Terkini

Tuesday 24 July 2012

Standard Chartered Saadiq Jadikan KL Hab Perbankan Syariah



Standard Chartered Bank menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan globalnya bagi perbankan pengguna Islam. 

Langkah itu sebahagian strategi untuk mengembangkan perniagaan perbankan Islamnya di Malaysia dan kedudukannya pada peringkat global.Sejajar dengan itu, Ketua Perbankan Islam Global Standard Chartered dan sebuah pasukan pakar bank itu akan berpangkalan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur bagi memacu momentum perniagaannya di negara ini. 
Kumpulan itu juga akan bekerjasama dengan pasaran baru lain bagi membina dan mengukuhkan perbankan Islamnya di bawah jenama Standard Chartered Saadiq. 

Pengerusi Standard Chartered Saadiq, Shayne Nelson berkata, hab baru itu membuktikan kepentingan strategik pasaran Malaysia bagi strategi dan hasrat keseluruhan bank berkenaan bagi perniagaan Saadiq. 

“Malaysia menempatkan diri sebagai pusat kewangan Islam utama antarabangsa. 

“Dengan Kuala Lumpur sebagai hab global perbankan pengguna Islam, kami berharap untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman luas Malaysia dalam perbankan Islam, dan terus menyumbang kepada aktiviti kewangan Islam di negara ini,” katanya. 
Hab global baru itu akan diuruskan Wasim Saifi sebagai Ketua Eksekutif baru Standard Chartered Saadiq Bhd, iaitu tambahan kepada peranannya sebagai Ketua Global Perbankan Pengguna Islam. 

Standard Chartered Bank adalah bank antarabangsa pertama di Malaysia yang menawarkan produk perbankan Islam, iaitu pada 1993. 

Pada 2008, Standard Chartered Saadiq Bhd ditubuhkan sebagai anak syarikat perbankan Islam sepenuhnya. 

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment