Terkini

Tuesday, 12 April 2011

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor - Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya

Tarikh Keputusan: 
 12 Apr, 2011
Keputusan: 

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
 
  1. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
    Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ” 
  2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
     
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen. 
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday, 5 April 2011

Penyusunan Semula Aqad Muamalah Kewangan

Persoalan mengenai faedah, riba atau 'interest' dalam urusan kewangan menjadi mauduk perbincangan penting sejak berabad lamanya. Kegagalan memahami istilah dan penggunaan secara tepat boleh menyebabkan kepincangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi. Sejak penggunaan istilah yang saling berkongsi makna yang sama ini dan perkembangan muamalah kewangan Islami, kegiatan yang mempunyai faedah dielakkan ekoran dari pengharamannya. Kekaburan maksud sebenar riba dan pengabaian sudut etika pengurusan kewangan Islami boleh menyukarkan natijah syariat. Oleh itu, mengharuskan sesuatu amalan muamalah dengan tidak menggunakan aqad yang dinisbahkan kepada faedah tidak bermakna sesuatu muamalah itu menepati ajaran Islam.
Pengharaman riba ditemui sejak 2,000-1,400 S.M dalam tamadun keagamaan India. Begitu juga di dalam kitab Bible (Old Testament-Ezekiel), yang menganggap riba adalah jenayah setanding dengan kesalahan merogol, membunuh, mencuri dan syirik di kalangan kaum Yahudi tahun ke-6 S.M. Seterusnya, Kod Hammurabi mengawal amalan riba dengan mengenakan had tertentu ke atas pemberian pinjaman wang.
Plato dan Aristotle mengakui riba sebagai tidak bermoral dan tidak adil. Greek menjadi antara yang pertama menguatkuasakan kawalan kadar tertentu ke atas riba (800-600 S.M), diikuti oleh Rom (443 S.M) menetapkan kadar riba tidak boleh melebihi 8.33% dan kemudiannya dinaikkan kepada 12%. Pada kurun ke-7 Masihi, Al-Quran menegaskan pengharaman riba ke atas seluruh umat manusia dan mencela amalan ini.
Di Malaysia, amalan perbankan dan badan kewangan menetapkan kadar faedah kepada pinjaman kepada Kadar Asas Pinjaman (Base Lending Rate-BLR) yang pada ketika ini 6.8% manakala jendela kewangan dan perbankan Islam pula menutup terus amalan berunsurkan faedah ke atas pinjaman kecuali hanya membuka ruangan ke atas aqad 'jualbeli' (bay').
Perkembangan pemikir ekonomi moden seperti Adam Smith, Keynes dan Silvio Gesell, menyokong pencegahan amalan riba dengan memberi fikrah menghadkan kadar tertentu keharusannya. Ada juga ahli ekonomi sezaman mereka menganggap riba seperti penyakit kanser dalam masyarakat.
Melihat kepada pemikir Islam dan fatwa fiqh antarabangsa, pengenaan sebarang tambahan bayaran balik ke atas pinjaman wang yang melebihi jumlah yang dipinjamkan tanpa mengambilkira bentuk dan istilah yang digunakan adalah haram dan ditegah sama sekali.
Ada pihak yang memberi hujah bahawa pengharaman riba ini gagal mengambilkira unsur nilai kos melepas (opportunity cost) kepada peminjam dan kesan inflasi ke atas wang yang dipinjamkan. Prof. Erhun Kula[1] membangkitkan perkara ini di dalam jurnal beliau namun bersetuju bahawa aqad yang berlandaskan jualbeli mempunyai nilai risiko dan pulangan (reward) usaha pemilik harta tersebut dan berhak menerima kadar pulangan tertentu. Beliau juga bersetuju bahawa pengenaan kadar faedah ke atas pinjaman boleh melumpuhkan ekonomi dan menekan golongan kurang berkemampuan. Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa tidak semua faedah itu riba (Prof. Murad Cizakca, 2006). Keadaan ini berlaku kerana kita gagal membezakan antara riba dan faedah (interest).
Faedah yang dikenakan ke atas wang yang berbeza jangkawaktu pertukaran atau pembayaran balik perlu mengambilkira faktor perkaitan masa (time preference). Unsur masa yang dimaksudkan adalah perkaitan di antara kejatuhan (atau kenaikan) nilai semasa matawang tersebut berbanding semasa aqad dibuat. Wang yang dimiliki sekarang lebih bernilai dari wang yang bakal diperolehi di masa hadapan. Dalam persoalan ini, mengikut pendapat As-Syaibani[2], sekiranya berlaku kejatuhan pada nilai matawang tertentu, kadar emas semasa aqad dibuat hendaklah dijadikan asas nilai pembayaran balik. Pendekatan ulama Islam dalam terhadap zakat fitrah dengan menggunakan wang (thaman bi al-nuqud al-Mithli) menggantikan nilai segantang beras adalah satu contoh tepat bagaimana kita perlu melihat wang hanyalah berperanan sebagai cara menyimpan nilai tersebut. Nilai wang bagi segantang beras berubah-ubah tertakluk kepada nilai harga semasa.
Muamalah semasa pengharaman riba dengan keadaan sekarang di mana wang fiat diperkenalkan (960-1279M oleh Dinasti Song di China dan kemudiannya negara-negara lain) adalah berbeza. Ketika pengharaman riba, emas dan perak dijadikan asas pengukuran harga/nilai. Maksud lebihan kepada pinjaman ialah lebihan yang dikenakan ke atas wang (emas atau perak) dari jumlah yang dipinjamkan.
Oleh itu, bagi memastikan keadilan kepada pemberi pinjaman dan juga peminjam, emas dan perak perlu dijadikan nilai asas kepada pinjaman. Pembayaran balik yang tidak melebihi sedikitpun nilai emas semasa perlu dikuatkuasakan supaya mengurangkan usaha menjuruterakan aqad pinjaman kepada jualbeli. Berlebihan berurusan dengan wang fiat dan berleluasanya riba dapat dilihat dalam masalah sub-prima yang menekan ekonomi dan bakal melumpuhkan Amerika Syarikat sekarang.
Di dalam Riba in Islam, Fiqh of Contemporary Issues-Mohammad Razi (May 2008) juga menyimpulkan bahawa riba dalam apa bentuk sekalipun ke atas pinjaman tidak boleh dan haram di sisi agama Islam.[3] Dengan kata lain, mengambil pulangan secara melebihi dari pinjaman kepada orang lain tidak dibolehkan walaupun berbagai hujah lojik diberikan atau mendapat keredhaan pihak-pihak berkenaan.
Pengharaman riba adalah bertujuan untuk memberi keadilan dalam urusan kewangan dan mengelakkan dari berlakunya penindasan golongan kaya ke atas golongan yang miskin. Riba juga membuatkan orang yang miskin bertambah miskin manakala orang yang kaya tidak mahu berusaha memakmurkan sumber modal yang ada dengan hanya mengharapkan pulangan hasil dari tekanan kadar yang tinggi ke atas peminjam. Akibatnya, ekonomi akan mundur dan cenderung memusnahkan kemakmuran sesebuah negara.
Apa yang digalakkan oleh Islam adalah berniaga atau bermuamalah pertukaran berlandaskan keredhaan dengan jalan jualbeli atau pemakmuran ekonomi melalui perkongsian. Pengagihan kekayaan secara adil dan menggalakkan amalan bersedekah di samping menunaikan zakat ke atas pemilikan kekayaan tersebut. Agihan ini dapat dirasai oleh orang yang kurang berkemampuan manakala harta yang diperolehi dengan menepati kehendak syariah mendapat barakah seterusnya menambahkan lagi kemakmuran negara. Pulangan dengan hanya memberi pinjaman tanpa mengusahakan sesuatu kegiatan ekonomi dihapuskan.
Kecenderungan terkini yang ditakuti ialah terdapat pihak-pihak yang cuba menyembunyikan amalan riba di dalam aqad-aqad yang diberi istilah tertentu. Jelas kepada kita sekiranya kita menyebut jualbeli dalam sesebuah aqad, tidak semestinya muamalah tersebut jualbeli sekiranya tidak jelas atau aqad tersebut bukan jualbeli. Dengan hanya menggunakan istilah bay' tidak bermakna ianya tidak mengandungi riba sekiranya aqad tersebut adalah pinjaman.
Sekiranya kita lihat ayat ini, "Pinjaman peribadi berdasarkan kontrak jualbeli bay' inah, diluluskan oleh Penasihat Syariah". Bukankah pelik dan ganjil bunyinya. Sudah semestinyalah mereka ingin meminjam dan pinjaman tersebut yang biasanya untuk kegunaan peribadi dibuat dari mana-mana bank yang menawarkannya. Perkara ini jelas merupakan amalan riba sekiranya pembayaran balik melebihi jumlah pokok. Penggunaan perantara atau 'dummy' dalam aqad seperti lot tanah atau saham, tidak memberi apa-apa makna sebenarnya. Seterusnya, hujah kenapa kaedah pembayaran balik hanya dibuat melalui potongan gaji juga boleh dipersoalkan. Seterusnya, kajian lanjut boleh dibuat bagi mengetahui kesan amalan aqad-aqad seumpama ini terhadap kadar bankrupsi di Malaysia.
Aqad-aqad seperti Bay' Inah, Murabahah, Bai' Bi thamanil Ajil (BBA) dan tawarru' yang ada di Malaysia boleh dikategorikan sebagai mencurigakan. Aqad-aqad ini tidak lain dari menjuruterakan aqad jualbeli bagi mengharuskan pinjaman berdasarkan faedah.
Di dalam sebuah hadith, diriwayatkan bahawa Allah mencela pemberi, penerima, penulis dan orang yang menyaksikan amalan riba. Kerelaan pihak-pihak terbabit tidak boleh dijadikan alasan mengharuskan satu larangan. Sekiranya kerelaan boleh digunakan, maka akan berlaku maksiat penzinaan berleluasa kerana masing-masing rela dan kerelaan mereka telah membelakangkan syariat pengharaman zina itu sendiri.
Seperkara lagi yang jelas dari segi amalannya, tidak kira sama ada institusi tersebut dinisbahkan sebagai badan islami atau tidak, sekiranya mereka memberi pinjaman atau melaksanakan aqad muamalah, kebergantungan kepada BLR masih tidak dapat dielakkan. BLR digunakan sebagai asas kepada kadar keuntungan aqad yang digunakan dan amalan riba dibenarkan berlaku.
Keruncingan pengurusan kewangan dan ekonomi kebelakangan ini akibat ketidaktentuan naik turun nilainya, perlu dilihat sebagai desakan yang menuntut kita menakrifkan semula riba, faedah, wang, harga dan etika pengurusan kewangan serta menyusun semula tatacara pentadbiran kewangan menyeluruh. Masalah sub-prima yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang yang bakal melumpuhkan ekonomi negara itu mungkin boleh dijadikan pengajaran betapa kesan kegagalan memahami kaedah pengurusan kewangan dan ekonomi selari kehendak syariah mengancam kestabilan ekonomi sesebuah negara.




Mohd Noor Omar - Pegawai Penyelidik, IKIM
22/07/2008 | Berita Harian


---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Kontrak kewangan Islam

Islam telah menyediakan garis panduan dalam menggerakkan ekonomi. Ia merangkumi semua kontrak kewangan Islam yang boleh digunakan bagi menjalankan perniagaan. Kontrak-kontrak tersebut mengandungi rukun dan syarat yang perlu dipatuhi demi memastikan hak semua pihak terjamin.
Di sebalik pematuhan kepada rukun dan syarat kontrak, terdapat unsur-unsur lain yang boleh menjayakan objektif kewangan Islam itu. Unsur-unsur tersebut termasuklah aktiviti, pengawal dan pengendali urusan kewangan berkenaan.
Semua unsur tersebut perlu menjunjung nilai dan akhlak sebagaimana yang digagaskan Islam agar sistem kewangan Islam dilihat sebagai sebuah sistem sebenar. Ini kerana Islam adalah agama yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Ia bukan sahaja memerintahkan umatnya berpegang kepada syariah, tetapi menyuruh mereka supaya menganut Islam secara keseluruhan.
Ini jelas dipaparkan dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Dengan maksud yang lain, sistem kewangan Islam tidak cukup dengan pematuhan terhadap rukun dan syarat dalam aktiviti perniagaan sahaja. Ia memerlukan komitmen pengendali untuk memastikan sikap mereka, persekitaran tempat kerja, budaya dan sebagainya sejajar dengan nilai-nilai Islam. Ini untuk meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadapnya. Sekali gus ia akan meningkatkan reputasi baik institusi berkenaan dan mendapat hasanah di dunia danhasanah di akhirat.
Sebagai contoh, penulis mengambil Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. sebagai rujukan. Takaful Ikhlas telah membuktikan keupayaannya sebagai entiti perniagaan yang begitu cepat berkembang dan pada waktu yang sama memastikan keseluruhan operasinya berlandaskan syariat.
Ia mempunyai visi dan misi yang jelas untuk meletakkan syarikat sebagai pengendali takaful pilihan yang dipandu oleh prinsip syariah.
Visi dan misi inilah yang memacu setiap operasinya agar tidak bercanggah dengan prinsip serta nilai-nilai syariat. Takaful Ikhlas sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat Jawatankuasa (JK) Syariah yang terdiri daripada sarjana-sarjana dalam bidang kewangan Islam.
Bermula dengan proses pengunderaitan, Takaful Ikhlas tidak akan menerima risiko-risiko yang bercanggah dengan syariat seperti kilang arak, premis perjudian dan pusat-pusat hiburan. Sebarang pengeluaran produk juga perlu melalui kelulusan JK Syariah terlebih dahulu.
Sekiranya JK Syariah tidak berpuas hati dengan ciri-ciri produk berkenaan, maka ia akan diperbetulkan semula dan akan diperbincangkan sekali lagi oleh JK Syariah. Setiap pelaburan syarikat pula dipantau secara berterusan oleh jabatan dan badan tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran.
Sekurang-kurangnya terdapat lima entiti yang mengawal selia proses pelaburan syarikat. Ini termasuklah Jabatan Pematuhan Syariah, Jawatankuasa Syariah, audit dalaman, audit luaran dan Bank Negara Malaysia. Ini menyebabkan semua warga kerja Takaful Ikhlas bertungkus-lumus memastikan semua operasinya berlandaskan syariah kerana ia dikawal ketat oleh entiti-entiti terbabit.
Namun begitu, syariah Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui prosedur yang ketat semata-mata. Ia perlu bermula dengan kefahaman yang jitu terhadap syariah Islam.
Justeru, dalam menerapkan kefahaman ini kepada warga kerjanya, Takaful Ikhlas secara berterusan membangunkan warganya dengan pelbagai program dan aktiviti pembangunan kakitangan seperti majlis tazkirah mingguan, solat secara berjemaah di tempat kerja, artikel berbentuk tazkirah dan sebagainya.
Di samping operasi dan aktiviti syarikat, pihak syarikat juga memastikan penerapan nilai-nilai syariah Islam dikembangkan dalam persekitaran tempat kerja. Ini termasuklah mewajibkan pekerja menutup aurat, kedudukan pekerja lelaki dan pekerja perempuan diasingkan, membudayakan memberi salam, mengamalkan akhlak-akhlak mulia dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti pemasaran juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej Islam kepada masyarakat di samping memasarkan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
Justeru, bagi memastikan mereka yang berada di sektor pemasaran ini benar-benar memahami tanggungjawab mereka, maka Takaful Ikhlas mewajibkan wakil-wakil mereka mengikuti kursus-kursus yang memberi kefahaman bagaimana menjadi wakil di sebuah institusi kewangan Islam.
Mereka juga diterapkan dengan kesedaran perlunya mempraktikkan akhlak dan disiplin sebagai wakil takaful. Ini untuk memastikan mereka sentiasa sedar bahawa mereka bukan sahaja ingin membantu masyarakat mendapatkan perlindungan terhadap keluarga dan harta benda, bahkan supaya mereka bertambah yakin dan istiqamah dalam membangunkan sistem kewangan Islam.
Semua ini boleh berlaku di mana-mana institusi atau organisasi asalkan warga institusi atau organisasi berkenaan memahami bahawa Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh) dan mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi untuk melihat Islam itu berada di tempatnya yang tinggi.
Maka umat Islam perlu mempraktikkannya secara menyeluruh termasuklah dari sudut aktiviti dan akhlak. Mana mungkin sebuah visi yang besar iaitu untuk membangunkan sistem kewangan Islam akan berjaya tanpa pengukuhan kefahaman dan sikap. Nescaya, individu dan institusi yang hanya memilih sudut-sudut tertentu dalam Islam tidak akan diberikan kejayaan oleh Allah SWT.
Utusan Malaysia

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Ushul Fiqh dan Ulama Ekonomi Syariah

Perkembangan ekonomi syariah saat ini secara terus menerus mengalami kemajuan yang sangat pesat, baik di panggung internasional, maupun di Indonesia. Perkembangan ekonomi syariah tersebut meliputi perbankan syariah, asuransi syariah, pasar modal syariah, reksadana syariah, obligasi syariah, leasing syariah, Baitul Mal wat Tamwil, koperasi syariah, pegadaian syariah dan berbagai bentuk bisnis syariah lainnya.
Dalam mengembangkan dan memajukan lembaga tersebut, sehingga dapat bersaing dan sesuai dengan kebutuhan masyarakat bisnis modern, dibutuhkan inovasi-inovasi produk dengan tetap mematuhi prinsip-prinsip syariah. Selain itu, ekonomi syariah bukan saja dalam bentuk lembaga-lembaga keuangan, tetapi juga meliputi aspek dan cakupan yang sangat luas, seperti kebijakan ekonomi negara, ekonomi pemerintah daerah, ekonomi makro (kebijakan fiskal, public finance, strategi mengatasi kemiskinan dan pengangguran, inflasi, kebijakan moneter), dan permasalahan ekonomi lainnya, seperti upah dan perburuhan, dan sebagainya. Sepanjang subjek itu terkait dengan ekonomi syariah, maka keterlibatan ulama syariah menjadi niscaya. Ulama ekonomi syaria berperan :
1. berijtihad memberikan solusi bagi permasalahan ekonomi keuangan yang muncul baik skala mikro maupun makro.
2. Mendesign akad-akad syariah untuk kebutuhan produk-produk bisnis di berbagai lembaga keuangan syariah,
3. Mengawal dan menjamin seluruh produk perbankan dan keuangan syariah dijalankan sesuai syariah.
Untuk menjadi ulama ekonomi syariah dengan tugas seperti itu, diperlukan sejumlah syarat/kualifikasi. Kualifikasi ini diperlukan, karena ulama ekonomi syariah berperan mengeluarkan fatwa-fatwa yang terkait dengan ekonomi syariah melalui ijtihad. Ijtihad merupakan pekerjaan para ulama dalam menjawab persoalan-persoalan hukum syariah dan memberikan solusi terhadap permasalahan yang muncul.


Menurut disiplin ilmu ushul fiqh, salah satu syarat yang harus dimiliki ulama yang bertugas berijtihad adalah menguasai ilmu ushul fiqh. Tanpa mengetahui ilmu ushul fiqh, maka keberadaannya sangat diragukan, bahkan tidak memenuhi syarat sebagai ulama ekonomi syariah. Demikian pula halnya dengan figur yang duduk sebagai majlis fatwa, dewan syariah atau dewan pengawas syariah yang senantiasa menghadapi masalah-masalah ekonomi syariah, dibutuhkan pengetahuan yang mendalam dan luas tentang ilmu ushul fiqh dan perangkat ilmu syariah yang terkait.
Urgensi dan kedudukan ilmu ushul fiqh


Semua ulama sepakat bahwa ushul fiqh menduduki posisi yang sangat penting dalam ilmu-ilmu syariah. Imam Asy-Syatibi (w.790 H), mengatakan, mempelajari ilmu ushul fiqh merupakan sesuatu yang dharuri (sangat penting dan mutlak diperlukan), karena melalui ilmu inilah dapat diketahui kandungan dan maksud setiap dalil syara’ (Al-quran dan hadits) sekaligus bagaimana menerapkannya. Menurut Al-Amidy dalam kitab Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam, Siapa yang tidak menguasai ilmu ushul fiqh, maka diragukan ilmunya, karena tidak ada cara untuk mengetahui hukum Allah kecuali dengan ilmu ushul fiqh.” .


Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa ilmu ushul fiqh merupakan satu di antara tiga ilmu yang harus dikuasai setiap ulama mujtahid, dua lainya adalah hadits dan bahasa Arab. Prof. Salam Madkur (Mesir), mengutip pendapat Al-Razy yang mengatakan bahwa ilmu ushul fiqh adalah ilmu yang paling penting yang mesti dimiliki setiap ulama mujtahid. Ulama ekonomi syariah sesungguhnya (seharusnya) adalah adalah bagian dari ulama mujtahid, karena ulama ekonom syariah harus berijtihad memecahkan berbagai persoalan ekonomi, menjawab pertanyaan-pertanyaan boleh tidaknya berbagai transaksi bisnis modern, memberikan solusi pemikiran ekonomi, memikirkan akad-akad yang relevan bagi lembaga keuangan syariah. Memberikan fatwa ekonomi syariah, jika diminta oleh masyarakat ekonomi syariah. Untuk mengatasi semua itu, seorang ahli syariah (dewan syariah), harus menguasai ilmu ushul fiqh secara mendalam karena ilmu ini diperlukan untuk berijitihad.


Seorang ulama ekonomi syariah yang menduduki posisi sebagai dewan pengawas syariah apalagi sebagai Dewan Syariah Nasional, mestilah menguasai ilmu ushul fiqh bersama ilmu-ilmu terkait, seperti qaw’aid fiqh, tarikh tasyri’, falsafah hukum Islam, tafsir ekonomi, hadits-hadits ekonomi, dan sejarah pemikiran ekonomi Islam.


Oleh karena penting dan strategisnya penguasaan ilmu ushul fiqh, maka untuk menjadi seorang faqih (ahli fiqh), tidak diharuskan membaca seluruh kitab-kitab fiqh secara luas dan detail, cukup mengetahui sebagian saja asal ia memiliki kemampuan ilmu ushul fiqh, yaitu kemampuan istinbath dalam mengeluarkan kesimpulan hukum dari teks-teks dalil melalui penelitian dan metode tertentu yang dibenarkan syari’at, baik ijtihad istimbathy maupun ijtihad tathbiqy. Metodologi istimbath tersebut disebut ushul fiqh. Demikianlah pentingnya ilmu ushul fiqh bagi seorang ulama. Termasuk dalam lingkup ushul fiqh adalah pengetahuan maqashid syariah. Seorang ulama ekonomi syariah harus memahami konsep maqashid syariah dan penerapannya. Untuk menguasai ilmu maqashid syariah, harus dibaca buku-buku tentang ilmu maqashid syariah, seperti, Al-Muwafaqat karangan Imam Al-Syatibi, Al-Mustashfa dan Syifaul Ghalil karangan Imam Al-Ghazali, I’lamul Muwaqqi’in, karangan Ibnu Al-Qayim, Qawa’id Ahkam fi Masholih al-Anam, karya Izzuddin Abdus Salam (660 H), kitab Maqashid al- Syariah karya Muhammad Thahir Ibnu ’Ashur ( Tunisia, 1946, ) Al-Ijtihad karya Prof. Dr Yusuf Musa, dan sebagainya. Sedangkan untuk menguasai ilmu ushul fiqh secara mendalam minimal seorang ulama membaca 100 buku ushul fiqh. (Daftar buku ushul dipaparkan pada tulisan kedua artikel ini)
Dalam ilmu ushul fiqh dipelajari berbagai macam obyek kajian, seperti :
1. Kaedah-kaedah ushul fiqh kulliyah yang digunakan dalam mengistimbath hukum dan cara menggunakanya. Dengan mempelajari ushul fiqh, seorang ulama ekonomi syariah akan mengetahui metode ijtihad para ulama.
2. Sumber-sumber hukum Islam ; Al-quran, Sunnah, dan Ijma’, serta metode perumusan hukum Islam, seperti qiyas, maslahah mursalah , istihsan, sadduz zari’ah, mazhab shahabi,’urf, qaul shahaby, dll.
3. Konsep Ijtihad dan syarat-syarat menjadi ulama mujtahid, juga konsep fatwa
4. Konsep qath’iy dan zhanniy,
5. Prioritas kehujjahan dalil-dalil syara’, dsb.
Selain ilmu ushul fiqh, seorang ulama ekonomi syariah seharusnya menguasai qawa’id fiqh, khususnya yang terkait dengan qawa’id fiqh ekonomi (muamalah). Kitab-kitab qawa’id fiqh sangat luas dan beragam. Seorang ulama ekonomi syariah tidak cukup meguasai kitab Al-Asybah wan Nazhair karya Al-Suyuthy atau Al_Majallah Al-Ahkam Al-Adliyah, Kitab Undang-Undang Ekonomi Islam Turki Usmani di masa lampau (1876), karena Qanun ekonomi Islam tersebut hanya berisi 100 qaidah fiqh ekonomi dan terlalu Hanafi centris. Namur demikian, Al-majallah ini seharusnya menjadi buku wajib pada mata kuliah qawaid fiqh di jurusan perbankan dan ekonomi syariah di IAIN/UIN. Di jurusan ekonomi Islam, jangan lagi diajarkan qawaid fiqh yang penuh munakahat, ibadah dan jinayat. Qawaid fiqh pada tiga bidang ini difokuskan di jurusan lain. Sedangkan jurusan ekonomi syariah atau perbankan syariah hanya membahas qawid fiqh tentang ekonomi keusangan.


Selain syarat menguasai ilmu ushul fiqh, maqashid dan qawa’id fiqh, seorang ulama ekonomi syariah juga harus menguasai ayat-ayat hukum. Menurut Imam Al-Ghazali, seorang ulama mujtahid paling tidak menguasai 500 ayat –ayat hukum syariah. Pendapat Imam Al-Ghazali, meskipun tidak relevan menjadi syarat ulama ekonomi syariah, karena 500 ayat tersebut mencakup munakahat, dan jinayat dan hukum dil luar ekonomi. Namun syarat tersebut harus menjadi pertimbangan dalam hal penguasaan ayat-ayat bagi ulama ekonomi syariah.


Jadi, paling tidak ulama ekonomi syariah seharusnya menguasai 370 ayat tentang ekonomi dalam Al-quran. Menurut C.C. Torrey dalam buku The Commercial Theological Term in the Quran dan Dr. Mustaq Ahmad dalam Etika Ekonomi dalam Al-Quran, bahwa di dalam Al-quran tedapat 370 ayat tentang bisnis. Maka semua ini harus dikuasai oleh ulama ekonomi syariah. Selain itu, ulama ekonomi syariah juga harus menguasai 1350 hadits-hadits ekonomi, ditambah ilmu mushthalah hadits. Oleh karena banyaknya ayat dan hadits tentang ekonomi dan bisnis, maka di seluruh program pascasarjana ekonomi keuangan Islam, materi ayat dan hadits bekonomi ini dijadikan sebagai mata kuliah wajib.


Dalam konteks pemahaman ayat-ayat ekonomi, seorang ulama ekonomi syariah harus mengeatahui asbabun nuzul, juga masalah-masalah yang telah diijma’iy ulama, metode ijma’, syarat-syarat ijma’, metode qiyas, metode maslahah, ishtihsan, ‘urf, qaul Sahabi, dan sebagainya.


Melihat, sejumlah syarat-syarat yang harus dimiliki ulama ekonomi syariah, ada tiga hal yang menjadi catatan.
Pertama, kelihatannya menjadi ulama ekonomi syariah tersebut, sangat sulit, tetapi bagi generasi yang hidup dan bergelut dengan tradisi keilmuan syariah sejak usia dini, memenuhi syarat-syarat itu tidaklah terlalu sulit. Maka, jika kita mau jujur, ikhlas, dan terbuka, masih ada ahli-ahli syariah di Indonesia yang memiliki pengetahuan mendalam dan luas tentang ushul fiqh dan sekaligus tentang ekonomi Islam. Majlis Ulama Indonesia dan bank-bank syariah harus secara cerdas memilih dan mempertahankan para ahli syariah yang memenuhi kualifikasi yang memadai dan bisa diandalkan.


Kedua, para mahasiswa pascasarjana jurusan ekonomi syariah di manapun berada, tidak perlu berkecil hati, jika bukan dibesarkan dari pendidikan syariah yang arabic (Ibtidaiyah salafi, Tsanawiyah salafi dan Aliyah salafi). Maksud sekolah salafi adalah sekolah yang semua rujukan pelajarannya berbahasa Arab, kitab kuning), dan tak perlu juga berkecil hati jika bukan berasal dari sarjana syariah, karena tujuan belajar ilmu ushul fiqh di program ekonomi syariah bukanlah untuk menjadi mujtahid (ulama) yang ahli ushul fiqh, pakar ushul fiqh atau dosen ushul fiqh yang handal, tetapi sekedar untuk :
1. Memahami dan mengetahui metode istimbath para ulama dalam menetapkan hukum Islam, khususnya hukum ekonomi keuangan,
2. Mengetahui kaedah-kaedah ushul fiqh dan qawaid fikih dan cara menerapkannya
3. Mengetahui dalil-dalil hukum ekonomi Islam dan proses ijtihad ulama dari dalil-dalil yang ada.
4, Mengetahui sumber-sumber hukum ekonomi Islam dan keterkaitannya dengan epistemologi ekonomi Islam.
5. Mengetahui prinsip-prinsip umum syariah yang ditarik dari Al-quran dan sunnah.


Hal itu sama dengan seorang sarjana syariah belajar ekonometrik. Tujuannya bukanlah menjadi pakar ekonometrik, atau dosen ekonometrik, tetapi dapat menerapkannya dalam metode penelitian ekonomi, mengukur berbagai macam resiko, dan sebagainya. Dengan berbekal ilmu ushul fiqh, seorang mahasiswa pascasarjana sudah dapat menjadi konsultan ekonomi syariah, Dewan Pengawas Syariah, menjadi praktsi ekonomi syariah yang memahami metode menetapkan hukum ekonomi Islam, juga menjadi officer atau ALCO di bank-bank syarah.


Ketiga, keharusan belajar ilmu ekonomi keuangan dan ushul fiqh secara ekstra. Ulama yang ahli syariah, jika diminta menjadi Dewan Pengawas Syariah, misalnya, seharusnya memiliki ghirah yang kuat untuk mendalami dan mempelajari ilmu ekonomi dan perbankan serta keuangan, sebab tanpa bekal ilmu ekonomi dan perbankan, maka rumusan fatwa bisa tidak tepat dan kaku. Bahkan DPS wajib belajar akuntansi secara sederhana, agar bisa membaca laporan keuangan lembaga keuangan syariah. Sedangkan bagi Dewan Pengawas Syariah atau anggota Dewan Syariah Nasional yang bukan berasal dari latar pendidikan ilmu syariah, tidak segan-segan belajar ilmu ushul fiqh dan ilmu-ilmu syariah lainnya kepada ahli ushul fiqh yang memahami ekonomi keuangan, juga belajar ilmu maqashid, falsafah tasyri’ dan tarikh tasyri’, juga ilmu bahasa Arab, tafsir ayat-ayat ekonomi, hadits-hadits ekonomi. Upaya integrasi ilmu ini menjadi keniscayaan, agar di masa depan dikhotomi ahli ilmu syariah dan ahli ekonomi umum dapat dihilangkan secara bertahap. Pada gilirannya nanti, sejalan dengan berkembangnya program doktor (S3) ekonomi Islam di berbagai perguruan tinggi dunia, figur integratif yang menguasai dua bidang keilmuan sekaligus dapat diwujudkan.


Para ulama ekonomi ekonomi syariah (Dosen Perguruan Tinggi, DPS dan DSN) yang belum mendalami ilmu ushul fiqh harus membaca sejumlah kitab-kitab ushul fiqh yang terkenal, agar bisa memahami dasar-dasar ilmu ushul fiqh dan maqashid. Sarjana ekonomi umum memang sulit menjadi ahli ushul fiqh. Namun pemahaman pokok-pokoknya tidaklah terlalu sulit asalkan mau dan serius belajar, khususnya di perguruan Tinggi.


Menurut Ibnu Taymiyah, untuk menjadi ahli di bidang tertentu, seperti ushul fiqh, paling tidak menguasai (mempelajari) seratus buku ushul fiqh. Upaya untuk menjadi ahli ilmu ushul fiqh secara mendalam hanyalah melalui proses pendidikan panjang dan intensif, seperti melalui pendidikan pesantren salafi, selanjutnya dikembangkan di Perguruan Tinggi S1, S2 dan S3. Di pesantren salafi (kitab kuning) buku-buku ushul fiqh yang dibaca sangat terbatas, karena tidak ada tradisi membuat makalah dan presentasi dengan membaca puluhan buku ushul fiqh, tetapi di Perguruan Tinggi, seorang mahasiswa yang mendalami ushul fiqh dapat membaca puluhan, belasan, bahkan seratusan buku-buku ushul fiqh dan ilmu-ilmu syariah yang terkait. Hal itu dikarenakan mahasiwa diwajibkan membuat makalah atau membuat karya ilmiah skripsi atau tesis yang harus dipertanggung jawabkan secara ilmiah. Fakultas Syariah IAIN/UIN/STAIN, merupakan lembaga kajian ilmu-ilmu syariah, yang secara intensif mengkaji ilmu ushul fiqh, qawai’d fiqh dan ilmu syariah yang terkait. Sudah Menjadi tradisi dan lumrah dalam pembuatan skripsi tentang ushul fiqh, mahasiswa membaca seratusan kitab ushul fiqh dan disiplin ilmu syariah yang terkait.


Mahasiswa unggulan dan terbaik dari perguruan tinggi Islam tersebut dapat menjadi calon ilmuwan ushul fiqh jika dia mengembangkan lagi di program pascasarjana S2 dan S3 ekononi syariah atau program studi syariah saja. Ketika memasuki jenjang S3, seorang sarjana syariah seharusnya bisa menjadi mujtahid, asalkan memenuhi sejumlah syarat yang dikemukakan di atas. Namun harus dicatat masih banyak sarjana syariah yang belum memenuhi kualifikasi sebagai ulama ekonomi syariah. Indikatornya mudah sekali diukur antara lain, kemampuan bahasa Arab, kemampuan berijtihad dengan imu ushul fiqh dan qawa’id fiqh, kemampuan penguasaan ayat-ayat al-quran dan tafsirnya (khususnya tentang ekonomi), juga kemampuan ilmu hadits-hadits. Jika keempat indikator ini saja tidak beres, maka kedudukan sebagai calon ulama ekonomi syariah menjadi gugur.


Namun harus dicatat, jika 4 indikator tersebut sudah dipenuhi, seseorang belum tentu bisa mejadi ulama ekonomi syariah, karena dia disyaratkan harus menguasai ilmu ekonomi syariah, dan teknik perbankan dan keuangan. Syarat untuk menguasai ilmu ekonomi syariah tidak bisa tidak, harus belajar dulu ilmu ekonomi konvensional, baik mikro maupun makro, bahkan ilmu ekonomi pembangunan, public finance, ilmu akuntansi dan perbankan dan lembaga keuangan. Semua ini hanya dapat dicapai melalui pendidikan formal atau training berkelanjutan.


Buku-buku yang terkait kuat dengan ushul fiqh juga harus dikuasai oleh ulama ekonomi syariah, seperti kitab-kitab tarikh tasyri’, fiqh muamalah klasik dan kontemporer, perbandingan mazhab, qawaid fiqh, falsafah asyri’ atau falsafah hukum Islam. Sulit menyebutkan nama-nama kitab yang direkomenfasikan untuk dikuasai para ulama ekonomi syariah, karena ruangan yang terbatas. Sekedar contoh, untuk menguasai ilmu tarikh tasyri’, ulama ekonomi syariah minimal membaca buku Tarikh Tasyri’ Abdul Wahhab Khallaf, Tarikh Tasyri’ Muhammad Ali Al-Sayis, Tarikh Mazahib al-Islamiyah Muhammad Abu Zahroh, Tarikh Tasyrik Khudhriy Beyk dan sebagainya. DI IAIN belasan buku tarikh tasyrik menjadi buku wajib untuk mata kuliah bersangkutan.
Oleh Agustianto
(Penulis adalah Dosen Ushul fiqh Ekonomi, Fiqh Muamalah Ekonomi, Ayat Hadits ekonomi di Pascasarjana UI, Islamic Economic and Finance Trisakti, Program Magister (S2) Perbankan dan Keuangan Universitas Paramadina, Pascasarjana Perbankan dan Keuangan Islam Universitas Az-Zahro, UIN Syahid Jakata dan UHAMKA, juga sebagai Advisor di Bank Muamalat Indonesia).

