Terkini

Saturday 5 October 2013

Kewangan Islam berkembang pesat

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sektor kewangan Islam di negara ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan terutama dalam tempoh lima tahun ini meskipun melalui persekitaran ekonomi dan kewangan yang mencabar.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, perkembangan yang baik dari semasa ke semasa dalam sektor itu sekali gus membantu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan secara berterusan.
''Kewangan Islam terbukti telah memberi keseimbangan dalam ekonomi selain menyumbang kepada kestabilan kewangan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Kelima Universiti INCEIF di sini hari ini.
Zeti Akhtar berkata, pembiayaan yang besar dalam sektor kewangan Islam turut meningkatkan sukuk dan membantu pembangunan produk serta institusi kewangan yang lain.
Sehubungan itu, katanya, Bank Negara akan terus meningkatkan struktur kewangan Islam bagi memastikan ia terus berkembang pesat.
Dalam pada itu, beliau yang merupakan Canselor INCEIF memberitahu, penglibatan golongan wanita dalam sektor kewangan Islam menunjukkan peningkatan yang baik.
Beliau memberi contoh kejayaan INCEIF melahirkan kira-kira 30 peratus graduan wanita menerusi universiti kewangan Islam itu tahun ini.
Terdahulu, Zeti Akhtar menyerahkan ijazah kepada 146 graduan dari 30 negara.
Daripada jumlah itu, lima penerima merupakan pelajar ijazah doktor falsafah (PhD), seramai 20 pelajar ijazah sarjana dan sebanyak 121 adalah pentauliahan profesional kewangan Islam.
Dua pelajar Malaysia, Norlina Naem dan Syed Faiq dipilih sebagai graduan terbaik dan menerima anugerah Presiden.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment