KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Maybank (Maybank) hari ini menyalurkan sumbangan RM7.75 juta daripada RM19.2 juta sebagai pembayaran zakat kepada pusat pungutan zakat di 11 buah negeri bagi kutipan zakat untuk kewangan tahun 2014.
Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor, bayaran zakat itu diagihkan kepada wakil pusat pungutan zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kedah dan Perlis.
“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada RM19.2 juta yang disumbangkan oleh Unit Perbankan Islam Kumpulan Maybank dan Maybank Islamic Berhad bagi tahun kewangan 2014. Selain itu, kami turut menyumbangkan RM10,000 setiap satu kepada enam rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sumbangan zakat dan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Generating Opportunities For Learning Disables, Rumah Kasih Harmoni, Persatuan Orang Buta Malaysia, Rumah Anak-Anak Shifa, Rumah Asrama Damai Kuang dan Anak Warisan Kasih di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Pengerusi Maybank Islamic, Datuk Ismail Sahuddin; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias dan Ketua Kumpulan Perbankan Islam Maybank, Muzaffar Hisham.
(Utusan Online / 27 June 2015)
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
No comments:
Post a Comment