Terkini

Tuesday 24 April 2007

ABN-AMRO Bank tubuh bank Islam tahun depan

KUALA LUMPUR 20 April – ABN-AMRO Bank Bhd. merancang menubuhkan anak syarikat perbankan Islam pada tahun depan, selepas ia melancarkan pelbagai produk perbankan Islam kepada pasaran.
“Bank tersebut membangunkan pelbagai produk yang menunggu kelulusan kawal selia sebelum pelancarannya,” kata Pengarah Urusan merangkap Eksekutif Negaranya Harry Naysmith.
Pada masa ini, bank tersebut menyediakan perkhidmatan berkenaan menerusi kaunter perbankan Islam.
Naysmith berkata, Malaysia merupakan hab semula jadi bagi perbankan Islam dengan sokongan daripada Bank Negara Malaysia dan Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam.
“Kami bernasib baik kerana mempunyai perniagaan perbankan Islam di Timur Tengah dan Pakistan, jadi kami boleh memanfaatkan pasaran Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Van Gogh Preferred Banking (VGPB) di sini, hari ini.
VGPB merupakan tawaran terbaru bank tersebut kepada pelanggan golongan mewah.
– Bernama

No comments:

Post a Comment