Terkini

Sunday, 1 June 2008

Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti luluskan 843 sekuriti halal

KUALA LUMPUR 30 Mei – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menerbitkan senarai terkini sekuriti berasaskan syariah di Bursa Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan SC di sini hari ini, sekuriti yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) itu berjumlah 843 sekuriti mewakili 85 peratus sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Senarai itu termasuk 23 sekuriti yang baru berasaskan syariah tetapi tidak termasuk 12 sekuriti yang disenaraikan sebelum ini pada November tahun lalu.
Senarai itu juga menyatakan bahawa sekuriti berasaskan syariah digambarkan dalam semua industri sektor.
Bagi mengklasifikasikan sekuriti yang disenaraikan, SAC telah menggunakan kriteria standard dalam menumpukan aktiviti syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia
Pendekatan dan kriteria yang digunakan serta nasihat dan panduan pelupusan sekuriti tidak berasaskan syariah dinyatakan dalam senarai itu.
Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun boleh diperoleh melalui laman web SC di www.sc.com.my. Ia juga akan diterbitkan sebagai buku kecil dan boleh didapati di SC hujung Jun ini.
(Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday, 18 May 2008

Public Mutual terima Anugerah Dana Islam dari Failaka

KUALA LUMPUR 15 Mei - Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini menerima Anugerah Dana Islam Failaka kategori Pengurus Dana Terbaik di Asia 2008 daripada penasihat Failaka.
Anugerah Dana Failaka Islam ini diwujudkan oleh penasihat Failaka yang diiktiraf sebagai peneraju dalam penyelidikan dana Islam.
Ia merupakan tanda aras bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan dana Islam dan melambangkan puncak kejayaan untuk pemenang-pemenang anugerahnya.
Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Penasihat Failaka, A. Mark J. Symth kepada beliau pada Majlis Makan Malam Anugerah Tahunan Public Mutual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Hong Piow berkata, ini merupakan kali kedua Public Mutual menerima anugerah tersebut dan beliau amat bangga dengan pengiktirafan antarabangsa itu.
''Anugerah ini mempamerkan komitmen Public Mutual yang sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pemegang unitnya.
''Anugerah ini adalah hasil kerjasama kesemua ahli lembaga pengarah, badan pengurusan, kakitangan, pasukan agensi dan pemegang-pemegang unit Public Mutual atas semangat mereka yang membantu Public Mutual mencapai kecemerlangan ini," katanya ketika berucap di majlis tersebut.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 62 dana untuk lebih 1,800,000 pemegang akaun.
Sementara itu, Symth berkata, Public Mutual menunjukkan prestasi konsisten dalam menguruskan dana-dana berlandaskan Syariah dan ini terbukti dalam pulangan dana-dananya.
Pada majlis ini, Public Mutual turut memberi penghargaan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang 2007.
Antara mereka ialah Steven Lim, Grace Loo, Adi Sasteria Nurputra, Joseph Chan Yew Hong, Hismazaitul Azmy dan S. Ramachandran P. Seevaratnam.

(Utusan Malaysia, 18 Mei 2008)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Khazanah bentuk kumpulan retakaful terbesar dunia

KUALA LUMPUR 7 Mei - Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bersama Kumpulan Perbankan Dubai (DBG) dan Asia Capital Reinsurance (ACR) telah memeterai perjanjian bagi membentuk kumpulan retakaful terbesar di dunia yang dikenali sebagai ACR ReTakaful Holdings Ltd. (ACR ReTakaful).
Khazanah dalam satu kenyataan berkata, cabang pelaburan kerajaan itu dan DBG masing-masing memiliki pegangan sebanyak 40 peratus kepentingan dalam ACR Retakaful manakala bakinya dipegang oleh ACR.
Kata kenyataan itu, Khazanah muncul sebagai pemegang saham terbesar berikutan pegangan 32 peratus ke atas ACR.
Jelasnya, ACR ReTakaful akan memiliki modal asas sebanyak AS$300 juta (RM946 juta) dan mempunyai dua syarikat yang berpengkalan di Kuala Lumpur dan Asia Barat.
Majlis menandatangani pemeteraian itu berlangsung di Dubai, hari ini. Khazanah diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Azman Mokhtar manakala DBG diwakili Menteri Hal Ehwal Kabinet Emiriah Arab Bersatu merangkap Pengerusi Dubai Holdings, Mohammed Al Gergawi.
Mengulas mengenai perjanjian itu, Azman berkata, penubuhan pengendali retakaful itu merupakan inisiatif berterusan terkini yang diambil Khazanah dalam usaha menyokong pembangunan perkhidmatan kewangan yang menyaksikan Malaysia telah muncul ke hadapan.
"Rasional bagi ACR ReTakaful adalah aspirasi yang sama dengan inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) sebelum ini.
"Perjanjian ini merupakan satu pelaburan menarik buat Khazanah bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dalam sektor reinsurans dan retakaful di rantau ini," katanya.
Ini adalah langkah awal pelaburan sebanyak AS$200 (RM630 juta) dalam ACR dalam usaha menjadi pelabur terbesar bersama, yang mana RM175 juta dalam ACR Malaysia membolehkan Khazanah muncul pemegang saham terbesar dalam syarikat reinsurans yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
"Kami memiliki visi untuk muncul pemain retakaful global sejak pelaburan kami ke atas ACR pada Disember 2006 dan syarikat tersebut memenuhi keperluan syarat transaksi ini.
"Kami percaya ACR ReTakaful bakal muncul pemain utama dalam perniagaan retakful di peringkat global," katanya.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday, 6 May 2008

Persidangan Perbankan & Kewangan Islam 2008 di Kuala Lumpur



---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Zakat bukti kekuatan iman, keikhlasan

ALLAH sudah menentukan hak orang miskin dalam harta orang kaya melalui zakat. Ketentuan Allah itu bagi memenuhi hajat dan keperluan orang miskin sebagai asnaf yang berhak menerima harta zakat.


Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.


Al-Quran menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan dan bukti keikhlasan seseorang.


Antara hikmat zakat ialah:

  • Satu saranan yang boleh menolong fakir miskin. Dengan zakat kita boleh menolong orang miskin supaya dapat melaksanakan perintah Allah dan mengerjakan amal ibadat.


  • Allah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada orang kaya dan satu cara untuk mensyukurinya adalah dengan menunaikan zakat.

    Al-Quran menyebut kepentingan zakat bersama solat sebanyak 28 kali. Islam memperkenalkan zakat sebagai sesuatu hak yang mesti ditunaikan. Sejarah membuktikan bahawa Abu Bakar memerangi orang yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.

    Menurut al-Qaradawi, dalam konsep zakat ini, Islam menetapkan tiga pengawal iaitu iman kerana iman yang dimiliki mendorong seseorang mengeluarkan zakat secara rela. Kedua, jiwa masyarakat yang tidak mempersoalkan tuntutan mengeluarkan zakat dan pengawal ketiga ialah negara yang merangka serta melaksanakan sistem zakat secara berkesan.

    Al-Qaradawi berkata, zakat ialah setiap harta yang berkembang iaitu harta itu sendiri yang berupaya berkembang dan bertambah. Contohnya haiwan seperti unta, lembu, kambing, biri-biri dan sebagainya.
    Pada zaman Umar al-Khatab diwajibkan zakat ke atas kuda kerana ia bertambah dan berupa harta. Selain haiwan, tanaman juga dikenakan zakat. Al-Qaradawi berpegang kepada pandangan mazhab Abu Hanifah yang berpendapat setiap apa saja yang terhasil daripada bumi adalah diwajibkan zakat ke atas perkara itu apabila mencukupi syarat.

    Oleh itu, ia tidak khusus kepada jenis tertentu sebagaimana digariskan oleh mazhab lain. Pendapat ini lebih dekat dengan keadilan Islam dan bersesuaian hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa sesuatu yang mendapat siraman dengan air hujan dikenakan zakat sepersepuluh.

    Perkara itu termasuk semua harta yang berkembang mempunyai tanggungan wajib zakat walaupun tidak ada nas yang tetap daripada Rasulullah SAW tetapi masalah ini dapat diambil daripada kewajipan zakat secara umum dalam al-Quran dan hadis.

    Sebahagian ahli fekah membatasi kewajipan zakat hanya kepada yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti zakat unta, kambing, gandum, kurma, emas dan perak. Sebahagian ahli fekah meluaskan kewajipan zakat sehingga mencakupi semua harta dianggap berkembang pada zamannya.

    Antara ulama paling menonjol dalam hal ini ialah Imam Abu Hanifah yang mewajibkan semua hasil tumbuhan untuk perniagaan sehingga ia tidak mewajibkan nisab waktu setahun bagi mengeluarkan zakatnya.

    Abu Hanifah juga mewajibkan semua jenis binatang yang dikembangkan untuk tujuan kepentingan perniagaan. Beliau mewajibkan berzakat atas barang perhiasan namun tidak mewajibkan semua kecuali bagi orang yang sudah baligh.

    Dalil keluasan kewajipan berzakat ini ialah:


  • Nas umum mengenai kewajipan berzakat dalam al-Quran dan hadis menetapkan bahawa pada setiap harta terdapat hak orang lain, sedekah dan zakat


  • Setiap orang yang memiliki kelebihan harta memerlukan penyucian atas harta yang mereka miliki. Penyucian itu dilakukan dengan memberi infaq, sedekah dan zakat


  • Harta memerlukan penyucian daripada perkara meragukan ketika mendapatkannya atau ketika mengembangkannya melalui zakat


  • Zakat disyariatkan untuk memenuhi keperluan fakir miskin, orang berhutang, berjuang kepada jalan Allah (Ibn Sabil) demi kepentingan agama dan umat Islam


  • Menkiaskan semua harta yang berkembang dengan harta diwajibkan oleh Rasulullah untuk dikeluarkan zakat.

    Bagi menjayakan tujuan zakat mestilah memperluaskan kewajipan zakat. Ia tidak terhad kepada unta, lembu, kambing, gandum, padi, kurma, emas dan perak. Menurut al-Qaradawi, adalah tidak logik hanya mewajibkan zakat ke atas penanam padi secara kecil-kecilan lebih-lebih lagi ada di antara mereka yang menyewa tanah dan hanya mengambil upah saja. Sedangkan bagi mereka yang mempunyai ladang luas beratus-ratus ekar tidak dikenakan zakat semata-mata kerana tanaman mereka bukan daripada jenis yang sama.

    Justeru, bagi melaksanakan keadilan dalam Islam, maka kita perlu melihat kepada semua mazhab. Contohnya di Mesir, kapas adalah tanaman berharga dan hasil tanamannya menghasilkan pendapatan hingga puluhan ribu.

    Layakkah kita mengatakan ia tidak perlu dikeluarkan zakat sementara petani gandum dan jagung pula diwajibkan zakat apabila cukup nisabnya sedangkan pendapatan mereka tidak semewah petani kapas tadi.

    Dalam hal meluaskan kewajipan berzakat adalah disarankan supaya kita tidak berpegang kepada satu mazhab tetapi mengambil pandangan mazhab dan imam lain kuat dalil dan hujah serta menepati kehendak keadilan Islam.

    Perkara kedua adalah pengagihan zakat. Al-Quran mengambil berat hal ini dengan menentukan orang yang berhak menerima zakat. Matlamat utama zakat ialah untuk mengatasi masalah kefakiran dan kemiskinan.

    Peranan zakat memenuhi keperluan asas orang fakir dan miskin serta asnaf lain seperti orang yang berhutang. Hutang bukan untuk perkara maksiat dan sia-sia. Begitu juga zakat tidak diberikan kepada yang berhutang bukan kerana barang keperluan asasi mereka.

    Golongan lain yang berhak mendapat zakat adalah orang yang berjihad pada jalan Allah dan berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam. Institusi zakat patut membantu organisasi yang menjalankan tugas sedemikian.

    Oleh itu, kita menyeru pelaksanaan zakat secara sistematik dan profesional. Ulama bersepakat perlu ditubuhkan satu badan khas bagi mengelolakan zakat, untuk memungut dan membahagikan kepada orang yang berhak menerimanya.

    (Berita Harian, 6 Mei 08)

  • ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


    Sunday, 4 May 2008

    Pena Mufti: Mengapakah dunia dipenuhi yang haram?

