Terkini

Tuesday 26 November 2013

Perbankan Islam mampu jadi sistem kewangan utama

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Industri kewangan Islam dunia masih mempunyai ruang yang besar untuk diterokai bukan hanya di negara bukan Islam malah di negara-negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, secara keseluruhannya, seramai 1.6 bilion orang Islam di seluruh dunia tetapi kadar penguasaan kewangan Islam berbanding konvensional masih sangat kecil iaitu hanya satu peratus.
"Sistem kewangan Islam masih muda iaitu sejak 20 tahun lalu. Namun pertumbuhannya sangat pantas iaitu sekitar 15 peratus setahun dan ketika ini nilai industri berkenaan sudah mencecah AS$1.3 trilion (RM4.16 trilion).
"Ketika ini, terdapat 185 bank Islam komersial dan 104 bank konvensional patuh syariah di seluruh dunia. Angka ini dijangka terus berkembang pada masa depan berdasarkan pertumbuhan semasa," katanya ketika bertitah di Anugerah Kewangan Islam Antarabangsa di Dubai, hari ini.
Titah Raja Nazrin, sebagai contoh Indonesia yang mempunyai 250 juta penduduk telah diiktiraf sebagai negara mempunyai penduduk beragama Islam teramai dunia tetapi kadar penguasaan kewangan Islam masih kecil iaitu 4.5 peratus sahaja.
"Perkara sama turut berlaku di Pakistan di mana 90 peratus penduduknya mahukan perbankan Islam tetapi kadar penguasaan pasaran hanya 10 peratus.
"Di India pula, walaupun penduduk Islam bukan majoriti tetapi jumlahnya sangat besar iaitu 177 juta orang. Pemain sektor kewangan Islam perlu lebih menerokai pasaran-pasaran ini," titah baginda. (Utusan Malaysia/26 Nov 2013)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment