Terkini

Saturday 28 November 2009

Perbankan Islam Malaysia diiktiraf

TAIPING 10 Nov. - Kebanyakan negara luar telah mengiktiraf kemampuan Malaysia dalam menguruskan sistem perbankan Islam termasuk sistem insurans berkelompok untuk umat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, banyak negara Islam telah belajar daripada Malaysia dalam melaksanakan sistem perbankan yang tidak bertentangan dengan ajaran agama.

''Ini terbukti apabila banyak bank perdagangan telah menubuhkan sistem perbankan Islam dan insurans Islam.

''Ia sekali gus membantu melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih efisien dan memenuhi kehendak Islam,'' katanya ketika merasmikan pejabat Etiqa Insurans dan Takaful Berhad di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Datuk Aminuddin Md. Desa.

Harussani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Syariah Etiqa Takaful turut mencadangkan supaya umat Islam di negara ini menyertai skim takaful berkelompok kematian.

Jelas beliau, langkah berkenaan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia dapat meringankan beban ahli bagi menguruskan kematian ahli keluarga.

Menurutnya, skim tersebut berfaedah bagi umat Islam ketika berdepan situasi terdesak apabila berlaku kematian.

''Skim insurans seperti yang ditawarkan Insurans Etiqa ini memberi satu jaminan bahawa mereka akan membuat bayaran serta merta kepada ahli yang menyertainya.

''Skim kematian yang diperkenalkan ini boleh membantu meringankan keluarga Islam dalam menguruskan sesuatu kematian dalam keluarga,'' katanya.

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment