Terkini

Showing posts with label Perancangan harta Islam. Show all posts
Showing posts with label Perancangan harta Islam. Show all posts

Sunday, 6 July 2008

Perancangan Kewangan dan Pengurusan Asset Islam

Perancangan kewangan dan pengurusan asset Islam (Syariah) adalah kaedah perancangan dan pengurusan yang bersandarkan Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias.

Perancangan kewangan Islam meliputi penciptaan kekayaan, pengumpulan kekayaan, perlindungan kekayaan, penyucian kekayaan dan pembahagian kekayaan. Pengurusan aset adalah sebahagian dari proses penciptaan dan pengumpulan aset.

Produk takaful penting dalam melindungi aset seseorang dari berbagai risiko termasuk kebakaran dan sebagainya yang boleh memusnahkan aset seseorang. Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam, ia juga cara menyucikan/membersihkan (purify) aset. Tunaikan kewajipan nescaya kita mendapat keberkatan.

Harta yang dikumpulkan tidak boleh di bawa bersama apabila kita kembali menemui Pencipta kita, jadi pembahagian harta perlu dirancang awal agar memudahkan mereka yang kita tinggalkan. Pembahagian harta boleh dilakukan melalui wasiat, hibah, wakaf dan faraid.

Pelaburan Islam juga penting dalam memastikan kita membuat pelaburan dalam intrumen yang menepati kehendak Syariah (patuh Syariah). Terdapat berbagai instrumen Syariah yang memberikan pulangan yang lebih baik dari konvensional, amanah saham Islam umpamanya.

Perancang kewangan Islam (Islamic financial planner) memainkan peranan penting dalam memberikan nasihat professional kepada individu dan korporat. Dalam keadaan ekonomi yang meleset dan menuju kegawatan, perancangan kewangan Islam menjadi semakin penting. Kita harus mencari dan memastikan pulangan ke atas pelaburan mengatasi kadar inflasi. Kadar inflasi negara mencecah 6 peratus. Sekirannya pulangan pelaburan yang kita dapat hanya 3.5% (akaun pelaburan/simpanan tetap bank), nilai wang kita sebenarnya merosot 2.5% (6%-3.5%). Jadi carilah instrumen yang mampu memberikan pulangan melebihi tahap inflasi dan lebih tinggi lagi seperti amanah saham Islam dan sebagainya.

Tahap kesedaran mengenai perancangan kewangan Islam dan pengurusan aset Islam masih rendah.


Untuk menerangkan kepentingan dan kaedah perancangan kewangan dan pengurusan aset Islam, GlobalPro Consulting akan menganjukan "Persidangan Perancangan Kewangan dan Pengurusan Aset Islam" yang akan diadakan di Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur pada 14-15 Ogos 2008.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday, 13 June 2008

RHB Islamic edar produk perancangan harta Islam (IEP)

KUALA LUMPUR 26 Mei - RHB Islamic Bank Bhd. (RHB Islamic) akan mengedar produk dan perkhidmatan Perancangan Harta Islam (IEP) menerusi perjanjian yang dijalinkan dengan as-Salihin Trustee Bhd. (as-Salihin).
Menerusi perjanjian itu, bank tersebut menetapkan sasaran jualan sebanyak RM1.1 juta untuk pengedaran produk dan perkhidmatan IEP itu pada tahun ini.
Pengarah Urusannya, Jamelah Jamaluddin berkata, pakatan strategik itu merupakan satu kejayaan besar kerana bank itu masih belum menembusi pasaran Islam sepenuhnya.
''Sebanyak RM440,000 daripada sasaran itu dijangka menyumbang kepada keuntungan sebelum cukai.
''Dengan adanya pakatan ini, kami mampu meluaskan skop pasaran dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran umat Islam tentang keperluan menyumbang kepada IEP," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara RHB Islamic dan as-Salihin bagi pengedaran produk IEP di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Jamelah mewakili RHB Islamic manakala as-Salihin diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Peru Mohamed.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi RHB Islamic, Datuk Faisal Ibrahim Siraj dan Pengerusi as-Salihin, Datuk Dr. Mohd Salleh Abas.
Menurut Jamelah, kesedaran mengenai IEP yang tidak mencukupi di kalangan masyarakat Islam di negara ini merupakan faktor utama kadar pengambilan produk IEP yang rendah.
''Produk ini akan diedarkan oleh RHB Islamic menerusi 200 cawangan dan pusat khidmat RHB di seluruh negara serta cawangan sedia ada kita di Singapura, Brunei dan Thailand," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan, hanya satu peratus daripada 16 juta masyarakat Islam di Malaysia menulis wasiat.
''Sebanyak RM40 bilion aset yang dimiliki oleh mereka yang meninggal masih dalam pembekuan dan belum dituntut oleh pewaris," jelasnya.
Tambahnya, RHB Islamic juga merancang untuk mengembangkan produk itu di rantau ini sebelum meluaskan pasaran ke luar negara.
''Setakat ini, kami sedang melatih lebih 27 kakitangan yang melibatkan pekerja daripada jabatan jualan RHB Islamic dan RHB Bank tentang perbankan Islam," ujarnya.
Menurut Jamelah, kumpulan itu bercadang untuk meluaskan produk pengurusan aset dalam masa terdekat, selaras dengan aspirasi menjadi kumpulan perbankan ketiga terbesar di Asia Tenggara menjelang tahun 2012.
(Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com