh kos kegunaan mereka pada setiap bulan. Bagi mereka, orang sebegini patutnya menggunakan kad caj berbanding kad kredit.

Bayangkan, betapa dahsyatnya bisnes kad kredit. Ia bisnes cekik darah orang melalui kelemahan manusia lain. Ia juga sentiasa merangsang nafsu membeli pelanggan kerana terasa mudah. Mana tidaknya, mampu membeli tanpa mempunyai atau membawa duit pada ketika itu.

Disebabkan itu, saya katakan ia menawarkan kenikmatan sementara tetapi kecelakaan masa depan. Jika anda belum faham maksud saya, setiap kad kredit menawarkan pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM5,000.

Justeru, pelanggan boleh membeli apa juga selagi jumlah RM5,000 belum dicapai. Untuk setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pengeluar kad beroleh komisen daripada penjual atau pekedai sekitar satu hingga 2.5 peratus. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.

Kemudian, pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli pelanggan. Dengan demikian sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil sasaran ‘jahat’ pengeluar kad, mereka membenarkan pengguna tadi membayar lima peratus saja daripada harga yang mereka guna terlebih dulu.

Ini bermakna, jika pelanggan guna RM4,000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum RM200. Baki RM3,800 digalakkan pengeluar kad supaya pelanggan melengah-lengahkannya. Ini kerana mereka akan mengenakan faedah sebanyak 15 hingga 20 peratus ke atas baki RM3,800 itu.

Dengan cara ini, mereka dapat untung besar dan pelanggan semakin hampir kepada muflis serta tenggelam dengan hutang dan faedahnya.

Inikah yang disukai dan diingini pengguna kad kredit? Kelihatan anda mudah sementara di stesen minyak dan pasar raya, namun hakikatnya anda mengorbankannya dengan menanggung beban faedah sebesar 15 hingga 20 peratus yang sangat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan hutang dan akhirnya macam-macam perkara buruk berlaku. Mungkin satu kesannya adalah sebagaimana tercatat daripada petikan berita di bawah:

“Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan.

“Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa dua anak perempuannya berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

“Bagaimanapun dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati.”



Jika guna tapi bayar penuh setiap bulan

Ramai bertanya saya soalan ini. Mereka menggunakan kad kredit, namun membayar penuh setiap jumlah kegunaan mereka dalam tempoh 20 hari yang terawal.

Dengan cara ini tiada faedah dikenakan dan tatkala itu kad itu hanya seperti kad caj. Adakah halal?

Jawapannya, ia tetap haram kerana setiap pembelian menggunakan kad kredit riba daripada bank konvensional ini, pihak bank akan mendapat komisen satu hingga tiga peratus daripada penjual.

Ini jelas menunjukkan pengguna menyokong industri riba untuk berkembang, lebih kurang sama dengan memberi upah dan komisen kepada perompak dan pembunuh atas kerja jahatnya. Bukankah itu dosa yang jelas?

Dosanya sama seperti mereka yang terbabit dengan riba secara langsung. Taubatlah. Tiada lagi alasan untuk menggunakannya, terutama pada waktu wujudnya kad kredit Islam dan ada caj Islam yang diiktiraf Visa dan Mastercard, bermakna ia diterima di seantero dunia.

Berfikirlah berlandaskan Islam di musim kaya, miskin dan sukar, nescaya Allah melapangkan jalanmu.

Apa yang perlu dibuat sekarang? Kenduri potong kad kredit riba. Selamat ‘memotong’ supaya tidak ‘dipotong’.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Usahawan Muslim 13 negara sertai Forum Perniagaan di Kota Bharu

KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) - Seramai 150 usahawan dari 13 negara menghadiri Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa Kali Ke-3 yang dianjurkan kerajaan Kelantan selama dua hari bermula semalam.
Negara-negara terbabit termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka, Bangladesh, Filiphina, UAE, India, Taiwan, China dan Hong Kong.
Penyertaan tahun ini bertambah sekali ganda berbanding tahun lepas yang hanya dihadiri usahawan enam negara iaitu Myanmar, Timur Laste, India dan Bangladesh.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan program itu berharap pengusaha makanan halal mempertingkatkan produk bagi menampung keperluan umat Islam di dunia.
Katanya, dengan jumlah umat Islam di dunia sekarang berjumlah 1.09 billion menyebabkan pasaran produk halal diperlukan memandangkan sebelum ini ia dikuasai pihak barat.
"Sudah tiba masanya kita sebagai umat Islam bersepakat bagi melahirkan produk halal untuk dipasarkan kepada umat Islam di seluruh dunia," ujarnya.
Beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya hanya menjadi pengguna selama-lamanya sedangkan kemahiran, kemampuan yang diberikan Allah untuk mereka sudah lama tersedia.
Menurutnya kerajaan Kelantan misalnya telah lama berusaha menjadikan negeri ini sebagai pengeluar produk halal di peringkat dunia.
"Kerana itu setiap tahun kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah menganjurkan karnival halal bagi memperkenalkan produk halal keluaran Muslim kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa induk program itu, Haji Zulkifli Mamat berkata, forum terbabit memberi peluang kepada ahli perniagaan Islam menjalin persefahaman dengan rakan niaga baru dari negara-negara lain.
Katanya, forum itu menjadi pentas terbaik untuk membentuk kerjasama persefahaman perniagaan sesama usahawan Muslim di seluruh dunia.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


Halatuju Kepada Perlaksanaan Zakat

Nik Mustapha Bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah, IKIM
05/08/2008 | Berita Harian
Apabila membicara halatuju kepada perlaksanaan zakat, peranan ahli ilmuwan Muslim perlu dirujuk. Tugas ahli ilmuwan Muslim dalam sesebuah masyarakat ialah mengemukakan pandangan-pandangan bersandarkan asas ilmu untuk masyarakat dan pemerintah mangambil panduan dalam menyusun kehidupan masyarakat bernegara. Justeru itu para ilmuwan mesti mencintai kebenaran dan ilmu yang dimiliki mesti mangarah kepada usaha mendukung keadilan dan memupuk kasih sayang demi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat manusia di dunia dan seterusnya di alam akhirat.
Al-Quran dengan jelas menerangkan dengan maksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman."
An Nahl: 90

Allah s.w.t. dalam al-Quran menggariskan keistimewaan golongan ilmuwan dengan firman-firman yang bermaksud berikut:
· "Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya."
Al-Ankabut: 43

· "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
Az-Zumar: 9

· "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu."
Fa atir: 28

· "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukannya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
Al-Baqarah: 269

Untuk memberi panduan kepada halatuju perlaksanaan zakat, asas falsafah zakat perlu difahami. Al-Quran pada hakikatnya merupakan sebuah falsafah hidup manusia yang maha agung dikurniakan Allah untuk merancang sistem hidup manusia supaya tegak di atas landasan takwa yang menjamin kebahagiaan mereka. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
"Mereka yang kami kurniakan kitab, mereka mengikuti pangajaran dengan sebenar-benar ikutan, mereka itulah yang sanggup beriman dengannya"
(Al-Baqarah: 121)

Tujuan utama diturunkan Quran ialah menegakkan keadilan dan memupuk kasih sayang dalam setiap bidang dalam kehidupan manusia. Melalui Panduan Al-Quran usaha yang bersungguh perlu dilaksanakan untuk mendidik individu dan menyusun masyarakat manusia semoga wujudnya sebuah peradaban yang mulia. Dalam konteks penulisan ini persoalan yang perlu dikemukakan bagaimana zakat boleh menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut.
Zakat adalah Rukun Islam yang ketiga. Keagungan Islam bergantung rapat dengan perlaksanaan dengan sempurna rukun-rukun Islam yang lima dalam kehidupan masyarakat. Kesemua rukun-rukun tersebut perlu dirangkumi secara syumul dalam menyusun pembangunan masyarakat. Ini dapat dibukti dari hadis berikut: Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dasar (pokok-pokok) Islam itu ada lima perkara: Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasul Allah; Menegakkan shalat (sembahyang); Membayar zakat; Menunaikan ibadah haji; dan Puasa bulan Ramadhan
Mengikut Panduan al-Quran, terdapat delapan puluh dua (82) ayat yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama seperti dalam Surah al-Nur: 37; al-Baqarah: 177; dan al-Baqarah: 277 iaitu "Dan hendaklah mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat"
Kedudukan dan peranan zakat seperti yang terkandung dalam al-Quran di atas sangatlah penting. Justeru itu para ilmuwan Muslim perlu memahami dan mengambil prinsip-prinsip utama dalam al-Quran untuk dijadi garis panduan untuk melaksanakan zakat dalam menyusun masyarakat Islam setempat dan semasa.
Jika diperincikan ayat-ayat al-Quran, kita dapati dalam al-Taubat: 103, Allah s.w.t. menentukan golongan individu yang diwajibkan zakat:

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menfardhukan ke atas mereka sedekah (zakat) pada harta mereka, diambil dari kalangan orang kaya dan diberi kepada kalangan orang fakir."

Pada golongan Pemerintah, Allah s.w.t. memperingatkan dalam al-Hajj: 41 dengan maksud: "Mereka (umat Islam) jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat serta mereka menyeru berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar."
Al-Quran juga dalam surah al-Taubah: 60, Allah s.w.t. menyenarai golongan penerima zakat dengan berfirman yang maksud: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada ) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan."

Dari panduan al-Quran dalam usaha melaksanakan zakat, dua golongan iaitu individu dan pemerintah perlu memiliki halatuju dengan tanggungjawab yang jelas. Kedua-dua mepunyai peranan dan kedua-dua memperoleh manfaat dari perlaksanaan zakat.

Di peringkat individu beberapa manfaat berikut akan diperolehi:

· Membersih jiwa dari sifat bakhil, kedekut dan rakus yang seterusnya menjana individu kepada amalan sedekah dan wakaf. Amalan tersebut menjurus kepada keadilan masyarakat tercapai.
· Menanam semangat tanggungjawab kepada individu terhadap kepahitan kehidupan golongan yang daif. Memupuk budaya kasih sayang dan membangun masyarakat secara muafakat dan bersama.
· Berusaha semoga setiap individu penerima menjadi pembayar zakat. Kecapaian tersebut membolehkan setiap individu berada di atas garis kemiskinan dan dapat berperanan dalam kehidupan pada tahap yang terbaik.

Melalui perlaksanaan zakat, semangatnya akan menjadi panduan dalam menggubal dasar fiskal negara. Dasar fiskal dan kewangan yang mantap, akan menghala kepada kestabilan ekonomi (mencapai guna tenaga penuh, kos sara hidup yang rendah dan sebagainya) dan pengaliran harta secara teratur dan berkesan akan tercapai. Kejayaan tersebut membolehkan negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Disamping itu kerajaan akan dapat meningkat jumlah tabungan dan pelaburan dalam ekonomi. Ia juga akan meningkat paras keseluruhan kepenggunaan negara hasil daripada kemantapan prestasi ekonomi yang disertai dengan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan.
Dalam suasana semasa tumpuan yang paling penting ialah kepada wujudnya sistem Pengagihan Dana Zakat yang berkesan (Sistem Penyampaian). Ruang untuk menambahbaik dalam perkara ini perlu diberi tumpuan dengan bersungguh-sungguh.
Cadangan yang boleh difikirkan ialah melalui menaik taraf peranan institusi masjid sebagai institusi terpenting pada sesebuah qariah dengan berperanan secara syumul kepada keperluan penduduk setempat dan semasa. Fungsi utama masjid sebagai Pusat Kehidupan masyarakat berperanan dalam tugasan berikut:
· Meningkat kefahaman dan penghayatan agama melalui program pendidikan.
· Bertanggungjawab kepada wujudnya sistem punggutan dan pengagihan zakat di setiap qariah.
· Mengendali urusan wakaf untuk kebajikan dan kemajuan qariah.
· Membantu masyarakat setempat dalam hal-hal kebajikan.

Oleh itu, pentadbiran masjid perlu dinaik taraf. Keutamaan pengurusan masjid perlu memberi tumpuan kepada kewujudan jawatan-jawatan mengikut peranan. Pengarah Masjid dengan itu perlu mempunyai pembantu dalam bahagian pendidikan, zakat, wakaf dan kebajikan qariah.
Perubahan untuk jangka panjang bersandarkan falsafah dan peranan zakat, adalah semangat dan sistem zakat perlu menjadi asas kepada penggubalan dasar fiskal negara
Zakat yang bertaraf Rukun dalam Islam hendaklah menjadi asas terpenting dalam penggubalan dasar fiskal negara. Kemampuan melaksanakan matlamat tersebut membolehkan ia mempengaruhi penyusunan ekonomi negara. Kesan kepada kedudukan dan perjalanan ekonomi negara akan bermakna. Seterusnya juga kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Kesan zakat kepada ekonomi negara jika ia manjadi panduan kepada penggubalan dasar fiskal dapat mempengaruhi dalam perkara berikut:
· Sistem punggutan hasil negara;
· Sistem pembiayaan negara;
· Membasmi kemiskinan;
· Mengurangkan jurang kekayaan dan pendapatan di kalangan individu dalam masyarakat;
· Memantap keseluruhan tabungan dan paras kepenggunaan individu;
· Mengurangkan ketirisan dalam aliran pendapatan dan perbelanjaan dalam ‘circular flow of income and expenditure model'. (Melibatkan sektor isi rumah, firma, kerajaan dan luar negara) Pembekuan harta disebabkan gelagat individu atau ketidak cekapan dasar dan institusi ekonomi jika berlaku adalah zalim.
· Memupuk keharmonian masyarakat dan ekonomi melalui peningkatan tanggung jawab individu kepada kepentingan masyarakat umum.

Jika langkah---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


Nik Aziz gesa pelabur Islam satukan modal

KOTA BAHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak pelabur Islam menyatukan modal dan membuat pelaburan di negara Islam yang memerlukan bantuan modal untuk pembangunan negara.
Beliau berkata banyak negara Islam yang berpotensi untuk dibangunkan tetapi memerlukan bantuan modal dan langkah itu akan dapat membantu negara berkenaan membangunkan ekonomi mereka dan meningkatkan taraf hidup umat Islam.
"Melalui perkongsian bijak ini boleh mengubah corak hidup masyarakat di negara terbabit untuk terus maju sebagaimana negara lain," katanya dipetik Bernama ketika berucap pada Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa Ke-3 di sini hari ini.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mewujudkan satu saluran kerjasama bagi merealisasikan hasrat murni itu agar negara Islam tidak sentiasa dipandang rendah.
"Dunia Islam kini mempunyai potensi besar dalam ekonomi, jika dimanfaat secara bersungguh-sungguh dengan jumlah umat Islam yang ramai, memberi peluang lebih luas," katanya.
Katanya sudah sampai masanya penekanan kepada kepentingan kerjasama perdagangan sesama Islam dilakukan bagi memastikan ia berada di tempat yang terbaik.
"Sememangnya kerjasama perdagangan sesama Islam perlu disuburkan kembali sebagai usaha memajukan ekonomi umat seluruh dunia," katanya.
Forum dua hari itu disertai wakil dari 13 negara termasuk Myanmar dan Kemboja.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Saturday 9 August 2008

Sukuk Bank Muamalat Indonesia raih pernyataan efektif

JAKARTA (Bisnis.com): Badan Pengawas Pasar Modal dan Lembaga Keuangan mengeluarkan pernyataan efektif terhadap sukuk mudharabah II PT Bank Muamalat.

Dirut Bank Muamalat A. Riawan Amin menjelaskan Sukuk Subordinasi Bank Muamalat 2008 diterbitkan dalam skema mudharabah atau bagi hasil dengan jumlah dana penawaran Rp400 miliar bertenor 10 tahun dengan opsi beli pada tahun kelima.

"Nisbah sukuk adalah 17,17% dibandingkan dengan 82,83%. Artinya porsi bagi hasil pemegang sukuk sebesar 17,17% dari pendapatan portofolio pembiayaan rupiah yang menjadi hak Bank Muamalat," ujarnya hari ini.

Sehingga, perseroan memproyeksikan tingkat pengembalian bagi hasil yang akan diperoleh oleh pemegang sukuk sekitar 14,85%. Proyeksi bagi hasil ini berdasarkan pendapatan bagi hasil pembiayaan Bank Muamalat. Para pemegang Sukuk akan memperoleh pendapatan bagi hasil setiap tiga bulan sekali.

Dia menjelaskan setelah pernyataan efektif dari Bapepam-LK keluar, masa penawaran sukuk Bank Muamalat telah dimulai sejak 3 Juli dan berakhir pada 7 Juli. Selanjutnya, emisi atau distribusi sukuk secara elektronik dijadwalkan mulai 10 Juli. (tw)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Spirit Isra Miraj untuk Menangkal Godaan Korupsi

Oleh : Soekirno

Menurut catatan sejarah, peristiwa spektakuler Isra Miraj terjadi pada tanggal 27 Rajab tahun ke-10 dari masa kenabian Muhammad SAW, atau tiga tahun sebelum beliau hijrah ke kota Madinah. Ini merupakan salah satu mukjizat terbesar dari kurnia Allah SWT, sesudah kitab suci Alquran. Peristiwa agung yang dikenang dan diperingati oleh sekitar 1,5 miliar umat Islam di dunia sekarang ini memuat pesan dan makna spiritual yang sangat mendalam.
Syahdan, perjalanan spiritual Isra\' Mi\'raj Nabi Muhammad SAW dimulai dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsha di Palestina. Kemudian dilanjutkan naik (mi\'raj) ke langit menuju Singgasana Tuhan (Sidrat al-Muntaha) dan turun kembali ke Mekah menjelang dini hari, pada malam itu juga. Hingga kini masih banyak orang beranggapan, Isra\' Mi\'raj yang nyaris menembus ruang dan waktu tersebut, terlalu sulit untuk dipahami oleh akal pikiran manusia.
Andaikata perjalanan dari Mekah ke Palestina pada masa itu (600-an Masehi) ditempuh dengan kendaraan onta, konon butuh waktu sedikitnya 2 bulan. Nabi SAW bahkan masih harus melanjutkan ke langit tertinggi. Bagaimana mungkin bisa ditempuh hanya dalam tempo semalam?
Tetapi ini dapat dipahami jika dengan pendekatan iman, bahkan bisa juga melalui pemuasan akal manusia sebagai kurnia Tuhan. Dari aspek keimanan, Isra\' Mi\'raj jelas merupakan kekuasaan Allah Tuhan Yang Maha Esa. Dari segi pemuasan akal, perihal itu bisa dianalogikan dengan seekor semut yang tidak mungkin berjalan dari Jakarta sampai ke Singapura, tetapi bila ia hinggap di baju seorang penumpang pesawat Singapore Air Lines, dengan cepatnya semut tadi sampai ke kota tersebut.
Kegelapan jiwa
Muhammad lahir ketika masyarakat bangsa Arab masih terjerat jaman jahiliyah/ kebodohan. Lebih-lebih, pada ruang lingkup kehidupan keberagamaan, khususnya dalam aspek ketauhidan karena mereka sudah terjatuh ke lembah kekafiran, kesyirikan dan kemusyrikan.
Berarti mereka telah mereduksi alias mengorupsi ajaran Nabi Ibrahim yang mengesakan Allah. Akibatnya mereka bebas kembali menyembah berhala, mabuk candu dan minuman keras, berjudi, berzina, main hakim sendiri, merampok dan perbuatan keji lainnya. Tradisi buruk tersebut telah merusak seluruh norma-norma serta tatanan sosial-kemasyarakatan sebelumnya dan praktis memorakporandakan sendi-sendi peradaban bangsa Arab.
Secara maknawi, itu tidak beda jauh dengan kondisi sebagian masyarakat bangsa kita. Terutama di antara para pejabat dari elite politik dan kekuasaan yang sejak lama telah memberhalakan jabatan, uang, kekayaan dan kekuasaan. Maka modus operandi apa pun nekat dilakukan demi meraih target obsesinya, sehingga mereka lupa bahwa didirikannya negara adalah untuk menyejahterakan rakyat. Akibatnya, mereka tidak mampu untuk mengutamakan kepentingan bangsa, rakyat dan negara di atas kepentingan pribadi, keluarga, golongan/partai dan kelompoknya.
Isra\' Mi\'raj berlangsung di malam hari. Artinya, kesadaran Nabi SAW bangun di tengah kegelapan jiwa bangsanya yang dilanda krisis ketauhidan, iman dan moral. Kolusi, korupsi, dan nepotisme (KKN) yang merajalela di Indonesia pun sebagai akibat krisis ketauhidan, iman dan moral yang awalnya menjangkiti kalangan elite politik dan kekuasaan. Lalu menular secara sporadis ke mana saja.
Kebanyakan pelaku KKN seperti orang sedang berjudi. Di benaknya khawatir bisa ditangkap aparat hukum, tetapi juga mengharapkan bersama bisa lolos dari jerat hukum dengan modus korupsi berjamaah. Meskipun Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) gencar menggebrak, tetapi korupsi di negara kita ibarat gunung es. Itu akibat vested interest yang masih dipelihara elite politik dan kekuasaan. Mereka sangat miskin moral, empati dan iktikad baik untuk memperbaiki perekonomian rakyat yang terpuruk.
Menurut hadits Nabi SAW, belum bisa sempurna keimanan seseorang, kecuali jika telah sempurna akhlaknya (HR Muslim). Jadi moralitas seseorang berbanding lurus dengan imannya. Artinya, banyak pejabat dari elite politik /kekuasaan yang memerlukan imanisasi sebagai imunisasi terhadap pikiran-pikiran yang keji dan munkar agar tidak terjangkit penyakit KKN.
Cahaya keimanan dan amal saleh para pemimpin akan menerangi dan menunjukkan ke mana arah perjalanan bangsa kita. Berbagai macam kesulitan lengkap dengan masalah krusial bangsa ditambah bencana alam yang bertubi-tubi, boleh jadi membawa hikmah agar kita memperbaiki iman, ketauhidan dan moral yang selama ini sangat rapuh.
Menangkal godaan korupsi
Allah mengisra\'kan Nabi SAW dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa bermakna agar kita mau mencari serta menemukan rumah Allah, bahkan sampai bertemu Allah (QS Al Insiqaq: 6). Di manakah istana Allah? Dia bertahta di dalam sanubari atau jiwa yang mengesakan Tuhan, berakhlak mulia dan bersih dari perbuatan buruk, keji serta munkar. Itulah sebabnya eksistensi Allah lebih dekat kepada manusia dibandingkan urat lehernya (QS Al-Waqiah : 85]
Allah memi\'rajkan Nabi SAW ke hadirat-Nya guna memberikan perintah shalat lima waktu sehari semalam untuk segenap umat Islam. Tidak pelak lagi, Nabi SAW pun mendapat pencerahan spiritual langsung dari Allah, sambil menyaksikan renik-renik kehebatan, kemegahan, keindahan, keserasian, dan kecanggihan sistem ciptaan Tuhan di dalam mikrokosmos maupun makrokosmos.
Sesudah kembali dari Sidrat al-Muntaha maka semakin kokohlah keimanan Nabi SAW dan kian sempurna pula akhlaknya. Kondisi jiwa ini bisa kita capai dengan menegakkan shalat, sebab shalat akan mencegah seorang muslim/ muslimah dari perbuatan keji dan munkar (QS Ankabut : 45).Bahkan melalui penegakan shalat inilah, makhluk manusia berpotensi untuk melakukan komunikasi langsung dengan Tuhan serta beraudiensi dengan-Nya.
Bacaan-bacaan dan ritual shalat memuat hikmah dan pesan moral yang mendalam. Hal ini akan mengasah kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosional (EQ) seseorang. Juga menajamkan kecerdasan spiritual (SQ) untuk mengerti bahwa KKN tidak akan pernah membahagiakan pelaku dan keluarganya. Justru KKN menjadi bom waktu multiderita di balik kesenangan temporer mereka.
Namun, maaf, realitasnya tidak sedikit orang muslim terlibat KKN. Padahal banyak di antara mereka yang rajin shalat lima waktu dan bertitel haji. Jadi di manakah akar persoalannya? Jika kalimat terkait dalam Al Quran kita cermati maknanya lebih mendalam, umat Islam bukan diperintahkan Tuhan untuk sekadar melakukan shalat, tetapi wajib mendirikan/ menegakkan shalat (QS Al-Baqarah : 43).
Mereka yang ber-KKN boleh jadi getol dalam melakukan ritual shalatnya. Tetapi tidak menegakkannya alias memiringkan shalat sehubungan niat (nawaitu)-nya tidak semata-mata mengharapkan perkenan Allah, karena visi dan misi shalat telah mereka korupsi untuk kepentingan egonya.
Mungkin pikiran bawah sadar (subconscious)-nya ingin dibilang sebagai orang saleh, suka dipuji, untuk kedok, pamer ibadah (riya), atau agar proyeknya goal. Karena tidak ikhlas, maka shalatnya tidak khusyuk, bahkan hanya seremonial. Dengan demikian mereka menjadi sasaran empuk bagi setiap godaan syetan, lalu tidak sabaran, sehingga terbius iming-iming miliaran rupiah dari hasil KKN.
Sebaliknya, ketika seorang muslim/ muslimah konsisten menyembah Allah secara tulus-ikhlas dan memohon rahmat serta ampunan Tuhan, maka Dia mengaruniakan power-Nya guna menangkal setiap perbuatan keji dan munkar dalam segala situasi dan kondisi. Jiwanya tetap tenang dan bebas dari kekhawatiran.
Seseorang yang giat berusaha serta bertawakal kepada Allah, niscaya meraih rizki halal yang tetap mengalir. Bisa mensyukuri setiap kurnia Tuhan, terasa mencukupi, merasa puas dan berbahagia. Wallahu\'alam bishawwab.
Penulis adalah Ketua Forum Studi dan Diskusi Lintas Agama (Forsdila), Kota Depok.

(Harian Umum Pelita)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday 5 August 2008

Jepun Akan Menggunakan Sistem Kewangan Islam


Paksi.net, 17/06/08

Kerajaan Jepun sedang mengusahakan undang-undang perbankan dan pasaran untuk disesuaikan dengan aturan-aturan yang bersesuaian dengan Shari'ah
daripada sistem kewangan Islam yang merupakan industri yang menguntungkan.

"Saat sekarang sistem kewangan menjadi subjek yang menarik, ia merupakan bidang yang akan mereka galakkan,"Stuart Portet, rakan niaga di PwC Tokyo,yang merupakan salah satu daripada firma perkhidmatan professional dunia yang terbesar, menurut sumber Financial Times pada Isnin lepas, 16 Jun.

Dalam keadaan sistem kewangan Islam sekarang yang sedang meningkat begitu pesat, Tokyo berharap dapat menyertai dengan modal yang besar bersaing untuk menjadi hub industri tersebut.



Untuk merealisasikannya,kerajaan Jepun sedang berusaha untuk mengadaptasi aturan-aturan sistem kewangan Islam.

Agensi Perkhidmatan Kewangan(FSA), badan kerajaan yang bertanggung jawab ke atas perbankan, keselamatan dan pertukaran kewangan, telah mengemukakan perubahan-perubahan terhadap undang-undang perbankan yang dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh enam bulan. Perubahan-perubahan tersebut akan memudahkan institusi-institusi kewangan Islam untuk beroperasi.

Pada September lepas, pusat bank Jepun telahpun menyertai Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang merupakan badan penetapan piawaian antarabangsa dalam rangka untuk mendalami pengetahuan mereka mengenai sistem kewangan Islam.

Islam melarang umatnya daripada riba' dalam menerima atau membayar pinjaman. Perbankan dan Institusi kewangan Islam juga tidak boleh menerima atau menaja apa jua perniagaan yang bersumberkan arak, judi, pornografi, rokok, senjata dam babi.

Berminat

Sektor swasta Jepun juga semakin menunjukkan minat dalam kewangan Islam.

Kumpulan kewangan Mitsubishi UFJ juga memberitahu bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk menyesuaikan dengan perubahan-perubahan undang-undang perbankan rasmi Jepun yang bakal dilaksanakan nanti dan mereka juga sedang membangunkan satu pasukan penganalisis yang akan menyesuaikan UFJ dengan perubahan-perubahan tersebut.

Syarikat pelaburan Jepun yang terkemuka, Pengurusan Aset Nomura, juga sedang merancang untuk menawarkan produk-produk dalam bidang tersebut apabila perubahan undang-undang perbankan dan kewangan tersebut dilaksanakan.

Syarikat-syarikat lain juga sedang mengambil langkah ke arah menyertai sistem kewangan Islam.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday 3 August 2008

Bank perlu berhemah dalam tindakan

KESAN suasana ekonomi dunia yang tidak menentu sedang dirasakan oleh penduduk dunia tidak terkecuali di Malaysia.
Keadaan diburukkan lagi dengan kenaikan harga minyak dunia sehingga memaksa negara-negara bertindak menaikkan harga petrol dan diesel di peringkat domestik.
Semestinya apabila harga bahan bakar terpaksa dinaikkan maka kesannya melimpah ke pelbagai sektor kehidupan rakyat di sesebuah negara.
Rantaian kesannya ialah rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barangan keperluan manakala para peniaga dirundung kerunsingan kerana aktiviti ekonomi yang semakin lembap.
Bagi para peniaga yang terikat dengan pinjaman bank, kebimbangan mereka adalah berganda.
Perjalanan ekonomi yang tidak lancar semestinya menyebabkan sumber pendapatan para peniaga terjejas. Apabila itu terjadi, akan timbul kesulitan di pihak para peniaga untuk melunaskan pinjaman bank.
Oleh kerana institusi perbankan amat berpegang kepada prosedur serta syarat-syarat yang mereka cipta sendiri, kemudahan pinjaman kepada peniaga yang gagal membuat pembayaran akan ditarik balik.
Tindakan seperti ini semestinya tidak membezakan antara peniaga bumiputera dan bukan bumiputera.
Akibatnya, dalam suasana ekonomi yang semakin tidak menentu, ada kalangan peniaga terpaksa gulung tikar. Dalam tempoh ini jugalah ada peniaga yang diisytiharkan muflis, menambahkan lagi ketidaktentuan dalam gelombang ekonomi yang tidak kenal pasang surutnya.
Sebab itu dalam hal ini semua bank mesti bersikap rasional seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebagaimana manisnya mulut bank-bank ketika menawarkan pinjaman begitu juga mereka mesti bersikap waras tatkala timbulnya perkiraan untuk menarik balik kemudahan pinjaman.
Banyak perkara yang mesti diambil kira sebelum tindakan yang boleh menekan para peniaga dilaksanakan. Kajian misalnya mesti dibuat sama ada kegagalan peniaga membayar balik disebabkan persekitaran ekonomi yang tidak menentu atau kerana faktor lain.
Jika ia berpunca daripada kelalaian atau kecuaian peniaga menguruskan bisnes mereka terutama dari sudut pengurusan kewangan, maka tidak salah jika tindakan seumpama itu dikenakan ke atas mereka.
Tetapi jika peniaga yang mencatatkan rekod baik dari segi membayar balik pinjaman tiba-tiba mengalami kesulitan disebabkan faktor tulen - kemelut ekonomi yang tidak menentu - maka berilah peluang kepada mereka.
Tindakan drastik bank terhadap kumpulan peniaga seperti ini bukan sahaja menyebabkan golongan berkenaan terpaksa menanggung kerugian malah tekanan yang terpaksa dihadapi mereka juga amat besar.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak bank supaya berhemah dengan tidak mengambil tindakan keterlaluan terutama berkaitan dengan kepentingan peniaga kita.

(Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Al-Rajhi beli 36 buah pejabat RM95j di i-City

KUALA LUMPUR 28 Julai - I-Berhad dan Al Rajhi Bank (Malaysia) (Al Rajhi) telah menandatangani perjanjian jual beli untuk membeli 36 buah pejabat di i-City Cybercenter 1 Office Suites yang bernilai RM95 juta.
Baki unit pejabat itu akan dijual kepada syarikat-syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan selaras dengan kehendak Multimedia Super Corridor (MSC).
Pengarah I-Berhad, Eu Hong Chew berkata, perjanjian ini hasil daripada beberapa perbincangan yang telah membuahkan hasil yang diharapkan.
''Dengan harga jualan i-City yang menarik ia telah menjadi penanda aras kepada kawasan Shah Alam, dan masih mempunyai ruang untuk pembangunan dan perniagaan di kawasan tersebut.
''Kami masih mempunyai komponen-komponen utama lain yang boleh ditawarkan seperti pusat membeli belah moden dan canggih dan blok menara pejabat korporat, dan kami yakin dengan teknologi dan status MSC Malaysia para pelabur akan berminat untuk melabur dalam sektor hartanah,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi, Ahmed Rehman berkata, i-City merupakan pelaburan mereka yang pertama dalam sektor hartanah.
''Pelaburan ini merupakan pelaburan strategik sejajar dengan kehendak kerajaan untuk mempromosi pembangunan berstatus MSC dengan Al Rajhi sedang mengalami transformasi sebagai perbankan berteknologi," katanya.
i-City merupakan projek pembangunan oleh I-Berhad yang berintegrasi komersial bernilai RM2 bilion yang dibangunkan di atas tanah seluas 28.8 hektar berdekatan dengan Lebuh raya Persekutuan yang terletak di kawasan Seksyen 8, Shah Alam Selangor.
Fasa pertama projek ini, merangkumi enam blok berkembar tiga dan lima Office Suites berkeluasan 260,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan kabel optik fiber berkuasa tinggi dan sistem jaringan Cisco yang terkini, kemudahan CCTV, sumber bekalan tenaga utama dan tambahan sehingga 100 peratus serta kawalan keselamatan yang rapi.

(Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Lemah urus kredit punca gagal lunas pembayaran

Oleh Kamarulzaidi Kamis (Berita Harian)

3,413 tampil ke AKPK setiap bulan dapat khidmat nasihat

HAMPIR separuh punca kegagalan pembayaran balik pinjaman individu yang dirujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ketika ini membabitkan penggunaan kad kredit tidak terkawal dan pengurusan kewangan yang lemah.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata faktor lain ialah perbelanjaan perubatan yang tinggi (19 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus) dan kehilangan pekerjaan (sembilan peratus).


Sehingga akhir bulan lalu, katanya, agensi itu menguruskan sehingga RM520 juta hutang tidak berbayar (NPL), membabitkan 7,298 peminjam berbanding RM478 juta NPL dan 3,616 peminjam pada akhir Disember 2007.

Beliau berkata, peningkatan jumlah peminjam yang bermasalah itu, umumnya disebabkan kenaikan kos sara hidup dan peningkatan kesedaran pengguna mengenai kewujudan pusat ini.

"Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, purata kira-kira 3,413 individu tampil ke AKPK setiap bulan untuk mendapat khidmat nasihat dan bantuan, meningkat berbanding purata 2,110 sebulan sepanjang tahun lalu," katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Mengenai masalah NPL kad kredit yang tinggi, Mohamed Akwal menjelaskan, pengguna secara umumnya mengorbankan pembayaran kad kredit terlebih dulu berbanding pinjaman lain termasuk kenderaan dan hartanah, sekiranya menghadapi masalah kewangan.

Katanya, mereka berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili 66 peratus daripada 9,113 individu yang menyertai program pengurusan hutang (DMP) tahun ini, diikuti individu berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebulan (17.2 peratus) dan isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 sebulan (16.7 peratus).

Beliau menambah, kenaikan harga bahan api dan makanan memberi kesan ketara terhadap individu berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, khususnya di kawasan bandar.

Namun, katanya, masalah itu boleh ditangani jika golongan terbabit menilai semula kemampuan masing-masing dan bersedia mengubah gaya hidup.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com