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com


Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Malaysia): Insuran Nyawa

Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.

Oleh : Persidangan ke 16
Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday, 3 April 2011

Hukum Bekerja Di Bank Konvensional - Fatwa (Brunei)



Bekerja Di Bank Konvensional

Saya masa ini sedang bertugas di salah sebuah Jabatan Kerajaan Brunei Darussalam sejak lebih 30 tahun. Saya akan bersara awal secara ‘optional’ daripada perkhidmatan Kerajaan dalam bulan Jun 1999. Saya ingin memohon untuk berkhidmat dalm sektor swasta khususnya di bank-bank konvensional. Adalah sukar nanti bagi saya untuk memohon berkhidmat dengan Bank Islam Brunei atau mana-mana institusi Islam yang lain kerana sepanjang yang saya ketahui amat payah untuk memohon bekerja di institusi-institusi ini sebab,ada semacam unsur-unsur nepostism atau favouritism dalam permohonan, prestasi bekerja dan lain-lain lagi.

Untuk itu saya ingin memohon bimbingan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dalam masalah hukum iaitu, apakah hukumnya bagi saya sebagai seorang Islam di Brunei Darussalam bekerja di bank-bank konvensional ini?


Jawapan:

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، وبعد


Sistem ekonomi Islam ditegakkan atas asas menghapuskan riba. Riba itu dikategorikan sebagai salah satu dosa besar yang nenghapus atau menghilangkan berkat daripada individu dan masyarakat. Riba juga akan menyebabkan turunnya bala di dunia dan di akhirat. Hal ini jelas diterangkan melalui nash Al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ijma’ ulama tentang pengharamannya.

Diantara ayat-ayat yang mengharamkan riba itu ialah:

يمحق الله الربوا ويربى الصدقت والله لا يحب كل كفار أثيم

(سورة البقرة: 276)

Tafsirnya: “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba, dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”

(Surah Al-Baqarah: 276)


يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وذروا ما بقى من الربوا إن كنتم مؤمنين فإن لم تفعلوا فأذنوا بحرب من الله وريوله وإن تبتم فلكم رءوس أمولكم لا تظلمون ولا تظلمون.

(سورة البقرة : 278-279)

Tafsirnya: “wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu keoada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah oleh kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”

(Surah Al-Baqarah:278-279)

Syariat Isalm memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menentang dan menghapuskan maksiat seperti maksiat riba. Paling minimum, jika dia tidak mampu mencegah perkara maksiat itu dengan perkataan atau perbuatan, maka dengan hatinya. Oleh kerana itu adalah haram apa jua bentuk kerjasama dalam hal-hal dosa dan permusuhan, termasuk sokongan moral terhadap maksiat itu. Firman Allah:

ولا تعاونوا على الإثم والعدون

(سورة المائدة: 2)


Tafsirnya: “…..dan jangan kamu bantu-membantu kea rah dosa dan permusuhan….”

(Surah Al-Maidah:2)

Sementara itu di antara hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengharamkan riba antara lain ialah:


لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا وموكله وكاتبه وشاهديه وقال هم سواء

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemakan riba, orang yang member makan riba, juru tulis dan dua saksi riba, dan Rasulullah bersabda: “Merekasemuanya sama (dalam dosa sekalipun mereka berbeza-beza tentang kadar banyaknya).”

(Hadis riwayat Muslim)


Hadis di atas pasti mengusik hati nurani orang-orang yang kuat pegangan agamanya yang bekerja di agensi-agensi kewangan atau syarikat yang tidak sunyi operasinya dengan riba sama ada sebagai juru tulis atau lain-lainnya.

Dosa riba itu tidaklah terbatas kepada pegawai yang bertugas di bank atau kerani di sesebuah syarikat (riba) sahaja. Bahkan jika system kewangan yang mengamalkan riba terus mendapat sokongan lalu berkembang dengan pesat, maka semua boleh menerima kesannya secara menyeluruh sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

ليأتين على الناس زمان لا يبقى منهم أحد إلا آكل الربا فمن لم يأكله أصابه غباره

(رواه أبو داود و ابن ماجه)

Maksudnya: “Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan terlepas seorangpun, melainkan makan riba, maka sesiapa yang tidak memakannya (riba) akan terkena juga debu-debu riba itu.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Hadis ini menerangkan bahawa sistem riba itu memang meluas, tetapi umat Islam diingatkan supaya jangan sekali-kali mengambil mudah, bahkan hendaklah sentiasa berhati-hati dan terus mengelak dan menentang dengan sebarang cara yang termampu dan bukan membantu denagn membuka bank-bank riba dan sebagainya.

Sebenarnya kedudukan riba seperti ini tidak akan berubah atau menjadi kurang dengan sebab keengganan orang bekerja di bank-bank atau syarikat (yang operasinya berdasarkan riba). Di antara faktor yang dapat mengubahnya ialah kerajaan Islam yang merasakan bahawa system riba itu tidak selaras dengan Isalm sambil berusaha mengubahnya secara beransur-ansur, di mana perubahan ini tidak merupakan kejutan yang menimbulkan krisis kepada Negara dan rakyat. Islam tidak menghalang konsep beransur-ansur dalam menangani masalah yang sukar dicegah seperti ini. Ini dapat dilihat melalui konsep beransur-ansur dalam masalah pengharaman arak umpamanya. Yang penting ialah usaha ynag tidak ditangguh-tangguhkan dan keazaman yang kuat kearah menanganinya seperti apa yang berlaku dalam penubuhan institusi-institusi kewangan Islam di negara ini. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, sementara pintu-pintu pekerjaan yang jelas halal belum dapat disediakan dengan kadar yang mencukupi dan institusi-institusi kewangan Islam belum dibuka dengan menyeluruh, maka adalah menjadi rukhsah (suatu kelonggaran) bagi orang Islam bekerja di bank-bank biasa dalam batas dan keadaan-keadaan tertentu sahaja.

Bagaimanapun, orang Islam yang bekerja di bank konversional ini jika dia mampu untuk mendapatkan pekerjaan lain bagi menyara hidupnya dan keluarganya, atau dia lebih wara’atau lebih tawakal dengan pekerjaan yang lain itu, maka memadailah dia dengan pekerjaan itu, bukannya di bank riba supaya terselamat dia daripada perkara-perkara syubhah atau haram. Perkara ini ada dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:

عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب.
( رواه البخاري والمسلم)


Maksudnya: “Daripada Abu Abdillah An-Nu’man bin Bashir Radhiallahu ‘anhuma katanya: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itupun nyata (terang) dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhah yakni kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka baragsiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barabngsiapa jatuh ke dalam

perkara kesamaran jatuhlah dia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dinamakan hati.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Andainya seorang Muslim itu tidak memperoleh pekerjaan selain yang ada di bank berkenaan, maka bolehlah dia meneruskan pekerjaan di bank itu atas asas pencarian atau pekerjaannya dianggap dalam keadaan bersangatan hajat. Dalam masa yang sama dia terus mencari pekerjaan lain yang halal dan tetap berazam akan meninggalkan pekerjaan itu sebaik-baik sahaja terbuka baginya pekerjaan lain yang boleh melepaskannya daripada bekerja di bank berkenaan.

