Abdullah bin Al-Mubarak seorang ulama yang luar biasa. Selain menguasai ilmu, beliau juga seorang usahawan yang berjaya. Setiap tahun beliau mengeksport barangan dari Khurasan ke Mekah dan meraih keuntungan yang banyak.
Berbeza dengan kebanyakan usahawan lain, Ibnu Al-Mubarak mempunyai motivasi niaga yang sangat luhur. Motif perniagaannya bukan untuk mengumpulkan harta kekayaan. Akan tetapi menurut beliau perniagaan ialah jalan untuk membina kehidupan akhirat yang lebih selesa.
Fudail bin รขIyad berkata kepadanya: Engkau selalu memerintahkan kami untuk berzuhud, meninggalkan dunia dan bekerja untuk akhirat. Namun mengapa engkau sendiri sibuk dengan perniagaan yang besar ini?
Ibnu Al-Mubarak menjawab: Aku berniaga untuk menjaga air wajahku, memelihara kehormatanku dan membantuku dalam mentaati tuhanku.
Tujuan sebenar harta
Ucapan Ibnu Al-Mubarak ini mengingatkan kita tujuan sebenar harta yang berada di tangan kita. Allah SWT menitipkan harta kepada kita bukan untuk membiayai nafsu serakah kita, akan tetapi untuk mencapai tiga tujuan penting.
Pertama, menutupi hajat manusiawi kita sehari-hari seperti makan, minum dan menyara keluarga.
Kedua, untuk menjaga kehormatan kita agar tidak meminta-minta kepada orang lain.
Ketiga yang tidak kalah pentingnya, harta sangat penting untuk memungkinkan kita melakukan amal ibadah yang lebih banyak.
Siapa yang memiliki kelebihan harta, maka ia memiliki peluang lebih besar untuk menyumbang kepada Islam. Dengan harta, ia boleh melakukan pelbagai ibadah yang tidak dapat dilakukan orang miskin seperti haji, zakat dan sedekah. Lebih penting daripada itu, Muslim yang berharta akan mampu membuat perubahan bagi umat dengan hartanya.
Itu sebabnya Rasulullah SAW memuji harta yang banyak apabila berada di tangan yang tepat. Baginda Nabi SAW bersabda kepada รขAmr bin Al-รขAs: Wahai รขAmr, betapa bagusnya harta yang baik bagi laki-laki yang soleh. (riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)
(Utusan Malaysia/Umar Muhammad Noor/24 Dis 2013)
---
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
No comments:
Post a Comment