Ketika perbankan konvensional terus menjadi tajuk akhbar, terutama kerana skandal, kewangan Islam berkembang dengan catatan yang menakjubkan sebanyak 20 peratus setahun.
Ia menarik minat penganut bukan Islam di seluruh dunia di samping mendorong banyak negara mengamal dan menerima model kewangan ini.
Fenomena ini juga dikenali oleh mereka yang terbabit dalam industri itu sebagai ‘kejujuran dalam kewangan.’ Dengan potensi yang begitu besar, adalah jelas bahawa faedah ekonomi yang begitu banyak menanti untuk dituai daripadanya. Daripada seluruh negara Islam yang cuba untuk menguasai pasaran ini, Malaysia nampaknya jauh mendahului dalam kewangan Islam. Lebih seperlima daripada keseluruhan struktur perbankannya adalah selaras dengan yang ditetapkan syariah, berbanding dengan purata negara Islam lain yang hanya 12 peratus atau kebanyakannya, jauh lebih kecil.
Selaras hukum syariah Malaysia bertindak cemerlang dalam membekalkan pasaran dengan produk kewangan yang inovatif, selaras dengan hukum syariah. Ia menerbitkan bon pertama dunia yang memang dinanti-nantikan yang dikenali sebagai ‘sukuk’ yang dikeluarkannya pada 2002. Kuala Lumpur secara bersendirian bertanggungjawab terhadap insurans untuk lebih tiga perempat daripada insurans global yang menjangkau AS$80.5 bilion (RM241.5 bilion). Kedudukan penting ini menjadikan Malaysia berfikir sedalam-dalamnya mengenai bagaimana ia boleh menggunakan kesempatan ini dan meluaskan kedudukannya untuk mewujudkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang digunakan sebagai badan penetapan standard industri itu.
Malaysia berada jauh di depan berbanding pesaing lain yang telah atau masih terbabit dengan kewangan Islam seperti Turki, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu. Malaysia, meskipun sebuah negara kecil, menangani masalah itu dengan cara begitu strategik. Dengan populasi kira-kira 30 juta orang dan hanya 60 peratus beragama Islam, pencapaian itu amat menakjubkan jika dibandingkan negara jiran yang lebih besar, Indonesia. Indonesia, negara Islam yang mempunyai penduduk melebihi 220 juta orang hanya mempunyai empat peratus produk kewangan yang mematuhi syariah.
Dua institusi penting Meskipun saiz diambil kira dan negara teluk, khususnya Arab Saudi, mempunyai portfolio perbankan Islam yang besar, Malaysia berkedudukan amat jauh dalam pemikiran mengenai kewangan Islam. Negara ini menyedari lebih awal bahawa ia tidak boleh terus memberi tumpuan menjadi hab industri dengan persaingan yang kuat dari China, Korea dan Vietnam. Kerana itu ia mengambil keputusan menjadi pemain serius dalam sektor perkhidmatan kewangan, khususnya kewangan Islam.
Bank Negara Malaysia menubuhkan dua institusi yang memainkan peranan besar untuk memastikan penguasaan Malaysia dalam lapangan ini. Yang pertama Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF). Dengan pelajar menjangkau 2,000 orang dan pengalaman luas dilaluinya sejak beberapa tahun selepas diwujudkan pada 2005, hari ini ia menjadi universiti terulung dunia pengajian Kewangan Islam.
Ia menempatkan Akademi Kajian Syariah Antarabangsa, sebuah badan dinamik mengeluarkan pendapat yang progresif. Institusi kedua Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) yang memberi tumpuan kepada latihan vokasional.
Kerana kecemerlangan yang dicapai itu, Malaysia sudah pasti menuju ke arah menjadi Switzerland dalam perbankan Islam. Ia adalah bintang baru yang perlu diberi perhatian. - Arab News/22 Januari 2013
---
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com