Maka berdasarkan faktor-faktor hajat serta ada usaha untuk mencari sumber pekerjaan lain dan ada niat untuk melepaskan dirinya daripada pendapatan melalui bank riba ini, di samping memenuhi keperluan (hajat) untuk hidup, maka hasil pendapatannya daripada bank itu adalah halal dalam batas dan lingkungan seperti ditetapkan oleh Allah dalam firmanNya:

فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلآ إثم عليه. إن الله غفور رحيم
( سورة البقرة: 173)

Tafsirnya: “Maka sesiapa terpaksa (memaknnya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (padakadar benda yang dimakn itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Baqarah ayat: 173)

Keadaan terpaksa tersebut hendaklah betul-betul berlaku ke atas seseorang itu, yakni dia hendaklah benar-benar berhajat dan perlu kepada pekerjaan itu untuk menyara hidup diri dan tanggungannya, dan di dalam masa yang sama pula tidak ada pekerjaan lain yang sesuai bagi mendapatkan pendapatan untuk membiayai diri dan tanggungannya, kecuali hanyalah pekerjaan yang terdapat di bank riba itu.

Apakah pendapatan yang mencukupi itu? Dalam makna apakah prinsip kecukupan itu?

Hajat atau keperluan manusia adalah bermacam-macam, tetapi yang jelas, hajat asasi mereka ialah kepada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang mesti dimiliki oleh seseorang itu sejajar dengan statusnya tanpa berlaku pemborosan dan pembaziran. Termasuk juga dalam kategori itu membelanjai orang-orang yang wajib di bawah tanggungannya. (Lihat Raudhah Ath- Thalibin: 2/31)

Persoalan kecukupan atau memenuhi keperluan ini bererti terlepasnya seseorang itu daripada batas atau lingkungan kemiskinan. Orang yang berkecukupan atau keperluan asasinya sudah terpenuhi, tidaklah dia dinamakan orang miskin atau fakir lagi.

Al-Imam An-Nawawi dalam kitabnya Raudhah Ath- Thalibin telah mengutip kata-kata Al-Imam Ghazali mengenai dengan permasalahan yang berkaitan dengan kefakiran dan kemiskinan.

“Andainya seseorang itu memiliki kitab-kitab fiqh, tidaklah akan mengeluarkannya daripada sebutan nama miskin jika dia terpaksa menjual kitabnya itu untuk membayar atau mengeluarkan zakat fitrah. Keperluannya kepada kitab ini hukumnya sama juga dengan keperluannya kepada peralatan asasi rumah.”

Adapun keperluan kepada kitab itu ada tiga tujuan: (1) Kerana mengajar, (2) untuk melihat-lihat dan (3) Mendapatkan maklumat.

Untuk melihat-lihat buku atau kitab itu tidaklah dianggap suatu keperluan. Buku-buku seperti ini boleh dijual untuk membayar kaffarah dan zakat fitrah, sementara orang yang memilikinya tidaklah dia dinamakan fakir.

Seorang yang berhajat kepada kitab untuk mengajar, dan dengan mengajar itu dia memperolehi pendapatan, seperti keadaan guru atau pendidik yang memerlukn buku-buku atau kitab itu sebagai alat mengajar, maka keperluannya kepada kitab atau buku itu tidaklah sama dengan keperluannya kepada alat-alat jahitan. Dalam keadaan begini, tidaklah dijual kitab atau buku itu untuk dia memnbayar zakat fitrah.

Demikian juga kita dia mengajar untuk menjalankan tugas fardhu kifayah, maka tidaklah di jual dan tidaklah hilang sebutannya sebagai fakir, kerana keperluannya terhadap buku itu adalah amat mustahak.

Adapun hajat seseorang kepada buku ialah untuk memperolehi maklumat dan pengajaran daripadanya, seperti seseorang yang menyimpan buku perubatan untuk panduan mengubati dirinya, atau menyimpan buku nasihat (dakwah) untuk mendapatkan bahan bacaan dan nasihat daripadanya. Jika di tempatnya itu ada doktor dan pendakwah, maka dia tidaklah dianggap berhajat kepada buku itu. Jika tidak ada doktor dan pendakwah, maka dengan sendirinya dia berhajat kepada buku itu. Dari sini boleh jadi juga dia tidak berhajat kepada buku itu untuk dibaca melainkan selepas setahun, maka dalam keadaan ini dia hendaklah membuat kaedah dengan mengatakan: “Jika buku ini tidak diperlukan dalam masa setahun, beerti buku ini tidak diperlukan.”

Hendaklah juga diambil perhitungan tentang keperluan terhadap alat kelengkapan rumah dan pakaian dalam masa setahun. Maka dari itu janganlah dijual baju musim panas dalam musim sejuk. Dan demikian juga sebaliknya, jangan dijual baju musim sejuk pada musim panas. Adapun keperluan kepada buku dan baju ini mempunyai persamaan.

(Contoh lain): Seseorang itu mempunyai dua naskhah kitab, kedua-duanya tidak diperlukan. Katakan salah satunya mengandungi pendapat yang lebih ashah, sementara yang lain hanya yang pendapat yang ahsan (bagus). Maka memadailah memiliki yang lebih ashah sahaja. Juallah buku yang ahsan itu.

Jika dia memiliki dua naskhah kitab daripada satu jenis ilmu, salah satu isi kandungannya secara meluas, sementara yang satu lagi secara ringkas, maka jika tujuannya untuk mendapatkan ilmu, adalah memadai kitab yang meluas itu. Jika tujuannya untuk mengajar di mana dia memerlukan kedua-duanya, maka tidak lah dijual buku-buku itu.

Demikianlah pendapat Al-Ghazali yang menurut Al-Imam An-Nawawi adalah pendapat yang baik, melainkan hanya dalam perkara menjual buku yang mengandungi nasihat jika terdapat orang yang boleh memberi nasihat. Pendapat ini tidaklah menjadi pilihan. Mengikut An-Nawawi, walaupun terdapat orang yang memberi nasihat, namun buku berkenaan kadang-kadang lebih membawa manfaat, kerana bukanlah semua orang dapat memperolehi kesan dari nasihat orang lain, berbanding dengan kesan yang diperolehinya daripada membaca buku itu secara bersendirian dari semasa ke semasa. (Lihat Ath-Thalibin 2/312-313).

Keterangan yang dinukilkan oleh Al- Imam An-Nawawi ini membawa pengertian, bahawa seseorang yang memerlukan sesuatu yang asasi dalam hidupnya tetapi tidak memperolehinya, maka dia dinamakn miskin atau fakir, tetapi jika dia mempunyai barang (seperti buku) yang tidak betul-betul diperlukannya, maka bolehlah dia menjual buku itu untuk mengeluarkannya daripada kemiskinan.

Keadaan seperti ini bermakna bahawa seseorang belumlah dibenarkan menempuh jalan rukhshah yang disebutkan, selama mana dia masih dapat mengatasi hajat dan keperluan asasinya dengan menjualkan barangan yang tidak betul-betul diperlukannya, seperti buku-buku itu.

Di antara prinsip kecukupan bagi fikir miskin ialah denagn kadar yang dapat melapangkan hidup mereka itu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:


إن الله فرض على أغنياء المسلمين فى أموالهم بقدر الذي يسع فقراءهم، ولن يجهد الفقراء إذا جاعوا وعروا إلا بما يصنع أغنياؤهم، ألا وإن الله يحاسبهم حسابا شديدا ويعذبهم عذابا أليما

( رواه الطبرانى فى الأوسط والصغير)

Maksudnya: “Allahu Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan orang Islam yang kaya supaya mengeluarkan harta-harta mereka kepada orang miskin dengan kadar yang dapat melapangkan mereka. Orang miskin selama-lama tidak bekerja sekiranya mereka kelaparan atau bertelanjangan, melainkan adanya sumbangan daripada orang kaya. Ingatlah, Allahu Subhanahu wa Ta’ala akan menghisab mereka dengan hisab yang bersangatan dan menyeksa mereka dengan azab yag pedih.”

(Hadis riwayat Ath-Thabrani dalam kitab Awshat dan Ash-Shaghir)

Sabda Nabi:
أيما أهل عرصة (أي بقعة) أصبح فيهم امرؤ جائعا فقد برئت منهم ذمة الله تبارك وتعالى

(رواه الحاكم)

Maksudnya: “Di mana-mana ceruk bumi yang ada kalangan penduduknya yang kelaparan, maka sesungguhnya tanggungan Allah lepas daripada mereka (orang kaya akan diazab.”

(Hadis riwayat Al-Hakim)

Sememangnya masalah kecukupan ini suatu yang subjektif. Umumnya setiap orang akan ada sahaja alasannya untuk menyatakan bahawa hidupnya memerlukan itu dan ini atau pendapatannya tidak atau kurang mencukupi, melainkan sedikit sahaja orang yang kaya itu. Kerana mereka (manusia itu) akan terus sahaja mahu menambah dengan berbagai-bagai tujuan, kerana tabiat manusia memang begitu.

Firman Allah:

اعلموا أنما الحيوة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم وتكاثر فى الأمول والأولد. كمثل غيث أعجب الكفار نباته، ثم يهيج فتره مصفرا ثم يكون حطما. وفى الأخرة عذاب شديد ومغفرة من الله ورضوان. وما الحيوة الدنيا إلا متاع الغرور

(سورة الحديد:20 )

Tafsirnya: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak: (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan daripada Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Surah Al-Hadid:20)

Firman Allah lagi:

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقنطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والأنعم والحرث ذلك متع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب .

(سورة آل عمران : ١٤ )

Tafsirnya : “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
(Surah Ali ‘Imran ; 14)

ألهــكم التكاثر ۝ حتى زرتم المقابر ۝ كلا سوف تعلمون ۝ ثم كلا سوف تعلمون ۝ كلا لو تعلمون علم اليقين ۝ لترون الجحيم ۝ ثم لترونها عين اليقين ۝ ثم لتسئلن يومئذ عن النعيم ۝

(سورة التكاثر : اية ١-۸ )

Tafsirnya : “Kamu telah dilalaikan )daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati). Sekali lagi (diingatkan) jangan sekali-sekali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada Hari Kiamat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu – demi sesungguhnya! – Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya). Selain daripada itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya).”
(Surah At-Takatsur : 1-8)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

عن ابن عباس رضى الله عنهما يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
(رواه البخاري)

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”
(Hadis riwayat Bukhari)

عن ابن عباس رضى الله عنهما يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
(رواه البخاري)

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”
(Hadis riwayat Bukhari)

عن انس ابن مالك رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لو ان لابن آدم واديا من ذهب أحب ان يكون له واديان ولن يملأ فاه إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
(رواه البخاري)

Maksudnya : “Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki lembah yang penuh dengan emas, maka dia ingin memiliki dua lembah lagi. Tidak aka nada yang memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”

Jika itu sifat manusia secara umumnya, sudah tentu sangat susah bagi seseorang itu akan mengatakan bahawa pendapatannya sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi pada masa kini hajat atau keperluan manusia sudah berbagai-bagai, di mana perkara-perkara yang dahulu dianggap mewah sudah menjadi suatu keperluan biasa. Sebuah kereta pada masa 30 atau 40 tahun yang lalu mungkin dianggap barang mewah, tetapi sekarang sudah menjadi suatu keperluan biasa, dan bagi sebahagian orang sangat perlu dan sangat berhajat kepadanya.
Demikianlah dalam semua hal kehidupan ini. Contoh yang dikemukakan oleh Al-Imam Al-Ghazali mengenai keperluan seseorang terhadap kitab bolehlah dijadikan ukuran setakat mana keperluan terhadap benda-benda yang dimiliki itu. Dalam makna, sama ada sesuatu itu perlu atau kurang perlu supaya tidak menjadi sebab sehingga pendapatan dikatakan tidak mencukupi.

Bertolak dari sini dapatlah dibuat pertimbangan, sama ada bekerja di bank konvensional itu suatu hal yang benar-benar mendesak untuk memenuhi tuntutan hidup atau ada pilihan yang lain. Walaupun pendapatan di tempat lain itu misalnya lebih rendah, namun masih dapat memenuhi keperluan asasi.

Oleh kerana itu, daripada mafhum pendapat ulama ini, hanyalah jika tidak dapat melepaskan diri daripada terus bekerja di bank konvensional itu sahaja, barulah ada rukhshah padanya, itupun dengan ada niat akan segera berpindah kepada pekerjaan lain yang halal sebaik-baik sahaja memperolehinya, walaupun pendapatan di luar bank itu sekadar mencukupi, berbanding dengan pendapatannya yang lumayan di bank konvensional tadi. Inilah jalan wara’ yang selamat, setidak-tidaknya mengelakkannya daripada pendapatan yang syubhah. Kerana Allah telah memperingatkan bahawa riba itu dimusnahkan. Firman Allah :

يمحق الله الربوا ويربي الصدقــت
(سورة البقرة : ٢٧٦ )

Tafsirnya : “Allah susutkan (hapuskan) riba dan Dia pula menambahkan (menyuburkan) sedekah-sedekah atau zakat.”
(Surah Al-Baqarah : 276)

Huraian lanjut mengenai ayat ini, Allah menghilangkan keberkatan daripada riba serta membinasakan harta yang ada di dalamnya riba itu. (An-Nasafi, 1/54)

Seminar Pasaran Kewangan Kedua yang diadakan di Bahrain (25 hingga 27 November 1991) telah merumuskan antara lain, bahawa apabila sesebuah yayasan (badan) mempunyai pelbagai kegiatan yang sebahagiannya haram dan sebahagian lagi halal, maka melabur atau bekerjama dengannya adalah haram. (Ahsan Al-Kalam, 3/70)

Gaji atau hasil pendapatan daripada usaha yang baik dan halal adalah lebih baik dan berkat berbanding gaji yang lebih besar tetapi berasal daripada usaha yang syubhah atau yang haram.

Cuba direnungkan kata-kata Syeikh ‘Atiah Saqar Rahimullah di dalam fatwanya dalam perkara ini :

“Sesungguhnya upah atau gaji yang sedikit dari pekerjaan yang halal, apabila ia sudah dapat menutupi keperluan asasi, sudah dapat memberi hidup dan menolak sebab-sebab kematian serta sudah dapat mengelak kelemahan saja pun, maka upah atau gaji yang sedikit itu adalah diberkati Allah. Adapun selain daripada yang diperlukan itu tidaklah harus diperolehi daripada (pekerjaan) yang haram.” (Ahsan Al-Kalam, 3/250)

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned
Tarikh Diisu : 2000

Nota: Fatwa mufti kerajaan brunei 2000