Terkini

Tuesday 10 December 2013

Institusi perbankan Islam bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR - Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) menyambut cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan kawasan lain yang turut terjejas.

Sehubungan itu, AIBIM mengalu-alukan sebarang bantuan yang ditawarkan oleh ahli-ahlinya kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas.

Antara bantuan yang boleh ditawarkan ialah penangguhan bayaran bulanan mengikut keperluan pelanggan bagi pembiayaan termasuk perbankan perniagaan dan pembiayaan automotif dengan ketetapan tempoh yang bakal dipersetujui.

Bantuan dan kemudahan yang diberi adalah sebagai tindakan prihatin institusi-institusi Perbankan Islam terhadap pelanggan-pelanggan yang menjadi mangsa banjir mengikut keperluan semasa mereka.

Menurut Presiden AIBIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan perbankan Islam yang terjejas bergantung kepada setiap bank
dan berdasarkan keperluan pelanggan bank.

Beliau juga menyarankan pelanggan-pelanggan yang terjejas untuk segera menghubungi cawangan-cawangan masing-masing di kawasan berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut
kemudahan yang ditawarkan.

Ahli-ahli AIBIM yang mempunyai cawangan-cawangan di kawasan yang terlibat bersedia untuk membantu para pelanggan, samada individu, pelangan perniagaan atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang yang terjejas oleh banjir yang melanda ini.

Bagi memudahkan urusan pelanggan-pelanggan yang terjejas, disertakan nombor talian khidmat pelanggan:

No | Institution | Customer Careline
1) Affin Islamic Bank Berhad  | 1 800 88 3883
2) Al Rajhi Banking & Investment Corpn. Bhd | 1 300 82 6000
3) Alliance Islamic Bank Bhd  | 03 5516 9988
4) AmIslamic Bank Berhad      | 1300 80 8888
5) Asian Finance Bank Berhad  | 03 2079 1000
6) Bank Islam Malaysia Berhad | 03 2690 0900
7) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad | 1 300 88 12265
8) Bank Muamalat Malaysia Berhad | 1 300 88 8787
9) Bank Simpanan Nasional        | 1300 88 1900
10) CIMB Islamic Bank Berhad     | 1300 880 900
11) Citibank Berhad | 07 268 0000 (JB) | 09 509 0000 (Kuantan) | 06 852 0000
(Melaka)
12) Hong Leong Islamic Bank Berhad | 03 76268899
13) HSBC Amanah Malaysia Berhad    | 1300 80 2626
14) Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad     | 1800 888 534
15) Maybank Islamic Berhad     | 03 2297 2001  | 1 300 88 6688
16) OCBC Al-Amin Bank Berhad   | 1300 88 0310
17) Public Islamic Bank Berhad | 03 2176 6000
18) RHB Islamic Bank Berhad    | 03 92068118
19) Standard Chartered Saadiq Berhad | 03 7711 8888 | 1300 888 888

Mengenai AIBIM

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia atau Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM) ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai Persatuan Institusi Perbankan Islam tanpa riba.

Tujuan penubuhan AIBIM ialah untuk memartabatakan sistem perbankan Islam tanpa was-was serta mempromosi dan mewakili kepentingan ahli-ahlinya.

AIBIM mempunyai 24 ahli yang terdiri dari 11 bank tempatan, 2 Institusi Kewangan Pembangunan dan 10 bank yang diperbadankan di Malaysia. - Bernama (10 Dis 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment