Terkini

Friday 21 November 2008

Pelan mantapkan kewangan Islam


WALAUPUN industri kewangan Islam berkembang pantas, namun saiznya masih terlalu kecil berbanding saiz potensi pasarannya dan beberapa pelan kerja umum perlu dilaksanakan untuk menempatkan semula industri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan menggariskan beberapa pelan kerja bagi menempatkan semula industri kewangan berkenaan bagi memastikan ia dapat diperluaskan kepada satu bilion umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, satu halangan utama terhadap pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai mod alternatif perbankan, insurans dan pelaburan Islam dan pemain industri itu perlu terus berurusan dan mendidik orang ramai bagi menangani masalah ini.

“Kewangan Islam juga memerlukan penyelidikan dan kajian lebih lanjut dengan melaksanakan wacana di semua peringkat dan perlu membabitkan pengawal selia, pengamal dan ahli akademik.
“Selain itu, pelaburan dalam modal insan juga perlu dipertingkatkan. Ini kerana, kekurangan pengetahuan mengenai kewangan Islam sedikit sebanyak mempunyai kaitan besar terutama dalam menyediakan pekerja pakar yang berkelayakan,” katanya menyampaikan ucaptama di majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 (KLIFF 2008) di Kuala Lumpur.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment