Terkini

Friday, 21 November 2008

Pelan mantapkan kewangan Islam


WALAUPUN industri kewangan Islam berkembang pantas, namun saiznya masih terlalu kecil berbanding saiz potensi pasarannya dan beberapa pelan kerja umum perlu dilaksanakan untuk menempatkan semula industri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan menggariskan beberapa pelan kerja bagi menempatkan semula industri kewangan berkenaan bagi memastikan ia dapat diperluaskan kepada satu bilion umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, satu halangan utama terhadap pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai mod alternatif perbankan, insurans dan pelaburan Islam dan pemain industri itu perlu terus berurusan dan mendidik orang ramai bagi menangani masalah ini.

“Kewangan Islam juga memerlukan penyelidikan dan kajian lebih lanjut dengan melaksanakan wacana di semua peringkat dan perlu membabitkan pengawal selia, pengamal dan ahli akademik.
“Selain itu, pelaburan dalam modal insan juga perlu dipertingkatkan. Ini kerana, kekurangan pengetahuan mengenai kewangan Islam sedikit sebanyak mempunyai kaitan besar terutama dalam menyediakan pekerja pakar yang berkelayakan,” katanya menyampaikan ucaptama di majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 (KLIFF 2008) di Kuala Lumpur.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Peluang sistem kewangan Islam berkembang

Oleh Mohamad Sofee Razak
(HarianMetro)
KRISIS kewangan kapitalis global yang bertunjangkan mekanisme riba, tekanan faedah berganda dan penindasan kini sedang melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan beberapa negara dalam sekelip mata, sedang usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda ekonomi beransur pulih.

Dalam masa sama episod hitam itu secara relatifnya membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar, survival serta kejayaan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam di seluruh dunia dalam menangani krisis ekonomi.

Inilah masa dan medan terbaik bagi negara Islam memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam mereka serta mengenengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi global.

Kemampuan sistem perbankan Islam tumbuh 15 peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya tersendiri melawan arus deras institusi riba kapitalis. Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global seperti sekarang.
Hakikatnya institusi kapitalis riba global sedang menuju kemelesetan dan pendokongnya bakal berdepan gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya.
Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan memerangi segala bentuk sistem atau struktur berteraskan riba yang memudaratkan kehidupan manusia. Firman Allah, bermaksud, “Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya,” (Al-Baqarah: 278- 279).

Oleh itu, krisis dihadapi AS dan Eropah kini membuktikan sistem konvensional semasa berteras riba mempunyai banyak kelemahan dan ketidakseimbangan berbanding sistem kewangan Islam yang bebas riba. Ia dilihat semakin kukuh dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan ketika dunia bergelut zaman meleset dan pergerakan ekonomi perlahan serta tidak berdaya saing, dijangka bakal mempengaruhi banyak negara di seluruh dunia, termasuk negara maju.

Ramai sarjana mengakui kesan positif krisis ekonomi dunia kini kepada sistem kewangan Islam yang berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti institusi zakat, wakaf, baitul mal, sedekah, hibah dan sebagainya di samping inovasi dalam produk ekonomi Islam.

Malah, ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan konvensional supaya mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang terbukti berjaya.

Nilai keseluruhan aset kewangan Islam mencapai AS$1 trilion (RM3.52 trilion), malah turut dipraktikkan di lebih 75 negara, termasuk di negara yang didominasi masyarakat bukan Islam.

Sejak lima tahun lalu, pusat kewangan antarabangsa dilihat mula mempraktikkan sistem berkenaan, termasuk beroperasi di London, Singapura dan Hong Kong.

Antara produk utama dihasilkan daripada kewangan Islam adalah Sukuk dan Malaysia adalah pasaran terbesar produk berkenaan dengan bon keseluruhan bernilai RM211.2 bilion.

Ini kejayaan yang sangat baik dan perlu dipertahankan pada masa hadapan serta berusaha menambahkan lagi nilainya.

Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku kerana masyarakat dunia mula membuka mata kepada kelebihan dan kewibawaan perbankan Islam.

Diharapkan dengan perkembangan memberangsangkan di negara kita, banyak negara di Asia Barat akan melabur di sini kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran dan situasi ekonomi di Barat.

Dalam menangani krisis kewangan pada 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai kepemimpinan yang bijak, berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah drastik, termasuk mengawal tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi dan sosial negara kita.

Tambahan pula, industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion) menjelang 2010 nanti.

Menurut Pengarah Unit Perbankan dan Kewangan Universiti Monash (Malaysia), Profesor Bala Shanmugam, jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan Bank Pembangunan Islam Arab Saudi bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini.

Iklim ekonomi dan penyertaan yang semakin bertambah dalam industri itu membuka peluang kepada Malaysia dan negara Islam lain menjadi peneraju utamanya.

Industri global pula kini bernilai sekitar AS$531 bilion (RM1.816 trilion), menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam.

Peserta sektor kewangan Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan positif masyarakat global.

Langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kewangan Islam semakin dipertingkatkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk mendedahkan umum kepada aktiviti pasaran modal Islam serta perniagaan takaful yang berkembang pesat.

Kerajaan konsisten mempelbagaikan konsep terbitan nota kewangan Islam sedia ada daripada berasaskan bai inah dan ijarah kepada murabahah yang mendapat sambutan. Dengan menerbitkan nota kewangan Islam menerusi struktur itu yang digunakan secara meluas di Timur Tengah terutamanya, ia boleh menyediakan platform bagi pelabur baru untuk melabur dalam kertas-kertas pembiayaan Islam dalam pasaran Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif yang dikaitkan dengan pasaran kewangan Islam global, instrumen itu akan dipromosikan ke pasaran kewangan antarabangsa dari semasa ke semasa.

Sambil dunia memperakui pentingnya membangunkan produk lindung nilai Islam dalam pasaran kewangan Islam untuk menangani risiko, Malaysia bangun memperkenalkan perjanjian derivatif Islam global bagi mendokumenkan transaksi derivatif Islam yang dimulakan bank pusat dan dipacu industri kewangan menerusi pakatan serta kerjasama bijak.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Kukuhkan kewangan Islam


