Terkini

Sunday, 30 December 2007

Sikap Islam mengenai perlupusan hutang

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

PENULIS begitu teruja dengan laporan akhbar Rabu lalu yang memaparkan hasrat Bank Pertanian untuk melupuskan pinjaman para peminjamnya yang terjejas teruk akibat musibah banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Martini Osman, selain melupuskan baki hutang, antara inisiatif lain yang dicadangkan termasuklah kemudahan pinjaman semula serta lanjutan tempoh pembayaran.

Sesungguhnya sikap sebegini wajar dicontohi oleh seluruh warga institusi perbankan komersial lain terutamanya dalam mengambil kira kepayahan para peminjam dalam membayar balik pinjaman akibat bebanan kerugian yang terpaksa ditanggung selepas mengalami musibah banjir. Malah sikap mengambil peduli terhadap kepayahan pelanggan dan peminjam merupakan suatu manifestasi tanggungjawab sosial yang tinggi yang wajar menjadi ikutan kepada seluruh warga korporat yang berorientasi memaksimumkan keuntungan.

Memang Islam tidak pernah menghalang manusia daripada berusaha mencari keuntungan dan mengumpul kekayaan, tetapi ia juga menagih suatu tanggungjawab sosial yang harus ditunaikan.

Yang dimaksudkan dengan tanggungjawab sosial adalah suatu komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan setiap agenda nasional dan kemanusiaan. Ia meliputi komitmen tinggi terhadap pembelaan golongan miskin, terlantar dan terbiar serta masalah-masalah kemanusiaan lainnya tanpa terikat dengan kepentingan diri mahupun percaturan untung rugi ekonomi.

Hakikat yang nyata, memberi kelonggaran dalam membayar balik pinjaman hatta melupuskan terus pinjaman yang diberikan merupakan cerminan nilai-nilai tanggungjawab sosial yang menjadi teras dalam prinsip muamalah Islam.

Malah sebagai sebuah agama yang amat menitikberatkan soal keadilan dan kebajikan, Islam sejak dari awal lagi menggariskan pelbagai pendekatan dalam muamalah kewangan yang boleh dimanfaatkan khususnya dalam membantu mereka yang dilanda musibah. Antaranya termasuklah memberikan pengurangan terhadap jumlah hutang perlu dilunaskan peminjam atau melupuskan terus pinjaman tersebut sebagai sedekah.

Dalam al-Quran, Allah jelas menyebut mengenai hal ini: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) jika kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). (al-Baqarah: 280).

Dalam kaedah muamalah Islam, memberikan pengurangan terhadap pembayaran balik pinjaman oleh pihak pemberi hutang juga dikenali dengan prinsip yang diistilahkan sebagai dha wa ta‘ajjal. Prinsip ini berasaskan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. pada satu hari telah memerintahkan Bani Nadir untuk meninggalkan Madinah. Kemudian baginda dimaklumkan bahawa masih ramai kalangan penghuni Madinah yang berhutang wang dengan mereka. Maka Rasulullah pun bersabda: Berilah pengurangan terhadap hutang tersebut dan permudahkan cara pembayaran. (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Pernah satu ketika seorang sahabat Nabi yang bernama Ka‘ab sedang berbincang dengan Ibnu Abi Hadrad mengenai hutangnya yang belum dilunaskan. Perbincangan yang dilakukan di masjid dengan suara yang nyaring itu telah didengari oleh Nabi yang ketika itu berada di rumah baginda. Lalu Nabi memanggil Ka‘ab seraya berkata: “Kurangkanlah jumlah hutang tersebut”. Jawab Ka‘ab: “Aku sudah pun mengurangkannya”. Dan Nabi terus berkata kepada Ibnu Abi Hadrad, “Bangun dan langsaikanlah hutang kamu” (hadis riwayat al-Bukhari).

Berpandukan ayat al-Quran dan kedua-dua hadis inilah ulama berpendapat bahawa prinsip mengurangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang adalah dibenarkan dan digalakkan dalam Islam. Bahkan, ganjarannya diumpamakan seperti memberi sedekah terutamanya kepada mereka yang berada di dalam kesulitan dan kepayahan lantaran ditimpa bencana atau malapetaka.

Ulama terkemuka seperti Ibnu Qayyim di dalam bukunya I’lam al-Muwaqqi‘in turut menegaskan bahawa prinsip dha wa ta‘ajjal ini amat jauh berbeza dengan riba. Ini kerana riba ialah sesuatu yang memberi tambahan nilai terhadap hutang sedangkan prinsip dha wa ta‘ajjal pula sebaliknya. Riba berlaku apabila terdapat sebarang bentuk penambahan daripada jumlah asal hutang sama ada disebabkan oleh kelewatan dalam melunaskan hutang mengikut tempohnya ataupun tidak.

Sebaliknya prinsip dha wa ta‘ajjal yang dibenarkan syarak ialah apabila pemberi hutang memberi diskaun atau pengurangan jumlah hutang yang perlu dibayar oleh penghutang sebagai salah satu insentif bagi mempercepatkan lagi proses melunaskan hutang.

Justeru hasrat Bank Pertanian untuk membantu para peminjamnya yang dilanda musibah banjir ketika ini merupakan usaha murni yang wajar diteladani. Memberi kelonggaran dalam pembayaran mahupun melupuskan terus hutang adalah suatu manifestasi tanggungjawab sosial yang besar maknanya dalam Islam. Moga-moga lebih ramai lagi yang tampil dengan komitmen sedemikian. -- (Utusan Malaysia, 29 Dis 07)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday, 24 December 2007

Berkat zakat mudah diperoleh tapi sukar ditunaikan

Oleh Hamizul Abdul Hamid

DALAM sejarah Islam, sejak zakat diwahyukan Allah pada tahun kedua Hijrah, ia menjadi satu kefarduan yang diterima dengan senang hati oleh umat Islam.

Apatah lagi, zakat dari sudut sosial adalah satu bentuk kebajikan. Ia adalah satu sifat kasihan belas yang mendatangkan ihsan hingga akhirnya ia disuburkan lagi oleh agama Islam dengan dijadikan satu daripada rukun Islam.

Banyak kisah menarik pada tahap awal Islam, yang mempamerkan betapa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat adalah pelopor kepada sifat kasihan belas dan suka berderma ini. Baginda Rasulullah sendiri digambarkan sebagai pemuda al-Amin (yang amat dipercayai) yang amat menyantuni golongan miskin dan melarat.

Digambarkan pada zaman jahiliah dan pra-Islam, golongan kaya di Kota Mekah seringkali mengeksploitasi golongan daif. Di antara keluarga miskin yang ditindas ialah keluarga Ammar bin Yasser.

Muhammad al-Amin telah menzahirkan rasa kasih sayangnya apabila Baginda sering memberi makanan kepada orang-orang miskin, membantu anak-anak yatim dan memelihara kebajikan ibu-ibu tunggal. Bahkan, sifat kasihan belas nabi menjangkau kepada semua makhluk Allah, termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Nabi sendiri bertuah kerana Baginda disokong dan diperteguhkan lagi dengan kehadiran isteri tercinta, Khadijah Al-Khuwalaid yang telah terbukti di dalam sejarah memanfaatkan harta kekayaannya demi perjuangan Islam.

Para sahabat seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Abdul Rahman bin Auf sendiri adalah golongan yang banyak bersedekah dan berderma. Abu Bakar sendiri menebus Bilal bin Rabah apabila Bilal disiksa oleh tuannya dengan harga beratus dinar.

Justeru itu, apabila zakat diturunkan sebagai syariat, umat Islam menerimanya dengan lapang hati. Ini kerana, Allah s.w.t. sendiri telah memberikan pertunjuk bahawa keberkatan itu lahir daripada salah satu amalan murni yang dinamakan zakat. Firman Allah: Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. (Maryam: 31)

Faktor keberkatan

Kenapakah zakat melahirkan keberkatan? Jawapannya mudah, kerana ia adalah anugerah Allah. Apabila Allah s.w.t. mengarahkan sesuatu syariat dilaksanakan, semestinya di sana wujud pelbagai hikmah dan kebaikan. Hikmah bersolat misalnya menatijahkan kejayaan dari aspek disiplin diri. Hikmah haji melahirkan kesatuan ummah dan integrasi antarabangsa. Hikmah berpuasa pula menumbuhkan ketaatan dan kesabaran kepada Allah s.w.t. Maka, hikmah zakat pula menghasilkan kehidupan yang adil dan saksama.

Berkat pada hakikatnya adalah subjektif sifatnya. Ia tidak nampak oleh mata kasar namun dapat dirasai oleh mereka yang dipilih Allah. Namun, kehadiran berkat dapat disaksikan oleh mata. Sebagai contoh, apabila rumah tangga yang dibina aman damai, isteri menghormati suami, anak-anak mematuhi ibu bapa dan suami sendiri menjadi suami mithali, adalah pertanda keberkatan. Pertunjuk lain, ialah apabila rezeki dikurniakan Allah sentiasa mencukupi, tidak terjadinya banyak masalah dalam kehidupan, urusan seharian dimudahkan Allah dan sebagainya lagi adalah indikator keberkatan hidup mungkin telah dikurniakan Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (al-Baqarah: 274)

Bagaimana memperoleh keberkatan?

Inilah realiti berkat. Tidak susah untuk mendapatkannya namun amat sedikit manusia yang berusaha mengejarnya. Bayangkan, dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus daripada rezeki iaitu pendapatan bulanan kepada zakat, sudah memadai untuk memperoleh keberkatan daripada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. sesungguhnya Maha Mengetahui bahawa manusia akhir zaman akan berhadapan dengan pelbagai kemelut kehidupan. Kenaikan harga barang termasuklah petrol, peningkatan gejala sosial, keruntuhan akhlak, jenayah di sana-sini termasuklah bencana alam sebenarnya adalah satu peringatan daripada-Nya. Jelasnya, dunia ini dan kita semua adalah milik Allah, maka kita sepatutnya sedar apakah resipi bagi mencari kasih sayang Allah dan pada masa yang sama mencari jalan menghindari perkara-perkara yang mendatangkan kebencian Allah.

Oleh itu, di antara perkara yang dibenci Allah ialah kita terlalu menumpukan kekayaan sehingga mengabaikan hak-hak yang wujud pada harta-harta itu. Inilah sifat yang dipanggil melampau atau ekstrem dalam berharta. Firman Allah bermaksud: Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihani orang-orang yang berlebihan. (al-A’raf: 31).

Sebaliknya, Allah s.w.t. amat menyukai orang-orang yang sentiasa berkasih-sayang, membantu sesama manusia dan memberikan manfaat kepada seluruh alam. Sebagaimana firman Allah bermaksud: Belanjakanlah hartamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)


Kesimpulan

Zakat adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternatif demi mendapat keberkatan hidup. Jika tidak, masakan Islam mewajibkan zakat dan mengangkat ibadat itu sebagai satu daripada lima tiang agama Islam. Apabila zakat dihayati, maka barulah lahir keindahannya.