    Dr Mohd Asri Zainul Abidin
    Mufti Perlis

    Mereka mungkin tidak akan kenal lagi apa itu keindahan alam; kejernihan air sungai yang sejuk, pohon-pohon yang menghijau indah, laut yang bersih dan udara yang segar lagi nyaman. Bagi mereka dunia ini semuanya pencemaran. Mereka mungkin tidak dapat faham apabila membaca ungkapan puisi-puisi indah tentang keindahan alam yang diwarisi dari generasi lepas. Bahkan mereka mungkin menganggap itu semua hanyalah khayalan penulis, atau sejarah yang tidak dapat berulang.
    Apatah lagi untuk mereka sendiri berkarya tentang keindahan alam semulajadi. Itu hanya mungkin dilakukan jika mereka berkhayal seperti mana pelukis-pelukis hari ini berkhayal tentang alam yang penuh warna-warni seperti di negeri Fairy Topia. Itulah natijahnya apabila pencemaran telah menguasai dunia ini. Mereka kata dunia kotor. Mereka tidak tahu bukan dunia asalnya kotor, tapi manusia yang mencemarinya.
    Begitulah dalam soal halal dan haram. Dunia ini asalnya dipenuhi dengan yang halal, bukan yang haram. Segala yang ada di dunia ini diciptakan untuk manusia, kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah dan untuk kebaikan manusia. Sebab itu, umpamanya jika kita mengambil sekeping kertas dan menyenaraikan makanan dan minuman yang diharamkan Allah, maka ia terlalu sedikit. Barangkali tidak sampai satu muka kertas. Namun jika kita disuruh untuk menyenaraikan perkara-perkara yang dihalalkan, tentu tidak memadai, sekalipun beberapa puluh lembaran kertas. Maka sebab itu menjadi prinsip dalam Islam bahawa “Hukum asal bagi setiap perkara atau benda adalah harus (boleh)". Bukan hukum asalnya haram. Maka berdasarkan prinsip ini, setiap makanan, minuman dan perbuatan boleh dilakukan selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya. Bukan prinsip Islam, semuanya haram sehingga ada bukti halal. Cuma hanya dalam perkara ibadah, Islam melarang dilakukan apa-apa ucapacara ibadah sehingga adanya dalil bahawa itu diizinkan oleh nas-nas al-Quran dan al- Sunnah. Ini untuk menghalang agama rekaan dan penyalahgunaan nama Allah untuk rekaan sendiri.
    Adapun dalam urusan harian, seseorang boleh makan dan minum atau lakukan apa sahaja selagi tiada bukti itu dilarang dalam Islam. Saya selalu umpamakan jika kita berjumpa dengan seekor binatang yang tidak diketahui jenisnya, tidak pula membahayakan diri jika dimakan, maka – sekalipun namanya tidak diketahui – hukumnya halal dimakan. Inilah agama yang rahmat dan mudah. Firman Allah: (maksudnya) Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? (Surah Luqman: ayat 20). Juga firman-Nya: (maksudnya) Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. (Surah al-Baqarah: ayat 29). Juga firman-Nya: (maksudnya) Dan Dia memudahkan untuk (kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Jathiah: ayat 13).
    Maka daerah halal dalam Islam teramat-
    amat luas, sementara daerah haram pula terlalu sempit dan sedikit. Jika ada pun yang diharamkan Allah seperti judi, babi dan arak adalah atas hikmah demi kebaikan manusia itu sendiri. Selain ia adalah ujian untuk melambangkan kepatuhan kepada-Nya. Setiap perkara dan perbuatan adalah dibolehkan, kecuali jika ada nas yang mengharamkannya. Sabda Nabi s.a.w.: “Apa yang Allah halalkan dalam kitab-Nya maka halal. Apa yang Allah haramkan, maka haram. Apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan. Terimalah kemaafan-Nya. Kerana sesungguhnya Allah tidak pernah lupa sesuatu pun”. Lalu baginda membaca firman Allah (maksudnya): “Maka tidaklah tuhanmu itu lupa” (hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Darqutni, dinilai sahih oleh al-Albani).
    Meneliti
    Sesiapa yang meneliti nas-nas al-Quran dan al-Sunnah akan mendapati alangkah sedikitnya perkara yang diharamkan Allah dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang Allah diamkan tanpa diberikan hukum. Itu semua termasuk dalam perkara yang dihalalkan sebagai satu kemaafan Allah untuk umat ini. Justeru, saya begitu pelik apabila ada yang menyatakan dalam Islam ini kebanyakan perkara tidak boleh dimakan, diminum dan dibuat. Saya katakan itu dakwaan yang salah. Dalam Islam ini, kebanyakan perkara boleh dibuat, dimakan dan diminum. Yang halal itu banyak, sementara yang haram pula sedikit. Adapun perkara-perkara yang diharamkan itu pula, ada gantinya yang halal yang begitu banyak. Diharamkan arak, dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan. Diharamkan judi, dibenarkan hadiah, upah dan berbagai-bagai lagi. Diharamkan zina, disyariatkan perkahwinan. Diharamkan menilik nasib, diajar kepada umat ini solat istikharah. Haramkan babi dan anjing, dihalalkan berbagai-bagai binatang yang lain yang begitu banyak. Begitulah seterusnya. Mengapakah manusia menganggap Islam ini sempit? Padahal hanya sedikit diharamkan untuk kemaslahatan manusia. Dan itupun bersama gantian. Firman Allah: (maksudnya): “Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi (tidak menulis dan membaca), yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157).
    Jika manusia merasakan Islam terlalu banyak mengharamkan, maka itu mungkin berlaku atas dua sebab. Pertama: manusia sendiri yang mencemari yang halal sehingga ia bertukar haram. Umpamanya, bersuka ria adalah dihalalkan dengan syarat tidak dicampuri perkara-perkara yang dilarang. Namun apabila unsur judi dijadikan saluran bersuka ria umpamanya, maka ia menjadi haram. Pengurusan kewangan kesemuanya halal. Namun hari ini unsur riba dan penindasan telah dimasukkan dalam banyak urusan kewangan, maka bank-bank banyak yang beroperasi secara haram di segi syarak. Nyanyian dan lagu diizinkan oleh baginda Nabi s.a.w., namun apabila diselangi dengan unsur-unsur yang buruk maka ia dilarang. Bukan Islam jumud atau sempit. Apabila kita ingin mendengar nyanyian kita sebenarnya hendak mendengar kata-kata yang indah dan bermakna. Bukan melihat pendedahan badan, atau gelagat liar, atau aksi yang pelik-pelik. Di Barat ada artis seperti Paris Hilton yang tiada apa-apa bakat yang menonjol dalam seni nyanyian atau lakonannya, tetapi menjadi masyhur kerana berjaya mendedahkan tubuhnya atau membuat aksi-aksi liar. Apakah industri hiburan kita ingin jadi seperti Barat?
    Apabila saya tidak dapat menerima kehadiran artis tertentu ke Perlis bukan bererti saya menyatakan Islam mengharamkan hiburan untuk manusia. Tidak! Sama sekali tidak! Cumanya saya larang watak yang cuba dibawa mengiringi hiburan itu. Seseorang yang apabila berada di atas pentas, atau di depan lensa kamera akan terjerit, atau melompat, atau menunjuk aksi-aksi pelik, adalah lambang mempromosi ketidak matangan hidup. Sedangkan Islam menyeru kepada kematangan watak dan kewibawaan dalam hidup. Apakah ibu bapa dapat terima jika anak-anak mereka berpewatakan begitu? Ada wartawan bertanya saya: mengapakah saya yang terkenal dengan pendekatan yang terbuka mengambil tindakan memusuhi artis? Saya kata kepada mereka; saya tidak bercakap soal artis atau selain artis. Saya bercakap soal rakyat perlu dididik dengan unsur-unsur yang mampu menjadikan mereka maju ke hadapan, berwibawa dan mempunyai identiti hidup yang jelas. Bukan juga dengan lawak bodoh – walaupun dinamakan ‘raja lawak’ – yang pada saya sebenarnya melekehkan akal rakyat dan mempersendakan kematangan orang ramai. Menonton watak-watak yang seperti itu tidak membangunkan minda mahupun kehalusan seni. Biarlah lagu kita ada ‘class’, lawak kita ada ‘class’. Di samping mendengar dan berhibur, manusia mempelajari falsafah hidup, kehalusan makna dan keindahan kata-kata. Nabi mendengar nyanyian, dan baginda membuat penapisan. Dalam Sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu‘awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu”. Baginda melarang lirik tersebut kerana itu tidak benar dan menyeleweng. Sebab, yang mengetahui apa yang bakal berlaku esok, hanyalah Allah s.w.t.
    Berkesedaran
    Maka yang menyebabkan banyak perkara dilarang bukan kerana Islam itu jumud, tetapi manusia yang menggiatkan aktiviti itulah yang mencemarinya. Seperti alam sekitar yang saya sebutkan pada awal tadi. Akhirnya, umat Islam hanya mengetahui itu dan ini haram, bukan kerana kesempitan Islam, tapi dek tangan-tangan manusia sendiri. Ditambah pula dengan mereka yang berkesedaran tidak berusaha mewujudkan alternatif untuk semua yang terlarang itu, sedangkan Islam sentiasa mengadakan gantian bagi setiap yang diharamkannya.
    Kedua: Islam kelihatan sempit dan jumud apabila wujudnya di kalangan umat Islam kelompok yang asyik mengharamkan segala perkara. Seakan prinsipnya segala perkara itu haram, sehingga terbukti halal. Ini menyanggahi nas-nas Islam yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya. Maka apa sahaja yang dia syak terus haram, bukan sahaja untuk dirinya, tapi untuk orang lain juga. Lalu diharamkan nyanyian secara umum, diharamkan memegang anjing, diharamkan bersiar-siar, diharamkan ketawa, diharamkan barangan jenis itu dan ini atas prasangka sempit dan berbagai-bagai lagi. Lalu Islam dituduh oleh orang lain sempit, sedangkan Allah menyebut: (maksudnya) Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda- benda yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang- orang yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya (Surah al-A’raf: ayat 31- 33).
    Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya ambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Itu selaras dengan prinsip Islam. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram, atau cop haram palsu. Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.
    Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi s.a.w.: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah” (Riwayat al-Bukhari). Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah.
    Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri.
    (Utusan Malaysia)

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Malaysia: PLUS terbit sukuk RM700j

    KUALA LUMPUR 2 Mei - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) merancang untuk menerbitkan sukuk berjumlah RM700 juta, kata seorang yang biasa dengan perkara itu.
    Sukuk tersebut akan diterbitkan dibawah konsep musharakah iaitu perkongsian keuntungan dan kerugian bersama.
    Bon berasaskan Syariah itu telah diberi penarafan oleh Ram Ratings Services Bhd. dan merupakan sebahagian Sukuk Siri 3 menerusi program nota jangka sederhana (MTN) berjumlah RM4.5 bilion yang dilancarkan pada Oktober 2006, katanya.
    Ia akan untuk digunakan untuk keperluan pembiayaan.
    - Dow Jones

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Sunday, 27 April 2008

    Perspektif IKIM: Memastikan keadilan dalam urus niaga

    Oleh Mohd Noor Omar

    Ekonomi Islam utama kesaksamaan harga, elak unsur penindasan terhadap pengguna

    ISLAM menyeru umatnya untuk menegakkan keadilan dalam apa saja urusan, tidak terkecuali dalam muamalah. Meletakkan sesuatu pada tempatnya amat penting termasuk dalam bidang pasaran membabitkan permintaan serta penawaran.

