Terkini

Friday 8 February 2008

AL-'AQAR KPJ Reit menang anugerah

KUALA LUMPUR 6 Feb. - AL-'AQAR KPJ Reit, amanah pelaburan hartanah penjagaan kesihatan berasaskan Islam pertama di Malaysia telah memenangi Anugerah Kewangan Islam, dalam kategori paling inovatif oleh Euromoney.
Anugerah itu diterima hasil daripada terbitan program ijarah sukuknya bernilai RM300 juta oleh Al-Aqar Capital Sdn. Bhd. (Al-Aqar Capital), anak syarikat dan sayap pembiayaan bagi Al-Aqar KPJ Reit.
Program Ijarah Sukuk itu memiliki tempoh selama tujuh tahun dan menawarkan fleksibiliti kepada Al-Aqar Capital untuk menerbitkan nota jangka sederhana Islam bernilai RM285 juta dan kertas komersial Islam sebanyak RM15 juta.
Program berkenaan telah disokong oleh aliran tunai yang kukuh daripada Al-Aqar KPJ Reit membabitkan enam buah hospital dan lima hospital yang baru dimilikinya.
Hasil daripada terbitan sukuk itu, ia akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai semula pinjaman sedia ada Al-Aqar KPJ Reit, membiayai pemilikan lima hospital baru, pelaburan akan datang serta keperluan modal kerja Al-Aqar KPJ Reit.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


No comments:

Post a Comment