Terkini

Saturday, 27 June 2015

Rusia Cari Pengganti Pinjaman dari Barat dengan Sistem Kewangan Syariah

Sistem keuangan Syariah akan membantu perusahaan Rusia mengompensasi kekurangan pendanaan akibat mendinginnya hubungan Rusia dan Barat, serta konsekuensi dari penurunan jumlah bunga yang dimanifestasikan bank Barat terhadap peminjam dana dari Rusia. Pengumuman tersebut disampaikan dalam Forum Kazan Summit oleh Rustam Minnikhanov, Presiden Tatarstan, sebuah wilayah di Rusia yang didominasi oleh umat Islam.

Skema Alternatif"

Negara muslim tak ikut mengisolasi Rusia di arena internasional, dan situasi terkini dalam perekonomian dunia menunjukkan bahwa bank Syariah berhasil membantu melawan krisis global serta menyokong sistem keuangan dunia," terang Minnikhanov. Ia juga menyebutkan bahwa dukungan tersebut tak berarti dapat menggantikan pinjaman dari Barat secara menyeluruh, namun dapat memberi instrumen keuangan yang signifikan bagi perusahaan Rusia. Berdasarkan kalkulasi terbaru IMF, pada akhir 2015 jumlah dana dari sistem keuangan Syariah di dunia akan mencapai 3,4 triliun dolar AS.
"Keuangan Syariah semakin berpengaruh di tengah krisis dunia, karena semua operasi dalam skema ini dikonfirmasi oleh kehadiran uang yang nyata, sementara investasi menjadi lebih aman dan tak berisiko," terang Sekretaris Ekonomi dan Komersil Qatar Sultan Al-Khater. Secara khusus, berdasarkan ketentuan perbankan Islam, mereka juga tak bisa menerapkan bunga pinjaman dalam operasi keuangan, dan menerima pinjaman berarti menukar sebuah komoditas untuk hal lain.
Presiden Islamic Development Bank Ahmad Mohamed Ali Al-Madani menjelaskan, "Keuangan Syariah secara alamiah berkaitan dengan aktivitas perekonomian yang nyata, oleh karena itu skema ini dapat mengoptimalkan sumber dana internasional." Ia juga menyebutkan bahwa konsep untuk membagi risiko dalam perbankan Islami mendorong terciptanya praktik keuangan yang sehat. "Dalam sistem keuangan Syariah, transaksi harus berkaitan dengan investasi riil, yang membantu menghindari spekulasi dan ketidakstabilan terkait hal tersebut." Menurut Al-Madani, skema ini menarik baik bagi muslim maupun non-Muslim. Secara khusus, obligasi yang diterbitkan berdasarkan hukum Syariah juga dibeli oleh negara-negara non-muslim seperti Inggris dan jumlah obligasi Syariah di seluruh dunia mencapai 120 miliar dolar AS. 
Menurut Rustam Minnikhanov, bank Rusia saat ini telah menunjukkan ketertarikan pada sistem keuangan Syariah. Hal tersebut juga ditunjukkan oleh bank terbesar di Rusia, Sberbank. Salah satu pendukung pengembangan perbankan Syariah di Rusia adalah Kepala Lembaga Pinjaman Dana sekaligus mantan Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, German Gref. "Kita masih menghadapi masalah terkait pajak, kurangnya jumlah personil yang memenuhi kualifikasi, namun kami bekerja sama dengan pemerintah Rusia dan bisa membuat proses menjadi lebih dinamis," kata Presiden Tatarstan. Salah satu contoh nyata adalah bank terbesar di Tartastan, AK Bars, yang telah menerapkan sistem keuangan berdasarkan peraturan Syariah. Selain itu, pada Januari 2015 lalu Alliance Insurance Company mulai menjual produk asuransi Syariah, Khalal Invest.
Minnikhanov juga menjelaskan pada RBTH bahwa pengembangan perbankan di Rusia harus disepakati di level federal dan tak perlu membuat zona keuangan khusus di Tatarstan. "Kazan Summit harus bisa mengubah sikap warga Rusia dan wilayah Rusia terhadap keuangan Syariah, dan itu adalah misi kami," kata Minnikhanov menyimpulkan. Secara khusus, Kepala Bank Sentral Rusia Elvisa Nabiullina telah bertemu dengan Ahmad Mohamed Ali Al-Madani.
(RBTH Indonesia / 25 June 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Malaysia: Maybank salur zakat RM7.75 juta

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Maybank (Maybank) hari ini me­nyalurkan sumbangan RM7.75 juta daripada RM19.2 juta sebagai pembayaran zakat kepada pusat pu­ngutan zakat di 11 buah negeri bagi kutipan zakat untuk kewangan tahun 2014.

Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor, bayaran zakat itu dia­gihkan kepada wakil pusat pungutan zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kedah dan Perlis.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada RM19.2 juta yang disumbangkan oleh Unit Perbankan Islam Kumpulan Maybank dan Maybank Islamic Berhad bagi tahun kewangan 2014. Selain itu, kami turut menyumbangkan RM10,000 setiap satu kepada enam rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sumbangan zakat dan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Gene­rating Opportunities For Learning Disables, Rumah Kasih Harmoni, Persatuan Orang Buta Malaysia, Rumah Anak-Anak Shifa, Rumah Asrama Damai Kuang dan Anak Warisan Kasih di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Pengerusi Maybank Islamic, Datuk Ismail Sahuddin; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias dan Ketua Kumpulan Perbankan Islam Maybank, Muzaffar Hisham.

(Utusan Online / 27 June 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday, 15 June 2015

Memperkasa kewangan Islam

Kertas kerja berkenaan bertujuan menilai kejayaan Malaysia dalam membangunkan sistem perbankan dan kewangan Islam yang moden, dinamik dan komprehensif di dunia sejak dikuatkuasakan Akta Bank Islam pada 1983. Kejayaan itu membolehkan sistem perbankan dan kewangan Islam Malaysia menjadi model kepada pusat-pusat perbankan dan kewangan terkemuka dunia. Di sebalik pencapaian yang membanggakan itu, terdapat juga kelemahan ketara apabila sistem perbankan dan kewangan berkenaan masih gagal untuk mencapai matlamat maqasid syariah bagi memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia. Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam bab pertama buku berkenaan menegaskan, institusi kewangan Islam seharusnya berperanan secara berkesan bagi mengumpul dana daripada sektor yang mengalami lebihan untuk disalurkan kepada sektor yang memerlukan dana bagi mencetuskan peluang ekonomi lebih besar di kalangan Muslim. Tulis beliau, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila institusi perbankan dan kewangan Islam berperanan seperti konvensional apabila mendapat keuntungan melalui aktiviti pinjaman. “Apabila Malaysia memperkenalkan perbankan dan kewangan Islam pada 1983, niat kita sepatutnya ialah untuk membawa kepada transformasi sistem perbankan dan kewangan dan seterusnya menyusun ekonomi negara. “Setelah tiga dekad sistem perbankan dan kewangan Islam beroperasi di negara ini, masih banyak masalah ekonomi wujud. “Justeru, wajar untuk kita mengkaji kembali strategi sedia ada dengan memberi tumpuan kepada pembangunan instrumen perbankan dan kewangan Islam yang mampu mencapai matlamat maqasid syariah,” tulisnya. Pandangan itu, turut dikongsi oleh Dekan Institut Antarabangsa bagi Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid yang menyifatkan peranan sistem perbankan dan kewangan Islam kini hanya sekadar untuk membolehkan orang Islam berurusan dengan instrumen yang patuh syariah dari segi teknikal sahaja dan tidak lebih daripada itu. “Apakah kesan positif perbankan dan kewangan Islam hari ini kepada ekonomi umat Islam di negara ini? “Berapa banyak perbelanjaan yang telah digunakan untuk memperkukuhkan pematuhan syariah tetapi akhirnya hasilnya itu mencurah-curah masuk ke kantung orang lain. “Kita nampaknya dapat Islam dan mereka pula dapat wang. Sejak lama sebelum ini, kita dapat kuasa politik dan melalui kuasa berkenaan orang lain dapat hasil ekonomi,” tulisnya dengan nada sinis. Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Strategi dan Dasar Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Mohd. Nazari Ismail melahirkan kekesalan kerana kewujudan bank dan institusi kewangan Islam telah menyenangkan orang Islam untuk berhutang. “Oleh kerana bank dan institusi kewangan ini ingin menjadi lebih besar dan mahu menambah keuntungannya, maka pihak berkenaan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah peminjam yang berhutang dengannya. “Ini sebenarnya adalah satu sikap yang lain dari apa yang diajarkan oleh Islam kerana dalam Islam berhutang adalah satu perkara yang tidak digalakkan,” jelasnya. Menurut beliau, ramai orang Islam telah terjebak dengan amalan berhutang kerana terpengaruh dengan galakan berhutang oleh bank dan institusi kewangan yang berlumba-lumba mencari pelanggan. “Umat Islam sekarang boleh melakukan ubah suai rumah, mengadakan majlis perkahwinan yang mewah dan sebagainya tanpa perlu menunggu duit simpanan mencukupi kerana mereka boleh berhutang. “Akibatnya ramai keluarga Islam yang patuh syariah juga telah terlibat dengan beban hutang yang tinggi,” tulisnya. Sementara itu, Profesor Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali mencadangkan pelaburan yang dikategorikan patuh syariah tidak diukur semata-mata kerana telah mematuhi segala syarat ditetapkan oleh ajaran Islam. Beliau menjelaskan, aspek tanggungjawab sosial korporat dan tadbir urus syarikat yang baik seharusnya turut diberi perhatian. “Kita tidak mahu ada syarikat yang disenaraikan patuh syariah dari segi aktiviti utama perniagaan dan pendapatan bersih tetapi terlibat mencemarkan alam sekitar atau mengabaikan kebajikan pekerja,” tulisnya. 

(Utusan Online / 12 Jun 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday, 3 June 2015

Bank Islam perkenal tiga akaun pelaburan baharu

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd memperkenalkan tiga produk akaun pelaburan baharu dikenali Akaun Pelaburan Khusus (SIA Mudarabah), Akaun Pelaburan Waheed (WIA Wakalah) dan Akaun Al-Awfar.

Pengenalan tiga produk baharu itu bagi memenuhi peraturan baharu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) yang membezakan akaun pelaburan dan deposit. 

Ketua Pegawai Strategi Bank Islam/Ketua Pejabat Pengarah Urusan, Hizamuddin Jamalluddin, berkata SIA Mudarabah dan WIA Wakalah ditawarkan kepada pelanggan korporat, manakala Akaun Al-Awfar untuk pelanggan individu dan institusi runcit.

Katanya, SIA Mudarabah dan WIA Wakalah terletak di bawah Akaun Pelaburan Tidak Terhad (URIA) yang mana pemegang akaun pelaburan menyediakan bank mandat untuk membuat keputusan bagi pihaknya tanpa menyatakan sebarang had atau syarat tertentu.

 "Pelaburan minimum bagi SIA Mudarabah dan WIA Wakalah ialah RM500,000, manakala Akaun Al-Awfar ialah RM100," katanya pada taklimat media mengenai akaun pelaburan baharu itu di sini hari ini.

Hizamuddin berkata, bagi SIA Mudarabah dan WIA Wakalah, Bank Islam menggunakan portfolio pembiayaan selamat iaitu portfolio pembiayaan rumah yang mana mengurangkan tahap risiko.

Katanya, pulangan bagi kedua-dua produk pelaburan itu akan setimpal dengan profil risiko aset.

Secara umumnya, beliau berkata, Bank Islam menjangkakan kadar pulangan bagi produk pelaburan akan lebih tinggi berbanding produk deposit.

