Terkini

Thursday 7 January 2021

Tinggalkan dan jauhi dari yang HARAM dan SYUBHAT

Tinggalkan dan jauhi dari yang HARAM dan SYUBHAT

Rasulullah s.a.w memberi panduan:

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَةٌ فَمَنْ تَرَكَ مَا شُبِّهَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ كَانَ لِمَا اسْتَبَانَ أَتْرَكَ وَمَنْ اجْتَرَأَ عَلَى مَا يَشُكُّ فِيهِ مِنْ الْإِثْمِ أَوْشَكَ أَنْ يُوَاقِعَ مَا اسْتَبَانَ وَالْمَعَاصِي حِمَى اللَّهِ مَنْ يَرْتَعْ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ

"Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun diantara keduanya ada perkara yang syubhat (samar). Maka barangsiapa yang meninggalkan perkara yang samar kerana bimbang mendapat dosa, bermakna dia telah meninggalkan perkara yang jelas keharamannya dan siapa yang banyak mendekati dengan perkara samar, maka dibimbangi dia akan jatuh pada perbuatan yang haram tersebut. Maksiat adalah larangan-larangan Allah. Maka siapa yang berada dekat dengan  larangan Allah itu dibimbangi dia akan jatuh pada larangan tersebut".

[Hadis, Sahih Bukhari]

No comments:

Post a Comment