Krisis kewangan kapitalis global yang bertunjangkan mekanisme riba, tekanan faedah berganda dan penindasan ala sistem perbankan rimba, kini sedang melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan beberapa buah negara lain dalam sekelip mata sahaja. Usaha-usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda-tanda ekonomi beransur pulih kembali. Dalam masa yang sama episod hitam itu secara relatifnya telah membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar, survival serta kejayaan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam lain di seluruh dunia dalam menangani krisis ekonomi.
Ini adalah masa dan medan terbaik kepada negara-negara Islam memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam mereka dan dalam masa yang sama mengetengahkannya kepada dunia sebagai alternatif dan pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi global. Kemampuan sistem perbankan Islam tumbuh 15 peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan ciri-cirinya yang tersendiri melawan arus deras institusi kapitalis-riba global. Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan, di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global seperti yang berlaku sekarang.
Pada hakikatnya institusi kapitalis-riba global sedang menuju kemelesetan dan pendokongnya bakal berdepan dengan gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya. Islam juga sangat mementingkan kesejahteraan umat dan sangat memerangi segala bentuk sistem atau struktur yang berteraskan riba yang memudaratkan kehidupan manusia.
Firman Allah, bermaksud, "Wahai orang beriman, bertakwa kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya," (Al-Baqarah: 278- 279).
Oleh itu, krisis yang dihadapi di AS dan Eropah hari ini telah menampak dan membuktikan sistem konvensional semasa yang mesra riba seperti sedang diamalkan ketika ini mempunyai begitu banyak kelemahan, ketempangan dan ketidakseimbangan. Keadaan ini berbeza dengan sistem kewangan Islam yang bebas riba dilihat semakin kukuh, mantap dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan di kala dunia sedang mendepani zaman meleset.
Begitu juga dalam keadaan pergerakan ekonomi yang masih perlahan dan tidak berdaya saing, dijangka bakal mempengaruhi banyak negara di seluruh dunia termasuklah negara maju seperti Jepun dan sebagainya.
Ramai sarjana mengakui kesan positif krisis ekonomi dunia kini kepada sistem kewangan Islam berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti institusi zakat, wakaf, baitulmal, sedekah, hibah dan sebagainya di samping beberapa inovasi dalam produk ekonomi Islam. Ini menjadikan sistem kewangan Islam secara asasnya tidak menerima kesan langsung daripada krisis yang berlaku berdasarkan ciri-cirinya yang tersendiri seperti kurang risiko, adil dan amalan perkongsian keuntungan dalam segala aspek. Malah, ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan konvensional lain wajar mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang terbukti berjaya.
Nilai keseluruhan aset kewangan Islam mencapai lebih AS$1 trilion (RM3.52 trilion), malah turut dipraktikkan di lebih 75 negara seluruh dunia, termasuk di negara yang didominasi masyarakat bukan Islam. Sejak lima tahun lalu, pusat kewangan antarabangsa dilihat mula mempraktikkan sistem berkenaan termasuk yang beroperasi di London, Singapura dan Hong Kong. Antara produk utama yang dihasilkan daripada kewangan Islam adalah Sukuk dan Malaysia adalah pasaran terbesar produk berkenaan dengan bon keseluruhan bernilai RM211.2 bilion. Ini adalah kejayaan yang sangat impresif dan perlu dipertahankan pada masa hadapan serta berusaha menambahkan lagi nilainya.
Melabur
Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku kerana masyarakat dunia jelas nampak kelebihan dan kewibawaan perbankan Islam dan adalah diharapkan agar dengan perkembangan yang memberangsangkan di negara kita, banyak negara di Asia Barat akan mula melabur di sini kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran dan situasi ekonomi di negara Barat.
Ini adalah kerana, dalam menangani krisis kewangan teruk pada 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai kepimpinan yang bijak, berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah-langkah yang drastik termasuk mengawal tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi dan sosial negara kita.
Tambahan pula, industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion) menjelang tahun 2010 nanti. Jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan Bank Pembangunan Islam Arab Saudi bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini.
Iklim ekonomi dan penyertaan yang semakin bertambah di dalam industri ini membuka peluang kepada Malaysia dan negara Islam lain menjadi peneraju utamanya.
Industri kewangan global Islam pula telah berkembang dengan begitu cepat, menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam. Peserta sektor kewangan Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan positif masyarakat global. Langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kewangan Islam semakin dipertingkatkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk dengan mendedahkan umum kepada aktiviti pasaran modal Islam serta perniagaan takaful yang semakin berkembang pesat.
Kerajaan konsisten mempelbagaikan konsep terbitan nota-nota kewangan Islam sedia ada daripada berasaskan Bai Inah dan Ijarah ke Murabahah yang cukup berjaya dan mendapat sambutan. Dengan menerbitkan nota-nota kewangan Islam menerusi struktur itu yang digunakan secara meluas di Asia Barat terutamanya, ia boleh menyediakan satu platform bagi pelabur baru untuk melabur dalam kertas-kertas pembiayaan Islam dalam pasaran Malaysia sekali gus mempelbagaikan pangkalan pelabur.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif yang dikaitkan dengan pasaran kewangan Islam global, instrumen ini akan dipromosikan ke pasaran kewangan antarabangsa dari masa ke semasa.
Sambil dunia memperakui pentingnya membangunkan produk-produk lindung nilai Islam dalam pasaran kewangan Islam untuk menangani risiko, Malaysia bangun memperkenalkan perjanjian Derivatif Islam global bagi mendokumenkan transaksi derivatif Islam yang dimulakan oleh bank pusat dan dipacu oleh industri kewangan menerusi pakatan serta kerjasama bijak. Inisiatif terbukti dapat memperbaiki amalan pengurusan risiko, pengurusan imbangan pembayaran, meningkatkan kecekapan menggerakkan dana dan meningkatkan keupayaan perbankan pelaburan institusi perbankan Islam di peringkat global.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Kukuhkan kewangan Islam: Ke arah kestabilan kewangan sejagat


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Usaha perlu dilakukan untuk terus membina kekukuhan kewangan Islam dan memantapkan struktur sokongannya dalam memastikan ia terus menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan sejagat.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan bagi menghadapi sistem kewangan antarabangsa yang semakin mencabar.
Beliau menjelaskan, pertumbuhan pesat dalam kewangan Islam adalah berpunca daripada minat yang tinggi daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.
''Ini (minat yang tinggi) tidak akan terjadi sekiranya kewangan Islam tidak berupaya untuk memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai dan juga tidak kompetitif daripada produk kewangan lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Persidangan Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), di sini hari ini.
Persidangan satu setengah hari itu telah di anjurkan oleh IIF dan IFSB manakala BNM adalah tuan rumah kepada majlis berkenaan.
Zeti berkata, pasaran kewangan Islam, secara tidak langsung boleh menerima impak daripada kegawatan kewangan semasa seperti mana yang pernah berlaku pada 1997 hingga 1998.
Beliau berkata, dalam usaha menghadapi ke arah pertumbuhan pesat kewangan Islam, hala tuju strategik industri untuk ke hadapan perlu disertakan dengan kecekapan pelaksanaan regim perundangan, kawal selia dan penyeliaan, termasuk mengadakan rangka kerja pengurusan dan pencegahan krisis.
Beliau berkata, ketika kekuatan dan peluangnya diiktiraf, ciri-ciri asas kewangan Islam perlu dipelihara untuk membolehkannya mengekalkan daya tahan dan kestabilan.
Menurut Zeti, dalam usaha membolehkan kewangan Islam disepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, asas sistem kewangan tersebut perlu mantap.
Katanya, penggabungan tersebut akan membentuk sistem kewangan Islam yang lebih kebal untuk menghadapi persekitaran global yang lebih mencabar.
Beliau berkata, terdapat dua dimensi penting dalam membuat penilaian terhadap kemampuan sistem kewangan Islam sedia ada untuk menghadapi ujian daripada krisis kewangan dan keduanya, potensi risiko yang bakal dihadapi dalam persekitaran krisis.
Katanya, dengan menerima pakai ciri-ciri penting dan objektif Syariah secara sepenuhnya dan juga amalannya yang sebenar, daya ketahanan sistem kewangan Islam dapat di perkukuhkan.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday, 17 November 2008

Kewangan Islam alternatif berdaya maju kepada kewangan konvensional - Raja Nazrin


KUALA LUMPUR 17 Nov. — Krisis kewangan semasa menyediakan peluang untuk kewangan Islam menawarkan akternatif berdaya maju kepada kewangan konvensional dengan menawarkan para pelabur dengan kelas aset lain dan pasaran yang lebih stabil, titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.
Baginda bertitah banyak yang diperkatakan sejak kebelakangan ini mengenai kewujudan order ekonomi antarabangsa yang berdaya maju.
“Beberapa pemimpin dunia menggesa supaya dilaksanakan Bretton Woods II (pengurusan kewangan yang diperkenalkan selepas Perang Dunia II). Wujud konsesus yang semakin meningkat bahawa kapatilisme yang tidak dikawal atur yang telah menjurus kita menghadapi krisis ini memerlukan penyusunan semula bagi menyediakan pemulihan dan kestabilan terhadap sistem kewangan.
“Kekuatan kewangan Islam berasal daripada perinsip syariah, yang juga merupakan prinsip perniagaan yang kukuh.
“Sistem syariah memerlukan transaksi kewangan yang disertai aktiviti pendasar yang peroduktif yang sekali gus menyediakan hubungan rapat antara kewangan dan aliran produktif,” titah baginda semasa melancarkan “Buku Panduan Pasaran Sukuk Malaysia — Panduan Anda Kepada Pasaran Modal Islam Malaysia,” di sini hari ini.
Raja Nazrin bertitah prinsip-prinsip syariah mencegah aktiviti levaraj dan spekualtif kewangan yang berlebihan yang sekaligus melindungi pihak-pihak yang terlibat daripada terlalu terdedah kepada risiko.
“Adalah baik untuk membuat spekulasi mengenai ke tahap mana krisis kewangan boleh dihindarkan, atau sekurang-kurangnya impaknya dapat dikurangkan, andai prinsip-prinsip kewangan Islam diamalkan secara meluas,” katanya.
Baginda bertitah kini sudah wujud kesedaran dan minat yang lebih mendalam di kalangan komuniti kewangan dunia terhadap merit kewangan Islam.
Raja Nazirn bertitah permintaan terhadap produk kewangan Islam dalam pasaran global juga semakin meningkat, melebihi bekalannya.
Raja Nazrin berkata sejak kebelakangan ini, “kami menyaksikan peluasan pesat industri perkhidmatan kewangan Islam.” “Hari ini, kewangan Islam merupakan komponen yang semakin diterima dalam sistem kewangan global.
“Pembabitan terus Malaysia dalam pembangunan kewangan Islam telah mengubah landskap kewangan secara signifikan di peringkat tempatan dan antarabangsa, menjadikan Malaysia sebagai pemimpin dalam perlumbaan antarabangsa menjadi pusat kewangan Islam,” katanya.
Beliau berkata semangat bertenaga serta dinamisme sistem kewangan Islam Malaysia hari ini dicerminkan menerusi inovasi produk berterusan, kepelbagaian institusi kewangan Islam, kawal aturan komprehensif dan infrastruktur perundangan, selain kesediaan bakat dan kepakaran kewangan Islam.
Raja Nazrin bertitah pasaran modal Islam di Malaysia hari ini menawarkan rangka produk borongan dan runcit yang luas seperti saham yang mematuhi prinsip-prinsip syariah, dana unit amanah Islam, dana dagangan pasaran Islam, pelaburan amanah hartanah yang mematuhi prinsip syariah, produk berstruktur dan derivatif.
“Produk-produk kewangan bertaraf dunia ini tersedia dalam mata wang ringgit dan bukan ringgit,” katanya.
Mengenai sukuk, beliau berkata Malaysia tidak sahaja mencipta produk industri yang “pertama”, malah berjaya membangunkan pasaran yang kukuh dan mudah tunai yang banyak.
“Kita boleh berbangga kerana mempunyai pasaran sukuk terbesar dan paling inovatif di dunia.
“Pada akhir 2007, jumlah sukuk dari Malaysia berjumlah RM213 bilion (AS$62 bilion), menyumbang 68.9 peratus daripada keseluruhan sukuk global” katanya.
Pada tahun yang sama, Raja Nazrin bertitah sukuk terbesar dunia, berjumlah RM15 bilion (AS$5 bilion) dikumpul dalam pasaran sukuk Malaysia.
“Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran tukaran asing, beberapa bank pembangunan luar, agensi kuasi asing dan perbadanan multinasional sudah menyertai perbadanan-perbadan tempatan dalam meneroka pasaran sukuk tempatan untuk mendapatkan dana,” katanya.
Baginda bertitah pertumbuhan pesat pasaran sukuk sungguh menyakinkan.
“Sebagai perintis, Malaysia telah menetapkan standard dan menawarkan kepimpinan menerusi teladan bagi banyak perkara,” titah baginda.
Raja Nazrin bertitah buku panduan oleh RAM Ratings itu berperanan sebagai panduan kepada institusi dan profesional, terutama komuniti antarabangsa yang berminat untuk mengambil peluang sepenuhnya terhadap pasaran modal Malaysia kerana mewujudkan dan melaksanakan transaksi dalam sukuk.
— BERNAMA
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday, 10 November 2008

Fatwa Dewan Syari'ah Nasional Majelis Ulama Indonesia tentang Tabarru' pada Asuransi Syari'ah

Fatwa Dewan Syari'ah Nasional Majelis Ulama Indonesia no: 53/DSN-MUI/III/2006 tentang Tabarru' pada Asuransi Syari'ah. Menimbang :
a. bahwa fatwa No. 21/DSN-MUI/X/2001 tentang Pedoman Umum Asuransi Syariah dinilai sifatnya masih sangat umum sehingga perlu dilengkapi dengan fatwa yang lebih rinci;
b. bahwa salah satu fatwa yang diperlukan adalah fatwa tentang Akad Tabarru’ untuk asuransi;
c. bahwa oleh karena itu, Dewan Syariah Nasional memandang perlu menetapkan fatwa tentang Akad Tabarru’ untuk dijadikan pedoman.
Mengingat :
    1. Firman Allah SWT, antara lain:
    • Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (QS. al-Nisa’ [4]: 2).
    • “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahtera-an) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” (QS. al-Nisa’ [4]: 9).
    • “Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok (masa depan). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. al-Hasyr [59]: 18).
    2. Firman Allah SWT tentang prinsip-prinsip bermu’amalah, baik yang harus dilaksanakan maupun dihindarkan, antara lain:
    • “Hai orang yang beriman! Tunaikanlah akad-akad itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan hokum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya. (QS. al-Maidah [5]: 1).
    • “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamiu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. al-Nisa’ [4]: 58).
    • “Hai orang yang beriman! Janganlah kalian memakan (mengambil)harta orang lain secara batil, kecuali jika berupa perdagangan yang dilandasi atas sukarela di antara kalian. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS. al-Nisa’ [4]: 29).
    3. Firman Allah SWT tentang perintah untuk saling tolong menolong dalam perbuatan positif, antara lain :
    • “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesung-guhnya Allah amat berat siksa-Nya” (QS. al-Maidah [5]: 2).
    4. Hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wa sallam tentang beberapa prinsip bermu’amalah, antara lain:
    • “Barang siapa melepaskan dari seorang muslim suatu kesulitan di dunia, Allah akan melepaskan kesulitan darinya pada hari kiamat; dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama ia (suka) menolong saudaranya” (HR. Muslim dari Abu Hurairah).
    • “Perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang, saling mengasihi dan mencintai bagaikan tubuh (yang satu); jikalau satu bagian menderita sakit maka bagian lain akan turut menderita” (HR. Muslim dari Nu’man bin Basyir).
    • “Seorang mu’min dengan mu’min yang lain ibarat sebuah bangunan, satu bagian menguatkan bagian yang lain” (HR Muslim dari Abu Musa al-Asy’ari).
    • “Barang siapa mengurus anak yatim yang memiliki harta, hendaklah ia perniagakan, dan janganlah membiarkannya (tanpa diperniagakan) hingga habis oleh sederkah (zakat dan nafakah)” (HR. Tirmizi, Daraquthni, dan Baihaqi dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya Abdullah bin ‘Amr bin Ash).
    • “Kaum muslimin terikat dengan syarat-syarat yang mereka buat kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (HR. Tirmidzi dari ‘Amr bin ‘Auf).
    • “Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (Hadis Nabi riwayat Ibnu Majah dari ‘Ubadah bin Shamit, riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Abbas, dan Malik dari Yahya).
    5. Kaidah fiqh:
    • “Pada dasarnya, semua bentuk mu’amalah boleh dilakukan kecuali ada dalil yang mengharamkannya.”
    • “Segala mudharat harus dihindarkan sedapat mungkin.”
    • “Segala mudharat (bahaya) harus dihilangkan.”
Memperhatikan:
1. Pendapat para ulama, antara lain:
  • Sejumlah dana (premi) yang diberikan oleh peserta asuransi adalah tabarru’ (amal kebajikan) dari peserta kepada (melalui) perusahaan yang digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan berdasarkan ketentuan yang telah disepakati; dan perusahaan memberikannya (kepada peserta) sebagai tabarru’ atau hibah murni tanpa imbalan. (Wahbah al-Zuhaili, al-Mu’amalat al-Maliyyah al-Mu’ashirah, [Dimasyq: Dar al-Fikr, 2002], h. 287).
  • Analisis fiqh terhadap kewajiban (peserta) untuk memberikan tabarru’ secara bergantian dalam akad asuransi ta’awuni adalah “kaidah tentang kewajiban untuk memberikan tabarru’” dalam mazhab Malik. (Mushthafa Zarqa’, Nizham al-Ta’min, h. 58-59; Ahmad Sa’id Syaraf al-Din, ‘Uqud al-Ta’min wa ‘Uqud Dhaman al-Istitsmar, h. 244-147; dan Sa’di Abu Jaib, al-Ta’min bain al-Hazhr wa al-Ibahah, h. 53).
  • Hubungan hukum yang timbul antara para peserta asuransi sebagai akibat akad ta’min jama’i (asuransi kolektif) adalah akad tabarru’; setiap peserta adalah pemberi dana tabarru’ kepada peserta lain yang terkena musibah berupa ganti rugi (bantuan, klaim) yang menjadi haknya; dan pada saat yang sama ia pun berhak menerima dana tabarru’ ketika terkena musibah (Ahmad Salim Milhim, al-Ta’min al-Islami, h, 83).
2. Hasil Lokakarya Asuransi Syari’ah DSN-MUI dengan AASI (Asosiasi Asuransi Syariah Indonesia) tanggal 7-8 Jumadi al-Ula 1426 H / 14-15 Juni 2005 M.
3. Pendapat dan saran peserta Rapat Pleno Dewan Syari'ah Nasional pada 23 Shafar 1427/23 Maret 2006.

