Terkini

Saturday 5 October 2013

Kewangan Islam berkembang dalam cabaran

KUALA LUMPUR - Kewangan Islam terus berkembang sepanjang lima tahun lepas meskipun melalui persekitaran ekonomi dan kewangan yang mencabar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

"Aspek penting dalam kewangan Islam ialah ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. Semua urus niaga kewangan mesti disokong (oleh) asas transaksi ekonomi. Jadi, ia mempunyai hubungan rapat dengan ekonomi," katanya.

Zeti berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen kelima Universiti Global bagi Kewangan Islam, INCEIF, di sini hari ini.

Zeti yang juga Canselor INCEIF, berkata industri kewangan Islam sudah membangunkan senarai semak dan timbangnya, yang menjurus kepada kestabilan dan kelestarian kewangannya.

Di sinilah terletaknya kekuatan yang ada pada kewangan Islam. Pembiayaan penting dinaikkan, seperti Sukuk yang disediakan oleh institusi perbankan selain institusi kewangan yang lain.

"Ia dibangunkan selari dengan pembangunan banyak produk dan perkhidmatan baharu," katanya.

Konvokesyen INCEIF hari ini menyaksikan 146 graduan dari 30 negara menerima ijazah masing-masing daripada Zeti.

Daripada 146 graduan itu, lima menerima Ijazah dalam Kewangan Islam, 20 berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Kewangan Islam manakala 121 lagi Profesional Berkanun Kewangan Islam.

INCEIF ditubuhkan oleh Bank Negara bagi membangunkan modal insan untuk industri kewangan Islam dunia. - Bernama-5 Oktober 2013

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment