Nik Mustapha Bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah, IKIM 05/08/2008 | Berita Harian |
Apabila membicara halatuju kepada perlaksanaan zakat, peranan ahli ilmuwan Muslim perlu dirujuk. Tugas ahli ilmuwan Muslim dalam sesebuah masyarakat ialah mengemukakan pandangan-pandangan bersandarkan asas ilmu untuk masyarakat dan pemerintah mangambil panduan dalam menyusun kehidupan masyarakat bernegara. Justeru itu para ilmuwan mesti mencintai kebenaran dan ilmu yang dimiliki mesti mangarah kepada usaha mendukung keadilan dan memupuk kasih sayang demi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat manusia di dunia dan seterusnya di alam akhirat. Al-Quran dengan jelas menerangkan dengan maksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman." An Nahl: 90 Allah s.w.t. dalam al-Quran menggariskan keistimewaan golongan ilmuwan dengan firman-firman yang bermaksud berikut: · "Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya." Al-Ankabut: 43 · "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." Az-Zumar: 9 · "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." Fa atir: 28 · "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukannya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." Al-Baqarah: 269 Untuk memberi panduan kepada halatuju perlaksanaan zakat, asas falsafah zakat perlu difahami. Al-Quran pada hakikatnya merupakan sebuah falsafah hidup manusia yang maha agung dikurniakan Allah untuk merancang sistem hidup manusia supaya tegak di atas landasan takwa yang menjamin kebahagiaan mereka. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud: "Mereka yang kami kurniakan kitab, mereka mengikuti pangajaran dengan sebenar-benar ikutan, mereka itulah yang sanggup beriman dengannya" (Al-Baqarah: 121) Tujuan utama diturunkan Quran ialah menegakkan keadilan dan memupuk kasih sayang dalam setiap bidang dalam kehidupan manusia. Melalui Panduan Al-Quran usaha yang bersungguh perlu dilaksanakan untuk mendidik individu dan menyusun masyarakat manusia semoga wujudnya sebuah peradaban yang mulia. Dalam konteks penulisan ini persoalan yang perlu dikemukakan bagaimana zakat boleh menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Zakat adalah Rukun Islam yang ketiga. Keagungan Islam bergantung rapat dengan perlaksanaan dengan sempurna rukun-rukun Islam yang lima dalam kehidupan masyarakat. Kesemua rukun-rukun tersebut perlu dirangkumi secara syumul dalam menyusun pembangunan masyarakat. Ini dapat dibukti dari hadis berikut: Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dasar (pokok-pokok) Islam itu ada lima perkara: Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasul Allah; Menegakkan shalat (sembahyang); Membayar zakat; Menunaikan ibadah haji; dan Puasa bulan Ramadhan Mengikut Panduan al-Quran, terdapat delapan puluh dua (82) ayat yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama seperti dalam Surah al-Nur: 37; al-Baqarah: 177; dan al-Baqarah: 277 iaitu "Dan hendaklah mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat" Kedudukan dan peranan zakat seperti yang terkandung dalam al-Quran di atas sangatlah penting. Justeru itu para ilmuwan Muslim perlu memahami dan mengambil prinsip-prinsip utama dalam al-Quran untuk dijadi garis panduan untuk melaksanakan zakat dalam menyusun masyarakat Islam setempat dan semasa. Jika diperincikan ayat-ayat al-Quran, kita dapati dalam al-Taubat: 103, Allah s.w.t. menentukan golongan individu yang diwajibkan zakat: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menfardhukan ke atas mereka sedekah (zakat) pada harta mereka, diambil dari kalangan orang kaya dan diberi kepada kalangan orang fakir." Pada golongan Pemerintah, Allah s.w.t. memperingatkan dalam al-Hajj: 41 dengan maksud: "Mereka (umat Islam) jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat serta mereka menyeru berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar." Al-Quran juga dalam surah al-Taubah: 60, Allah s.w.t. menyenarai golongan penerima zakat dengan berfirman yang maksud: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada ) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan." Dari panduan al-Quran dalam usaha melaksanakan zakat, dua golongan iaitu individu dan pemerintah perlu memiliki halatuju dengan tanggungjawab yang jelas. Kedua-dua mepunyai peranan dan kedua-dua memperoleh manfaat dari perlaksanaan zakat. Di peringkat individu beberapa manfaat berikut akan diperolehi: · Membersih jiwa dari sifat bakhil, kedekut dan rakus yang seterusnya menjana individu kepada amalan sedekah dan wakaf. Amalan tersebut menjurus kepada keadilan masyarakat tercapai. · Menanam semangat tanggungjawab kepada individu terhadap kepahitan kehidupan golongan yang daif. Memupuk budaya kasih sayang dan membangun masyarakat secara muafakat dan bersama. · Berusaha semoga setiap individu penerima menjadi pembayar zakat. Kecapaian tersebut membolehkan setiap individu berada di atas garis kemiskinan dan dapat berperanan dalam kehidupan pada tahap yang terbaik. Melalui perlaksanaan zakat, semangatnya akan menjadi panduan dalam menggubal dasar fiskal negara. Dasar fiskal dan kewangan yang mantap, akan menghala kepada kestabilan ekonomi (mencapai guna tenaga penuh, kos sara hidup yang rendah dan sebagainya) dan pengaliran harta secara teratur dan berkesan akan tercapai. Kejayaan tersebut membolehkan negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Disamping itu kerajaan akan dapat meningkat jumlah tabungan dan pelaburan dalam ekonomi. Ia juga akan meningkat paras keseluruhan kepenggunaan negara hasil daripada kemantapan prestasi ekonomi yang disertai dengan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan. Dalam suasana semasa tumpuan yang paling penting ialah kepada wujudnya sistem Pengagihan Dana Zakat yang berkesan (Sistem Penyampaian). Ruang untuk menambahbaik dalam perkara ini perlu diberi tumpuan dengan bersungguh-sungguh. Cadangan yang boleh difikirkan ialah melalui menaik taraf peranan institusi masjid sebagai institusi terpenting pada sesebuah qariah dengan berperanan secara syumul kepada keperluan penduduk setempat dan semasa. Fungsi utama masjid sebagai Pusat Kehidupan masyarakat berperanan dalam tugasan berikut: · Meningkat kefahaman dan penghayatan agama melalui program pendidikan. · Bertanggungjawab kepada wujudnya sistem punggutan dan pengagihan zakat di setiap qariah. · Mengendali urusan wakaf untuk kebajikan dan kemajuan qariah. · Membantu masyarakat setempat dalam hal-hal kebajikan. Oleh itu, pentadbiran masjid perlu dinaik taraf. Keutamaan pengurusan masjid perlu memberi tumpuan kepada kewujudan jawatan-jawatan mengikut peranan. Pengarah Masjid dengan itu perlu mempunyai pembantu dalam bahagian pendidikan, zakat, wakaf dan kebajikan qariah. Perubahan untuk jangka panjang bersandarkan falsafah dan peranan zakat, adalah semangat dan sistem zakat perlu menjadi asas kepada penggubalan dasar fiskal negara Zakat yang bertaraf Rukun dalam Islam hendaklah menjadi asas terpenting dalam penggubalan dasar fiskal negara. Kemampuan melaksanakan matlamat tersebut membolehkan ia mempengaruhi penyusunan ekonomi negara. Kesan kepada kedudukan dan perjalanan ekonomi negara akan bermakna. Seterusnya juga kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Kesan zakat kepada ekonomi negara jika ia manjadi panduan kepada penggubalan dasar fiskal dapat mempengaruhi dalam perkara berikut: · Sistem punggutan hasil negara; · Sistem pembiayaan negara; · Membasmi kemiskinan; · Mengurangkan jurang kekayaan dan pendapatan di kalangan individu dalam masyarakat; · Memantap keseluruhan tabungan dan paras kepenggunaan individu; · Mengurangkan ketirisan dalam aliran pendapatan dan perbelanjaan dalam ‘circular flow of income and expenditure model'. (Melibatkan sektor isi rumah, firma, kerajaan dan luar negara) Pembekuan harta disebabkan gelagat individu atau ketidak cekapan dasar dan institusi ekonomi jika berlaku adalah zalim. · Memupuk keharmonian masyarakat dan ekonomi melalui peningkatan tanggung jawab individu kepada kepentingan masyarakat umum. Jika langkah--- Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com |
Maklumat, berita dan ilmu kewangan & pelaburan Islam. Untuk melabur dalam dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi +60192348786 (Sanusi, KL) atau +60199539330 (Rozanna, Kajang).
Terkini
Sunday, 10 August 2008
Halatuju Kepada Perlaksanaan Zakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment