FORUM Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-10 yang akan berlangsung di Dubai Oktober ini, bakal membincangkan pembentukan ekonomi Islam dianggarkan berjumlah RM25.3 trilion (USD 8 trilion).
Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam berkata, penekanan akan diberikan kepada tiga aspek utama melibatkan pembangunan wakaf, pemerkasaan wanita dalam kerjaya dan pengekalan kerja.
“Pembangunan wakaf akan diutamakan memandangkan kami melihat potensi sangat besar. Ramai orang tidak begitu tahu mengenai wakaf.
“Ia bukan semata-mata untuk aktiviti keagamaan, tetapi ia boleh meliputi setiap aspek kehidupan seperti kemudahan infrastruktur dan lain-lain untuk manfaat masyarakat,” katanya pada sidang media sempena pelancaran WIEF ke-10 di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri Dubai, Abdul Rahman Saif Al Ghurair dan Pengarah Kumpulan Bank Pembangunan Islam, Pegawai Serantau bagi Asia Tenggara, Kunrat Wirasubrata.
Dalam pada itu, Kunrat berkata, kebanyakan kerajaan, peniaga dan individu kini semakin sedar peranan yang perlu dimainkan mereka dalam menangani isu sosial seperti kemiskinan dan kebuluran kerana pertumbuhan ekonomi akan memberi peluang membantu golongan kurang bernasib baik.
“Dengan memperkenalkan semula instrumen sosial seperti wakaf, masyarakat Islam akan berada dalam keadaan baik untuk membawa perubahan dalam merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
“Kita lihat minat yang semakin meningkat dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi yang berusaha untuk berbakti kepada masyarakat menerusi penggunaan wakaf Islam,” katanya.
WIEF bakal berlangsung selama tiga hari bermula 28 Oktober ini di Madinat Jumeirah Conference Centre, Dubai dan dijangka dihadiri lebih 2,500 peserta daripada 140 negara.
(Sinar Harian / 27 Ogos 2014)
---

Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:
Post a Comment