Terkini

Monday 1 September 2008

Kewangan Islam kekal berkembang maju

KUALA LUMPUR 19 Ogos (Utusan Malaysia) - Industri kewangan Islam dijangka berkembang maju di Malaysia di sebalik terdapatnya kekangan di dalam kepelbagaian produk dan kefahaman mendalam tentang peraturan pengawal seliaan di peringkat sejagat.
Pengarah dan Ketua Produk Kewangan Islam Standard Chartered Bank Dubai, Ghanzanfar Naqvi berkata, Standard Chartered Malaysia (StanChart) menerusi sayap kewangan Islam Standard Chartered Saadiq, menyasarkan untuk muncul sebagai pengendali inovasi produk dan penyedia perkhidmatan integrasi dalam kewangan Islam di Malaysia dan serantau.
Beliau menggariskan tiga strategi utama dalam merealisasikan perancangan tersebut iaitu menjadikan Malaysia sebagai platform penting dalam memperkenalkan produk baru di pasaran kewangan.
Selain itu ujar beliau, Malaysia turut menjadi penyumbang dan penerima utama dalam memperkukuhkan pertukaran urus tadbir baik kewangan Islam serantau.
''Apa yang pasti pasaran kewangan Islam Malaysia sedang menerima kemasukan pelabur Asia Barat dengan pesat dan berpotensi besar untuk menyeragamkan dan mempelbagaikan prinsip syariah menggunakan satu platform dapat dicapai,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, bank itu kini dalam perancangan terakhir bagi membuka operasi bank Islam milik penuhnya hujung tahun ini yang akan dikenali dengan nama Standard Chartered Saadiq.
StanChart telah mendapat kelulusan lesen daripada Bank Negara Malaysia pada Mac lalu untuk memulakan operasi penuh perbankan kewangan Islam.
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment