Pengurus Besar Hubungan Strategik, Datuk Wan Ismail Wan Yusof berkata, aliran itu didorong kekecohan dalam sistem kewangan konvensional baru-baru ini, yang dapat dielakkan oleh sistem Syariah melalui ciri-ciri uniknya, dan promosi berterusan oleh kerajaan bagi perbankan Islam.
Beliau berkata, ciri-ciri unik evolusi dan pertumbuhan Malaysia dalam pembiayaan ekonomi adalah kewangan berasaskan Syariah yang telah menjadi sumber pembiayaan alternatif untuk ekonomi.
Wan Ismail berkata, semenjak 2001, pembiayaan berasaskan Syariah telah meningkat pada purata 20 peratus setiap tahun dan pada akhir Jun 2009, telah menyumbang 20 peratus daripada keseluruhan pinjaman sistem perbankan.
"Sebagai perintis perbankan Islam di Malaysia, kami bertanggungjawab memastikan pembangunan mampan industri perkhidmatan kewangan Islam umumnya dan perbankan Islam khasnya," katanya di seminar satu hari mengenai "Trend Terkini dalam Pasaran Modal Ekuiti dan Hutang" yang dianjurkan bersama oleh Bank Islam dan Assar Senari Group di sini hari ini.
Mengenai seminar itu, Wan Ismail berkata, ia adalah pendekatan baharu yang diambil oleh Bank Islam untuk membangunkan dan mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk membantu mereka memahami dengan lebih lanjut mengenai pasaran modal.
"Seminar-seminar seperti ini akan menjadi wadah bagi kami untuk memberitahu pelanggan mengenai perkembangan dan trend terbaru bidang ini untuk memudahkan perancangan aktiviti corporat dan pengumpulan dana," katanya.
Bank Islam, tambahnya, di sokong oleh 100 cawangan di seluruh negara, yang memberikan produk dan perkhidmatan pembiayaan berasaskan Syariah.
Ketua Pegawai Eksekutif Assar Senari Group, Syed Abdul Rahman Wan Ahmad berkata, Bank Islam telah diberi mandat untuk mendapatkan fasiliti sekuriti Islam sehingga RM115 juta untuk Assar Chemicals Dua Sdn. Bhd. bagi membiayai pembangunan projek terminal pusat pengagihan minyak di Kompleks Industri Assar Senari Dua di Tanjung Manis di Sarawak.
Beliau berkata, ini adalah kali kedua Assar Senari Group mengumpulkan dana untuk pembiayaan projek
melalui kemudahan sekuriti Islam. - Bernama
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Perunding, Pensyarah & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.islamic-invest-malaysia.com
No comments:
Post a Comment