Terkini

Monday, 23 July 2012

Kejayaan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) urus kewangan umat Islam dicontohi



KUCHING: Kejayaan Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) dalam mentadbir serta mengurus sistem kewangan umat Islam di negeri ini menjadikan ia ikon terbaik yang mahu dicontohi negara luar.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, terdapat beberapa negara luar berminat melaksanakan konsep itu terutama yang memiliki jumlah umat Islam minoriti seperti New Zealand dan Australia.
“Kalau kita lihat 30 tahun yang lalu sebelum penubuhan Baitulmal, wang fitrah habis begitu sahaja selepas diagihkan kepada asnaf, jadi pada waktu itu kita tidak ada perancangan jangka panjang untuk kebaikan masyarakat Islam.

“Menerusi penubuhan Baitulmal kita bersatu sehingga wang zakat yang dikumpul dapat diagihkan kepada asnaf dan selebihnya kita simpan untuk menjamin masa depan orang Islam itu sendiri, inilah konsep yang mahu dibawa ke negara lain yang berminat dengan apa yang kita ada,” katanya.
Beliau berkata de mikian ketika berucap pada majlis perasmian program taklimat amil bahagian Kuching dan penyerahan kupon fitrah di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini semalam.
“Walaupun kita memiliki jumlah masyarakat Islam yang minoriti iaitu tidak sampai 30 peratus, tetapi berkat perpaduan yang kita capai banyak perkara berjaya dilakukan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat Islam,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Daud memberitahu bahawa konsep kutipan wajib orang Islam bekerja yang hanya dilaksanakan di negeri ini sedikit sebanyak membantu membangunkan lagi kewangan TBS dalam membantu golongan susah di negeri ini.

“Kita tidak hanya fokus kepada fitrah sahaja kita kutip zakat, itu yang paling besar dan juga konsep kutipan wajib orang Islam sehingga kita menjadi satu agensi yang kukuh dalam menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat Islam,” katanya.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment