Terkini

Thursday 3 July 2014

Affin Islamic membina kekuatan ekonomi ummah

Institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia mempunyai peranan yang amat penting dalam memantapkan pembangunan dan kedudukan ekonomi masyarakatnya. Islam juga telah memberi garis panduan untuk mencapai matlamat tersebut mengikut kaedah-kaedah yang perlu dirancang dan diuruskan agar kekuatan ummah dapat dibina.

Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) adalah salah satu institusi perbankan Islam di Malaysia yang sentiasa memainkan peranan secara aktif dalam membangunkan dan menjana ekonomi masyarakat semenjak penubuhannya pada tahun 2006.

Peranan Affin Islamic merangkumi aspek yang memenuhi keperluan ekonomi masyarakat menerusi pendekatan sosial termasuk meningkatkan taraf golongan yang kurang berkemampuan setanding dengan golongan lain.

Selain menjadi perantaraan kewangan, Affin Islamic telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat dengan mengagihkan zakat, dan pada masa yang sama menjana ekonomi masyarakat.

Pada tahun lepas, Affn Islamic telah mengagihkan sejumlah RM7.8 juta zakat disalurkan kepada semua golongan yang layak. Affin Islamic juga turut menyumbang kepada aktiviti menbangunkan projek-projek perumahan untuk golongan fakir dan miskin di seluruh negara.

Antara projek ini termasuk membina rumah-rumah bernilai RM2.05 juta di Mukim Batu Rakit, Terengganu; RM100,000 di Pahang dan membina semula rumah golongan asnaf di Bagan Datoh bernilai RM750,000.
Selain daripada aktiviti-aktiviti pengagihan zakat, Affin Islamic juga turut bekerjasama dengan stesen televisyen Al Hijrah untuk menerbitkan program ‘Fulus.’ Fulus ialah program bual bicara kewangan Islam sebanyak 26 episod yang disiarkan di stesen Al Hijrah bertujuan memberi pendedahan lebih meluas mengenai kebaikan dan kelebihan perbankan Islam kepada masyarakat.

Program ini telah berjaya menarik minat ramai penonton terutamanya golongan muda dalam mendidik dan mengurus kewangan mereka secara Islam. Ini juga memastikan pembangunan golongan ini terus berada di tahap kompetitif dengan mengurangkan risiko muflis.

Affin Islamic sentiasa berusaha menawarkan produk perbankan Islam yang unik lagi inovatif di mana ianya setanding dengan bank-bank Islam lain. Antara produk inovatif Affin Islamic ialah “Affin Barakah Charity Account-i." Affin Barakah Charity Account-i merupakan simpanan berbentuk wadiah yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada penyimpan untuk menderma sebahagian atau keseluruhan hibah (jika ada) yang diperoleh untuk tujuan kebajikan.

Jumlah sumbangan akan dipotong mengikut kemahuan penyimpan dan boleh dibuat secara terus menerusi akaun simpanan pelanggan setiap bulan. Penyimpan juga diberi kemudahan untuk menukar jumlah yang didermakan pada bila-bila masa sahaja.

Produk ini merupakan suatu platform untuk penyimpan menyalurkan keprihatinan mereka dengan mudah kepada sesiapa sahaja walaupun berlainan agama kerana produk ini menerima penyimpan daripada semua penganut agama.

Secara keseluruhannya, Affin Islamic komited untuk memajukan masyarakat melalui pelbagai strategi berorientasikan sosial. Pendekatan berorientasikan sosial dengan menyalurkan sumber harta negara khususnya harta modal pada ekonomi negara akan dapat membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat.



(Utusan Malaysia / 30 June 2014) 

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment