Terkini

Wednesday 19 February 2014

Negara perlu ada undang-undang urus niaga kewangan Islam

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Malaysia perlu mempunyai undang-undang patuh Syariah berhubung pendokumentasian urus niaga kewangan Islam untuk menyelesaikan pertikaian yang mungkin timbul daripada urus niaga itu.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, Malaysia perlu bergerak pantas ke arah itu kerana memiliki banyak kelebihan, berbanding negara lain, termasuk kedudukannya sebagai negara Islam di mata dunia.
"Di peringkat antarabangsa, Malaysia dilihat sebagai model negara Islam.
Oleh itu, sudah sewajarnyalah Malaysia menjadi hab kewangan Islam," katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Pembelajaran Perbankan dan Kewangan Islam di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata, sejak mula hingga kini, negara terbabit hanya memberi fokus terhadap usaha melahirkan produk patuh Syariah.
“Tetapi terdapat satu bidang urus niaga kewangan Islam yang tidak diberi tumpuan iaitu mewujudkan undang-undang serasi syariah dalam melaksanakan produk berkenaan dan untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul daripadanya.
“Kita tahu bahawa undang-undang Inggeris boleh diguna pakai, tetapi ia tidak seluruhnya serasi dengan syariah dan kita juga tahu peguam dan hakim Inggeris tidak terlatih dalam bidang syariah. Kita tahu kebanyakan hakim, paling tidak pun, memandang remeh terhadap syariah," katanya. - BERNAMA/19 Feb 2014
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment