Terkini

Sunday 27 July 2008

Dana modal berteknologi Islam diwujudkan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Malaysia Venture Capital Management Bhd. (Mavcap) hari ini menandatangani perjanjian peruntukan dana modal berteknologi Islam pertama di Malaysia.
Dana modal teknologi Islam itu akan memperuntukan RM30 juta kepada Musharaka Venture Management Sdn. Bhd. (Musharaka) untuk dilaburkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Mavcap, Husni Salleh berkata, memandangkan sebelum ini, pasaran modal teroka lebih menjurus kepada kaedah konvensional dan dengan wujudkan pasaran modal teroka Islam akan memberi alternatif kepada pelabur.
''Musharaka telah dapat menarik minat pelabur daripada negara-negara Asia Barat kerana ia berlandaskan syariah serta negara lain seperti Switzerland,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian rakan niaga di bawah Program Rakan Niaga Penyumberan Luar Kedua (OSP-2) di sini hari ini.
Hadir pada majlis, Pengerusi Tech Venture Sdn. Bhd., Datuk Yusuf Md. Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Musharaka Tech Venture, Nor Idzam Yaakub dan Pengerusi Mavcop, Datuk Dr. Abdul Samad Alias.
Upacara menandatangani perjanjian itu, disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Kong Cho Ha.
Pada majlis yang sama, Mavcap turut memperuntukan RM30 juta kepada rakan niaganya, Teak Capital Sdn. Bhd. (Teak Capital) bagi pelaburan konvensional
Tambahnya, penubuhan Musharaka itu diharap dapat mempromosi modal teroka berlandaskan Islam serta dijangka dapat menjana perkembangan industri modal teroka tempatan.
Sementara itu, di bawah OSP-2, Mavcap telah mempunyai lima rakan niaga dengan jumlah peruntukan sebanyak RM140 juta.
''Kami akan menambah dua lagi rakan niaga bagi dengan peruntukan sebanyak RM50 juta dan sedang menimbangkan untuk memperuntukkan pinjaman kepada dana konvensional,'' katanya.

(Utusan Malaysia)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment