Terkini

Wednesday 6 February 2008

Musykil untung jual saham

(Harian Metro)
Soalan:

SAYA membeli saham sebuah syarikat di Bursa Saham Malaysia menggunakan kewangan secara kovensional dengan elemen faedah.Tetapi, saya menjual saham berkenaan dan mendapat keuntungan selepas menyelesaikan segala hutang ‘kewangan’ (termasuk faedah). Apakah keuntungan itu halal digunakan selepas segala hutang ‘kewangan’ diselesaikan?Apakah keuntungan itu juga dikira sebahagian daripada riba. Jika ya, bagaimanakah cara terbaik untuk melupuskannya?


MAT, Selangor.

Jawapan:


MEMBELI saham suatu syarikat dengan pinjaman bank menggunakan kewangan konvensional (dengan faedah) termasuk dalam pelaburan membabitkan riba begitu juga dengan keuntungannya. Cara melupuskannya ialah dengan menyerahkan kepada Baitulmal atau digunakan untuk maslahat orang ramai seperti membina jalan raya dan sebagainya.Bagaimanapun anda masih berhak atas pokok pelaburan anda. “… Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.” (Al-Baqarah (2): 279). Anda dinasihatkan memilih pelaburan berdasarkan mudarabah (perkongsian untung rugi) dan pembiayaan melalui kewangan sendiri (own fund) atau kongsi modal (share capital). Dengan itu keuntungan dibenarkan dalam Islam dan menyumbang kepada ekonomi (lihat A.L.M. Abdul Gafoor, “Mudaraba-based Investment and Finance” http://users.bart.nl/~abdul/article2.html).

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


No comments:

Post a Comment