    Tekanan pasaran tidak boleh membenarkan berlakunya penindasan dari segi harga atau usaha mengaut keuntungan yang melampau. Kunci kepada penegasan ke atas keadilan dapat dicerap daripada pengharaman riba iaitu mengenakan lebihan kepada satu pihak lain dalam urus niaga.




    Hadis Rasulullah SAW menegaskan mengenai imbuhan harga atau imbangan pertukaran yang setimpal dalam pertukaran jual beli. Pendekatan sama digunakan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan kadar diyat (pampasan) baru apabila nilai dirham jatuh akibat kenaikan harga barang.

    Persoalan imbangan penukaran yang adil menjadi asas kepada pertukaran barang rosak atau ada kecacatan. Jika berlaku kerosakan barang pertukaran, harga asal bagi barang itu tidak boleh dijadikan lagi asas pertukaran kerana sudah menjadi tidak adil.

    Tindakan kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggenapkan kepada lima sen terdekat bagi harga barang baru-baru ini satu tindakan yang wajar.

    Namun, pengguna atau pembeli harus berwaspada helah peniaga dan peruncit. Bukan bermakna mereka penipu, tetapi sekurang-kurangnya pembeli berwaspada supaya tidak diperdaya dengan helah mengaut keuntungan pihak tidak bertanggungjawab.

    Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana jika berlaku kenaikan harga yang tidak wajar ke atas sesuatu barang dagangan asas (komoditi) seperti kenaikan harga beras yang bakal mencetuskan krisis alami (global) akibat kurangnya bekalan.

    Thailand dilaporkan menganggarkan kenaikan harga beras sebanyak 25 peratus tahun ini. Sementara mi dan barang berkaitan juga dilaporkan meningkat sekitar 20 sen hingga 70 sen bagi setiap sekilogram.

    Dari masa ke masa, harga barang naik mengikut musim tertentu. Bermula musim harga gula naik hinggalah kepada ayam dan kini tepung. Adakah benar kekurangan bekalan menjadi punca utama atau ada sebab lain yang perlu diberi tumpuan?
    Bagaimana dan apa usaha yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada kenaikan itu memberi penindasan dan tekanan kepada pihak tertentu. Menjawab persoalan ini adalah tanggungjawab kita memahami ruh Islam sebagai keutamaan.

    Ramai berfikiran perkara ini remeh. Jika dikaji, tidak pernah berlaku kekecohan harga barang turun akibat lambakan sesuatu barang. Adakah kita hanya mengaitkan tekanan pasaran jika harga barang naik, tetapi tidak ada perubahan harga pasaran jika ada kelebihan penawaran atas permintaan.

    Apabila berlaku kenaikan harga, keseluruhan harga tambahan itu dipindahkan kepada pengguna. Pemborong, pengedar dan peruncit akan memindahkan kepada pengguna, manakala kadarnya pula bergantung kepada jenis barang atau perkhidmatan.

    Kebiasaannya, bagi barang keperluan, semua beban kenaikan diletakkan di atas bahu pengguna atau pembeli akhir. Akibatnya, mereka terpaksa membeli dengan harga yang mahal hanya kerana pemborong atau peruncit menaikkan harga barang.

    Keseluruhan pusingan keadaan itu memberi peluang kepada peniaga dengan alasan harga barang mentah naik mengenakan harga lebih tinggi. Kadar inflasi dan nilai kuasa beli pengguna akan menghadapi masalah. Masalah ini berlaku di negara lain.

    Jika kita tinjau kaedah pemikiran ekonomi cendekiawan Islam silam, kita dapati persoalan agihan pemilikan harta dan kesaksamaan harga diberi perhatian dalam urusan seharian negara dan pemikiran mereka turut terkenal di negara Barat.

    Pada prinsipnya pemikir ekonomi Islam bersetuju tidak meletakkan satu asas keputusan bagi penentuan harga dan memadai berpandangan bahawa pasaran yang akan menentukan harga barang.

    Rasulullah SAW tidak memberi apa-apa bantahan atau persetujuan ketika diajukan persoalan penetapan harga. Mereka juga tidak menolak kepentingan berpegang kepada syura, kerjasama, adil dan telus.

    Mengulas hal itu, unsur riba diletakkan sebagai asas utama mengelak berlakunya penindasan. Amalan riba mengakibatkan berlakunya imbuhan tidak wajar sejak awal permulaan sesuatu usaha pengeluaran, agihan dan perkongsian.

    Bermula daripada perkongsian menghasilkan sesuatu, imbuhan berlebihan dalam usaha itu menaikkan harga barang atau perkhidmatan dihasilkan.

    Jika amalan riba pada peringkat awalan sudah menjejaskan rangkaian keseluruhannya, bagaimana amalan riba yang berlaku di setiap cabang perusahaan dan pertukaran.

    Amalan perbankan perlu diperhalusi supaya berdiri atas falsafah sebenar ekonomi Islam dan tidak membiarkan pasaran menentukan keseluruhannya. Permintaan kepada modal dan penawaran jenis perkhidmatan dalam pasaran modal meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama.

    Jika ada sebarang pertikaian antara akad asal dengan apa yang ingin ditawarkan, usaha pengubahsuaian akan dibuat supaya membolehkannya. Jika kita perhalusi akad yang ada antaranya dipanggil qard al-hasan, bai' inah dan murabahah atau bai' bithamanil ajil dalam pasaran perbankan, tiada beza seperti pinjaman konvensional biasa.

    Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna akad itu batal, tetapi perlu diperhalusi apakah helah di sebalik akad itu supaya pengguna tidak terdedah kepada risiko tidak patuh syariah.

    Ada bank perdagangan Islam menawarkan skim pinjaman qard al-hasan berdasarkan kepada jual beli mata wang asing. Qard al-hasan (pinjaman tanpa bunga) yang diberi kepada peminjam sebanyak RM150,000 contohnya, perlu membeli daripada bank mata wang Saudi riyal 100,000.

    Bank akan membeli mata wang Saudi riyal itu kemudian dengan harga RM100,000 dan membayar dengan harga RM100,000 kepada peminjam. Peminjam kemudian membayar balik kepada bank kadar pinjaman asal yang diberikan iaitu RM150,000 secara bertangguh yang dipanggil qard al-hasan.

    Perkara begini yang diberi nama lain berlaku dalam sesetengah akad pinjaman peribadi dan diamalkan bank. Dengan mengambil fahaman hadis Rasulullah SAW mengenai riba dan membuat sedikit penyelarasan kepada keadaan perkhidmatan, bank berjaya memberi pinjaman yang pada luarnya sah di sisi syarak, tetapi mengenakan kadar lebihan yang sudah semestinya menekan peminjam yang mendapat wang tunai RM100,000 dan perlu membayar RM150,000 bagi tempoh tertentu.

    Menetapkan kadar harga kepada barang atau perkhidmatan amat penting daripada menamakan barang atau perkhidmatan, atau menentukan jenisnya kerana ia boleh membabitkan isu mencabar keadilan.

    Seterusnya, kesan cariknya keadilan agihan dan imbuhan akan membawa kepada tergugatnya keadilan kemasyarakatan. Jika falsafah keadilan dikesampingkan oleh ummah, bagaimana Islam dapat teguh berdiri.

    Menghapuskan ketidakseimbangan dalam muamalah tidak terhenti kepada bentuk barang dan perkhidmatan, tetapi lebih menyeluruh sifatnya terutama memperhalusi falsafah dan faham keadilan.

    Penulis ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia


    INTI PATI:
    • Tekanan pasaran tidak boleh membenarkan berlakunya penindasan dari segi harga atau usaha mengaut keuntungan yang melampau.
    • Persoalan imbangan penukaran yang adil menjadi asas kepada pertukaran barang rosak atau ada kecacatan.
    • Pembeli perlu berwaspada supaya tidak diperdaya dengan helah mengaut keuntungan pihak tidak bertanggungjawab.
    • Pemikir ekonomi Islam bersetuju tidak meletakkan satu asas keputusan bagi penentuan harga dan memadai berpandangan bahawa pasaran yang akan menentukan harga barang.
    • Unsur riba diletakkan sebagai asas utama mengelak berlakunya penindasan dalam urus niaga.
    • Amalan perbankan perlu diperhalusi supaya berdiri atas falsafah sebenar ekonomi Islam dan tidak membiarkan pasaran menentukan keseluruhannya.
    • Kesan cariknya keadilan agihan dan imbuhan akan membawa kepada tergugatnya keadilan kemasyarakatan.
    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


    Wednesday, 23 April 2008

    Tiga bulan diluncurkan, premi syariah Prudential Rp410,3 miliar (Bahasa Indonesia)

    JAKARTA: Dalam waktu tiga bulan sejak diluncurkan pada September 2007, bisnis syariah PT Prudential Life Assurance mencetak perolehan premi syariah Rp410,3 miliar.


    Total pendapatan premi syariah itu berasal dari 22.382 jumlah polis. Cabang Syariah Prudential Indonesia menghasilkan aset lebih dari Rp496 miliar, termasuk Rp416 miliar aset dari produk unit-linked syariah.


    “Produk syariah sejak diluncurkan mendapatkan respon yang bagus dari masyarakat,” ujar Presiden Direktur Prudential Indonesia Kevin Holmgren dalam jumpa pers di Jakarta.


    Kinerja perusahaan yang merupakan bagian dari Prudential plc, sebuah grup jasa keuangan terkemuka di London Inggris, pada 2007 mencapai perolehan premi Rp5,5 triliun, meningkat 112% dibandingkan dengan tahun sebelumnya sebesar Rp2,6 triliun.


    Perusahaan tersebut mengelola dana investasi Rp10,2 triliun, naik 73% dari tahun sebelumnya Rp5,9 triliun dan meraih hasil investasi Rp1,9 triliun, naik 73% dari tahun sebelumnya Rp1,1 triliun.


    Rasio kesehatan keuangan perusahaan yang tercermin dalam risk based capital mencapai 362% pada akhir 2007, jauh lebih tinggi dari ketentuan minimum Depkeu 120%. Jumlah total tenaga pemasaran Prudential Indonesia merupakan yang terbesar di industri asuransi, dengan peningkatan 49% menjadi 49.393 tenaga pemasaran yang melayani lebih dari 471.000 nasabah.


    “Prudential Indonesia akan terus meningkatkan kualitas pelayanan dan produk kami agar dapat memenuhi kebutuhan keuangan masyarakat Indonesia,” kata Kevin. (dj)

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Moody's: Perbankan syariah Asia Timur tumbuh (Bahasa Indonesia)

    JAKARTA: Perbankan syariah di wilayah Asia Timur perlahan-lahan mulai berkembang, tetapi memerlukan tindakan lebih dari para regulator dalam merancang regulasi hukum dan kerangka perundang-undangan untuk dapat mengembangkan segmen ini sehingga dapat memiliki pangsa pasar yang signifikan di kawasan tersebut,” dikutip dari laporan Moody’s Investors Service yang dipublikasikan baru-baru ini.


    Laporan tersebut juga mencatat bahwa di samping Malaysia, dimana jumlah aset perbankan syariahnya sudah mencapai 15,4% (sekitar US$ 62 milIar) dari jumlah keseluruhan aset sistem perbankannya, penetrasi pasar di wilayah-wilayah lain terkesan sedikit lambat.


    Sebagai contoh, pada saat perbankan syariah telah mencapai tingkat penetrasi pasar yang relatif tinggi di Brunei dan mengalami pertumbuhan aset yang sangat pesat di Indonesia (walaupun dengan proporsi yang masih kecil terhadap industri), ketersediaan pelayanan sistem perbankan syariah di wilayah-wilayah seperti Filipina, Singapura, dan Thailand tetap masih kurang sebanding, terutama jika dilihat dari jumlah asetnya.


    “Malaysia dengan tingkat populasi umat Muslim yang hampir 60% dari keseluruhan populasinya, secara alamiah telah memiliki potensi bisnis untuk aktivitas perbankan syariah. Akan tetapi, bagaimanapun juga, reformasi pada sistem pemerintahannya yang telah berlangsung selama dua puluh sampai tiga puluh tahun terakhir inilah yang telah banyak membantu pembentukan regulasi hukum, kerangka perundang-undangan, dan institusi-insitusi yang diperlukan bagi perkembangan industri tersebut,” kata Christine Kuo, analis Moody’s dan penulis laporan tersebut.


    Dibandingkan dengan Indonesia, dimana pangsa pasar perbankan syariah masih kurang dari 2% (sekitar US$ 3 milyar) kendati dengan tingkat pertumbuhan yang sangat pesat selama beberapa tahun belakangan ini. Rendahnya penetrasi tersebut, menurut Moody’s, sangat mungkin bertalian dengan lambatnya langkah-langkah perubahan yang diambil sehubungan dengan pembentukan


    perangkat regulasi hukum dan institusi-institusi, walaupun beberapa perubahan-perubahan penting kelihatannya telah dipersiapkan dan masih menunggu momentum yang tepat.


    “Dalam jangka panjang, Indonesia memiliki potensi yang sangat besar, dimana Indonesia merupakan rumah dari lebih dari 200 milyar umat Muslim, populasi umat Muslim yang terbesar di dunia,” kata Christine, seraya menambahkan,


    Akan tetapi, sejalan dengan berkembangnya perbankan syariah, mereka akan dihadapkan dengan tantangan yang saling bertalian, yaitu mengatur tingkat pertumbuhan yang sangat pesat sedangkan di saat yang sama harus berkompetisi dengan bank-bank konvensional.


    Tantangan pertama di atas meliputi risiko-risiko yang umumnya dihadapi oleh institusi-institusi keuangan berbasis syariah, seperti adanya konsentrasi risiko sehubungan dengan terbatasnya ruang lingkup aset-aset yang dapat memenuhi kualifikasi syariah, biaya yang lebih tinggi untuk mengelola likuiditas, dan konsentrasi pada sisi kewajiban. Hal-hal tersebut dapat diatasi dengan lebih baik apabila perbankan syariah tidak berada dalam tekanan untuk meningkatkan jumlah asetnya dalam waktu yang terlalu cepat.


    “Menurut kami, rata-rata peringkat ketahanan finansial bank (Bank Financial Strength Ratings/BFSR) perbankan syariah di wilayah Asia Timur cenderung lebih rendah dari rata-rata perbankan konvensional di masing-masing negara tersebut, yang disebabkan karena biaya yang lebih tinggi untuk pemenuhan regulasi hukum berbasis syariah dan masih kurangnya economies of scale perbankan syariah. Akan tetapi, peringkat untuk deposito dan surat hutang perbankan syariah dapat secara signifikan lebih tinggi dari peringkat yang diindikasikan oleh BFSR mereka. Hal tersebut disebabkan adanya dukungan dari induk perusahaan (parents) dan pihak regulator,” kata Christine. (dj)

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Perbankan Islam di Asia Timur berkembang - Moody's

    KUALA LUMPUR 14 April - Perbankan Islam di Asia Timur sedang berkembang tetapi perlu lebih banyak tindakan oleh pengawal selia untuk mewujudkan rangka perundangan dan kawal selia supaya ia dapat muncul sebagai satu segmen signifikan merentasi rantau ini, demikian menurut Moody's Investors Service.
    Kecuali Malaysia, di mana aset industrinya mewakili 15.4 peratus (kira-kira AS$62 bilion atau RM195.9 bilion) daripada aset sistem perbankannya, penerokaan pasaran merentasi rantau ini agak tidak lengkap, kata syarikat itu dalam satu laporan terbaru bertajuk Perbankan Islam di Asia Timur - Berkembang Tapi Tidak Terlepas Dari Cabaran.
    "Sebagai contoh, sementara Perbankan Islam telah mencapai penerokaan pasaran yang tinggi secara relatifnya di Brunei dan aset di Indonesia pantas berkembang, perkhidmatan perbankan Islam yang terdapat di Filipina, Singapura dan Thailand kekal kecil segi saiz aset.
    "Di sana wujud potensi perniagaan semula jadi bagi perkhidmatan perbankan Islam memandangkan kira-kira 60 peratus daripada jumlah penduduknya ialah orang Islam, tetapi langkah reformasi oleh kerajaan yang diambil 20 hingga 30 tahun lepas sebenarnya yang telah membantu membangunkan rangka perundangan dan kawal selia dan institusi yang sesuai bagi industri untuk berkembang subur," kata penganalisis dan penulis laporan itu, Christine Kuo.
    Penggunaan pelbagai insentif, termasuk pengecualian cukai, telah juga ternyata terbukti kritikal dalam menjadikan perniagaan berkembang, kata Kuo.
    "Kami percaya pengalaman Malaysia dalam tempoh tiga dekad lepas ini menunjukkan betapa boleh dan perlunya pengawal selia bertanggung jawab supaya sektor perbankan Islam dapat terus berkembang," katanya.
    Ini berbanding dengan Indonesia, yang mana agihan pasaran industri masih lagi kurang daripada dua peratus (kira-kira AS$3 bilion atau RM9.5 bilion) meskipun mencatat pertumbuhan cergas dalam tahun-tahun kebelakangan.
    Mengikut pandangan Moddy's, penerokaan yang rendah itu adalah sebahagian besarnya disebabkan kadar perubahan kepada perundangan dan institusi yang berkaitan yang lembap meski pun beberapa perubahan penting nampaknya menghasilkan lebihan, kata laporan itu.
    PotensiIndonesia mempunyai potensi besar dalam jangka panjang memandangkan lebih 200 juta penduduknya merupakan penduduk Islam, iaitu penduduk Islam terbesar di dunia.
    Beliau berkata, bertambahnya penerimaan terhadap perbankan Islam walaupun di kalangan orang bukan Islam, termasuk pengumuman Singapura, Tokyo dan Hong Kong bahawa pusat kewangan itu akan meningkatkan penyertaan mereka dalam pembiayaan Islam, juga telah menggiatkan potensi industri itu.
    Bagaimana pun, sedang bank-bank Islam berkembang, ia perlu menguruskan cabaran untuk mengurus pertumbuhannya yang pantas dan bersaing dengan bank-bank konvensional.
    Ini termasuk mengatasi isu-isu risiko, khusus berkaitan institusi kewangan Islam, seperti risiko tumpuan disebabkan skop kelas aset yang layak yang terhad, kos yang kian meningkat untuk menguruskan kecairan dan penumpuan terhadap liabiliti.
    Bagaimanapun, ianya dapat diuruskan sekiranya bank tidak berada di dalam tekanan untuk mengembangkan asetnya dengan terlalu pantas, demikian menurut Moody's. —
    - Bernama
    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Friday, 18 April 2008

    Affin intai tembusi pasaran kewangan Islam China


    KUALA LUMPUR 16 April 08- Affin Holdings Bhd. (Affin) merancang untuk menembusi pasaran kewangan Islam di China ekoran kedudukan Bank of East Asia Ltd. (BEA) yang kukuh di negara tersebut.
    BEA mempunyai kepentingan sebanyak 15 peratus dalam Affin dan merupakan rakan strategik syarikat itu.
    Pengarah Urusan Affin, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, langkah yang bakal diambil itu merupakan cara terbaik untuk menyokong BEA.
    ''Affin melihat potensi pasaran kewangan Islam boleh dikembangkan di negara tersebut memandangkan jumlah penduduk Islam negara tersebut adalah ramai.
    ''Selain itu, ia merupakan langkah wajar memandangkan kami tidak mungkin bersaing dengan BEA tetapi lebih kepada mencari sesuatu yang baru untuk diperkenalkan,'' katanya selepas mesyuarat agung tahunan Affin di sini hari ini.
    Affin sedang dalam proses perbincangan dan meneliti garis panduan dengan pihak berwajib di China, sebelum meneruskan hasrat menyediakan perkhidmatan perbankan Islam di sana, jelasnya.
    Lodin berkata, kedudukan modal Affin yang kukuh serta hutang semakin berkurang membolehkan ia berada di landasan yang baik untuk mempelbagaikan perniagaan, termasuk mengambil alih syarikat di luar negara.
    ''Kami sedang meninjau pasaran serantau terutama di kawasan Asia Tenggara seperti Vietnam dan Indonesia yang mempunyai prospek cerah. Namun kami tidak akan terburu-buru membuat keputusan tersebut kerana sasaran kami adalah untuk mengambil alih syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh bukan memiliki syarikat yang tenat dan sukar untuk dibangunkan,'' katanya.
    Selain itu, Affin telah menerima kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggabungkan tiga entiti perbankan iaitu Affin Bank, Affin Investment dan Affin Islamic di bawah Affin Capital Sdn. Bhd.
    ''Penggabungan itu, akan dapat menawarkan pilihan produk perbankan dan pelaburan yang memenuhi keperluan ekonomi negara yang sedang pesat,'' katanya.
    Tambah Lodin, mereka yakin momentum pertumbuhan syarikat akan dapat diteruskan pada tahun kewangan ini.
    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Thursday, 17 April 2008

    Menguruskan harta

    (Utusan Malaysia, 17 Apr 08)

    MINGGU Amanah Saham Malaysia kini kembali lagi. Kali ini ia diadakan selama 10 hari yang bermula pada 19 sehingga 28 April bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pemilihan dua perkataan iaitu 'amanah' dan 'saham' oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sememangnya tepat dan dialu-alukan.
    Kedua-dua perkataan berasal daripada bahasa Arab. Amanah adalah syarat utama dalam pentadbiran dan pengurusan harta. Tanpa amanah, musnahlah sebuah institusi sama ada di peringkat bawahan atau di peringkat negara.
    Manakala saham adalah bermaksud suatu sumbangan yang dihulurkan untuk membantu sesuatu institusi perniagaan. Semakin banyak sumbangan bermakna, semakin banyak peluang untuk meraih keuntungan atau kerugian.
    Bermacam-macam pameran berkaitan pelbagai institusi kewangan sama ada di dalam negara mahupun luar didedahkan kepada masyarakat awam. Apa yang menariknya, masuk adalah percuma. Di samping itu, bermacam-macam aktiviti kewangan yang melibatkan pelbagai golongan dari peringkat kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, universiti, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, yang bekerja sendiri hinggalah ke peringkat pesara turut diadakan.
    Dalam tempoh 10 hari itu, masyarakat Malaysia akan didedahkan dengan perancangan harta bermula daripada mencari sumber kewangan, membelanjakan kewangan, melindungi kewangan, membayar zakat kewangan, menyimpan kewangan, membuat pelaburan dan sehingga membuat perancangan bagaimana mengagihkan kewangan kita kepada waris selepas peninggalan kita.
    Sehubungan itu, terdapat tujuh tingkat perancangan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang warga Malaysia yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Di sini dicatatkan dua pilihan iaitu halal dan haram. (Rujuk rajah A dan jadual di bawah)
    Oleh kerana banyak istilah kewangan yang berteraskan syariah berasal daripada bahasa Arab, maka kita perlu mendalami bahasa Arab agar maksud sebenar dapat dihayati. Antara istilah tersebut ialah baitulmal, zakat, takaful, gharar, riba, maisir, halal, haram, wisoyah, wasiat, hibah, waqaf, ar-rahnu, saham, al-bai bithaman ajil, rukhsah dan lain-lain lagi.
    Skim takaful mendapat tempat utama kerana skim ini merangkumi banyak aspek iaitu pelindungan, simpanan, pelaburan dan pengagihan harta selepas mati. Selain itu, takaful juga adalah merupakan amalan yang mulia kerana peserta yang menyertai takaful adalah seorang penderma sepanjang hayat.
    Dari segi perbandingan antara menyertai takaful, menyimpan di bank atau melabur di dana amanah pula, ternyata skim takaful sangat menguntungkan.
    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Wednesday, 16 April 2008

    Bursa Malaysia diiktiraf sebagai Bursa Terbaik Tahun Ini (Asia Pasifik)


    KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diiktiraf sebagai Bursa Terbaik Tahun Ini (Asia Pasifik) daripada lima bursa lain di Asia Pasifik, pada Anugerah Pasaran Hadapan & Opsyen Dunia (FOW) 2008, di London.


    Menurut Bursa Malaysia, kemenangan itu adalah hasil usaha bersepadunya dalam menggalak, memasar serta menjadikan bursa itu menarik kepada para pelabur di luar Malaysia.


    "Ia adalah penghormatan besar kerana diiktiraf oleh FOW dan jawatankuasa penghakiman yang tersidi daripada pemimpin terkemuka industri," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.


    "Pengiktirafan ini membuktikan bahawa usaha dan inisiatif berterusan Bursa Malaysia dalam memesatkan pasaran derivatif di Malaysia dan merentasi rantau ini," katanya.


    Yusli berkata satu daripada kriteria kemenangan Bursa Malaysia ialah prestasi cemerlang kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO) yang mencapai pertumbuhan 103 peratus dalam tempoh tiga tahun.


    Beliau berkata anugerah itu mengukuhkan lagi penerimaan global terhadap kontrak FCPO yang popular dan juga telah menjadi penanda aras terpilih dalam penentuan harga minyak sawit dan produk berasaskan sawit di seluruh dunia.


    Selain Bursa Malaysia, calon bagi anugerah Bursa Terbaik Tahun Ini (Asia Pasifik) ialah Bursa Hadapan Shanghai, Bursa Singapura, Bursa Sekuriti Australia, Bursa Komoditi dan Derivatif Kebangsaan India dan Bursa Komoditi Multi India.


    Tujuan anugerah FOW adalah untuk mengiktiraf bursa yang telah memberikan sumbangan signifikan ke arah perkembangan pasaran derivatif global di sepanjang tahun lepas.

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Friday, 11 April 2008

    Malaysia: Sekuriti Islam terus meningkat

    KUALA LUMPUR 10 April - Pensekuritian Islam yang diterima baik di Malaysia menunjukkan aliran meningkat, kata Ng Meng Kwai, rakan kongsi di Deloitte KassimChan.
    "Aliran tersebut semakin berkembang, kerana kami mempunyai aset yang baik yang boleh disekuritikan," katanya pada taklimat media, di sini hari ini.
    Meng Kwai berkata, pensekuritian itu merupakan kaedah belum terima pembiayaan seperti hutang gadai janji, pajakan, pinjaman atau baki kad kredit menerusi pewujudan sekuriti boleh diniaga secara bebas yang disokong oleh aset.
    Katanya, firma-firma menimbangkan pensekuritian di atas pelbagai alasan, terutamanya untuk mengumpul dana apabila bentuk-bentuk kewangan lain lebih mahal dan untuk mengurangkan pendedahan kredit kepada kelas aset tertentu.
    "Pensekuritian merupakan alat fleksibel yang boleh disesuaikan kepada aset yang tersedia ada. Terdapat minat yang besar terhadap pensekuritian Islam di Malaysia. Dua pertiga daripada sukuk di dunia diterbitkan di sini.
    "Pembiayaan Islam sebenarnya mempunyai kaitan dengan pensekuritian, kerana ia merupakan proses untuk mensekuritikan aset. Kewangan islam berkaitan dengan pembiayaan dan pewujudan aset. Satu-satunya yang kita tidak boleh sekuritikan dalam kewangan Islam ialah hutang," katanya.
    Menurut Meng Kwai, jenis aset disekuriti paling biasa ialah gadai janji kediaman, gadai janji komersial dan pelbagai keluarga, pinjaman ekuiti rumah, pinjaman perumahan dikeluarkan, pinjaman automobil, pinjaman pelajar, belum terima kad kredit, pajakan kelengkapan, bon pulangan tinggi, pinjaman bank, pinjaman francais dan royalti muzik.
    - Bernama
    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    IDB terbit sukuk bernilai RM1b

    KUALA LUMPUR 9 April - Bank Pembangunan Islam (IDB) merancang untuk menerbitkan sukuk berjumlah RM500 juta menerusi program nota jangka sederhana (MTN) yang bernilai RM1 bilion.
    IDB dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, sukuk itu ialah terbitan pertama dalam unit mata wang tempatan dengan IDB yang dianggotai 56 negara.
    Sebelum ini, IDB telah menerbitkan sukuk di pasaran kewangan antarabangsa dalam mata wang dolar Amerika pada tahun 2003 dan 2005 yang kini berjumlah AS$900 juta (RM2,862 juta).
    IDB telah melantik CIMB dan Standard Chartered Bank sebagai Pengurus Kerjasama, manakala Kuwait Finance House (M) Bhd. dan RHB Bank Islamic sebagai Pengurus Bersama.
    Bank yang berpangkalan di Jeddah itu mempunyai empat pejabat wilayah di Malaysia, Maghribi, Kazakhstan dan Senegal.
    Bank itu diberikan penarafan "AAA" oleh tiga agensi penarafan antarabangsa, iaitu Standard & Poor's, Moody's dan FitchRatings, mempunyai pemberat risiko sifar di bawah Basel II dan adalah pihak pengatur di Eropah.
    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Wednesday, 9 April 2008

    Bicara Mufti - Hukum Saham dalam Islam



    Bicara Mufti - Hukum Saham dalam Islam

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Sunday, 6 April 2008

    PUBLIC DANA ISLAMIC OPTIMAL GROWTH MEMANFAATKAN PROSPEK PERTUMBUHAN SAHAM-SAHAM DIVIDEN DAN BERTUMBUH DI PASARAN DOMESTIK


    Kuala Lumpur, 3 April 2008-- Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Akan Melancarkan Sebuah Dana Islam Domestik Iaitu Public Dana Islamic Optimal Growth (PIOGF) Pada 8 April 2008 (Selasa). Para Pelabur Yang Ingin Mencapai Kombinasi Optimum Pertumbuhan Modal Dan Pertumbuhan Pendapatan Dalam Jangka Panjang Boleh Melabur Dalam PIOGF. PIOGF adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

    Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata PIOGF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham-saham berlandaskan Syariah yang menawarkan hasil dividen yang menarik serta saham-saham bertumbuh patuh Syariah di pasaran domestik. “PIOGF akan melabur 50% daripada pelaburan ekuitinya dalam saham-saham bertumbuh patuh Syariah di pasaran domestik, sementara baki 50% lagi daripada pelaburan ekuitinya dilaburkan dalam saham-saham patuh Syariah yang menawarkan kadar hasil dividen yang menarik,” tambah beliau.

    Tan Sri Teh menjelaskan bahawa PIOGF merupakan sebuah dana pertumbuhan modal dan pendapatan yang sesuai untuk pelabur-pelabur yang bersifat agresif dalam menerima risiko dan ganjaran. Pendedahan ekuiti PIOGF adalah dalam lingkungan 75% hingga 95% daripada nilai aset bersih (NAB) dana. PIOGF akan mengagihkan pendapatan tahunan kepada para pelabur berdasarkan usaha sedaya-upaya.

    Harga Tawaran Permulaan PIOGF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 8 April 2008 hingga 28 April 2008. Pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

    PIOGF diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PIOGF.

    Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 61 dana untuk seramai lebih 1,650,000 pemegang akaun. Pada 31 Disember 2007, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM28.4 bilion.

    Nota:
    Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi:
    Ahmad Sanusi Husain (Perunding Unit Amanah Islam)
    H/P:+6019-234 8786 atau e-mail: sanusi.my@gmail.com
    Web link


    Saturday, 5 April 2008

    Wakaf tunai produk pilihan pelabur

    BANGI 30 Mac – Kini muncul produk baru kewangan Islam, dikenali sebagai wakaf tunai, yang berpotensi tinggi menjadi produk kewangan Islam pilihan bagi pelabur pada masa akan datang.
    Profesor Perbankan dan Kewangan Islam, Kumpulan Kajian Ekonomi Islam dan Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail berkata, kelebihan wakaf tunai ialah manfaat besarnya kepada semua pihak termasuk institusi kewangan dan perbankan, pelabur dan masyarakat.
    Menurut beliau, kebiasaannya wakaf tertumpu kepada tanah atau bangunan tetapi tidak ramai pelabur memiliki aset-aset itu untuk diwakafkan dan sebagai gantinya diperkenalkan wakaf tunai.
    “Wakaf tunai merupakan produk pelaburan Islam yang mementingkan tanggungjawab sosial dan bukannya bersandarkan keuntungan semata-mata.
    “Ini kerana produk itu memiliki ciri-ciri kekekalan iaitu wang yang dilaburkan sentiasa ada dan ia dipegang oleh pihak pemegang amanah.
    “Pelabur masih mendapat keuntungan menerusi pulangan daripada pelaburan mereka dan wang yang dilaburkan itu pula dapat digunakan oleh masyarakat selepas pelabur berkenaan meninggal dunia.
    “Justeru, pihak bank secara tidak langsung telah melaksanakan tanggungjawab sosial apabila menggalakkan pelaburan wakaf tunai, di samping amal jariah di kalangan pelabur ,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya, di sini.
    Abdul Ghafar berkata, beliau yakin wakaf tunai mampu menonjol di sebalik penguasaan produk-produk pelaburan Islam yang lain terutamanya sukuk pada hari ini.
    Jelasnya, perkembangan pesat yang dialami oleh industri kewangan Islam memerlukan satu lonjakan bagi meningkatkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang sedia ada di pasaran.
    Katanya, idea-idea segar perlu disuntik bagi memperkenalkan lebih banyak produk dan perkhidmatan kewangan Islam baru yang berlandaskan Syariah sepenuhnya.
    Menyentuh tentang prestasi produk berstruktur, beliau melihat produk pelaburan itu sedang rancak berkembang di pasaran selepas diperkenalkan pada tahun lalu.
    Jelasnya, pelabur pada masa ini lebih cenderung bergerak kepada pengurusan kekayaan apabila membuat keputusan untuk melabur.
    “Produk ini memiliki potensi cerah pada masa depan apabila pelaburannya menjanjikan pulangan tinggi sebagai persediaan pendapatan selepas bersara.
    “Keistimewaan produk berstruktur ini ialah kerana simpanan pelabur mempunyai hubung kait dengan pelaburan lain.
    “Pihak pemegang amanah akan melakukan pelaburan seperti dalam saham-saham mewah di negara ini atau dalam saham-saham di negara lain.
    “Selain itu, ia juga boleh dilaburkan dalam 10 kaunter paling aktif di dunia atau pun dalam sektor komoditi,” katanya.
    Abdul Ghafar berkata, penerimaan positif terhadap produk berstruktur merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan bagi pasaran kewangan di negara ini.
    Tambah beliau, prospek produk pelaburan itu dijangka mengalami momentum baik walaupun terhad kepada pelabur yang berkemampuan dan pelaburannya pula untuk satu tempoh tertentu.

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

    Musyarakah mutanaqisah untuk pembiayaan rumah

    KUALA LUMPUR 26 Mac - Musyarakah mutanaqisah boleh digunakan bagi produk pembiayaan rumah mengikut konsep pemilikan bersama institusi perbankan dengan pelanggan menyumbang bahagian modal masing-masing yang diperlukan untuk memperoleh harta berkenaan menurut persetujuan kedua-dua pihak pada permulaan kontrak.
    Bank Negara Malaysia dalam Laporan Tahunan 2007 yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, musyarakah mutanaqisah ialah suatu bentuk perkongsian dengan salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur sehingga ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian.
    Setelah pelanggan memperoleh sepenuhnya bahagian milik institusi perbankan terhadap harta berkenaan, perkongsian tersebut berakhir dan pelanggan menjadi pemilik tunggal harta itu, kata bank pusat.
    Kontrak itu mengandungi unsur-unsur kontrak jual dan pajak (ijarah) yang menjadi keperluan asasi untuk memastikan riba (faedah) tidak wujud langsung dalam urus niaga musyarakah mutanaqisah itu.
    Selain itu, pengalaman prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak musyarakah mutanaqisah mewujudkan hubungan, hak dan kewajipan khusus bagi setiap pihak yang memeterai kontrak.
    Hasilnya, institusi perbankan terdedah kepada risiko pasaran yang berkaitan dengan pemilikan bersama aset berkenaan serta risiko kredit yang berkaitan dengan kewajipan pelanggan untuk memperoleh pemilikan aset dan kewajipan institusi perbankan untuk menjual bahagian pemilikannya terhadap aset tersebut.
    Menurut Bank Negara, institusi perbankan perlu menggunakan kaedah yang lebih kukuh disebabkan pendedahan kepada risiko sedemikian, kaedah berkenaan perlu disokong oleh data dan sistem yang telus dan mantap yang mampu mengesan dan memberikan anggaran terbaik tentang kerugian yang mungkin ditanggung akibat perkembangan negatif profil kredit pelanggan.
    Proses dan infrastruktur pengurusan risiko institusi perbankan yang menawarkan produk seperti itu perlu dinamik dalam mengenal pasti, mengukur, mengawal dan mengurus semua risiko utama dan amalan pengurusan risiko pada setiap peringkat urus niaga musyarakah mutanaqisah.
    BNM berkata, beberapa buah negara juga telah menerapkan keperluan pengawal seliaan tertentu untuk memastikan pengurusan yang bersesuaian terhadap risiko berkaitan dengan kontrak tersebut.
    Sebagai contoh, di negara yang menerima pakai rangka kerja kecukupan modal berdasarkan Standard Kecukupan Modal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, kata Bank Negara.
    Institusi perbankan Islam dikehendaki memperuntukkan modal pengawalseliaan yang mencukupi bagi menampung pendedahan terhadap risiko harga berdasarkan bahagian yang dimiliki oleh institusi perbankan dalam aset yang mendasari kontrak berkenaan dan risiko kredit yang berpunca daripada sewa terkumpul yang perlu dibayar oleh pelanggan.
    Bank Negara berkata, sejajar dengan pengurangan bahagian pemilikan institusi perbankan dalam aset, keperluan modal bagi risiko harga akan berkurang secara beransur-ansur sepanjang tempoh kontrak.
    Perkembangan kewangan Islam sebagai suatu bentuk pengantaraan kewangan berdaya maju dengan ciri-ciri khas serta sekatan dan imbangan yang terkandung di dalamnya dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan kestabilan kewangan.
    - Bernama

    ---
    Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
    Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
    Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com