Terkini

Saturday 21 July 2012

Bank Muamalat Malaysia Merancang Operasi di China



BANK Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Shi Zui Shan (BSZS) bagi membangunkan perbankan Islam di Yinchuan, di wilayah Xingnia, China.

Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, dengan adanya perjanjian itu, BMMB berharap dapat bekerjasama dengan Bank Shi Zui Shan untuk menubuhkan sebuah bank Islam dalam masa dua tahun akan datang.



“Sebagai permulaan, Bank Shi Zui Shan sudah bersetuju untuk membangunkan latihan dalam industri berkenaan sebelum BMMB membuka kaunter perbankan Islam di bank berkenaan selepas tamat nanti,” katanya pada majlis menandatangani MoU itu di Kuala Lumpur semalam.


Pada majlis itu, BMMB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid manakala Bank Shi Zui Shan diwakili pengerusinya, Li Deng Fang dan disaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai serta Pengerusi BMMB, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid. Beliau berkata, pembukaan kaunter perbankan Islam di bank berkenaan membolehkan BMMB menjalankan kajian terhadap sambutan industri ini di sana.



Mohd Redza berkata, pada masa sama, BMMB turut berhasrat untuk menubuhkan kaunter perbankan Islam di semua 23 cawangan Bank Shi Zui Shan. (MyMetro, 20/7/2012)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment