PETALING JAYA 21 Nov. – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) akan memperkenalkan kad kreditnya selewat -lewatnya pada Mac depan dan menetapkan sasaran untuk mengeluarkan sebanyak satu juta kad kredit dalam tempoh lima tahun.
Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bagi tahun pertama Bank Rakyat menetapkan sasaran sebanyak 50,000 kad pada tahun pertama.
Beliau yakin jumlah itu mampu dicapai berikutan gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin realistik menjadikan kad kredit bagi memudahkan urusan perbelanjaan mereka.
Bank Rakyat juga mengunjurkan jumlah pengeluaran kad itu mampu menyumbang antara RM1 hingga RM2 juta kepada keuntungan bersih bank koperasi terbesar di Malaysia itu.
‘‘Unjuran ini dibuat dengan mengambil kira jumlah transaksi purata perbelanjaan seorang pelanggan antara RM400 hingga RM450 sebulan,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian kerjasama penyumberan luar bagi kad kredit Islam Bank Rakyat, di sini hari ini.
Pada majlis itu, Kamaruzaman mewakili Bank Rakyat, manakala Silverlake System Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengerusinya, Goh Peng Ooi.
Mengikut perjanjian itu, Silverlake akan menyediakan pusat data dan infrastruktur teknologi, aplikasi kad kredit Islam Axis Silverlake dan perkhidmatan operasi kad kredit termasuk perkhidmatan kad ahli, pemberian kuasa, kenyataan bil, proses pembayaran, pertukaran pemprosesan dan analitikal perniagaan.
Kamaruzaman berkata, kad kredit Islam itu akan menggunakan konsep Tawwaruq, yang mana sejumlah had tunai kad kredit yang dibenarkan akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pemohon.
‘‘Jumlah had tunai itu kemudian akan ditolak dengan caj yang dikenakan oleh bank dan bakinya boleh digunakan oleh pelanggan,’’ jelasnya.
Tambah beliau, keistimewaan konsep Tawwaruq itu ialah kadar caj yang dikenakan adalah tetap dan sekiranya pelanggan tidak menggunakan sepenuhnya wang yang telah dikreditkan, maka mereka akan diberi rebat.
Kamaruzaman yakin keistimewaan kad kredit Bank Rakyat itu mampu menarik besar sejumlah pelanggannya yang kini berjumlah 2.5 juta orang.
‘‘Pelancaran kad kredit ini bukan sahaja melengkapkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam tetapi ia dibuat pada masa yang amat sesuai kerana kami memberi nilai tambah kepada orang ramai dan ia berbeza daripada kad-kad kredit di pasaran,’’ ujarnya.
Katanya, pasaran kad kredit Islam masih mempunyai potensi cukup besar untuk diteroka memandangkan ia hanya menyumbang sebanyak satu peratus atau sebanyak RM369 juta daripada jumlah transaksi kad kredit di Malaysia.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com

Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com
No comments:
Post a Comment