MEMUTUSKAN
Menetapkan : FATWA TENTANG AKAD TABARRU’ PADA ASURANSI SYARI’AH
Pertama : Ketentuan Umum
Dalam Fatwa ini, yang dimaksud dengan:
  • a. asuransi adalah asuransi jiwa, asuransi kerugian dan reasuransi syariah;
  • b. peserta adalah peserta asuransi (pemegang polis) atau perusahaan asuransi dalam reasuransi syari’ah.
Kedua : Ketentuan Hukum
  • 1. Akad Tabarru’ merupakan akad yang harus melekat pada semua produk asuransi.
  • 2. Akad Tabarru’ pada asuransi adalah semua bentuk akad yang dilakukan antar peserta pemegang polis.
Ketiga : Ketentuan Akad
1. Akad Tabarru’ pada asuransi adalah akad yang dilakukan dalam bentuk hibah dengan tujuan kebajikan dan tolong¬ menolong antar peserta, bukan untuk tujuan komersial.
2. Dalam akad Tabarru’, harus disebutkan sekurang-kurangnya:
  • a. hak & kewajiban masing-masing peserta secara individu;
  • b. hak & kewajiban antara peserta secara individu dalam akun tabarru’ selaku peserta dalam arti badan/kelompok;
  • c. cara dan waktu pembayaran premi dan klaim;
  • d. syarat-syarat lain yang disepakati, sesuai dengan jenis asuransi yang diakadkan.
Keempat : Kedudukan Para Pihak dalam Akad Tabarru’
  • 1. Dalam akad Tabarru’, peserta memberikan dana hibah yang akan digunakan untuk menolong peserta atau peserta lain yang tertimpa musibah.
  • 2. Peserta secara individu merupakan pihak yang berhak menerima dana tabarru’ (mu’amman/mutabarra’ lahu, مؤمّÙ†/متبرَّع له) dan secara kolektif selaku penanggung (mu’ammin/mutabarri’- مؤمّÙ†/متبرِّع).
  • 3. Perusahaan asuransi bertindak sebagai pengelola dana hibah, atas dasar akad Wakalah dari para peserta selain pengelolaan investasi.
Kelima : Pengelolaan
  • 1. Pembukuan dana Tabarru’ harus terpisah dari dana lainnya.
  • 2. Hasil investasi dari dana tabarru’ menjadi hak kolektif peserta dan dibukukan dalam akun tabarru’.
  • 3. Dari hasil investasi, perusahaan asuransi dapat memperoleh bagi hasil berdasarkan akad Mudharabah atau akad Mudharabah Musytarakah, atau memperoleh ujrah (fee) berdasarkan akad Wakalah bil Ujrah.
Keenam : Surplus Underwriting
  • 1. Jika terdapat surplus underwriting atas dana tabarru’, maka boleh dilakukan beberapa alternatif sebagai berikut:
    • a. Diperlakukan seluruhnya sebagai dana cadangan dalam akun tabarru’.
    • b. Disimpan sebagian sebagai dana cadangan dan dibagikan sebagian lainnya kepada para peserta yang memenuhi syarat aktuaria/manajemen risiko.
    • c. Disimpan sebagian sebagai dana cadangan dan dapat dibagikan sebagian lainnya kepada perusahaan asuransi dan para peserta sepanjang disepakati oleh para peserta.
2. Pilihan terhadap salah satu alternatif tersebut di atas harus disetujui terlebih dahulu oleh peserta dan dituangkan dalam akad.
Ketujuh : Defisit Underwriting
  • 1. Jika terjadi defisit underwriting atas dana tabarru’ (defisit tabarru’), maka perusahaan asuransi wajib menanggulangi kekurangan tersebut dalam bentuk Qardh (pinjaman).
  • 2. Pengembalian dana qardh kepada perusahaan asuransi disisihkan dari dana tabarru’.
Kedelapan : Ketentuan Penutup
1. Jika salah satu pihak tidak menunaikan kewajibannya atau jika terjadi perselisihan di antara para pihak, maka penyelesaiannya dilakukan melalui Badan Arbitrase Syari’ah setelah tidak tercapai kesepakatan melalui musyawarah.
2. Fatwa ini berlaku sejak tanggal ditetapkan, dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diubah dan disempurnakan sebagaimana mestinya.
Ditetapkan di : Jakarta
Tanggal : 23 Maret 2006 / 23 Shafar 1427 H
DEWAN SYARI’AH NASIONAL

MAJELIS ULAMA INDONESIA

Ketua,

Sekretaris,




DR. KH. M.A Sahal Mahfudh

Drs. H.M. Ichwan Sam


---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Apa yang dimaksudkan dengan Takaful


PENGENALAN TAKAFUL
TAKAFUL berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.
Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem ‘aqila’ (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.
Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.
Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru’). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.
APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:
1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:
Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).
2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG
POLISI:
Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.
3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS:
Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.
4. PELABURAN KUMPULAN WANG:
Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.
Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai.
Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua model yang dikenali ialah ‘Model Mudharabah’ atau profit/surplus sharing dan ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi.
(Utusan Malaysia, 9-4-08)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com