Bagi Akaun Al-Awfar, Hizamuddin berkata, produk itu sebelum ini adalah produk simpanan dan kini diberi nafas baharu dengan terma dan ciri baharu serta diklasifikasikan sebagai akaun pelaburan.

Katanya, keistimewaan produk itu ialah pemegang akaunnya mempunyai peluang untuk memenangi hadiah bulanan dan sukuan serta tunai bernilai RM1 juta.

Pemegang Akaun Al-Awfar juga akan terus menikmati manfaat kad debit seperti pengeluaran tanpa had berdasarkan baki dan boleh membuat pengeluaran di mana-mana mesin ATM atau ATM visa di seluruh negara.

"Ketika ini kami mempunyai 1.2 juta pemegang akaun Al-Awfar dengan dana bersaiz RM2 bilion," katanya.

Sementara itu, mengenai prospek pertumbuhan Bank Islam tahun ini, Hizamuddin berkata, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan 15 peratus tahun ini, meskipun berdepan persekitaran yang mencabar dalam industri perbankan.

Beliau berkata, segmen runcit kekal sebagai penyumbang utama kepada Bank Islam tahun ini.

(BH Online / 01 Jun 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday, 24 May 2015

Ambank Tingkatkan Penawaran Produk Islam, Perniagaan PKS Bagi Tahun Kewangan 2016

AMMB Holdings Bhd (Ambank Group) menyasar untuk terus meningkatkan penawaran produk Islam dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2016, kata Ketua Pegawai Kewangan, Mandy Simpson.

Beliau berkata lebih banyak aset dan inisiatif akan diperuntukkan kepada perbankan Islam dan segmen PKS pada tahun kewangan 2016.

Kumpulan itu baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula, dengan AmIslamic Bank, yang kini dikenali sebagai AmBank Islamic Bhd.

Penjenamaan semula itu bertujuan menempatkan jenama Islam dengan lebih menonjol dalam industri kewangan.

"Bahagian penawaran produk Islam AmBank dijangka terus berkembang kepada 33 peratus pada tahun kewangan 2016, berbanding 32 peratus dan 30 peratus, masing-masing pada tahun kewangan 2015 dan tahun kewangan 2014," Mandy memberitahu sidang media di sini sempena pengumuman keputusan tahun kewangan 2015 kumpulan itu.

AmBank Group mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tinggi sebanyak RM2.604 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015, naik 6.3 peratus berbanding RM2.448 bilion yang dicatatkan pada 2014.

Keuntungan selepas cukai meningkat 9.3 peratus dan melepasi paras RM2 bilion untuk mencecah RM2.044 bilion berbanding RM1.871 bilion sebelum ini, disokong oleh pendapatan bukan faedah dan elaun yang lebih rendah.

Ini berikutan perolehan yang susut kepada RM9.142 bilion bagi tempoh tersebut, berbanding RM9.606 bilion sebelum ini, hasil daripada langkah penyusunan semula pinjaman kumpulan itu, katanya.

Bagaimanapun pada tahun kewangan 2015, pertumbuhan pinjaman AmBank Group merosot sebanyak 1.6 peratus, katanya yang disebabkan dasar pengurangan risiko portfolio pembiayaan kenderaan kumpulan itu.

Kumpulan itu menjangka mencapai pertumbuhan perniagaan antara 4 dan 5 peratus bagi tahun kewangan 2016, sejajar dengan sasaran pertumbuhan pinjaman antara 4 dan 5 peratus juga bagi tahun tersebut.

Mengenai keuntungan selepas cukai dan faedah minoriti (PATMI) bagi tahun kewangan 2016, Mandy berkata petunjuk prestasi utama kumpulan itu ditetapkan pada sekitar 3-5 peratus dan pulangan ke atas ekuiti (ROE) antara 12 dan 12.5 peratus.

"Perniagaan seperti biasa," katanya ketika mengulas mengenai status kumpulan itu.

Datuk Mohamed Azmi Mahmood telah memangku sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dari 2 April, mengambil alih daripada Ashok Ramamurthy yang kontraknya tamat pada 1 April.

"Agenda strategik tahun kewangan 2015-2017 kekal tidak berubah," kata Mohamed Azmi.

Beliau merujuk kepada agenda kumpulan itu untuk mencatatkan pertumbuhan organik yang berfokus, memanfaatkan perkongsian strategik dan melaksanakan pengambilalihan, terus mengoptimumkan kecekapan dan membina kemapanan.

"Kami akan terus menumpukan kepada pulangan yang disesuaikan kepada risiko yang mampan, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti kredit dan menguruskan mudah tunai untuk melaksanakan aspirasi tahun kewangan 2016 kami," kata Mohamed Azmi.


(Bernama.Com / 22 Mei 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday, 20 May 2015

Terbitan Sukuk Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa

Terbitan sukuk global US$1.5 bilion memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata sukuk global itu juga menempa sejarah kerana ia merupakan sukuk negara yang pertama bertempoh matang 30 tahun.

"Sukuk ini juga memenuhi matlamat Malaysia untuk menjadikan terbitan ini sebagai penanda aras yang baharu, dan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa," katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini Selasa.

Terbitan itu terdiri daripada Sijil Amanah (Sukuk) US$1 bilion bertempoh 10 tahun dan sukuk bernilai US$500 juta bertempoh 30 tahun.

Najib berkata transaksi sukuk global 2015 itu berjaya menarik minat pelabur dengan langganan melebihi US$9.0 bilion daripada jumlah keseluruhan pelabur yang melebihi 450 akaun.

Sukuk bertempoh matang 10 tahun melebihi langganan hampir tujuh kali dan sukuk bertempoh matang 30 tahun pula melebihi langganan hampir enam kali, katanya.

"Kejayaan transaksi ini menunjukkan sentimen keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kredit Malaysia yang sangat teguh dan positif," katanya.

Najib berkata ekonomi negara terus berkembang kukuh dalam tempoh suku pertama tahun ini walaupun berhadapan cabaran luaran yang tidak menentu, dengan kejatuhan harga komoditi global serta penyusutan nilai mata wang ringgit.

Beliau berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu 5.6 peratus, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang rancak di sebalik permintaan luar yang lemah.

"Dalam tempoh yang sama, pelaburan swasta pada harga semasa semakin meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada RM51.5 bilion. Jumlah pelaburan langsung asing mencatat peningkatan aliran bersih sebanyak RM9.9 bilion.

"Prestasi ekonomi ini membuktikan keyakinan para pelabur yang semakin teguh terhadap ekonomi negara serta mencerminkan keberkesanan kerajaan dalam mengurus ekonomi dan kewangan negara," katanya.

Sementara itu, Najib menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu kerajaan menjayakan usaha murni menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata laporan GTP dan ETP yang diterbitkan baru-baru ini mencatatkan pelbagai kejayaan pembangunan negara dan ekonomi yang telah direncanakan sejak hampir lima tahun lalu.

Beliau berkata antara petunjuk kejayaan ialah pendapatan per kapita Rakyat Malaysia telah meningkat daripada US$7,059 pada 2009, kepada US$10,426 pada 2014.

"Nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan sebanyak RM142 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM228 bilion pada 2014 mencatat nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah negara," katanya.

Beliau menambah bahawa lebih lima juta rakyat di kawasan luar bandar memperoleh manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih sejak GTP dan ETP dilaksanakan.

Selain itu, beliau berkata hampir 170 ribu golongan miskin berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan, susulan kenaikan jumlah pendapatan mereka dalam tempoh lima tahun ini.

"Ini merupakan kejayaan kita bersama melalui dasar-dasar negara, termasuk dasar kewangan negara yang telah meletakkan sokongan pada landasan kukuh bagi menyokong dasar transformasi negara," katanya.


(Bernama.Com / 19 May 2015)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Saturday, 25 April 2015

RI Jadi Tuan Rumah Forum Ekonomi Islam Dunia


Indonesia dipilih menjadi tuan rumah dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum/WIEF) pada Mei 2016.

"Kita akan menjadi tuan rumah WIEF 2016 pada Mei di Jakarta, bersamaan dengan annual meeting Islamic Development Bank," ungkap Menteri Keuangan Bambang Brodjonegoro, seperti mengutip dalam laman Setkab, Rabu (22/4/2015).

Dibeberkan Bambang, Indonesia sebelumnya juga pernah menjadi tuan rumah pertemuan forum ekonomi Islam iyu pada 2009. Forum tersebut diakui strategis karena akan dihadiri oleh para pelaku bisnis dari seluruh dunia, termasuk dari negara-negara Islam yang punya banyak dana untuk diinvestasikan.

Sekadar informasi, Ketua Yayasan WIEF Tun Musa Hitam mengemukakan, WIEF merupakan suatu organisasi yang sudah dibentuk selama 12 tahun serta semakin dikenal.

Hal ini terbukti, setiap diadakan secara tahunan, sekitar kurang lebih 3.000 pebisnis yang berasal dari seluruh dunia datang berkumpul, sebagaimana yang terjadi dua tahun lalu di London.


(Metrottvnews.Com / 22 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday, 23 April 2015

UEA Rintis Jalan Menuju Pusat Rujukan Ekonomi Syariah Dunia

Pemerintahan Dubai menyetujui inisiatif pengembangan ekonomi secara Islam yang diusulkan oleh Dewan Pusat Pengembangan Ekonomi Islam Dubai, atau DIEDC. Persetujuan ini diambil oleh Putra Mahkota Dubai Shaikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid al Maktoum bersama Ketua Dewan Eksekutif Dubai pada Senin (20/4).

Beberapa inisiatif yang dikemukakan DIEDC adalah mengenai peluncuran indeks ekonomi Islam, edisi ketiga Islam Ekonomi award serta memberi kesempatan kepada negara ketiga untuk menerapkan pelaporan ekonomi Islam.

Shaikh Hamdan menyatakan, alasan pihaknya menyetujui usulan DIEDC karena ia juga menyadari bahwa ekonomi Islam saat ini mengalami percepatan pertumbuhan di semua sektor. Untuk itu, Dubai kedepannya akan segera diarahkan untuk merintis proyek-proyek baru untuk beberapa tahun ke depan untuk menjadi modal ekonomi Islam pada 2012 nanti.

"Kami memiliki pengalaman yang luas, roadmap yang jelas dan mitra strategis di UAE dan luar negeri. Setiap orang bekerja dengan semangat tim terpadu dan visi untuk mencapai tujuan kami dalam mengembangkan ekonomi Islam secara global. Kami akan meningkatkan produk-produknya, dan mengubah UEA menjadi pusat rujukan global untuk semua sektor sekutu,” kata Shaikh Hamdan, seperti dilangsir dari lamankaleejtimes.

Sebagai bagian dari aktivasi rencana ini, DIEDC akan mencari kolaborasi dengan museum internasional untuk menstabilkan posisi Dubai sebagai ibu kota Islam dalam fesyen, seni dan desain. Selain itu, Shaikh Hamdan pun mennyebut akan membuat pasar inti untuk makanan dan gaya hidup halal untuk masyarakat Dubai. 

Seperti diketahui pada Desember 2014 lalu  DIEDC dalam kemitraan dengan Thomson Reuters dan bekerja sama dengan Standard Dinar meluncurkan laporan dan memperkenalkan Indikator ekonomi Islam global, atau GIEI untuk periode 2014-2015.

Mereka mencatat adanya peningkatan sektor ekonomi Islam di 70 negara inti. Yang mana indeks komposit perdana dipimpin oleh UEA, Malaysia dan Bahrain. Laporan ini menurut mereka menunjukkan bahwa saat ini harus jadi momentum menerapkan ekonomi Islam secara global.

GIEI memperkirtakan bahwa pengeluaran global konsumen Muslim di sektor makanan dan gaya hidup tumbuh 9,5 persen dari tahun 2013. Diperkirakan, grafik peningkatan ini akan terus meningkat menjadi 10,8 persen pada tahun 2019 nanti.
(Republika Online / 21 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday, 15 April 2015

Masyarakat Dinilai Belum Siap Dengan Sistem Keuangan Syariah

Selain dukungan pemerintah, kunci utama pengembangan perbankam syariah ada pada masyarakat, terutama umat Islam. Besarnya industri ini tergantung pada kemauan umat untuk memindahkan dana perbankan konvensional dan memanfaatkan jasa perbankan syariah.
Pelaksana Tugas Kepala Eksekutif Lembaga Penjamin Simpanan (LPS) Fauzi Ichsan yang juga hadir dalam seminar itu mengatakan,masalah utama industri keuangan syariah ada di masyarakat yang belum siap kehilangan dana dalam sistem keuangan syariah.

''Poin dalam keuangan syariah adalah soal transmisi risiko. Ini yang harus disadari pemilik dana, masyarakat,'' kata mantan Ekonom SeniorStandard Chartered Bank ini.

Soal keuangan, lanjut dia, isunya hanya dana dan biaya. Sumber dana perbankan syariah di Indonesia masih mahal, sehingga pembiayaannya pun terbatas. 

Padahal, bank syariah juga bisa mendirikan perusahaan manajemen investasi atau anak usaha lain yang sesuai regulasi sehingga akad mudharabah dan musyarakah (bagi hasil) bisa dikembangkan.

(Republika Online / 14 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday, 14 April 2015

Kajian Ilmu Ekonomi Islam Masih Belum Populer


Fakta menunjukan kajian ilmu ekonomi Islam sampai saat ini masih jauh dari harapan umat Islam sendiri. Bahkan persoalan mendasar seperti pengertian apa sebenarnya ilmu ekonomi Islam masih ramai diperdebatkan. 

Itulah salah satu kesimpulan yang ďapat diambil dari uraian panjang Akhmad Akbar Susamto Ph.D. saat menyampaikàn materi dalam Workshop Penelitian Ilmu Ekonomi Islam di Sekolah Pasca Sarjana UGM baru-baru ini.

Padahal, menurut pemateri yang juga Dosen Fakultas Ekonomika dan Bisnis UGM,  Akhmad Akbar Susamto, kajian tentang ilmu ekonomi Islam pernah sangat populer dikalangan akademisi pada tahun 1970 an. Kala itu kalangan akademisi sangat berharap kajian ilmu ekonomi Islam dapat menjadi cabang ilmu pengetahuan yang berdiri sendiri. "Banyak yang berharap kajian ilmu ekonomi Islam menjadi cabang ilmu ekonomi yang sejajar dengan ilmu ekonomi konvensional," katanya.

Sayangnya, harapan kalangan ekonom dan akademisi Islam itu sedikit demi sedikit memudar hingga mengalami stagnansi. Bahkan masalah-masalah mendasar belum selesai diperdebatkan. "Kalau ada forum kajian ekonomi Islam, sebagian besar pembicaraan hanya berkisar tentang zakat, wakaf atau bank muammalat. Masih minim ekonom muslim yang berkomentar tentang subsidi BBM, BPJS atau pengentasan kemiskinan melalui perspektif Islam dengan dukungan data riset," kata Akhmaď Akbar Susamto. 

Problematika mendasar kajian ilmu ekonomi Islam antara lain mencakup pengertian tentang Islamic economics, Islamic economy dan Islamic economy system. "Masalahnya, sampai saat ini ekonom atau akademisi muslim tidak memiliki visi yang jelas tentang Islamic economy," kata Akhmad Akbar Susamto. "Dan karena tidak memiliki visi yang jelas maka kita memiliki kecenderungan ingin tampil beda saja," imbuhnya. Tak heran seringkali kita menemukan istilah-istilah semacam islamic economy, islamic banking dan sebagainya.

Selain itu ada juga kecenderungan para ekonom muslim yang terjebak mengikuti alur pemikiran ilimu ekonomi konvensional. "Meskipun pada awalnya mengkritik teori-teori ilmu ekonomi konvensional (kapitalis dan sosialis) namun para ekonom muslim tidak menawarkan solusi nyata untuk mengatasi masalah ekonomi," tutur Akhmad Akbar Susamto.

Terkait dengan problematika kajian ilmu ekonomi Islam, Akhmad Akbar Susamto menegaskan bahwa kesadaran akan adanya masalah tersebut merupakan satu kemajuan. "Dengan menyadari adanya suatu masalah maka itu adalah sebuah langkah maju menuju perbaikan," kata Akhmad Akbar Susamto.


(Kedaulatan Rakyat Onine / 11 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday, 10 April 2015

Ekonomi Islam Digital Mulai Menggeliat

Nilai ekonomi Islam digital diperkirakan berlipat ganda menjadi US$ 30 miliar pada tahun 2018. Hal ini didukung meningkatnya belanja konsumen pada layanan syariah di Timur Tengah.

Realitas ini menghilangkan pandangan Islam tidak sesuai dengan dunia modern. Seperti diketahui, sektor ekonomi inti Islam seperti makanan, wisata, fashion, perjalanan, farmasi, kosmetik, perbankan telah tumbuh dua digit.
Seperti dikutip dari Zawya, Senin, 6 April 2015, Konsultan Manajemen yang berbasis di Inggris Deloitte Touche Tohmatsu mengharapkan berbagai variasi segmen digital tersebut tumbuh bersama-sama.
"Belanja konsumen Muslim pada layanan digital Islami di sektor tersebut, dengan didorong oleh tingginya konsumsi media digital, kemungkinan akan berkembang sebanyak 25 sampai 30 persen di sebagian besar wilayah ekonomi Islam pada tahun 2015 dan seterusnya," katanya dalam sebuah laporan tentang teknologi, media dan prospek telekomunikasi di Dunia Arab.
Sementara Bahrain tetap menjadi pemimpin keuangan syariah, Dubai masih terus berusaha menjadi pusat keuangan syariah. Hal ini akan menambah sisi digital industri syariah.
Selain menjadi pusat keuangan syariah, Dubai juga ingin menjadi magnet bagi industri produk halal. Termasuk menjadi pusat wisata syariah yang ramah keluarga dan menarik pengusaha sebagai platform bisnis syariah seperti fashion, arsitek, seni dan pendidikan.
Dubai menawarkan lebih dari 100 juta pengguna internet, dan penetrasinya mencapai 35-40%, dengan lebih dari 100% berbasis ponsel. Penetrasi smartphone di wilayah ini sekitar 20-30% dan infrastruktur broadband yang kuat di beberapa bagian wilayah berarti ada dasar untuk membangun platform digital yang kuat.
Deloitte mencatat bahwa layanan digital Islami selama dua tahun terakhir telah mengalami perkembangan baru seperti munculnya majalah gaya hidup online Islami, fashion blog dan aplikasi solusi gaya hidup Islami.
Inovasi lain seperti masjid pintar - yang memungkinkan jamaah untuk berinteraksi dengan masjid menggunakan perangkat mobile dan kode respon cepat - menjanjikan meskipun masih dalam tahap awal pengembangan.
Namun Deloitte belum melihat ketertarikan pemain besar seperti Google dan Yahoo! untuk menyediakan layanan digital Islami.
Perbankan syariah dan takaful (asuransi syariah) berbasis internet adalah semua segmen yang diharapkan mendapatkan dorongan, karena kaum muda yang melek internet di kawasan ini sedang mencari jasa keuangan baru yang modern.
Namun, layanan digital Islami menghadapi tantangan pendanaan yang signifikan. Meskipun ada minat yang kuat dalam teknologi, media dan telekomunikasi, namun hanya ada sedikit perusahaan modal ventura di wilayah ini yang fokus pada layanan digital Islami. Hal ini menyiratkan adanya kesenjangan yang besar dalam ruang yang perlu diisi.
Contohnya adalah imhalal.com - mesin pencari yang terinspirasi oleh Google - ditutup karena kekurangan dana. Meskipun mampu menarik sekitar 10 juta kunjungan dan 70 juta permintaan pencarian.
"Ada sesuatu yang secara struktural salah dengan iklim investasi di wilayah MENASA. Startups teknologi benar-benar diabaikan," pengembang imhilal.com mengatakan di situs mereka.
"Kemajuan teknologi hampir tidak ada di Timur Tengah karena tidak ada yang mendukung para inovator dalam membangun berbagai macam teknologi untuk berbagai industri.

(Dream.CO.ID / 06 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Bank Islam Perlu Lebih Kompetitif Untuk Tarik Bukan Islam

Institusi kewangan Islam perlu memulakan strategi perniagaan yang lebih berdaya saing bagi meningkatkan keyakinan bukan Islam terhadap produk mereka, kata seorang sarjana Syariah.

Perunding Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam Sheikh Dr Yusuf Talal DeLorenzo berkata pengamal kewangan Islam perlu memperkenalkan produk dan perkhidmatan mematuhi Syariah yang lebih inovatif untuk memenuhi keperluan pengguna canggih.

Beliau berkata pasaran boleh diperluaskan jika peserta industri menghasilkan produk dan perkhidmatan yang kreatif dan inovatif supaya pengguna tidak akan memilih perkhidmatan perbankan alternatif.

"Jika kita berusaha untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar, kita perlu cekap menjalankannya. Para peserta boleh berbuat demikian dengan melancarkan kempen pendidikan pengguna untuk menerangkan mengapa produk kewangan Islam lebih baik.

"Malah, kebanyakan produk kewangan Islam lebih baik berbanding konvensional, tetapi kita perlu menyampaikan mesej ini. Semakin cekap kita, semakin banyak kejayaan yang boleh dibawa kepada institusi kita," katanya kepada Bernama selepas mengambil bahagian dalam Forum Kewangan Islam di sini, hari ini.

Dr Yusuf Talal, yang juga penasihat Syariah untuk Dow Jones Islamic Markets dan Wafra Investment Group, berkata perbankan Islam juga perlu menggunakan teknologi dan rangkaian media sosial untuk meningkatkan kemudahan dan membolehkan produk kewangan Islam terus dipertingkatkan.

"Beberapa pelanggan saya menggunakan media sosial seperti blog dan Twitter untuk mencapai masyarakat dan memenuhi keperluan pelanggan," katanya.

Forum anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam dengan kerjasama Maybank Islamic dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia itu bertujuan melibatkan cendekiawan Syariah antarabangsa dan peserta industri kewangan Islam mengenai kewangan dan perbankan Islam.

Antara cendekiawan terkenal ialah Sheikh Nizam Mohammad Salih Yaquby, pengerusi Lembaga Pengawalseliaan Fatwa dan Syariah Mawarid Finance, dan Dr Bashir Aliyu Umar, bekas penasihat khas kepada Gabenor Bank Pusat Nigeria mengenai perbankan tanpa faedah.


(Bernama.Com / 09 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday, 9 April 2015

Dana Dagangan Bursa Islam ASEAN pertama

KUALA LUMPUR 8 April - Dana Dagangan Bursa (ETF) Islam ASEAN pertama dunia bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada 7 Mei ini.