Apakah kita tidak teringin mendapat habuan di dunia dengan hidup di dalam kedamaian dan hidup di akhirat kelak terhindar dari bakaran? Ingatlah, memberikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat juga adalah sebahagian daripada hak-hak badan kita yang perlu ditunaikan.

Bak kata hadis nabi: Jasad kamu mempunyai hak, adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk memberikannya hak-hak tersebut. (riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh itu, marilah kita berzakat dengan seikhlas hati. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat nanti. --(Utusan Malaysia, 24 Dis 07)

* HAMIZUL ABDUL HAMID ialah pegawai perhubungan awam di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Saturday, 22 December 2007

"Amalan Riba Dalam Perniagaan Dan Kesannya Dalam Kehidupan"

Khutbah Jumaat - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 13 Julai 2007
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,Pada hari yang penuh berkat ini,marilah kita bermahasabah diri meningkatkan ketakwaan kepada allah s.w.t.Kita tunaikan segala perintahya dan menjauhi segala larangannya.Jadilah orang yang bertakwa dimana sahaja kita berada, segala gerak-geri dan tindakan kita, mencerminkan diri kita sebagai orang yang bertakwa kepada allah s.w.t.
Sidang jumaat yang berbahagia,Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia disisi allah s.w.t. Bahkan terdapat dikalangan para nabi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan. Umpamanya nabi idris terlibat dengan jahitan. Nabi daud pula dengan pertukangan besi.Nabi muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan perdagangan dinegeri Syam.Oleh itu berniaga adalah satu sunat para nabi. Rasulullah s.a.w telah membawa khabar gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana mereka berurus niaga.Sabda rasulullah s.a.w:"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak".(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)Sidang jumaat yang berbahagia, Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain.Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat rasulullah terdapat sahabat yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti usman bin affan,abdul rahman bin auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan hebat. Abdul rahman bin auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".(Riwayat Ahmad)sungguh pun islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, namun mereka adalah terikat dengan syariat islam. Peniaga islam perlu memahami hukum-hakam dalam perniagaan, supaya mereka tidak melanggar batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh allah s.w.t. Mereka tidak boleh menipu, tidak boleh memberi rasuah, tidak boleh terlibat dengan amalan riba' dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syariat islam.Sidang jumaat yang berbahagia,Agama islam amat tegas dalam amalan riba'. Islam menganggap riba' sebagai amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Islam menolak segala bentuk amalan riba'. Rasulullah dengan tegasnya mengeji amalan berunsurkan riba'. Saidina Jabar r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai riba':Rasulullah s.a.w melaknat pemakanan riba', wakilnya, penulisannya,dua orang saksinya. Rasulullah s.a.w bersabda:"Kesemua mereka itu sama sahaja".(Riwayat Muslim)Rasulullah s.a.w dengan kerasnya mencela orang yang terlibat dengan amalan riba'.Mereka adalah golongan yang menekan dan menindas para peminjam. Justeru, allah s.w.t telah memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya menjauhi amalan riba' dan seterusnya mengistiharkan perang kepada pemakan riba'. Firman allah s.w.t:"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba' (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu) ketahuilah kamu,akan adanya peperangan dari allah dan rasulunya (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, Dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".(Al-Baqarah ayat 278-279)Sidang jumaat yang berbahagia,Sesetengah orang menyangka bahawa harta yang haram itu adalah hasil daripada kerja mencuri atau merompak sahaja. Mereka lupa bahawa harta yang dihasilkan daripada riba' juga adalah haram. Lebih dahsyat lagi, apabila orang yang bergelumang dengan amalan riba' menganggap jual beli dan riba' adalah sama sahaja.Begitu juga antara peminjam konvensional (yakni pinjaman secara riba') dengan peminjam perbankkan islam, mereka mengaggap adalah sama sahaja, sedangkan allah s.w.t hanya menghalalkan perniagaan, tetapi tidak menghalalkan riba'. Firman allah s.w.t:"Mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba'". Pada hal allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba'.(Al-Baqarah ayat 275)Sidang jumaat yang berbahagia,Orang yang terlibat dengan riba' akan dicabut keberkatan dalam hidupnya. Firman allah s.w.t:"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".(Al-Baqarah ayat 276)Bagaimana memperolehi keberkatan dalam hidup jika kehidupan berbaur dengan amalan riba'?. Apakah kita tidak terfikir bahawa harta yang diperolehi daripada pendapatan yang haram seperti riba', pasti tidak akan mendatangkan keberkatan?.Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-zawajir menjelaskan bahawa harta orang yang terlibat dengan riba' akan hilang berkat, antaranya:1- Harta itu mudah hilang2- Harta itu dibelanjakan bagi perkara yang tiada berfaedah dan membawa kepada dosa.3- Jiwanya terasa miskin walaupun hartanya banyak.4- Harta itu mudah mendorong pemiliknya melakukan dosa dan maksiat.5- Hilang sifat amanah.6- Cenderong kepada amalan rasuah dan penipuan.7- Harta itu terdedah kepada kecurian,rompakkan dan dikhianati.8- Sentiasa terdedah kepada bahaya doa orang yang dizaliminya.Sidang jumaat yang berbahagia,Di negara kita terdapat tidak kurang 19 institusi kewangan yang menjalankan perkhidmatan kewangan secara islam, bersih daripada unsur-unsur riba'. Kerajaan telah menyediakan pilihan kepada umat islam untuk menggunakan perkhidmatan kewangan islam. Para ulamak dan golongan pakar yang telah dilantik dan terlibat secara langsung dalam mengawal perjalanan perbankan islam supaya selari dengan prinsip syariah. Perbankan islam di malaysia telah berkembang aktif dan meluas. Justeru, umat islam di malaysia dengan mudah dapat menggunakan perkhidmatan kewangan islam samada mereka tinggal disebuah bandaraya yang besar atau pun disebuah pekan yang terpencil. Oleh itu, tidak ada sebab untuk umat islam menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada institusi kewangan yang berteraskan riba'. Apatah lagi dengan institusi kewangan dipasaran gelap seperti "Along" , yang bukan sahaja mengenakan faedah atau bunga yang tinggi, malah boleh mengancam nyawa mangsa yang tidak mampu melunaskan hutangnya.Sidang jumaat yang berbahagia,Marilah kita memohon Inayah daripada allah s.w.t, agar kita diberikan kekuatan untuk membebaskan diri serta dijauhi daripada terlibat dengan sistem riba' samada sebagai peniaga atau pun hanya seorang peminjam."Wahai orang-orang yang beriman!,janganlah kamu memakan (atau mengambil), riba' dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada allah, supaya kamu berjaya".(Ali-Imran ayat 130)Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanafaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Garis Panduan Penubuhan Entiti Baru dalam Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC)

Sekretariat MIFC di Bank Negara Malaysia hari ini (14 Sep 2006) ingin mengumumkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang menggariskan kriteria kelayakan dan skop perniagaan bagi penubuhan entiti baru dalam MIFC untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam dalam mata wang antarabangsa. Butir-butir terperinci adalah seperti yang berikut:
1. Penubuhan Bank Islam Antarabangsa
Permohonan untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dalam mata wang antarabangsa adalah terbuka kepada mana-mana institusi kewangan asing dan Malaysia yang layak yang mempunyai modal yang mencukupi serta bereputasi dengan rekod kewangan yang mantap, menerima pakai amalan terbaik antarabangsa yang ditetapkan oleh badan penetapan piawaian antarabangsa, dan dikawal selia oleh penguasa pengawalseliaan negara asal yang berwibawa.
Apabila dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, entiti baru berkenaan akan dikenali sebagai Bank Islam Antarabangsa (BIA) dan dibenarkan menjalankan perniagaan perbankan komersial, perbankan pelaburan dan perbankan Islam yang lain yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia seperti terkandung dalam Garis Panduan Penubuhan Bank Islam Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. BIA ialah pemastautin bagi tujuan dasar pentadbiran pertukaran asing.
Selain itu, BIA boleh ditubuhkan sebagai satu entiti diperbadankan atau cawangan, dan dikehendaki mempunyai modal berbayar atau dana kerja bersih minimum masing-masing sebanyak RM10 juta. Fi lesen tahunan bagi BIA ialah RM50,000. BIA layak untuk mendapat pengecualian cukai sepenuhnya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 selama sepuluh tahun berkuat kuasa dari tahun taksiran 2007 seperti diumumkan dalam Bajet 2007.
2. Penubuhan Pengendali Takaful Antarabangsa
Permohonan untuk menjalankan perniagaan takaful dalam mata wang antarabangsa adalah terbuka kepada mana-mana institusi kewangan asing dan Malaysia yang layak, yang mantap serta bereputasi dengan rekod kewangan yang kukuh, menerima pakai amalan terbaik antarabangsa yang ditetapkan oleh badan penetapan piawaian antarabangsa, dan dikawal selia oleh penguasa pengawalseliaan negara asal yang berwibawa.
Apabila dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984, entiti baru berkenaan akan dikenali sebagai Pengendali Takaful Antarabangsa (PTA) dan dibenarkan menjalankan perniagaan takaful dan takaful semula (insurans semula Islam) komposit (am dan keluarga) bukan ringgit seperti terkandung dalam Garis Panduan Penubuhan Pengendali Takaful Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. PTA ialah pemastautin bagi tujuan dasar pentadbiran pertukaran asing.
Selain itu, PTA boleh ditubuhkan sebagai entiti diperbadankan atau cawangan, dan dikehendaki mempunyai modal berbayar atau dana kerja bersih minimum masing-masing sebanyak RM10 juta. Fi lesen tahunan untuk PTA ialah RM5,000. PTA layak untuk mendapat pengecualian cukai sepenuhnya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 selama sepuluh tahun berkuat kuasa dari tahun taksiran 2007 seperti diumumkan dalam Bajet 2007.
3. Penubuhan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa untuk Bank Islam
Permohonan untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dalam mata wang antarabangsa melalui penubuhan satu bahagian adalah terbuka kepada bank-bank Islam Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983.
Apabila diluluskan, bahagian baru berkenaan akan dikenali sebagai Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa (UPMA) dan dibenarkan menjalankan perniagaan perbankan komersial, perbankan pelaburan dan perbankan Islam yang lain yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia seperti terkandung dalam Garis Panduan Penubuhan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa (Bank Islam) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Selain itu, UPMA hendaklah ditubuhkan sebagai satu bahagian khusus yang mengendalikan akaun secara berasingan daripada urus niaga ringgit entiti bank. Pendapatan daripada urus niaga UPMA layak untuk mendapat pengecualian cukai sepenuhnya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 selama sepuluh tahun berkuat kuasa dari tahun taksiran 2007 seperti diumumkan dalam Bajet 2007.
4. Penubuhan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa untuk Pengendali Takaful
Permohonan untuk menjalankan perniagaan takaful dalam mata wang antarabangsa melalui penubuhan satu bahagian adalah terbuka kepada pengendali takaful Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984.
Apabila diluluskan, bahagian baru berkenaan akan dikenali sebagai UPMA dan dibenarkan menjalankan perniagaan takaful dan takaful semula (insurans semula Islam) komposit (am dan keluarga) bukan ringgit seperti terkandung dalam Garis Panduan Penubuhan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa (Pengendali Takaful) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Selain itu, UPMA hendaklah ditubuhkan sebagai satu bahagian khusus yang mengendalikan akaun secara berasingan daripada urus niaga ringgit entiti pengendali. Pendapatan daripada urus niaga UPMA layak untuk mendapat pengecualian cukai sepenuhnya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 selama sepuluh tahun berkuat kuasa dari tahun taksiran 2007 seperti diumumkan dalam Bajet 2007.
Penubuhan Pengurus Dana
Selain itu, semua pengurus dana sedia ada dan yang baru, yang dilesenkan di bawah Akta Industri Sekuriti 1983 mengikut garis panduan dan keperluan Suruhanjaya Sekuriti sedia ada, diberi pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya bagi fi pengurusan selama sepuluh tahun bagi pengurusan dana pelabur asing berdasarkan prinsip Syariah seperti yang diumumkan dalam Bajet 2007.
Penubuhan Pejabat Operasi bagi Entiti Labuan di sebarang lokasi di Malaysia
Institusi kewangan luar pesisir sedia ada dan yang baru, termasuk bank Islam luar pesisir, bank pelaburan Islam luar pesisir, pengendali takaful luar pesisir dan bahagian Islam bank luar pesisir dan syarikat insurans luar pesisir, yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam dalam mata wang antarabangsa oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA), diberikan lebih fleksibiliti untuk membuka pejabat operasi di sebarang lokasi di Malaysia tanpa perlu mempunyai pejabat fizikal di Labuan. Garis panduan dan keperluan sedia ada yang dikeluarkan oleh LOFSA adalah terpakai. Kesemua entiti berkenaan akan terus menikmati kadar keutamaan cukai sebanyak 3% atau RM20,000 di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.
Langkah-langkah dan insentif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan dan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat originasi, pengagihan dan jual beli instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam, perkhidmatan kewangan mata wang antarabangsa, dan perniagaan takaful dan takaful semula. Selain bebas untuk menjalankan urus niaga dengan bukan pemastautin, entiti-entiti ini boleh berurusan dengan pemastautin yang telah diberi kebenaran di bawah dasar pentadbiran pertukaran asing Bank Negara Malaysia.
Institusi kewangan yang berminat untuk memohon lesen dan mendapat kelulusan boleh merujuk kepada garis panduan berkenaan yang masing-masing terdapat di laman-laman web Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my/, Suruhanjaya Sekuriti di http://www.sc.com.my/ dan LOFSA di http://www.lofsa.gov.my/.
Lihat juga:
Garis panduan bagi Penubuhan Bank Islam Antarabangsa [PDF, 40K]
Garis panduan bagi Penubuhan Pengendali Takaful Antarabangsa [PDF, 39.8K]
Garis panduan bagi Penubuhan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa untuk Bank Islam, Bank Perdagangan dan Bank Pelaburan [PDF, 37.5K]
Garis panduan bagi Penubuhan Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa untuk Pengendali Takaful[PDF, 37.6K]
Permohonan bagi Lesen Pengendali Takaful Antarabangsa (Borang ITO) [PDF, 1.7MB]
Permohonan bagi Lesen Bank Islam Antarabangsa (Borang IIB) [PDF, 1.6MB]

Sekretariat MIFC
14 September 2006

Takaful Ikhlas ingin menjadi pengendali takaful terbaik 2010

PETALING JAYA 16 Dis. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yakin muncul antara syarikat pengendali takaful terbaik dalam industri takaful di negara ini menjelang tahun 2010.
Presidennya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan syarikat yang di luar jangkaan, walaupun baru lima tahun beroperasi.
Malah, bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 31 Mac 2008, beliau optimis, kutipan premium kasar akan terus melonjak melebihi RM75 juta berbanding tahun lalu.
“Kami jangka dapat melepasi sasaran kutipan sebanyak RM320 juta pada bulan kesepuluh beroperasi iaitu pada Januari 2008,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Apabila ditanya sama ada pertumbuhan itu terlalu pantas, beliau berkata, Takaful IKHLAS telah ditubuhkan pada 2003 dengan persediaan perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang pada ketika itu.
“Kami akan memperkukuhkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk menghadapi cabaran daripada tujuh syarikat pengendali takaful di negara ini,” tambahnya.
Pada tahun lalu, Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad (MNRB) mengutip premium berjumlah RM224 juta.
Namun, kutipan premium bagi tempoh tujuh bulan tahun ini meningkatt keoada RM225 juta, manakala pada bulan seterusnya, syarikat itu telah mencatat kutipan sebanyak RM265 juta.
“Jumlah premium tahun ini mengatasi kutipan premium pada tahun lalu sebanyak RM41 juta, hanya selepas lapan bulan beroperasi pada tahun kewangan ini,” katanya.
Syed Moheeb berkata, pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh sokongan padu pihak bank, kematangan agensi dan skim kumpulan secara langsung menerusi broker dan ejen korporat untuk menggambarkan kredibiliti syarikat sebagai pengantara yang cekap.
“Kami akan meneruskan misi syarikat dengan berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” jelasnya.
Beliau berkata, tiga cawangan baru pejabat Takaful IKHLAS akan dibuka dalam waktu terdekat ini.
Katanya, cawangan di Putrajaya akan memulakan operasi Januari ini, manakala cawangan di Kuantan dan Melaka akan dibuka selepas Tahun Baru Cina tahun depan.
Pada masa ini Takaful IKHLAS beroperasi di enam cawangan iaitu Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sungai Petani.
“Mungkin tidak seperti pengendali takaful yang lain, kami tidak memerlukan pejabat cawangan yang terlalu banyak.
“Namun yang penting ialah membuka memilih lokasi yang strategik di negeri terbabit sebagai pejabat wilayah,” katanya.
Menurutnya, Takaful IKHLAS juga merasakan keperluan untuk memberi perkhidmatan sokongan di bandar-bandar kecil dapat disempurnakan melalui kecekapan perkhidmatan agensi dan penggunaan teknologi dalam operasi terutamanya sistem teknologi maklumat (IT).
Ketika mengulas mengenai perancangan 2008, Syed Moheeb berkata, syarikat akan menumpukan usaha untuk mengadakan pakatan strategik dengan lebih banyak institusi kewangan. -- (Utusan Malaysia, 16 Dis 07)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Mempromosi perbankan Islam di Hong Kong

LAWATAN kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Hong Kong selama tiga hari bermula Jumaat lalu bukan sahaja meningkatkan hubungan dua hala Hong Kong-Kuala Lumpur malah memberi faedah bernilai dalam kerjasama ekonomi.
Sesi penerangan bergerak yang dianjurkan oleh ECM Libra Avenue Berhad dan Credit Suisse sempena lawatan itu menyediakan peluang kepada kerajaan untuk menerangkan dasar-dasar yang dilaksanakan selain menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam pelbagai aspek ekonomi, sosial dan politik.
Hong Kong merupakan sesi penerangan bergerak pelaburan yang kedua diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri selepas lawatan beliau ke Singapura pada Mei lalu.
Pertemuan Najib dengan tidak kurang daripada 50 pengurus dana dan pelabur di Hong Kong penting apabila mereka mendapat gambaran sebenar tentang Malaysia dalam usaha meningkatkan keyakinan mereka untuk melabur.
Pada masa sama, komuniti perniagaan Hong Kong juga berpeluang membangkitkan kebimbangan mereka serta mendapatkan maklumat tentang isu-isu tertentu seperti langkah untuk mempunyai kecairan pasaran yang lebih meluas di Malaysia.
Di samping itu, Malaysia juga mempunyai banyak kisah kejayaan yang harus diberitahu kepada para pengurus dana dan pelabur sebagai galakan untuk mereka meneroka peluang pelaburan yang terbuka luas di Malaysia.
Dengan kadar pertumbuhan pada penggal ketiga tahun ini sebanyak 6.7 peratus dan momentum ekonomi negara yang dilaporkan mencatatkan pertumbuhan, kunjungan Timbalan Perdana Menteri dalam misi pelaburan ke Hong Kong tepat pada masanya.
Walaupun ekonomi dunia menghadapi cabaran ekoran kenaikan harga minyak dan inflasi, Malaysia terus bertahan dan dapat meneruskan program pembangunan serta projek-projek yang dirancang.
Malaysia yang sedang pesat membangun dengan pertumbuhan ekonomi menggalakkan dan politik yang stabil tentu sekali menjadi tarikan bagi pelabur Hong Kong.
Perkembangan positif ini sangat penting dan ia harus diberitahu kepada pelabur supaya mereka juga dapat mengambil bahagian dalam penjanaan ekonomi negara ekoran keyakinan terhadap pengurusan makro ekonomi negara.
Menurut Najib, sesi bersama pengurus dana amat berguna dan produktif apabila ia telah membuka peluang kemasukan pelabur asing ekoran ekonomi negara yang kukuh hasil daripada pendekatan positif kerajaan.
Sesi pertemuan itu juga jelas beliau, berlangsung secara interaktif apabila mereka berpeluang mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai aspek termasuk ekonomi, pembangunan dan perubahan dasar Malaysia.
Pertemuan itu ternyata memberi kesan positif apabila ia meningkatkan keyakinan pengurus dana termasuk pelabur dari Hong Kong terhadap kemampuan negara menyediakan iklim pelaburan yang kondusif kepada mereka.
Malah kesediaan Hong Kong untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang perbankan Islam adalah bukti keyakinan mereka terhadap kemampuan negara – sebagai peneraju global perbankan Islam.
Menurut Najib, dalam pertemuannya dengan Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang, Jumaat lalu, pemimpin tertinggi Hong Kong itu sendiri telah membangkitkan perkara tersebut dan berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia.
‘‘Saya telah memberikan jawapan yang positif yang kita bersedia untuk bekerjasama dengan Hong Kong bagi mempromosikan perbankan Islam di sini,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Para pengurus dana Hong Kong amat berminat bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang perbankan Islam kerana kejayaan negara memajukan rangkaian meluas produk dan perkhidmatan – sebanyak 66 peratus daripada bon Islam (Sukuk) dalam bentuk nilai diterbitkan di Malaysia.
Ia sejajar dengan usaha Hong Kong kini untuk mengembangkan kewangan Islam di wilayah itu ekoran keyakinan produk perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam berpotensi membantu pembangunan Hong Kong dalam bidang kewangan.
Selain perbankan Islam, antara isu yang mendapat perhatian dalam sesi pertemuan itu ialah pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) selain pembangunan di Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Turut disentuh aspek keselamatan serta penyenaraian Sime Darby, dahulunya Synergy Drive Bhd. dalam Bursa Malaysia serta perubahan dasar dan polisi kewangan Malaysia.
Antara pengurus dana yang hadir dalam penerangan bergerak itu termasuk perwakilan dari ABN Amro Asset Management, Capital International Research Inc, HSBC Halbis Partners (Hong Kong) Ltd., ING Investment Management, Merrill Lynch, Morgan Stanley dan Blackrock.
Sementara delegasi Najib pula disertai Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Lillian Leong Bee Lian, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mokhtar dan Pengarah Urusan Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Terbitan dan Pelaburan, Datuk Kris Azman Abdullah.
Manakala antara pemimpin industri yang hadir ialah Presiden Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Tony Fernandes, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd. Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Naib Pengerusi Eksekutif SapuraCrest Petroleum Bhd. Datuk Shahril Shamsuddin. --(Utusan Malaysia, 3 Dis 07)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday, 18 December 2007

