Maklumat, berita dan ilmu kewangan & pelaburan Islam. Untuk melabur dalam dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi +60192348786 (Sanusi, KL) atau +60199539330 (Rozanna, Kajang).
Terkini
Showing posts with label Riba. Show all posts
Showing posts with label Riba. Show all posts
Wednesday, 24 October 2018
Tuesday, 23 October 2018
Hidup tanpa riba
Saturday, 13 October 2018
Allah telah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba
Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Labels:
Al-Quran,
Quran,
Riba,
S002-Surah Al-Baqarah
Wednesday, 9 April 2014
Riba: Definisi dan Jenis-jenis Riba
Isu riba’ merupakan isu yang penting dalam kehidupan seharian bagi seorang Muslim. Ia mungkin sudah difahami oleh sebahagian Muslim, tapi tidak dihayati untuk meninggalkannya. Riba’ merupakan suatu larangan yang bersifat mutlak oleh Allah SWT.
Apa Jenis-jenis Riba’?
Apa hukuman bagi orang yang degil untuk meninggalkan amalan Riba’?
Apa itu Riba’?
Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1).
Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun) dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).
Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’?
A) Riba’ ad-Duyun
Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam.
Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.
b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.
Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.
B) Riba’ al-Buyu’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.
a) Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).
Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.
b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).
Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.
Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba’ an-Nasa’, iaitu:
i) Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).
ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).
Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’?
A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.
Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)
Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”
Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.
B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:
“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)
C) Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri.
Nabi saw Bersabda:
“Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.”
(Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)
Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian.
Nabi saw bersabda:
” Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.” (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni)
E) Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar.
Nabi saw bersabda:
” Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain.
Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)
https://kewangan-pelaburan-islam.blogspot.com/2014/04/riba-definisi-dan-jenis-jenis-riba.html
https://kewangan-pelaburan-islam.blogspot.com/2014/04/riba-definisi-dan-jenis-jenis-riba.html
Monday, 16 September 2013
Riba: Dari Quran dan Hadith
Quran
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Quran, Al-Baqarah, 2:275)
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Quran, Al-Baqarah, 2:276)
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. (Quran; Al-Baqarah : 278)
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Quran; Al-Baqarah : 279)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Quran; Ali-Imran, 3:130)
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Quran; An-Nisa, 4: 161)
Hadith
Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sungguh akan datang pada manusia suatu masa (ketika) tiada seorangpun di antara mereka yang tak akan memakan (harta) riba. Siapa saja yang (berusaha) tak memakannya, ia tetap akan terkena debu (riba)-nya - (HR Ibnu Majah dan Sunan Abu Dawud, dari Abu Hurairah)
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Saturday, 15 September 2012
Video kewangan Islam: Bahaya riba oleh Ust. Dr. Muhammad Arifin Badri (1/5)
Bahaya riba oleh Ust. Dr. Muhammad Arifin Badri (1/5)
---
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Wednesday, 25 July 2012
Larangan Bermuamalat dengan Riba (bahagian 2 dari 2)
Larangan Bermuamalat dengan Riba (bahagian 2 dari 2)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com
Larangan Bermuamalat dengan Riba (bahagian 1 dari 2)

Monday, 23 July 2012
Riba: Definisi dan Jenis-jenis Riba
Isu riba’ merupakan isu yang penting dalam kehidupan seharian bagi seorang Muslim. Ia mungkin sudah difahami oleh sebahagian Muslim, tapi tidak dihayati untuk meninggalkannya. Riba’ merupakan suatu larangan yang bersifat mutlak oleh Allah SWT.
Apa Jenis-jenis Riba’?
Apa hukuman bagi orang yang degil untuk meninggalkan amalan Riba’?
Apa itu Riba’?
Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1).
Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun) dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).
Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’?
A) Riba’ ad-Duyun
Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam.
Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.
b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.
Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.
B) Riba’ al-Buyu’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.
a) Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).
Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.
b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).
Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.
Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba’ an-Nasa’, iaitu:
i) Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).
ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).
Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’?
A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.
Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)
Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”
Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.
B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:
“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)
C) Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri.
Nabi saw Bersabda:
“Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.”
(Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)
Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian.
Nabi saw bersabda:
” Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.” (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni)
E) Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar.
Nabi saw bersabda:
” Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain.
Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)
---
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Sunday, 3 April 2011
Mengenai Riba
Masyarakat Islam Malaysia umumnya amat mengambil berat soal halal dan haram dalam isu pemakanan. Rata-rata umat Islam hari ini amat prihatin terhadap makanan yang dimakannya agar tidak terkandung elemen-elemen haram yang boleh menjejaskan keberkatan. Persoalannya, apakah cukup sekadar memperakui barangan makanan bertanda halal tetapi wang yang digunakan untuk membelinya masih lagi bersumberkan perolehan yang haram? Sejauh manakah keprihatinan mengenai halal dan haram ini turut diterjemahkan dalam kegiatan muamalah yang lebih penting seperti urus niaga harian dan perolehan pendapatan? Hakikat yang tidak dapat dinafikan, kesedaran umat mengenai halal dan haram dalam aspek perolehan pendapatan masih di takuk yang amat mendukacitakan. Umat lebih memperhitungkan soal barangan berlabel halal berbanding dengan sumber perolehan mahupun pendapatan. Apa yang pasti, kesedaran mengenai sumber rezeki yang halal amat penting bagi menumbuhkan rasa keterikatan dengan hukum dan peraturan yang ditetapkan Allah. Rezeki yang diperoleh dengan cara halal tanpa merugikan orang lain pastinya akan membawa barakah atau keberkatan. Sedang yang haram termasuklah perolehan daripada sumber penyelewengan, penipuan, rasuah, pecah amanah dan riba hanya akan membawa padah dan kecelakaan. Dalam konteks ini, penulis lebih cenderung memfokuskan isu riba dalam penulisan kali ini. Bagi penulis, tahap kefahaman umat mengenai riba masih terlalu rendah. Walaupun kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai insentif galakan dan membangunkan prasarana kewangan berpandukan syarak seperti institusi perbankan Islam, realitinya umat Malaysia masih ramai yang tidak mendukung sistem muamalah Islam yang diperkenalkan. Laporan Bank Negara 2005 jelas membuktikan senario ini. Penguasaan pasaran sistem perbankan Islam yang bebas riba umpamanya hanya dalam lingkungan 11 ke 12 peratus berbanding jumlah umat Islam di Malaysia hari ini yang melebihi 65 peratus. Ini bermakna masih ramai umat Islam yang kekal mengamalkan urus niaga dengan perbankan konvensional yang berasaskan riba. Bank Negara Malaysia sendiri secara sederhana meletakkan sasaran bagi tahun berakhir 2010 untuk sistem perbankan Islam meningkatkan penguasaan pasaran perbankan hingga ke tahap 20 peratus. Ini juga memberi indikasi penting bagi 27 institusi-institusi perbankan dan kewangan Islam yang sedia ada untuk melakukan promosi secara besar-besaran bagi meyakinkan bukan sahaja umat Islam bahkan masyarakat bukan Islam untuk turut melabur dan menyimpan dalam institusi-institusi yang menawarkan produk-produk yang menepati syarak. Dalam konteks ini, umat Islam sendiri terutamanya harus disuntik dan dipertingkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan berurus niaga secara halal tanpa melibatkan elemen riba. Umat harus difahamkan betapa besarnya dosa melibatkan diri dalam urus niaga yang mempunyai unsur-unsur riba tidak kira sama ada berbentuk pelaburan, simpanan mahupun pembiayaan. Ini kerana Islam amat tegas memerangi unsur-unsur riba dalam sistem muamalah manusia. Pernyataan keras di dalam al-Quran bahawa Allah dan Rasul-Nya mengisytiharkan perang terhadap golongan yang mengamalkan riba jelas menggambarkan betapa beratnya dosa riba yang sememangnya boleh mendatangkan penganiayaan dan ketidakadilan dalam hubungan sesama manusia (al-Baqarah: 279). Malah dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Hakim dinyatakan bahawa: “Riba mempunyai 73 jenis. Yang paling ringan antaranya menyamai kesalahan berzina dengan ibu kandung sendiri”. Terdapat sekurang-kurangnya 12 ayat yang secara khusus membincangkan isu riba dalam al-Quran. Malah terlalu banyak hadis yang memperincikan urus niaga muamalah yang bebas daripada elemen-elemen riba dan penindasan. Pengharaman riba turut ditegaskan sekali lagi dalam khutbah terakhir Nabi dalam peristiwa Haji Wida' sebelum kewafatan baginda. Berdasarkan dalil-dalil inilah, sesetengah ulama menyatakan bahawa tahap pengharaman riba adalah lebih serius dan berat berbanding bentuk pengharaman lain seperti minum arak, judi mahupun makanan haram seperti babi. Ini kerana, Allah tidaklah sampai menegaskan secara keras seperti pengisytiharan perang terhadap mereka yang minum arak, berjudi mahupun memakan barangan haram seperti babi berbanding pengharaman riba. Justeru, sudah tiba masanya kerajaan melihat perkara ini secara lebih serius. Kurikulum pendidikan agama di sekolah-sekolah umpamanya harus mulai diperkemaskan bagi membincangkan aspek muamalah Islam dengan lebih luas dan bukan sekadar menitikberatkan aspek ibadah fardu ain semata-mata. Ini amat menepati aspirasi syarak atau disebut Maqasid as-Syariah yang amat menitikberatkan bukan sahaja pemerkasaan dalam konteks ibadah semata-mata tetapi turut memastikan kehidupan muamalah sesama manusia sentiasa berteraskan prinsip keadilan, kesaksamaan sekali gus menghindari sebarang bentuk penindasan dan penganiayaan. Hanya dengan meningkatkan kesedaran dan kefahaman umat secara tuntas mengenai prinsip-prinsip muamalah berpandukan syarak sahajalah mampu merealisasikan impian kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju sistem kewangan Islam pada masa depan. - (Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI, Utusan)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com
Thursday, 5 March 2009
Kaedah melupus wang syubhah
Oleh Murid Fadzli Musa
Penolong Pengarah Bahagian Mal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar)
Penolong Pengarah Bahagian Mal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar)
Dewasa ini, umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia berhadapan dengan satu masalah yang amat sukar untuk dielakkan, iaitu keterlibatan (sama ada secara langsung ataupun tidak) dengan wang atau harta yang diperoleh melalui sumber yang syubhah atau haram.
Perkara ini antaranya berpunca daripada berleluasanya transaksi-transaksi yang tidak patuhi syariah dalam kebanyakan institusi-institusi kewangan konvensional pada hari ini.
Didapati bahawa sebahagian daripada masyarakat Islam pada hari ini menemui kebuntuan dalam mencari penyelesaian kepada saki baki wang syubhah yang dimiliki dalam simpanan mereka. Contohnya seperti wang faedah hasil daripada simpanan dalam bank-bank yang berasaskan riba.
Ada di kalangan masyarakat Islam yang mengambil mudah dalam hal ini dengan menggunakannya tanpa rasa bersalah. Tidak kurang juga ada yang membiarkannya begitu sahaja atas anggapan ia tidak boleh dimanfaatkan secara mutlak. Mana satukah cara yang benar?
Pengenalan
Perkataan syubhah itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bererti samar iaitu tidak jelas. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Halal dan Haram dalam Islam mendefinisikan perkara syubhah ini sebagai suatu perenggan di tengah-tengah halal terang dan haram yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yakni masih samar-samar sama ada ia halal ataupun haram.
Beliau menjelaskan cara yang paling afdal ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang syubhah ini bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang memang nyata haramnya. Ini termasuk dalam kaedah saddul-zara'i iaitu menutup pintu-pintu kerosakan.
Dalam perkara ini, Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud: Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (syubhah). (riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Kaedah pelupusan wang syubhah dalam Islam
Terdapat khilaf di kalangan ulama berkenaan kaedah pelupusan wang syubhah atau haram mengikut syarak. Sesetengah ulama salaf yang berpendapat ia tidak boleh disucikan dan hendaklah dimusnahkan atau dibinasakan begitu sahaja.
Ada ulama yang berpandangan bahawa ia boleh dimanfaatkan bagi tujuan maslahat umum termasuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Ada pula yang berpandangan hanya untuk maslahat umum seperti membuat jambatan dan tandas awam sahaja tetapi tidak wajar diberikan kepada fakir miskin kerana ia berasal dari sumber yang haram dan tidak baik.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatawa Mu'asirah menjelaskan bahawa wang-wang faedah ini selain ia haram untuk dimanfaatkan oleh umat Islam, ia juga haram untuk ditinggalkan begitu sahaja di bank-bank konvensional.
Perbuatan tersebut akan memperkuatkan lagi bank-bank tersebut dan sama seperti menolong bank-bank konvensional yang akan turut menggunakan wang-wang faedah yang ditinggalkan itu untuk tujuan-tujuan yang bertentangan dengan syarak.
Tindakan ini tergolong dalam membantu perkara-perkara maksiat, sedangkan membantu dalam perkara yang haram hukumnya adalah haram! Dalam hal ini, Allah SWT berfirman, mafhumnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (al-Ma'idah: 2)
Dr. Yusuf berpandangan, apa yang disyariatkan adalah supaya wang-wang faedah tersebut begitu juga dengan harta-harta lain dari sumber yang haram dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan. Ini seperti membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah, membantu perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.
Dalam hal ini juga, Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 menetapkan: "Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini" dan "faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum".
Wang bercampur aduk antara halal dan haram
Timbul satu persoalan di sini, iaitu apabila wang yang halal dan wang yang haram bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan, contohnya wang simpanan yang halal di dalam bank bercampur dengan wang faedah yang haram dalam akaun yang sama, bagaimana ia hendak dijernihkan?
Dalam kaedah fiqh, terdapat satu kaedah yang berkaitan iaitu: "Apabila berkumpul perkara yang halal dengan yang haram, maka dimenangkan (dikira) yang haram".
Menurut kaedah ini, apabila perkara yang halal dan haram bercampur aduk dalam sesuatu perkara itu, maka ia dianggap sebagai haram. Ini adalah pandangan yang lebih utama berdasarkan justifikasi bahawa meninggalkan perkara yang harus bagi tujuan menjauhi perkara yang haram adalah lebih baik daripada sebaliknya.
Dalam hal ini, iaitu apabila berlaku campur aduk antara perkara yang halal dengan yang haram dan tidak dapat dibezakan, maka penyelesaiannya adalah dengan mengasingkan nilai atau kadar sebenar yang halal dengan yang haram dengan niat dibahagikan antara kedua-duanya.
Apa yang jelas halal boleh digunakan manakala yang haram itu hendaklah dilupuskan seperti dengan menyedekahkannya kepada fakir miskin atau menyerahkan kepada pihak Baitulmal bagi tujuan maslahat ummah.
Dengan cara ini, perkara yang halal dapat diasingkan daripada perkara yang haram dan masih dapat dimanfaatkan walaupun telah berlaku campur aduk antara kedua-duanya.
Kesimpulan
Sehubungan itu, menjadi tanggung jawab setiap umat Islam untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhah demi menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang haram.
Dengan tumbuhnya pelbagai institusi kewangan Islam pada hari ini seperti bank-bank Islam, syarikat-syarikat pajak gadai Islam (al-rahnu), syarikat-syarikat insurans Islam (takaful) dan sebagainya, maka menjadi kewajipan umat Islam untuk menggunakan sistem kewangan Islam yang ada ini sewajarnya.
Namun demikian, sekiranya keterlibatan dengan wang syubhah atau haram ini tidak dapat dielakkan, maka hasil-hasil daripada aktiviti syubhah atau haram tersebut hendaklah dilupuskan sewajarnya berlandaskan syarak.
Penyerahan kepada Baitulmal merupakan pilihan cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta dapat menyumbang kepada kemaslahatan sosio-ekonomi umat Islam.
E-mel: mfadzli@jawhar.jpm.my
(Utusan)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com
Labels:
Baitulmal,
Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Haram,
Riba,
syubhah
Friday, 21 November 2008
Kukuhkan kewangan Islam

Oleh Mohammad Sofee Razak
(Utusan Malaysia)
(Utusan Malaysia)
Krisis kewangan kapitalis global yang bertunjangkan mekanisme riba, tekanan faedah berganda dan penindasan ala sistem perbankan rimba, kini sedang melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan beberapa buah negara lain dalam sekelip mata sahaja. Usaha-usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda-tanda ekonomi beransur pulih kembali. Dalam masa yang sama episod hitam itu secara relatifnya telah membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar, survival serta kejayaan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam lain di seluruh dunia dalam menangani krisis ekonomi.
Ini adalah masa dan medan terbaik kepada negara-negara Islam memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam mereka dan dalam masa yang sama mengetengahkannya kepada dunia sebagai alternatif dan pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi global. Kemampuan sistem perbankan Islam tumbuh 15 peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan ciri-cirinya yang tersendiri melawan arus deras institusi kapitalis-riba global. Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan, di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global seperti yang berlaku sekarang.
Pada hakikatnya institusi kapitalis-riba global sedang menuju kemelesetan dan pendokongnya bakal berdepan dengan gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya. Islam juga sangat mementingkan kesejahteraan umat dan sangat memerangi segala bentuk sistem atau struktur yang berteraskan riba yang memudaratkan kehidupan manusia.
Firman Allah, bermaksud, "Wahai orang beriman, bertakwa kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya," (Al-Baqarah: 278- 279).
Oleh itu, krisis yang dihadapi di AS dan Eropah hari ini telah menampak dan membuktikan sistem konvensional semasa yang mesra riba seperti sedang diamalkan ketika ini mempunyai begitu banyak kelemahan, ketempangan dan ketidakseimbangan. Keadaan ini berbeza dengan sistem kewangan Islam yang bebas riba dilihat semakin kukuh, mantap dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan di kala dunia sedang mendepani zaman meleset.
Begitu juga dalam keadaan pergerakan ekonomi yang masih perlahan dan tidak berdaya saing, dijangka bakal mempengaruhi banyak negara di seluruh dunia termasuklah negara maju seperti Jepun dan sebagainya.
Ramai sarjana mengakui kesan positif krisis ekonomi dunia kini kepada sistem kewangan Islam berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti institusi zakat, wakaf, baitulmal, sedekah, hibah dan sebagainya di samping beberapa inovasi dalam produk ekonomi Islam. Ini menjadikan sistem kewangan Islam secara asasnya tidak menerima kesan langsung daripada krisis yang berlaku berdasarkan ciri-cirinya yang tersendiri seperti kurang risiko, adil dan amalan perkongsian keuntungan dalam segala aspek. Malah, ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan konvensional lain wajar mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang terbukti berjaya.
Nilai keseluruhan aset kewangan Islam mencapai lebih AS$1 trilion (RM3.52 trilion), malah turut dipraktikkan di lebih 75 negara seluruh dunia, termasuk di negara yang didominasi masyarakat bukan Islam. Sejak lima tahun lalu, pusat kewangan antarabangsa dilihat mula mempraktikkan sistem berkenaan termasuk yang beroperasi di London, Singapura dan Hong Kong. Antara produk utama yang dihasilkan daripada kewangan Islam adalah Sukuk dan Malaysia adalah pasaran terbesar produk berkenaan dengan bon keseluruhan bernilai RM211.2 bilion. Ini adalah kejayaan yang sangat impresif dan perlu dipertahankan pada masa hadapan serta berusaha menambahkan lagi nilainya.
Melabur
Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku kerana masyarakat dunia jelas nampak kelebihan dan kewibawaan perbankan Islam dan adalah diharapkan agar dengan perkembangan yang memberangsangkan di negara kita, banyak negara di Asia Barat akan mula melabur di sini kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran dan situasi ekonomi di negara Barat.
Ini adalah kerana, dalam menangani krisis kewangan teruk pada 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai kepimpinan yang bijak, berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah-langkah yang drastik termasuk mengawal tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi dan sosial negara kita.
Tambahan pula, industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion) menjelang tahun 2010 nanti. Jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan Bank Pembangunan Islam Arab Saudi bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini.
Iklim ekonomi dan penyertaan yang semakin bertambah di dalam industri ini membuka peluang kepada Malaysia dan negara Islam lain menjadi peneraju utamanya.
Industri kewangan global Islam pula telah berkembang dengan begitu cepat, menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam. Peserta sektor kewangan Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan positif masyarakat global. Langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kewangan Islam semakin dipertingkatkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk dengan mendedahkan umum kepada aktiviti pasaran modal Islam serta perniagaan takaful yang semakin berkembang pesat.
Kerajaan konsisten mempelbagaikan konsep terbitan nota-nota kewangan Islam sedia ada daripada berasaskan Bai Inah dan Ijarah ke Murabahah yang cukup berjaya dan mendapat sambutan. Dengan menerbitkan nota-nota kewangan Islam menerusi struktur itu yang digunakan secara meluas di Asia Barat terutamanya, ia boleh menyediakan satu platform bagi pelabur baru untuk melabur dalam kertas-kertas pembiayaan Islam dalam pasaran Malaysia sekali gus mempelbagaikan pangkalan pelabur.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif yang dikaitkan dengan pasaran kewangan Islam global, instrumen ini akan dipromosikan ke pasaran kewangan antarabangsa dari masa ke semasa.
Sambil dunia memperakui pentingnya membangunkan produk-produk lindung nilai Islam dalam pasaran kewangan Islam untuk menangani risiko, Malaysia bangun memperkenalkan perjanjian Derivatif Islam global bagi mendokumenkan transaksi derivatif Islam yang dimulakan oleh bank pusat dan dipacu oleh industri kewangan menerusi pakatan serta kerjasama bijak. Inisiatif terbukti dapat memperbaiki amalan pengurusan risiko, pengurusan imbangan pembayaran, meningkatkan kecekapan menggerakkan dana dan meningkatkan keupayaan perbankan pelaburan institusi perbankan Islam di peringkat global.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com
Labels:
Kewangan Islam,
Riba,
Sistem Kewangan Islam
Friday, 3 October 2008
Pendekatan Islam dalam krisis di Wall Street
Oleh Ismail Hashim Yahaya
APA yang berlaku di Wall Street jelas menunjukkan bahawa sistem kewangan dan ekonomi Barat yang tidak berasas nilai dan moral keagamaan telah membawa malapetaka besar kepada manusia.
Sistem kapitalisme yang hanya mementingkan kumpulan kecil dan individu tidak lagi sesuai untuk diamalkan oleh manusia.
Setelah kemeruduman sistem sosialisme Soviet pada awal era 1990-an, dunia menyaksikan satu lagi sistem mengalami kehancuran yang juga berpaksi kepada materialisme melalui ekonomi.
Hari ini sistem pasaran bebas yang berasaskan 'tangan tersembunyi' dalam pasaran permintaan dan penawaran hasil teori Adam Smith telah menemui kegagalan. Sistem perbankan Barat yang berpokokkan riba itu telah membawa kesengsaraan kepada peminjamnya.
Ini masanya Islam (yang kononnya dianggap agama keganasan) menawarkan alternatif iaitu sistem pelaburan berasaskan syariah. Para pelabur itulah yang menjadi pengganas kewangan pasaran bebas Barat.
Sistem pelaburan Islam ini menolak sebarang pelaburan berisiko spekulatif dan ketamakan menggila yang tidak memikirkan masyarakat umum. Ini kerana dalam sistem ini yang kuat sahaja akan hidup dalam persaingan yang sengit itu.
Hakikatnya sekarang ini pelaburan-pelaburan berasaskan syariah Islam di pasaran Barat telah berkembang sehingga mencecah setengah trilion dolar Amerika.
Memandang kemelut sistem kewangan Barat dan krisis di Wall Street, ramai pakar kewangan Barat sedang mengkaji sistem pelaburan Islam.
Malah mereka memikirkan dapatkah sistem kewangan ini mengelakkan daripada berlaku kecairan yang dialami oleh pasaran-pasaran di Amerika yang disebabkan oleh hutang cagaran dan sekuriti-sekuriti yang didukungi cagaran.
Dalam hal ini terdapat dua prinsip asas kewangan Islam yang dapat dijadikan sistem alternatif kepada sistem kewangan Barat.
Pertama merujuk kepada ayat al-Quran mengharamkan al-Maysir atau risiko spekulatif dengan mengingatkan orang beriman mengelakkan kegiatan atau permainan seperti ini.
Allah berfirman: "Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya."
Judi dalam hal ini dikaitkan dengan kegiatan spekulatif kerana kebarangkalian kerugiannya lebih tinggi daripada kebarangkalian keuntungan. Pelaburan berasaskan syariah mengelakkan daripada terlibat dalam spekulasi risiko termasuklah opsyen kadar faedah, derivatif dan pelbagai produk dana perlindungan.
Kebanyakan produk kewangan menarik minat spekulator dengan harapan mengaut keuntungan dengan cepat. Apabila pengarah dana di bawah tekanan institusi terpaksa mempamerkan keuntungannya, maka jalan pintas harus diambil dengan kegiatan spekulasi risiko, pelaburan dana perlindungan yang kini telah bertukar menjadi strategi membunuh diri kerana membawa kepada malapetaka kewangan.
Dalam penujuan ke arah libidonomics (ekonomi keserakahan nafsu yang tanpa batasan) dan ketamakan menggila, kegiatan pelaburan biasa dalam syarikat-syarikat tidak lagi menarik minat pelabur malah sesuatu yang membosankan kepada mereka. Ini kerana jumlah keuntungan yang diperolehi berjangka panjang dan kadar pulangannya adalah rendah.
Islam mementingkan pelaburan yang walaupun berisiko tetapi bersifat projek- projek kemanfaatan sosial kerana ia melarang pelaburan dalam syarikat-syarikat dikaitkan dengan arak, perjudian atau pornografi atau sebarang kegiatan yang membawa kepada keburukan kepada manusia atau menjejaskan keselamatan dan kesihatan manusia.
Keduanya Islam mengharamkan pelaburan dikaitkan dengan riba. Al-Quran mengharamkan pelaburan pasif atau tiada risiko langsung. Pengharaman terhadap riba, faedah yang dikenakan ke atas pinjaman adalah haram dalam Islam.
Hutang dan pinjaman tidak dilarang tetapi pengenaan kadar faedahnya dilarang dalam Islam. Ia bertentangan dengan syariah.
Islam menolak sama sekali sebarang perdebatan dengan hujah bahawa riba adalah bersamaan dengan keuntungan. Al-Quran membenarkan perdagangan tetapi mengharamkan riba atau kadar bunga. Perkara ini dapat dirujuk kepada surah Al-Baqarah ayat 275 (2:275).
Pengharaman riba dikenakan bukan sahaja bagi menyelamatkan golongan miskin daripada peminjam tamak dan yang tidak bertimbang rasa tetapi juga menghalang para pelabur yang mahukan pulangan segera dengan mengambil jalan pintas atau terlibat dalam perdagangan perjudian atau pertaruhan berisiko tinggi contohnya bersandarkan kepada cagaran atau gadaian tetapi enggan melibatkan pelaburan dalam perdagangan yang membawa manfaat kepada masyarakat.
Ini amat bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya amat ketara dalam kes subprima yang membawa kemudaratan kepada pasaran kewangan di AS.
Pertama, bayangkanlah hutang yang dikenakan kadar bunga yang tinggi diberikan kepada peminjam yang sudah tentu tidak dapat membayar balik pinjamannya. Ini adalah riba.
Kedua, cagaran atau gadaian hartanah bukan lagi merupakan keputusan pelaburan yang bijak memandangkan beberapa pelaburan dalam hartanah dinilai pada harga yang dibesar-besarkan atau harga spekulasi sahaja dan bukan harga sebenarnya.
Bank-bank pelaburan dan pakar-pakar kewangan di Wall Street yang menjaminkan hutang-hutang cagaran menjadikannya sekuriti dengan kadar faedah. Sekuriti-sekuriti mula menampakkan kegagalan apabila aset yang mendasarinya dirampas. Hutang itu hangus dan pemegang atau pemiliknya menjadi bankrap.
Oleh itu antara pengharaman maysir (spekulatif risiko) dan riba, undang-undang Islam membenarkan kreativiti dalam pasaran kewangan yang memboleh para pelabur menggerakkan wang tambahan untuk pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan yang halal untuk kemanfaatan masyarakat.
Pakej penyelamat yang dicanangkan pentadbiran Presiden George W. Bush dengan segala penyelesaian segera kepada segala kesulitan akan memburukkan keadaan terutamanya melibatkan barah hutang berasaskan riba.
Ahli Kongres AS mencapai persetujuan untuk mewujudkan dana bernilai AS$700 bilion (RM2.38 trilion) bagi membeli hutang lapuk daripada bank-bank tenat dalam usaha untuk membendung krisis kekangan kredit yang mengancam ekonomi dunia.
Persoalannya sejauh manakah suntikan wang yang besar jumlahnya itu dapat merefomasikan institusi dan syarikat-syarikat yang dibina di atas lapisan demi lapisan hutang berasaskan riba itu? (Utusan Malaysia)

*******
Subscribe to:
Posts (Atom)