Ketika ini, terdapat dua dana PMB Investment yang membuat pelaburan dalam saham-saham 'small-cap' dan 'mid-cap' patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia iaitu PMB Shariah Small-Cap Fund (PMB SSCF) dan PMB Shariah Mid-Cap Fund (PMB SMCF).
Mari kita lihat sedikit penerangan ringkas berkaitan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan saham jenis 'small-cap' dan 'mid-cap'.
Di Malaysia, kedua jenis saham ini diletakkan di bawah satu kategori yang sama. Ianya merujuk kepada saham-saham yang mempunyai saiz modal pasaran kecil hingga sederhana, iaitu di antara RM200 juta hingga RM2 bilion.
Berbanding dengan saham-saham 'large-cap' atau 'blue-chips' yang dikatakan lebih stabil, saham dalam 2 kategori ini boleh diistilahkan sebagai saham syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang mempunyai potensi besar untuk berkembang serta memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dengan saham 'large-cap'.
Tetapi, walaupun namanya kecil dan sederhana, perlu diingatkan yang risikonya adalah lebih tinggi ('high volatily) berbanding saham 'large-cap' atau 'blue-chips' kerana jika syarikat-syarikat tersebut mempunyai potensi untuk berkembang, ianya juga lebih terdedah kepada risiko penurunan, terutamanya ketika keadaan 'bear-market' (kejatuhan pasaran saham).
Berdasarkan Lipper, prestasi dua dana ini, terutamanya PMB Shariah Small-Cap setakat ini amat memberangsangkan (32.7% bagi tempoh setahun berakhir 31 Oktober 2020). Jadi jika anda pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan sedang mencari dana unit amanah yang mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam syarikat patuh syariah dengan modal pasaran bersaiz kecil hingga sederhana tetapi berpotensi besar tersenarai di Bursa Malaysia, dana ini mungkin sesuai untuk anda.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dana-dana di atas, boleh layari www.pmbinvestment.com.my ataupun PM sahaja mana-mana konsultan kami yang aktif di media sosial.
❇
~
Dana patuh Syariah PMB INVESTMENT
PMB: Pelaburan MARA Berhad
✅16 dana patuh Syariah
✅Diluluskan oleh SC
✅Penasihat Syariah utk dana: BIMB Securities
✅Trustee: AmanahRaya Trustees & CIMB Islamic Trustees
✅ Pelaburan secara Tunai & akaun 1 KWSP
Hubungi www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL
No comments:
Post a Comment