Penyedia pengurusan pelaburan, i-VCAP Management Sdn. Bhd. (i-VCAP), hari ini melancarkan prospektus bagi ETF patuh Syariah itu, yang akan dikenali sebagai MyETF MSCI SEA Islamic Dividend (MyETF-MSEAD).
Ketua Pegawai Eksekutif i-VCAP, Mahdzir Othman berkata, MyETF MSEAD adalah ETF patuh syariah pertama di Asia Tenggara dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 500 juta unit.
“Pelabur boleh melanggan unit dana sehingga 22 April ini pada harga RM1 seunit dengan saiz langganan minimum sebanyak 100 unit,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran prospektus dana patuh syariah MyETF MSCI SEA Islamic Dividend (MyETF MSEAD) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan dan Pengerusi i-VCAP, Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Mahdzir berkata, pihaknya juga telah mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi melancarkan satu lagi dana dagangan bursa (ETF) menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, i-VCAP sedang menyiapkan beberapa perkara sebelum mengumumkan perkara tersebut.
“ETF merupakan satu produk yang terbukti mendapat sambutan baik di pasaran kewangan antarabangsa dan ini adalah masanya untuk Malaysia mengikut arus perkembangan pelaburan semasa,” katanya.

Beliau berkata, pasaran ETF global kini bernilai lebih daripada AS$2.9 trilion (RM10.56 trilion) dan kini semakin berkembang.

“Antara sebab pertumbuhan yang memberangsangkan bagi pasaran ETF ini adalah kerana pelabur di seluruh dunia menyedari akan nilainya, bagaimanapun di Malaysia kita kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai ETF jadi kita perlu melakukan usaha-usaha untuk memberi mereka maklumat bagi membangunkan ekosistem ETF,” ujarnya.

(Utusan Online / 08 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday, 8 April 2015

Ekonomi Islam Harus Diperbaiki

Dunia Islam pernah menempat diri sebagai agama yang paling berjaya dan disegani pada masa lalu. Bahkan kejayaannya jauh meninggalkan dunia barat yang saat itu masih dalam masa kegelapan. Kesuksesan itu dicapai melalui dunia perdagangaan atau perniagaan yang diterapkan Rasulullah dan para sahabat.
Tapi sayangnya umat Islam sekarang terlalu terlena dengan kegemilangan masa lalu tanpa melakukan sesuatu untuk memperjuangkan Islam secara maksimal agar tetap bertahan hingga saat ini. Akibatnya, bangsa dan ekonomi Islam menjadi tertinggal dari negara yang menganut agama lain.
Hal itu disampaikan oleh Ustaz Norsham bin Abdul Aziz seorang pengusaha sukses dari Malaysia pada pengajian rutin Kaukus Wartawan Peduli Syariat Islam (KWPSI) di Rumoh Aceh Kupi Luwak, Jeulingke, Banda Aceh, Rabu (1/4). Pengajian tersebut mengangkat tema ‘Jihat Ekonomi Syariah’.
Dia mengatakan, praktik kesusksesan ekonomi dalam Islam sudah diperlihatkan oleh Rasulullah dan para sahabat. “Rasulullah dan para sahabat menunjukkan kepada kita betapa pentingnya penguasaan ekonomi Islam untuk menjamin kehidupan beragama dan kelestarian dakwah Islam,” katanya.
Pendiri Ma’had Tahfiz Quran dan Keusahawan Islam Gombak ini menambahkan, bisnis gembala kambing merupakan bisnis pertama yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi mengambil upah dari menjaga ternak peternak yang jumlahnya ratusan ekor. Selain itu, Rasulullah juga sudah memiliki pengalaman berdagang dengan mengikuti pamannya sebagai pengimpor dan pengekspor ketika berusia 12 tahun.
Sayangnya, katanya, praktik yang diajarkan oleh Rasulullah tidak diteruskan oleh umatnya sekarang. Ekonomi umat Islam saat ini jauh tertinggal dari umat agama lain. Berdasarkan laporan Majalah TIME, penghasilan perkapita setiap tahun tertinggi dipegang oleh Yahudi sebesar 16,100 USD, Kristen sebesar 8,230 USD, dan Budha sebesar 6,740 USD. Sementara Islam hanya memperoleh 1,720 USD setiap tahun.
“Situasi ini jelas bertentangan dengan hadis Rasulullah yang mengatakan Islam itu cemerlang dan tidak ada suatu agama pun yang secemerlang Islam. Jelas sekali sebagai umat dan bangsa yang lemah, kita perlu berubah dan bangkit untuk kemblai menjadikan umat Islam sebagai umat yang disegani,” ungkap Ustaz Norsham.
Menurutnya, rata-rata umat Islam sekarang tidak meneladani Rasulullah sebagai pengusaha sukses. Pola pikir masyarakat saat ini lebih cenderung ingin menjadi pegawai negeri sipil (PNS) dari pada pengusaha. Seharusnya umat Islam harus berani menginvestasikan diri dalam bisnis sebagaimana yang diperagakan Rasulullah.
Lebih lanjut Ustaz Norsham menjelaskan, Alquran menyuruh kita berjihad dengan harta dan jiwa secara sekaligus. Kalau tidak ada harta bagaimana mungkin bisa berjihad dengan harta. “Dengan kekayaanlah musuh-musuh Islam berhasil memurtadkan umat Islam yang mayoritas dalam kemiskinan,” demikian Ustaz Norsham.

(Serambi Indonesia / 04 April 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday, 31 March 2015

Caj minimum bagi perbankan Islam

KUALA LUMPUR - Kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas fi dan caj perbankan adalah minimum, kata Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) hari ini.
   
AIBIM dalam satu kenyataan berkata bank Islam dan bank perdagangan akan melaksanakan pengendalian yang sama bagi GST.
   
Persatuan itu berkata ia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-Bank Malaysia untuk menambah baik pelaksanaan GST bagi perkhidmatan dan produk kewangan.
   
Kerjasama itu akan memastikan proses peralihan lancar bagi pengguna.     

"Walaupun terdapat jangkaan kenaikan fi dan caj, bank-bank Islam akan berusaha untuk mewujudkan nilai dan meningkatkan kecekapan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka," kata Presiden AIBIM Datuk Haji Mohd Redza Shah.