Gharar sebagai suatu elemen negatif dalam transaksi Islam

TERIMA kasih kepada para pembaca yang mengikuti ruangan kewangan Islam ini dan juga kepada yang menghantar soalan-soalan menerusi e-mel kepada kami.
Isu dan jawapan yang dikongsi diharap dapat membantu para pembaca sekalian memahami lagi industri ini.
Yang sempat dimuatkan minggu ini adalah seperti berikut:
SOALAN: Saya ada terbaca dalam risalah-risalah ringkas mengenai transaksi kewangan dan perbankan Islam mengenai elemen-elemen yang menyebabkan sesuatu transaksi itu dilarang atau diharamkan. Antaranya ialam elemen gharar. Walaupun di dalam risalah-risalah berkenaan diterangkan secara ringkas makna gharar iaitu ketidaktentuan atau ketidakjelasan namun saya masih kurang memahami maksud sebenar konsep gharar. Boleh pihak IBFIM perincikan sedikit tentang maksud elemen gharar ini?
Sebelum menjawab soalan saudara, pihak IBFIM terlebih dahulu ingin memaklumkan bahawa perincian jawapan terhadap makna gharar dalam ruangan ini juga adalah bersifat ringkasan. Hal ini demikian memandangkan perbincangan dan perincian tentang konsep gharar begitu besar dan meluas skopnya sehinggakan terdapat tesis-tesis dan disertasi- disertasi akademik yang secara langsung membahaskan topik gharar ini.
Walau bagaimanapun secara yang sederhana, pihak IBFIM boleh perincikan konsep ini sebagaimana berikut iaitu asas hukum kepada kedudukan pengharaman gharar adalah hadis Nabi yang bermaksud “sesungguhnya Nabi S.A.W melarang daripada jual beli gharar”. (riwayat Imam Muslim)
Isu hukum yang timbul daripada hadis berkenaan ialah tentang definisi atau maksud gharar yang dilarang dalam hadis berkenaan. Justeru jika disorot karya- karya fiqh klasik tentang makna gharar, boleh dikatakan bahawa terdapat pelbagai pendefinisian daripada para fuqaha‘ tentang konsep gharar. Antaranya ialah gharar yang bermaksud jahalah (tidak maklum) tentang barangan yang ditransaksikan. Antara alim ulama yang berpendapat sedemikian ialah al-Sarakhsi di dalam karyanya al-Mabsut dan al-Zaila‘ie di dalam karyanya Tabyiin al-Haqa‘iq. Al-Sarakhsi misalnya telah mendefinisikan gharar sebagai sesuatu yang tidak diketahui akibatnya.
Terdapat juga mereka yang menyatakan bahawa gharar itu bermaksud syak atau keraguan. Maksud gharar yang sedemikian didukung oleh beberapa fuqaha‘ antaranya ialah al-Kasani di dalam kitabnya Bada‘ie’ al-Sana‘ie’, Ibn ‘Abidin di dalam kitabnya Hasyiah Ibn ‘Abidin dan al-Dusuqi. Al-Kasani misalnya telah menghuraikan makna gharar sebagai suatu keadaan risiko seimbang yang akan ditempuhi oleh seseorang berkenaan dengan sesuatu barangan yang dikehendaki itu akan wujud atau tidak dalam sesuatu transaksi.
Terdapat juga para fuqaha’ yang melakukan sintesis antara kedua-dua makna gharar di atas. Misalnya al-Syarqawi dan al-Qalyubi menyatakan bahawa gharar itu bermaksud sesuatu yang tidak diketahui akibatnya dan mempunyai dua kemungkinan; sama ada kemungkinan positif ataupun negatif tetapi kemungkinan akibat negatif adalah lebih kuat.
Berdasarkan definisi-definisi klasik di atas, boleh dikatakan bahawa konsep gharar berkisar kepada makna ketidaktentuan dan ketidak jelasan sesuatu transaksi yang dilaksanakan. Ketidaktentuan dan ketidakjelasan berkenaan timbul khususnya daripada aspek-aspek berikut:
* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu wujud atau tidak;
* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu mampu diserahkan ataupun tidak;
* kaedah transaksi itu dilaksanakan secara yang tidak jelas tetapi menarik perhatian sehinggakan mungkin wujud elemen penipuan bagi menarik pihak-pihak untuk bertransaksi;
* akad atau kontrak yang mendasari sesuatu transaksi itu sendiri sifatnya tidak jelas.
Dalam memahami makna gharar dan kaitannya dengan aspek-aspek yang disebutkan di atas, perlu juga dinyatakan bahawa terdapat kategori-kategori gharar yang perlu diketahui iaitu gharar fahish (ketidakjelasan yang keterlaluan); gharar yasir (ketidakjelasan yang minimum) dan gharar mutawassit (ketidakjelasan yang sifatnya sederhana). Dari segi hukum, pemahaman tentang kategori ini sangat penting kerana sekiranya sesuatu transaksi itu mempunyai elemen gharar fahish maka transaksi berkenaan adalah dilarang. Sebaliknya sekiranya sesuatu transaksi itu hanya mengandung elemen gharar yasir, maka transaksi itu dibenarkan kerana elemen gharar yang wujud adalah dimaafkan. Sekiranya elemen gharar mutawassit wujud, maka biasanya wujud khilaf dikalangan fuqaha’ dalam memberi penilaian dan status hukum khususnya jika transaksi berkenaan melibatkan perkara yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan gharar tersebut adalah daripada jenis yang tidak mampu dielakkan melainkan dengan cara yang sangat menyusahkan.
Perlu juga dinyatakan di sini bahawa perbincangan tentang gharar sebenarnya bukanlah perbincangan yang bersifat statik serta dogmatik. Kenyataan ini bermaksud sesuatu penghukuman haram atau tidak diharuskan tentang transaksi yang mengandungi gharar khususnya gharar fahish tidak bermakna bahawa akad atau transaksi berkenaan akan selama-lamanya haram atau tidak diharuskan. Hal ini demikian memandangkan, pada hemat pihak IBFIM, perkaitan gharar dengan arus perkembangan sains dan teknologi adalah sangat rapat dan perlu diambil kira dari semasa ke semasa. Secara yang lebih lanjut hal ini bermaksud elemen gharar dan ketidakjelasan serta ketidaktentuan boleh berubah sehingga menjadi perkara yang tidak lagi mengandungi unsur ketidakpastian akibat daripada wujudnya pelbagai alatan,instrumen dan teknologi canggih yang boleh mengurangkan atau menghapuskan elemen ketidakpastian berkenaan.
Dalam konteks yang tertentu, syarat transparensi dan ketelusan sesuatu kontrak moden dalam transaksi-transaksi yang tertentu umpamanya adalah antara perkara yang mungkin sesuatu dijadikan contoh. Begitu juga dalam menjalankan transaksi e-dagang dan seumpamanya, hal perkaitan gharar dan perkembangan teknologi semasa boleh dijadikan sampel. --(Utusan Malaysia, 3 Dis 07)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Dow Jones Penyedia Indeks Islam Terbaik

INDEKS Dow Jones, penyedia utama indeks sejagat, telah diiktiraf sebagai penyedia indeks Islam terbaik bagi Anugerah Kewangan Islam Utama.
Anugerah itu mengiktiraf penerimaan pasaran yang meluas terhadap siri Indeks Pasaran Islam Dow Jones serta Indeks Dow Jones bagi kepimpinan dan komitmen bagi menyediakan tanda aras saham dan bon menurut panduan syariah.
'Sejak pelancaran Indeks Pasaran Islam Dow Jones pada 1999, kami komited menyediakan masyarakat pelabur dengan keluarga indeks yang paling komprehensif dan boleh dijadikan kayu ukur berlandaskan syariah.
'Bukan sahaja kami dapat mengembangkan siri indeks itu bagi kategori rantau, negara, saiz dan sektor, malah kami juga telah melancarkan indeks pertama bagi menjejaki bon-bon Islam serta indeks pertama dalam menggabungkan prinsipprinsip pelaburan Islam dengan kriteria yang dapat dikekalkan.
'Para peserta pasaran boleh menjangka inovasi berterusan dalam bidang ini,' kata Presiden Indeks Dow Jones, Encik Michael A. Petronella, dalam satu kenyataan syarikat itu semalam.
Para pemenang anugerah itu dipilih oleh panel yang terdiri daripada lima pengadil dalam industri kewangan Islam.
Indeks Dow Jones memenangi Penyedia Indeks Islam Terbaik kerana ia adalah penyedia indeks pertama menghasilkan keluarga indeks Islam, yang kini termasuk lebih 70 indeks.
Buat masa ini terdapat lebih 60 pemegang lesen dengan aset bernilai AS$5 bilion ($7.2 bilion) yang menggunakan Indeks Pasaran Islam Dow Jones sebagai tanda aras, tambah kenyataan itu.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Darurat Pinjaman