(Sinar Harian / 30 March 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Saturday, 28 March 2015

Konsep kafalah dalam perbankan Islam

KAFALAH menurut Islam membawa maksud jaminan dan tanggungan. Ia juga disebut sebagai dhamanah. Secara jelasnya, kafalah membawa maksud sebarang bentuk jaminan yang diberikan oleh pemberi/penanggung jaminan (kafil) kepada pihak ketiga atas kewajipan yang harus ditunaikan pihak yang ditanggung/dijamin (makful anhu). Menurut ulama terdahulu, jaminan boleh melibatkan harta dan diri pihak penjamin.
Sebagai contoh jaminan yang melibatkan harta si penjamin seperti dalam konteks berhutang. Kebiasaannya, pihak lain boleh menjamin penghutang dalam membayar hutangnya kepada pemiutang.
Dalam kes kemungkiran oleh pihak penghutang, maka pihak penjamin hendaklah membayar hutang tersebut bagi pihak penghutang.
Jaminan yang tidak melibatkan harta tetapi diri si penjamin adalah seperti dalam konteks pendakwaan iaitu si tertuduh dengan jaminan orang lain. Sekiranya, beliau tidak hadir dalam perbicaraan maka si penjamin hendaklah bertanggungjawab.
Amalan kafalah dianjurkan oleh Islam sebagai salah satu perbuatan yang mulia.
Ia sebagaimana dinyatakan dalam beberapa ayat al-Quran Surat Yusuf ayat 66 berbunyi:
“Bapa mereka berkata: ‘Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh.’
Maka, ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, berkatalah dia: ‘Allah jualah yang menjadi saksi dan pengawas atas apa yang kita semua katakan itu’.”
Hutang
Jabir RA telah meriwayatkan bahawa: “Seorang lelaki meninggal dunia dan kami telah memandikannya dengan bersih, kemudian mengkafankan lalu dibawa kepada Rasulullah SAW. Kami bertanya kepada beliau: “Apakah Rasulullah akan mengerjakan solat jenazah ke atasnya?”
Rasulullah bertanya: “Apakah beliau mempunyai hutang?” Kami menjawab: “Ya, sebanyak dua dinar.” Kemudian Rasulullah berlalu dari situ. Maka, berkatalah Abu Qatadah: “Hutangnya sebanyak dua dinar itu menjadi tanggungjawabku.”
Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menunaikan hak orang yang memberi hutang dan si mati akan terlepas daripada tanggungjawabnya (hutang).”
Rasulullah lalu mengerjakan solat ke atas jenazah tersebut. Maka, pada keesokan harinya Rasulullah bertanyakan kepada Abu Qatadah tentang dua dinar itu dan Abu Qatadah menjelaskan bahawa beliau telah melangsaikan hutang jenazah tersebut.
Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang kulitnya telah menjadi sejuk.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas dapat dirumuskan bahawa amalan kafalah adalah dituntut dalam Islam kerana ia boleh meringankan beban pihak yang tidak mampu melangsaikan tanggungjawab seperti hutang.
Fuqaha-fuqaha terdahulu mengkategorikan kafalah sebagai salah satu kontrak tabbaru`at (kebajikan) seperti hibah dan wakalah.
Kategori kontrak sedemikian bertujuan untuk menolong dan meringankan kesusahan pihak tertentu tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Dalam sistem perbankan Islam, kebiasaannya konsep ini digunakan oleh pihak bank untuk menjamin hutang atau prestasi pelanggannya kepada pihak lain.
Sekiranya pelanggan gagal memenuhi hutangnya atau mencapai prestasi sebagaimana dijanjikan, pihak bank akan bertanggungjawab bagi pihak pelanggan tersebut.
Satu kelainan yang terhasil di sini adalah kerana pihak pelanggan terpaksa membayar jumlah tertentu untuk memperoleh jaminan daripada pihak bank.
Ini kerana, bank tidak mampu menanggung risiko untuk menjamin pelanggan membayar atau memenuhi obligasi tertentu maka, bayaran dalam konsep kafalah dikenakan.
Kebajikan
Justeru, telah timbul isu syariah apabila konsep kafalah berasaskan kebajikan tetapi mempunyai balasan tertentu seperti bayaran untuk mendapatkan jaminan.
Sebagaimana maklum, fuqaha terdahulu bersepakat bahawa konsep kafalah tidak boleh dikenakan sebarang bayaran atau balasan atas dasar berbuat kebaikan dan taqarrub kepada Allah.
Namun, terdapat sebahagian fuqaha kontemporari seperti Sheikh Nazih Hammad yang mengharuskan pengenaan bayaran kepada jaminan.
Di samping itu, pandangan itu disokong oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang membenarkan praktis mengenakan bayaran pada sebarang jaminan.
Ini berdasarkan maslahah dan keperluan semasa serta kesukaran untuk memperoleh jaminan daripada pihak lain secara sukarela dalam konteks semasa kecuali menerusi cara pengenaan bayaran.
Keharusan ini boleh diqiyaskan kepada keharusan mengenakan bayaran untuk rawatan perubatan dengan menggunakan kaedah Islam (ruqyah Syar’iyyah) iaitu menerusi bacaan ayat-ayat al-Quran.
Justeru, memandangkan tujuan kedua-dua konsep ini adalah sama iaitu berbuat baik kepada orang lain dan taqarrub kepada Allah, maka mengambil kira keharusan ini, pengenaan bayaran untuk jaminan juga adalah diharuskan dalam syariah.
Pada masa kini, dalam memenuhi tuntutan pelanggan terdapat jaminan, pihak institusi kewangan Islam telah menawarkan beberapa produk jaminan berdasarkan konsep kafalah antaranya, produk Jaminan Bank dan Jaminan Penghantaran.

(Kosmo Online / 28 March 2015)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com