Oleh Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)
“USTAZ, saya cuba memohon pembiayaan daripada bank Islam, tetapi mereka tolak. Adakah saya berdosa jika kemudian mendapatkan pinjaman riba daripada bank konvensional?” Demikian pertanyaan seorang pemuda berusia 30-an kepada saya sejurus kuliah yang panas berkaitan isu kewangan di sebuah masjid.“Puas saya memohon daripada bank Islam, tapi semuanya ditolak. Kata nak selamatkan orang daripada riba, tetapi kenapa tolak permohonan saya?” luah seorang lagi pembaca menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya.
“Cerewet benar prosedurnya (bank Islam). Sepatutnya dimudahkan bagi menyelamatkan orang daripada riba. Ini tidak, kena tolak (permohonan) pula. Jadi daruratlah untuk ambil konvensionalkan, ustaz?” tanya seorang ibu tiga anak ketika waktu rehat satu Kursus Kewangan Islam kepada saya, baru-baru ini.Adakah darurat atau hajiat apabila permohonan ditolak?“Belum lagi,” itu jawapan ringkas saya. Hujahnya saya sebutkan dulu iaitu: Ertinya: “Sesungguhnya apa yang diharuskan kerana darurat sesungguhnya memerlukan keyakinan akan wujudnya darurat itu selepas usaha pencarian (yang halal).” (Syarhul Umdah, 1/426)Justeru dalam hal ini, adakah cukup digelar darurat atau hajiat, sedangkan baru satu bank Islam yang menolak?Sudah tentu belum, anda perlu mencuba di semua bank dan jendela perbankan Islam di Malaysia sebelum boleh mendakwa anda tersepit dan terdesak untuk terbabit dengan riba di bank konvensional.Berikut senarai bank Islam dan jendela perbankan Islam yang wujud di Malaysia. (Rujuk juga www.zaharuddin.net)Bank yang ada lesen dan menjalankan operasi produknya 100 peratus mengikut syariah adalah seperti berikut:Affin Islamic Bank Berhad; Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad; AmIslamic Bank Berhad; Asian Finance Bank Berhad (AFBB); Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); Bank Muamalat Malaysia Berhad; CIMB Islamic Bank Berhad; EONCAP Islamic Bank Berhad; Hong Leong Islamic Bank Berhad; Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dan RHB ISLAMIC Bank Berhad (RHBI).Bank konvensional tetapi ada lesen untuk mewujudkan jendela perbankan Islam bagi menawarkan produk menepati syariah pula adalah:ABN Amro Bank Berhad; Alliance Bank Malaysia Berhad; Citibank Berhad; HSBC Bank Malaysia Berhad (Bahagian Islam dinamakan HSBC Amanah); Malayan Banking Berhad; OCBC Bank (Malaysia) Berhad; Public Bank Berhad dan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (Bahagian Islam dinamakan Standard Chartered Sadiq).Nota: Jika anda pergi ke semua bank ini, anda akan dapati produk pembiayaan Islam ditawarkan. Ia juga disahkan oleh Majlis Syariah mereka.Institusi kewangan yang turut menawarkan perkhidmatan produk Islam adalah:Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad; Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad; Export-Import Bank of Malaysia Berhad; Bank Pertanian Malaysian dan Bank Simpanan Nasional Berhad. (Semua nama bank di atas adalah sumber Bank Negara Malaysia (BNM)Jika semua bank di atas menolak anda kerana permohonan anda tiada kelayakan atau disenaraihitamkan, anda masih boleh mencuba beberapa koperasi yang menawarkan Pembiayaan Islam. Namun, ia hanya bagi yang layak saja seperti kakitangan kerajaan.Bagi insurans Islam atau takaful pula, anda wajib mencari perlindungan daripada mana-mana syarikat takaful yang diiktiraf berikut terlebih dulu. Ia seperti berikut:CIMB Aviva Takaful Berhad; Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad; HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad; MAA Takaful Berhad; Prudential BSN Takaful Berhad; Syarikat Takaful Malaysia Berhad; Takaful Ikhlas Sdn Berhad dan Takaful Nasional Sdn Berhad(Setakat Julai 2007, sumber: BNM)Setiap bank dan pengendali takaful ada cara semakan kemampuan individu atau ‘credit checking’ yang tersendiri. Tidak semestinya jika permohonan anda ditolak di sebuah bank Islam, bermakna bank Islam lain juga akan menolak.Setiap bank ada cara pemasaran dan strategi masing-masing. Sebagai contoh, AFBB tidak menawarkan pembiayaan kenderaan, BIMB pula difahamkan tidak membiayai pembelian kereta terpakai, manakala RHBI menawarkan pembiayaan bagi kereta terpakai tetapi hanya jenama tertentu.Sehubungan itu, tidak boleh dianggap semua bank Islam akan menolak jika satu berbuat demikian. Jika semua institusi kewangan di atas menolak permohonan anda, baru kaedah hajiat atau darurat boleh terpakai. Itupun dalam konteks terbatas sebagaimana disebutkan:Ertinya: “Apa-apa yang diharuskan kerana sebab darurat, adalah dibataskan dengan batasan tertentu.” (As-Ashbah Wa An-Nazair, As-Suyuti, 1/82; Hawashi Asy-Syarwani, 3/27)Ia mensyaratkan penggunaan minimum dan ada had tertentu. Ertinya, wajib dihadkan kepada jumlah dan kadar setakat menampung keperluan mendesak saja tanpa bermewahan dan mengambil kesempatan pula.Dalam konteks rumah, ia rumah pertama untuk didiami saja dan bukan rumah bagi tujuan pelaburan melalui sewa atau lain-lain.Apa yang bank Islam semak daripada pemohon?Setiap bank ada cara masing-masing, saya tidak mampu menyatakan semua cara mereka dan ia juga bersifat terlalu teknikal. Secara umum, mereka menyemak:
Kemampuan pendapatan bulanan anda dan beban hutang anda dari bank lain. Ia dinamakan ‘Margin of Repayment’ dan ‘Agrgregated Margin of Repayment’. Setiap bank Islam meletakkan peratusan kemampuan pelanggan yang tersendiri bagi memenuhi standard kredit bank.Sebagai contoh, ketika pemohonan dibuat, pelanggan mesti ada lebihan pendapatan bulanan sebanyak 50 peratus daripada semua jumlah hutang daripada bank lain.Formula kiraan: Bayaran ansuran bank A+B+C=mesti kurang 50 peratus daripada jumlah pendapatan kasar bulanan.Sebagai contoh, Karim berpendapatan bulanan RM5,000 dan ada sebuah rumah dengan bayaran ansuran sebanyak RM1,000, dua kereta RM550 dan RM600. Kini, beliau ingin membeli sebuah rumah lagi, justeru pihak bank akan memastikan kekuatan kewangannya seperti berikut: RM1,000+RM 550+RM600=43 peratus daripada RM5,000.Jika dilihat daripada keputusan ini iaitu 43 peratus, ini bererti permohonan Karim layak diproses dan diluluskan.Jika tidak cukup, anda mungkin memerlukan penjamin atau memasukkan nama isteri atau suami untuk menggabungkan kekuatan kewangan bagi berurusan dengan bank ini.
CTOS — laporan ini biasanya mengandungi ‘Customer’s Legal Status’, sebagai contoh saman dan proseding kemuflisan, sebarang kes mahkamah dan lain-lain berkaitan undang-undang.Menurut CTOS Sdn Bhd, mereka sentiasa mengemas kini informasi yang ada setiap hari. Maklumat ini mereka kumpul daripada maklumat awam di Jabatan Insolvensi Negara, surat khabar dan lain-lain. Namun baru-baru ini, perkhidmatan mereka mencetus kontroversi kerana banyak maklumat tidak dikemaskini dan menyebabkan bank menolak permohonan individu yang bersih daripada masalah undang-undang. --(Harian Metro, 16 Dis 07)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday, 13 December 2007

Public Mutual jual PCIF RM1 bilion

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Public Mutual telah menjual hampir RM1 bilion Public Dana China Ittikal (PCIF) dalam tempoh tawaran dana itu yang berakhir 10 Disember lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, dana itu mendapat sambutan baik daripada pelabur kerana ia merupakan dana Islam China yang pertama di negara ini.
Selain itu, ia memberi peluang kepada pelabur untuk merasai manfaat daripada prospek pertumbuhan di negara berkenaan, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, PCIF merupakan dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dan juga sesuai untuk pelabur yang agresif.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday, 7 December 2007

Manfaatkan pasaran halal

PULAU PINANG 6 Dis. – Malaysia, Indonesia dan Thailand berkedudukan baik untuk memanfaatkan perkongsian dalam bekalan dan pemasaran produk halal terutamanya yang berkaitan dengan produk berasaskan makanan dan herba.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dengan bekerjasama, ketiga-tiga negara boleh mempercepatkan pembangunan rantaian bekalan halal serantau.
“Buat permulaan, kerjasama mungkin boleh dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan pensijilan halal Malaysia yang akan membantu dalam pengeluaran dan pengedaran produk dan perkhidmatan halal kepada pelanggan Islam di seluruh dunia,” kata beliau pada pelancaran Ekspo dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) 2007 di sini hari ini.
Abdullah juga berkata, kawasan seluas 11.6 hektar telah diperuntukkan sebagai taman halal di Padang Besar, Perlis, yang boleh berfungsi sebagai pintu masuk logistik bagi produk halal antara bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.
Beliau berkata, kerajaan negeri Perlis, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) telah dipertanggungjawabkan untuk memacu pembangunan taman halal itu.
Perdana Menteri yang diiringi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kemudian menyaksikan majlis permeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU).

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Salah faham perbankan Islam

KERAP kali kita mendengar orang Islam membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank-bank Islam dan kadar riba haram (interest) yang dikenakan oleh perbankan konvensional.Ikhlas saya katakan, ia adalah satu perbandingan yang amat tidak benar dan tidak wajar. Seorang lelaki berkata: “Saya rasa kepemimpinan George Bush ada persamaan dengan Nabi Muhammad daripada sudut penguasaan ahlinya.”
Apa perasaan anda bila dibandingkan Nabi Muhammad SAW, seorang Rasul dan kekasih Allah dengan seorang manusia seperti George Bush? Bagi yang sensitif, perbandingan itu tidak wajar sama sekali daripada sudut spiritual dan fizikal. Bagaimanapun, bagi yang sudah hampir mati spiritualnya, perbandingan itu dilihat wajar dan adil.Tindakan membandingkan apa yang ditawarkan oleh bank Islam dan bank konvensional ternyata silap, iaitu daripada sudut:1) Spiritual - kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram. 2) Fizikal - kerana cuba membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang berbeza.Ia boleh dianggap sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank Islam dalam produk pembiayaannya dan kadar faedah riba yang dikenakan oleh bank konvensional.Kesilapan menjadi semakin ketara apabila orang ramai yang tidak faham menyamakan secara umum kononnya bank Islam mahal dalam semua produknya sedangkan kadar pembiayaan kereta adalah sama dan sangat hampir dengan bank konvensional.Malah, sesetengah produk pembiayaan korporat di bank-bank Islam jauh lebih murah daripada konvensional.Jika pembiayaan rumah pula, yang biasanya dijadikan ukuran oleh orang ramai, kadar harga adalah berbeza-beza mengikut lokasi rumah yang ingin dibeli, kemampuan pelanggan, peratusan pinjaman atau pembiayaan yang dipohon dengan kadar bagi pinjaman 90 peratus adalah berbeza daripada pinjaman 50 atau 70 peratus selain tempoh jangka pembiayaan dan banyak aspek serta perkiraan lagi.Sebarang perbandingan mestilah mengambil kira semua faktor itu sebelum ia dibuat. Perbandingan yang dibuat secara umum pasti akan menunjukkan kelemahan diri dalam ilmu perbandingan.Berikut adalah beberapa fakta yang menyebabkan dakwaan bahawa pinjaman perumahan bank konvensional lebih murah daripada dalam perbankan Islam adalah silap dan tidak tepat sama sekali:1. Perbandingan Kiraan Yang SilapOrang ramai tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam hanya mengenakan 7.5 peratus, sebagai contoh dari tahun ketiga sehingga tahun ke-30. Ini bermakna kadar berkenaan tidak akan bergerak sehingga 30 tahun.Berbeza dengan pinjaman perumahan oleh produk konvensional dengan hampir semuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama dan kedua, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas ditolak dengan peratusan tertentu sebagai contoh 0.25 peratus. Yang pasti, kadar dikenakan tidak tetap.Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi sebagai contoh 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi.Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebat (Ibra’) apabila pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal.Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lalu dan tahun ini daripada enam peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan.Jika anda melihat statistik, kadar BLR melebihi lapan peratus bermula 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan.Perlu diingat juga, jika dalam tempoh berkenaan anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh bank konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah `menggunung’.Ketika itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti ‘membuang duit di dalam sungai’ kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Saya akan mendedahkan mengapa ia berlaku selepas ini.Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang tidak tepat dan tidak logik untuk diperbandingkan. Cuba lihat Jadual 1 bagaimana perbandingan boleh dibuat terhadap tawaran dua bank berikut ketika ini Jika anda dapat melihat kedua-dua tawaran di atas, bagaimana mungkin anda boleh mengetahui yang mana satu lebih murah? Memang benar bank Islam menetapkan daripada awal harga jualan rumahnya kepada pelanggan kerana ia adalah kewajipan dalam syariah.Berikutan itu, seseorang menyangka bank Islam lebih mahal kerana menjual sebuah rumah berharga asal RM130,000 dengan harga RM260,000 sedangkan pemberitahuan harga begini memang diperlukan bagi sebuah transaksi Murabahah dan Al-Bai.Sebarang pembelian aset yang tidak diketahui harganya adalah diharamkan di dalam Islam seperti: “Saya jual sofa ini kepada anda dengan harga bergantung kepada BLR. Minggu pertama BLR tolak empat peratus, minggu kedua BLR tolak tiga peratus dan lain-lain.” Transaksi jualan aset sebegini adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama silam dan terkini. Tahap haramnya bertambah tinggi apabila sebuah pinjaman dengan riba yang tidak diketahui pula jumlah bayaran semula yang dikenakan tatkala pinjaman dibuat. Ia adalah riba dan Gharar. Yang jelas dalam hal di atas, perbandingan antara harga yang diletakkan oleh bank Islam dan bank konvensional tidak boleh dibuat lagi kerana jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank konvensional tidak akan dapat diketahui sehingga tempoh pinjaman anda tamat.Perbandingan ini menjadi salah kerana bank konvensional bergantung sepenuhnya kepada kadar BLR yang berubah-ubah. Bagaimana anda boleh membandingkan benda yang tiada dengan yang sudah ada? Kecuali jika individu berkenaan tidak mempunyai pengetahuan mengenai kewangan.Malangnya, kebanyakan umat Islam di Malaysia kelihatan berfikiran jangka pendek. Mereka hanya melihat pembayaran di hadapan mata mereka tanpa melihat jauh ke hadapan berbelas tahun lagi.Ini menyebabkan mereka sering terperangkap dalam perbandingan yang silap.Saya tegaskan sekali lagi, jika anda ingin mengatakan kadar faedah bagi bak konvensional berdasarkan contoh di atas adalah sama untuk tahun kedua dan ketiga iaitu 4.75 peratus, anda telah tersilap kerana ia belum dapat dipastikan lagi sehingga tahun depan barulah ia akan diketahui kadarnya. - (Harian Metro) BERSAMBUNG....

Kewangan Islam Kian Bercambah Di Dunia

DENGAN Hongkong turut melancarkan dana Islamnya yang pertama Khamis lalu, jelaslah kewangan Islam kian bercambah di seluruh dunia.
Bahkan, kajian menunjukkan bukan Muslim merupakan pengguna terbesar sistem kewangan ditadbir menurut syariah kerana didapati lebih adil daripada perbangkan tradisional.
'Syarat-syaratnya lebih baik daripada pinjaman biasa,' kata David Ong-Yeoh, eksekutif hubungan awam Malaysia, kepada harian The New York Times, Khamis lalu.
Islam menegah umatnya menerima dan membayar kadar bunga atau riba bagi pinjaman.
Perbankan Islam yang berlandaskan syariah beroperasi dengan berkongsi untung dan rugi antara bank dengan pelanggan.
Urusan biaya merupai urusan sewa dan beli, rancangan penetapan, pembelian bersama dan perjanjian jual beli atau perkongsian.
Encik Ong-Yeoh, 41 tahun, adalah antara bukan Islam yang memanfaatkan produk kewangan Islam yang menawarkan pulangan bersaing.
Beliau mendapatkan pinjaman kadar tetap selama 30 tahun daripada sebuah institusi kewangan Islam di negaranya. Kemudian beliau mengambil pinjaman untuk keretanya.
'Saya sekadar memanfaatkan sistem ini,' kata Encik Ong-Yeoh, yang bukan bersendirian.
Cik Kee E-lene, beragama Buddha dan peguam syarikat, menasihati para pelanggannya supaya menggunakan pinjaman Islam untuk membiayai projek binaan.
'Kami menilai semua ini macam syarikat Apple atau Berkshire Hathaway,' katanya.
Di cawangan Kuwait Finance House, di Malaysia, 40 peratus penyimpan dan 60 peratus peminjamnya adalah bukan Islam.
'Sistem kewangan Islam menghormati kepentingan pelbagai pihak, menghindari menangguk di air keruh dan memberikan layanan saksama,' jelas Rasheed Mohammed al-Maraj, Gabenor Bank Pusat Bahrain.
Selain pinjaman Islam, terdapat bon, kad kredit dan derivatif yang diurus menurut Syariah.
Banker Islam tidak diizin menerima dan menyediakan apa juga dana yang melibatkan benda memabukkan, perjudian, lucah, tembakau, senjata dan babi.
Kewangan Islam kini sudah merupakan sektor paling pesat pertumbuhannya dalam industri kewangan jagat.
Hang Seng Bank, bank kedua terbesar di Hongkong dan anak syarikat bank antarabangsa, HSBC, melancarkan Hang Seng Islamic China Index Fund, dana Islam pertama di Hongkong pada Khamis lalu.
'Dana ini akan membantu para pelabur menawan pulangan pelaburan yang dijana oleh minat antarabangsa yang meluas dalam pelbagai pasaran,' kata Encik William Leung, pengurus besar bahagian khidmat kewangan peribadi dan pengurusan kekayaan Hang Seng.
Hang Seng merupakan yang terbaik dalam senarai panjang institusi antarabangsa, termasuk Citigroup, HSBC dan Deutsche Bank, yang menyertai niaga perbankan Islam.
Kini, terdapat sekitar 300 bank dan institusi kewangan Islam di serata dunia dengan aset ditaksir tumbuh ke paras AS$1 trilion ($1.4 trilion) pada 2013.
Di Asia, kewangan Islam tumbuh dua angka, terutama di Malaysia, yang bermajoriti Muslim. Bahkan, Malaysia dianggap hab kewangan Islam serantau, jika bukan sedunia.
Indonesia, Thailand dan Singapura juga antara negara yang mempromosi kewangan Islam.
Di Timur Tengah, peminjam Arab Saudi yang terbesar, National Commercial Bank, merombak seluruh niaga runcitnya agar menurut syariah.
Tunisia dan Maghribi mengesahkan bank-bank Islam pertama mereka tahun ini. Malah, pinjaman dan bon berlandaskan syariah sudah terdapat di Amerika Syarikat dan Britain.
'Daripada sekadar industri tukikan saja, ia kini menjadi industri sejagat,' kata Encik Khawaja Mohammad Salman Younis, pengarah urusan operasi di Malaysia bagi Kuwait Finance House.
'Dalam tempoh tiga hingga lima tahun, anda akan melihat bank Islam muncul di Australia, China, Jepun dan bahagian dunia yang lain.'- NYT.

Kuala Lumpur Manfaatkan Kelebihan Terajui Perbankan Islam

MALAYSIA akan memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju dalam perbankan Islam ekoran minat semakin meningkat di kalangan banyak negara untuk meneroka pasaran modal Islam yang lumayan, kata Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, semalam.
Semakin banyak pusat kewangan antarabangsa mengintai industri kewangan Islam global, dengan anggaran nilai AS$700 bilion ($1.008 trilion) hingga AS$1 trilion, dengan penuh minat.
Hongkong antara yang terbaru menyertai pusat kewangan itu, termasuk Singapura dan Bahrain, bagi meneroka pasaran Islam.
'Malaysia memulakan sistem perbankan Islamnya kira-kira 25 tahun lalu, dan kita sekarang mempunyai model yang lengkap dan canggih dan tidak dapat ditandingi negara lain,' kata Tan Sri Nor Mohamed yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam misi pelaburan selama tiga hari ke Hongkong bermula semalam.
'Perbankan Islam sememangnya merupakan bidang kepakaran dan pertumbuhan baru kita. Kita mempunyai kelebihan daya saingan dan kita perlu menggunakannya sepenuhnya,' katanya kepada pemberita Malaysia dalam satu laporan Bernama.
'Kita ada pasaran bon Islam yang baik di Malaysia, mereka boleh datang dan menerbitkan bon Islam di Malaysia dan kita boleh selaraskan untuk membantu mereka memandangkan pengalaman yang kita ada,' tambah beliau.
Pihak penyelia sekuriti Hong Kong di hab kewangan antarabangsa meluluskan dana runcit berlandaskan syariah pertamanya oleh Hang Seng Bank, satu unit kumpulan perbankan global HSBC.
Ketua Eksekutif, Encik Donald Tsang, berkata awal bulan ini bahawa Hongkong sedang mengkaji untuk memajukan pasaran bon Islam dan akan menghantar misi ke Timur Tengah tahun depan.

Krisis ekonomi dari perspektif Islam

Oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Sepanjang beberapa minggu lalu, masyarakat dihebahkan mengenai harga barangan di pasaran yang berpotensi untuk terus meningkat naik. Peningkatan harga di pasaran bukan hanya berlaku di Malaysia, bahkan merupakan fenomena global yang sedang dan bakal dihadapi oleh seluruh warga dunia.

Umum maklum bahawa fenomena peningkatan harga barangan yang berlaku amat terkait dengan malapetaka ekonomi yang melanda Amerika Syarikat ketika ini. Malapetaka ekonomi yang dimaksudkan ialah kejatuhan luar biasa pasaran jual beli hutang atau dikenali sebagai ‘subprime mortgage’ yang setakat ini telah mencecah kerugian sebanyak AS$400 bilion. Nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) juga turut menerima kesan apabila jatuh pada kadar terendahnya minggu lalu ke paras 1.444 berbanding mata wang Euro.

Dalam realiti ekonomi global, malapetaka ekonomi yang disebabkan oleh krisis pasaran hutang AS secara langsung mahupun tidak akan memberi kesan kepada ekonomi dunia. Kejatuhan berterusan nilai mata wang AS yang menjadi mata wang asas dalam perdagangan antarabangsa pastinya akan mempengaruhi kenaikan harga pasaran komoditi-komoditi utama dunia. Buktinya, harga minyak minggu lalu sahaja telah mencecah ke paras AS$95 (RM316) setong manakala komoditi lain seperti emas mencecah paras tertinggi sejak 1980 iaitu AS$800 seounce.

Senario yang penulis ungkapkan ini sebenarnya memberikan isyarat jelas bahawa masyarakat bakal berhadapan dengan bencana ekonomi pada bila-bila masa. Sekarang ini pun kita semakin merasai kenaikan harga barangan di pasaran. Namun situasi ini tidaklah pula bermakna kita harus pasrah sahaja dengan apa jua keadaan yang bakal melanda. Amat malang lagi kiranya kita hanya berpeluk tubuh mengharapkan keajaiban agar masalah mampu selesai tanpa sebarang usaha.

Sikap sebegini pastilah bertentangan dengan fitrah dan prinsip Islam sejati. Walhal, Islam mengajar kita agar sentiasa bersiap siaga dan merencana untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuklah dalam isu ekonomi.

Inilah yang diisyaratkan oleh Al-Quran dalam kisah Nabi Yusuf a.s. dalam perancangan lima belas tahun yang dilakukannya sebagai jalan keluar daripada krisis yang melanda negara. Salah satu langkah yang diambilnya dalam perancangan itu ialah mengurangkan aspek kepenggunaan dalam tahun- tahun kemakmuran, di samping menyediakan bahan-bahan makanan yang dapat disimpan untuk menghadapi tahun-tahun kemarau. Kisah ini dinukilkan oleh Al-Quran: Maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan ditangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan (Yusuf: 47).

Seterusnya ketika menghadapi tempoh krisis, pendekatan penjimatan dan pengagihan bekalan yang disimpan secara adil dan bijaksana turut ditekankan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah: Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan. (Yusuf: 48)

Pernyataan-pernyataan dalam Al-Quran sebagaimana yang terungkap dalam surah Yusuf di atas jelas mengisyaratkan betapa pentingnya pengurusan ekonomi secara bijaksana dalam menghadapi zaman gersang dan bencana. Ini termasuklah prinsip yang mengkehendaki setiap individu berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja terutamanya ketika senang bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya krisis ekonomi.

Memanglah dalam Islam, prinsip asal dalam muamalah berbelanja ialah setiap orang bebas untuk menggunakan segala kebaikan dan kenikmatan yang dihalalkan oleh Allah. Walau bagaimanapun kebebasan ini dibatasi oleh beberapa syarat yang bertujuan memastikan agar ia tidak mendatangkan kemudaratan dan kerugian kepada kepentingan awam.

Sebab itulah kepimpinan negara selaku ulil amri dibolehkan menggunakan pendekatan politik atau disebut sebagai “siyasah syariyyah” untuk mengekang dan membataskan kebebasan tersebut apabila wujud keadaan kecemasan (darurat) bagi menjaga kemaslahatan umat terbanyak.

Sebagai contoh, pernah dilaporkan oleh Ibn Jauzi dalam sirah Umar ibn al-Khattab bahawa pada masa kekhalifahannya beliau pernah melarang orang ramai untuk makan daging selama dua hari berturut-turut dalam satu minggu kerana bekalan daging sangat sedikit dan tidak mencukupi untuk semua orang di Madinah. Baginda turut menggunakan pendekatan siyasah syariyyah dengan melarang masyarakat menyembelih untuk sementara waktu sebagai langkah memastikan kepentingan rakyat terbanyak mampu dipertahankan.

Demikianlah prinsip dan nilai yang digariskan Islam agar umat sentiasa dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana dan malapetaka. Justeru sudah tiba masanya penekanan diberikan kepada umat mengenai aspek muamalah dalam Islam sebagaimana mereka diasuh mengenai hal-ehwal ibadah.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday, 3 December 2007

Halal dan Haram dalam Islam (Muamalah) - oleh Yusuf Qardhawi - Bahagian 2 (Bahasa Indonesia)

4.2.3 Mempermainkan Harga

Islam memberikan kebebasan pasar, dan menyerahkannya kepada hukum naluri yang kiranya dapat melaksanakan fungsinya selaras dengan penawaran dan permintaan. Justru itu kita lihat Rasulullah s.a.w. ketika sedang naiknya harga, beliau diminta oleh orang banyak supaya menentukan harga, maka jawab Rasulullah s.a.w.:

"Allahlah yang menentukan harga, yang mencabut, yang meluaskan dan yang memberi rezeki. Saya mengharap ingin bertemu Allah sedang tidak ada seorang pun di antara kamu yang meminta saya supaya berbuat zalim baik terhadap darah maupun harta benda." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Abu Ya'la)
Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis tersebut, bahwa ikut campur dalam masalah pribadi orang lain tanpa suatu kepentingan yang mengharuskan, berarti suatu perbuatan zalim, di mana beliau ingin bertemu Allah dalam keadaan bersih samasekali dari pengaruh-pengaruh zalim itu.

Akan tetapi jika keadaan pasar itu tidak normal, misalnya ada penimbunan oleh sementara pedagang, dan adanya permainan harga oleh para pedagang, maka waktu itu kepentingan umum harus didahulukan daripada kepentingan perorangan. Dalam situasi demikian kita dibolehkan menetapkan harga demi memenuhi kepentingan masyarakat dan demi menjaga dari perbuatan kesewenang-wenangan dan demi mengurangi keserakahan mereka itu. Begitulah menurut ketetapan prinsip hukum.

Dengan demikian, apa yang dimaksud oleh hadis di atas, bukan berarti mutlak dilarang menetapkan harga, sekalipun dengan maksud demi menghilangkan bahaya dan menghalang setiap perbuatan zalim. Bahkan menurut pendapat para ahli, bahwa menetapkan harga itu ada yang bersifat zalim dan terlarang, dan ada pula yang bijaksana dan halal.

Oleh karenanya, jika penetapan harga itu mengandung unsur-unsur kezaliman dan pemaksaan yang tidak betul; yaitu dengan menetapkan suatu harga yang tidak dapat diterima, atau melarang sesuatu yang oleh Allah dibenarkan, maka jelas penetapan harga semacam itu hukumnya haram.

Tetapi jika penetapan harga itu penuh dengan keadilan, misalnya dipaksanya mereka untuk menunaikan kewajiban membayar harga mitsil dan melarang mereka menambah dari harga mitsil, maka hal ini dipandang halal, bahkan hukumnya waiib.

Dalam bagian pertama, masuk apa yang disebut oleh hadis di atas. Jadi kalau orang-orang menjual barang dagangannya menurut cara yang lazim tanpa ada sikap-sikap zalim dari mereka, kemudian harga naik, mungkin karena sedikitnya barang atau karena banyaknya orang yang membutuhkan, sesuai dengan hukum penawaran dan permintaan, maka naiknya harga semacam itu kita serahkan kepada Allah. Tetapi kalau orang-orang dipaksa menjual barangnya dengan harga tertentu, ini namanya suatu pemaksaan yang tidak dapat dibenarkan.

Adapun dalam bagian kedua, yaitu misalnya si penjual tidak mau menjual barangnya, padahal sangat dibutuhkan orang banyak, melainkan dengan tambahan harga yang ditentukan, maka di sinilah timbulnya suatu keharusan memaksa mereka untuk menjual barangnya itu dengan harga mitsil.6

Pengertian menetapkan harga dalam hal ini hanyalah suatu pemaksaan untuk menjualnya dengan harga mitsil, dan suatu penetapan dengan cara yang adil sebagai memenuhi perintah Allah.7

4.2.4 Penimbun Dilaknat

Sekalipun Islam memberikan kebebasan kepada setiap orang dalam menjual, membeli dan yang menjadi keinginan hatinya, tetapi Islam menentang dengan keras sifat ananiyah (egois) yang mendorong sementara orang dan ketamakan pribadi untuk menumpuk kekayaan atas biaya orang lain dan memperkaya pribadi, kendati dari bahan baku yang menjadi kebutuhan rakyat.

Untuk itu Rasulullah s.a.w. melarang menimbun dengan ungkapan yang sangat keras.

Sabda Rasul:

"Barangsiapa menimbun bahan makanan selama empat puluh malam, maka sungguh Allah tidak lagi perlu kepadanya." (Riwayat Ahmad, Hakim, Ibnu Abu Syaibah dan Bazzar)
Dan sabdanya pula:

"Tidak akan menimbun kecuali orang berbuat dosa." (Riwayat Muslim)
Perkataan khathiun (orang yang berbuat dosa) bukan kata yang ringan. Perkataan ini yang dibawakan oleh al-Quran untuk mensifati orang-orang yang sombong dan angkuh, seperti Fir'aun, Haaman dan konco-konconya. Al-Quran itu mengatakan:

"Sesungguhnya Fir'aun dan Haaman dan bala tenteranya, adalah orang-orang yang berbuat salah/dosa." (al-Qashash: 8)
Rasulullah s.a.w. menegaskan tentang kepribadian dan ananiyah orang yang suka menimbun itu sebagai berikut:

"Sejelek-jelek manusia ialah orang yang suka menimbun; jika dia mendengar harga murah, merasa kecewa; dan jika mendengar harga naik, merasa gembira." (hadis ini dibawakan oleh Razin dalam Jami'nya)
Dan sabdanya pula:

"Saudagar itu diberi rezeki, sedang yang menimbun dilaknat." (Riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
Ini semua bisa terjadi, karena seorang pedagang bisa mengambil keuntungan dengan dua macam jalan:

Dengan jalan menimbun barang untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi, di saat orang-orang sedang mencari dan tidak mendapatkannya, kemudian datanglah orang yang sangat membutuhkan dan dia sanggup membayar berapa saja yang diminta, kendati sangat tinggi dan melewati batas.
Dengan jalan memperdagangkan sesuatu barang, kemudian dijualnya dengan keuntungan yang sedikit. Kemudian ia membawa dagangan lain dalam waktu dekat dan dia beroleh keuntungan pula. Kemudian dia berdagang lainnya pula dan beroleh untung lagi. Begitulah seterusnya.
Mencari keuntungan dengan jalan kedua ini lebih dapat membawa kemaslahatan dan lebih banyak mendapatkan barakah serta si pemiliknya sendiri --insya Allah-- akan beroleh rezeki, sebagaimana spirit yang diberikan oleh Nabi s.a.w.

Di antara hadis-hadis penting yang berkenaan dengan masalah penimbunan dan permainan harga ini, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ma'qil bin Yasar salah seorang sahabat Nabi. Ketika dia sedang menderita sakit keras, didatangi oleh Abdullah bin Ziad --salah seorang gubernur dinasti Umaiyah-- untuk menjenguknya. Waktu itu Abdullah bertanya kepada Ma'qil: Hai Ma'qil: Apakah kamu menduga, bahwa aku ini seorang yang memeras darah haram? Ia menjawab: Tidak. Ia bertanya lagi: Apakah kamu pernah melihat aku ikut campur dalam masalah harga orang-orang Islam? Ia menjawab: Saya tidak pernah melihat. Kemudian Ma'qil berkata: Dudukkan aku! Mereka pun kemudian mendudukkannya, lantas ia berkata: Dengarkanlah, hai Abdullah! Saya akan menceriterakan kepadamu tentang sesuatu yang pernah saya dengar dari Rasulullah s.a.w., bukan sekali dua kali.

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda demikian:

"Barangsiapa ikut campur tentang harga-harga orang-orang Islam supaya menaikkannya sehingga mereka keberatan, maka adalah menjadi ketentuan Allah untuk mendudukkan dia itu pada api yang sangat besar nanti di hari kiamat." Kemudian Abdullah bertanya: "Engkau benar-benar mendengar hal itu dari Rasulullah s.a.w.?!" Ma'qil menjawab: "Bukan sekali dua kali." (Riwayat Ahmad dan Thabarani)
Dari nas-nas hadis tersebut dan mafhumnya, para ulama beristimbat (menetapkan suatu hukum), bahwa diharamkannya menimbun adalah dengan dua syarat:

Dilakukan di suatu negara di mana penduduk negara itu akan menderita sebab adanya penimbunan.
Dengan maksud untuk menatkkan harga sehingga orang-orang merasa payah, supaya dia beroleh keuntungan yang berlipat-ganda.

4.2.5 Mencampuri Kebebasan Pasar dengan Memalsu

Dapat dipersamakan dengan menimbun yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w., yaitu: seorang kota menjualkan barang milik orang dusun. Bentuknya --sebagai yang dikatakan oleh para ulama-- adalah sebagai berikut: Ada seorang yang masih asing di tempat itu membawa barang dagangan yang sangat dibutuhkan orang banyak untuk dijual menurut harga yang lazim pada waktu itu. Kemudian datanglah seorang kota (penduduk kota tersebut) dan ia berkata: Serahkanlah barangmu itu kepada saya, biarkan sementara di sini untuk saya jualkan dengan harga yang tinggi. Padahal seandainya si orang dusun itu sendiri yang menjualnya, sudah barang tentu lebih murah dan dapat memberi manfaat pada kedua daerah dan dia sendiri akan mendapat untung juga.

Bentuk semacam ini, waktu itu sudah biasa terjadi di masyarakat, sebagaimana yang dikatakan oleh sahabat Anas r.a.:

"Kami dilarang orang kota menjualkan barang orang dusun, sekalipun dia itu saudara kandungnya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan demikian, mereka bisa belajar: bahwa kemaslahatan umum harus lebih diutamakan dari kepentingan pribadi.

Sabda Nabi:

"Tidak boleh orang kota menjualkan untuk orang dusun; biarkanlah manusia, Allah akan memberikan rezeki kepada mereka itu masing-masing." (Riwayat Muslim)
Dari kata-kata Nabi yang singkat biarkanlah manusia, Allah akan memberikan rezeki kepada mereka itu masing-masing kita dapat membuat satu rumusan sebagai prinsip yang sangat penting dalam dunia perdagangan, yaitu: kiranya masalah pasar, harga dan pertukarannya dibiarkan mengikuti selera fitrah dan faktor-faktor tabi'i, tanpa dicampuri oleh suatu pemalsuan dari sementara orang.

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang maksud orang kota tidak boleh menjualkan untuk orang dusun, kemudian ia berkata: yaitu orang kota tidak menjadi makelar untuk orang dusun,

Pengertiannya, kalau orang kota itu menunjukkan harga dan memberi nasehat serta memberitahukan tentang keadaan pasar, tanpa ada maksud mencari keuntungan seperti yang biasa dilakukan oleh makelar-makelar itu, maka hal semacam ini tidaklah berdosa. Karena dia memberi nasehat demi mencari keridhaan Allah. Sedang nasehat adalah salah satu bagian dari agama, bahkan agama itu sendiri seluruhnya adalah nasehat. Seperti kata Nabi:

"Agama itu adalah nasehat" (Riwayat Muslim)
Dan dalam hadis yang lain beliau bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu minta nasehat kepada saudaranya, maka nasehatilah dia." (Riwayat Ahmad)
Makelar secara umum bermaksud mencari keuntungan, yang kadang-kadang dia lupa terhadap kepentingan umum.

4.2.6 Makelar Itu Sendiri Hukumnya Halal

Makelar untuk orang luar daerah tidak berdosa. Sebab makelar semacam ini salah satu bentuk penunjuk jalan dan perantara antara penjual dengan pembeli, dan banyak memperlancar keluarnya barang dan mendatangkan keuntungan antara kedua belah pihak.

Makelar atau katakanlah perantara dalam perdagangan, di zaman kita ini sangat penting artinya dibandingkan dengan masa-masa yang telah lalu, karena terikatnya perhubungan perdagangan antara importer dan produser, antara pedagang kolektif dan antara pedagang perorangan. Sehingga makelar dalam hal ini berperanan yang sangat penting sekali.

Tidak ada salahnya kalau makelar itu mendapatkan upah kontan berupa uang, atau secara prosentase dari keuntungan atau apa saja yang mereka sepakati bersama.

Al-Bukhari mengatakan dalam kitab Sahihnya: Bahwa Ibnu Sirin, 'Atha', Ibrahim dan al-Hasan menganggap tidak salah kalau makelar itu mengambil upah. Dan begitu juga Ibnu Abbas, ia berkata: Tidak ada salahnya kalau pedagang itu berkata kepada makelar: 'Juallah bajuku ini dengan harga sekian. Adapun lebihnya (jika ada untungnya) maka buat kamu.' Dan Ibnu Sirin juga berkata: Apabila pedagang berkata kepada makelar: 'Jualkanlah barangku ini dengan harga sekian, sedang keuntungannya untuk kamu.' Atau ia berkata: 'Keuntungannya bagi dua.', maka hal semacam itu dipandang tidak berdosa. Sebab Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda sebagai berikut:

"Orang Islam itu tergantung pada syarat (perjanjian) mereka sendiri." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan lain-lain)8

Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993


---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday, 2 December 2007

Halal dan Haram dalam Islam (Muamalah) - oleh Yusuf Qardhawi - Bahagian 1 (Bahasa Indonesia)

4.2 Bagian Mu'amalah (Hubungan Pekerjaan)


ALLAH menciptakan manusia dengan suatu sifat saling membutuhkan antara satu dengan lainnya. Tidak ada seorangpun yang dapat menguasai seluruh apa yang diinginkan. Tetapi manusia hanya dapat mencapai sebagian yang dihajatkan itu. Dia mesti memerlukan apa yang menjadi kebutuhan orang lain.
Untuk itu Allah memberikan inspirasi (ilham) kepada mereka untuk mengadakan pertukaran perdagangan dan semua yang kiranya bermanfaat dengan cara jual-beli dan semua cara perhubungan. Sehingga hidup manusia dapat berdiri dengan lurus dan irama hidup ini berjalan dengan baik dan produktif.
Nabi Muhammad s.a.w. diutus, sedang waktu itu bangsa Arab memiliki aneka macam perdagangan dan pertukaran. Oleh karena itu sebagian yang mereka lakukan dibenarkan oleh Nabi, sepanjang tidak bertentangan dengan syariat yang dibawanya. Sedang sebagiannya dilarang yang kiranya tidak sesuai dengan tujuan dan jiwa syariat.
Larangan ini berkisar dalam beberapa sebab, di antaranya:
Karena ada usaha untuk membantu perbuatan maksiat.
Karena ada unsur-unsur penipuan.
Karena ada unsur-unsur pemaksaan.
Karena adanya perbuatan zalim oleh salah satu pihak yang sedang mengadakan perjanjian, dan sebagainya.


4.2.1 Menjual Sesuatu yang Haram, Hukumnya Haram


Apapun kebiasaan yang berlaku, jika membawa kepada perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam. Atau kalau ada sesuatu yang bermanfaat bagi ummat manusia, tetapi dia itu satu macam daripada kemaksiatan, maka membeli ataupun memperdagangkan hukumnya haram misalnya: babi, arak, makanan dan minuman yang diharamkan secara umum, patung, salib, lukisan dan sebagainya. Karena memperdagangkan barang-barang tersebut dapat menimbulkan perbuatan-perbuatan maksiat, dapat membawa orang berbuat maksiat atau mempermudah dan mendekatkan manusia untuk menjalankan maksiat. Sedang dengan diharamkannya memperdagangkan hal-hal tersebut dapat melambankan perbuatan maksiat dan dapat mematikan orang untuk ingat kepada kemaksiatan serta menjauhkan manusia dari perbuatan maksiat.
Untuk itu, maka Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan memperdagangkan arak, bangkai, babi dan patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Sesungguhnya Allah apabila mengharamkan sesuatu, maka Ia haramkan juga harganya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


4.2.2 Menjual Barang yang Masih Samar, Terlarang


Setiap aqad perdagangan ada lubang yang membawa pertentangan, apabila barang yang dijual itu tidak diketahui atau karena ada unsur penipuan yang dapat menimbulkan pertentangan antara si penjual dan pembeli atau karena salah satu ada yang menipu. Justru itu cara ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sebagai usaha menutup pintu perbuatan maksiat (saddud dzara'ik).
Justru itu pula, dilaranglah menjual bibit binatang yang masih ada di dalam tulang rusuk binatang jantan, atau menjual anak yang masih dalam kandungan, atau menjual burung yang terbang di udara, atau menjual ikan yang masih dalam air dan semua macam jual-beli yang terdapat unsur-unsur penipuan.2
Ini semua justru karena tidak diketahuinya secara pasti benda yang dijualnya itu.
Di zaman Nabi pernah terjadi beberapa orang menjual buah-buahan yang masih di pohon dan belum nampak tua. Sesudah aqad, terjadilah suatu musibah yang tidak diduga-duga, maka rusaklah buah-buahan tersebut. Akhirnya terjadilah pertentangan antara si penjual dan si pembeli, Si penjual mengatakan: saya sudah menjualnya dan sudah ada persetujuan. Sedang si pembeli mengatakan: kamu menjual kepadaku buah-buahan tetapi nyatanya kini buah itu tidak ada, Waktu itulah Nabi kemudian melarang menjual buah-buahan sehingga jelas sudah masak/tua,3 kecuali dengan syarat buah-buahan tersebut dipetik seketika itu juga.
Beliau melarang juga menjual biji-bijian yang masih dalam tangkai, kecuali apabila sudah nampak memutih dan selamat dari musibah.4 Kemudian beliau bersabda:
"Apakah kamu beranggapan kalau Allah sudah melarang buah-buahan, kemudian salah seorang di antara kamu menganggap halal untuk makan harta saudaranya?" (Riwayat Bukhari)
Tidak semua yang masih samar itu terlarang. Sebab sebagian barang ada yang tidak dapat dilepaskan dari kesamaran. Misalnya orang yang akan membeli sebuah rumah, tidak mungkin dia dapat mengetahui fondasi dan apa yang ada di dalam temboknya itu. Tetapi yang dilarang ialah kesamaran yang ada unsur-unsur kejahatan yang memungkinkan dapat membawa kepada permusuhan dan pertentangan atau memakan harta orang lain dengan cara batil.
Kalau kesamaran itu tidak seberapa, dan dasarnya ialah urfiyah, maka tidaklah haram, misalnya menjual barang-barang yang berada di dalam tanah, seperti wortel, lobak, brambang dan sebagainya; dan seperti menjual buah-buahan, misalnya mentimun, semangka dan sebagainya.
Begitulah menurut madzhab Malik, yang membolehkan menjual semua yang sangat dibutuhkan yang kiranya kesamarannya itu tidak banyak dan memberatkan di waktu terjadinya aqad.5

Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993


---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com