Terkini

Saturday 31 May 2014

Ambil peluang fahami sistem kewangan Islam

BANGI 31 Mei - Komitmen berterusan kerajaan dalam memberi ruang kepada pembangunan sistem kewangan Islam perlu diambil peluang oleh umat Islam untuk memahaminya agar pelaksanaannya dapat dilakukan secara proaktif.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana pelbagai dana dan bantuan kewangan meliputi pelaksanaan kajian serta prasarana telah disalurkan kepada institusi berkaitan.

Katanya, adalah menjadi kewajipan masyarakat di negara ini untuk memahami sistem kewangan berlandaskan syariat secara jelas agar dapat menyemarakkan budaya ‘celik muamalat’ dalam kalangan umat Islam.

“Kerajaan bukan sahaja telah menbina institut pendidikan dan latihan malah menyediakan dana bernilai jutaan ringgit bagi menperkasakan sistem kewangan Islam ini.

“Oleh itu, tiada sebab orang Islam tidak mahu memahami sistem kewangan ini memandangkan pelbagai program telah kita laksanakan bagi memberi pendedahan kepada mereka," katanya ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Muamalah Kewangan Islam sempena Program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Program yang bertujuan memberi kefahaman umum tentang kepentingan kewangan Islam dalam kehidupan itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam pada itu, beliau berkata, Yadim akan meneruskan usaha untuk memberi kefahaman tentang sistem kewangan Islam bukan sahaja kepada pemain industri malah golongan masyarakat.

Beliau yakin, program seumpama itu mampu meningkatkan dan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan muamalat Islam sekali gus mampu mengamalkannya dalam kehidupan.

“Konvensyen ini memfokuskan empat perkara iaitu pengurusan kewangan, takaful, perbankan Islam dan pelaburan yang meliputi urusan umat Islam seharian,"jelasnya.

(Utusan Online / 01 Jun 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday 29 May 2014

Keuntungan perbankan Islam meningkat

AKHBAR "Gulf News" (25 Mei 2014) melaporkan keuntungan bank-bank Islam di pusat-pusat utama perbankan Islam seperti Qatar, Indonesia, Arab Saudi, Malaysia, Ameriyyah Arab Bersatu dan Turki berjumlah USD10 bilion (RM32 bilion) pada penghujung tahun 2013.

Keuntungan diunjur meningkat ke USD25 bilion (RM80 bilion) menjelang tahun 2018. Angka-angka ini diperolehi dari firma EY, sebuah firma perakaunan antarabangsa.

Firma berkenaan selanjutnya mengunjurkan aset perbankan Islam di seluruh dunia bakal meningkat ke paras melebihi USD3.4 trilion (RM10.9 trilion) dalam tahun 2018, dipacu terutamanya oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara utama yang mengamalkan perbankan dan kewangan Islam.

 Walaupun angka keuntungan bagi bank-bank Islam adalah besar, namun,  secara purata, ianya adalah 15-19 mata peratusan lebih rendah  berbanding keuntungan bank-bank konvensional.

Transformasi operasi dan perluasan operasi bank-bank Islam ke negara-negara lain seperti yang dilaksanakan oleh beberapa buah bank Islam sekarang ini, berpotensi merapatkan jurang perbezaan keuntungan di antara bank Islam dan bank konvensional. 

pertumbuhan bank Islam

Potensi pertumbuhan industri perbankan Islam adalah besar. Wujud lebih kurang 38 juta pelanggan yang berurusan dengan perbankan runcit Islam di seluruh duinia. Namun, hanya sebahagian kecil sahaja dari bilangan ini yang telah berpindah sepenuhnya kepada bank Islam dalam urusan perbankan mereka.

Lagipun bagi pelanggan perbankan Islam, bilangan produk bagi setiap pelanggan berpurata dua jenis produk tetapi purata jenis produk di dalam urusan perbankan tradisional ialah 5 jenis produk bagi setiap pelanggan.  Ini memberi keyakinan bahawa ruang untuk pertumbuhan sektor perbankan memang besar.

Kajian mendapati bahawa memperkasakan keyakinan pelanggan melalui kecemerlangan perkhidmatan  khususnya dalam urusan pembukaan akaun dan memperkenalkan produk-produk perbankan Islam yang lebih pelbagai kepada pelanggan, berpotensi meningkatkan saiz pasaran yang boleh dikuasai oleh perbankan Islam  sehingga sebanyak 40% lagi dari pelanggan yang sedia ada.

Dengan menambah pelanggan baru, bahagian pasaran yang dikuasai oleh perbankan Islam tentunya boleh meningkat dengan lebih besar lagi.

 Satu tinjauan yang dibuat ke atas 1,000 pelanggan runcit perbankan Islam di Emeriyah Arab Bersatu, Mesir, Turki, Indonesi dan United Kingdom mendapati bahawa majoriti pelanggan memberitahu bahawa bank-bank dengan mana meraka berurusan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi ketelusan, misalnya mereka mengenakan yuran yang pelanggan tidak diberitahu lebih awal. Bank-bank berkenaan juga tidak menawarkan produk-produk perbankan yang memenuhi citarasa pelanggan dan mereka juga gagal melindungan kepenting utama pelanggan-pelanggan.

halangan dihadapi bank Islam

Selanjut, bila dibandingkan dengan bank-bank konvensional, bank Islam dilihat gagal berurusan dengan pelanggan sebagai rakan kongsi. Juga, bank-bank Islam tidak mengamalkan amalan terbaik dalam urusan perbankan dan mereka hanya mampu menyediakan perkhidmatan perbankan yang asasi. Ia menjadi halangan kepada usaha untuk meluaskan pangkalan pelanggan.

Walaubagaimana pun, permintaan terhadap urusan perbankan yang beretika tinggi adalah besar di seluruh dunia. Perbankan Islam berada pada kedudukan istimewa untuk memenuhi permintaan yang belum dapat dipenuhi ini. Ini adalah kerana perbankan Islam dilihat oleh pelanggan Islam dan bukan Islam sebagai perbankan yang diasaskan  kepada etika. Oleh itu, bank Islam wajar menumpukan perhatian kepada kandungan bukan rupa luaran semata-mata.

Bank Islam perlu memfokuskan diri kepada inovasi supaya produk dan perkhidmatan yang tawarkan mudah difahami dan diterima pelanggan. Ini akan menjadi produk perbankan Islam dikehendaki dan boleh memacu pertumbuhan sektor perbankan Islam keseluruhannya.

Kajian selanjutnya  menunjukkan bahawa 76% pelanggan bank di Indonesia. Mesir, Emeriyah Arab Bersatu dan Turki meyakini sektor perbankan berbanding dengan hanya 21% daripada pelanggan bank di UK yang mempunyai keyakinan kepada sistem perbankan. Malah mereka meletakkan perbankan dalam senarai paling bawah dalam senarai industri yang mereka boleh percayai.

Bilangan pelanggan yang bersedia untuk berurusan dengan bank Islam meningkat sebanyak 30% apabila pelanggan diperjelaskan mengenai prinsip-prinsip dan nilai-nilai utama perbankan Islam. Di United Kingdom khususnya, bilangan pelanggan yang bersedia untuk berurusan dengan bank Islam, bila mana mereka diberitahui akan prinsip dan nilai-nilai perbankan Islam, betambah 4 kali ganda.

minat kepada perbankan Islam berkembang

Ini membuktikan bahawa minat pelanggan kepada perbakan Islam berkembang bukan sahaja di kalangan orang Islam yang menjadi pasaran tradional perbankan Islam bahkan juga di kalangan orang bukan Islam apabila fokus urusan perbankan adalah perbankan beretika.

Penganalisi-penganalis dari firma perakaunan EY menyebut bahawa usahawan kecil dan sederhana lebih berminat untuk berurusan dengan bank Islam yang memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka merentasi sempadan negara.

Berikutan dengan peningkatan aliran perdagangan dan modal di antara negara-negara Turki, Timur Tengah dan rantau Asia-Pasifik, muncul keinginan di kalangan ahli perniagaan dan usahawan  untuk belajar mengenai penyelesaian kewangan secara Islam.  

Juga, timbul keinginan untuk membina hubungan dengan negara-negara enjin pertumbuhan ekonomi dunia yang utama seperti China dan India yang juga berpotensi untuk memacu pertumbuhan perbankan Islam di kedua-dua negara. 

(Harakah Daily / 29 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Malaysia peneraju kewangan Islam

PERKEMBANGAN sistem kewangan Islam memberangsangkan di negara ini menjadikan Malaysia antara negara peneraju sukuk terbesar di dunia berbanding negara Timur Tengah.

Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (Isra), Profesor Dr Mohamad Akram Laldin berkata, selain itu, kelengkapan infrastruktur, pengawal selia dan peraturan perundangan yang saling menyokong antara satu sama lain juga menjadi pendorong.

Menurutnya, selepas hampir 30 tahun membentuk sistem kewangan Islam, Malaysia kini menjadi contoh dalam sektor berkenaan kepada negara-negara lain berikutan kelebihan kemudahan infrastruktur lengkap di negara ini.

“Malaysia ialah pengeluar sukuk terbesar di dunia berbanding negara Timur Tengah seperti Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, dan Bahrain. Isu kewangan Islam telah bermula di negara kita sejak 1980-an.

“Kita sekarang dalam proses untuk memantapkan serta melakukan inovasi daripada sistem kewangan Islam yang ada kini,” katanya selepas Perasmian Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-8 (MCSN8) di Hotel Thistle, di Johor Bahru, semalam, yang dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohamad Aziz.

Hadir sama, Mufti negeri, Datuk Mohamad Tahrir Samsudin; Penasihat Agama Islam negeri, Datuk Nooh Gadot dan Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Profesor Dr Mohamad@Md Som Sujimon.

Muzakarah dua hari itu bertemakan menangani cabaran dan merintis inovasi dalam kewangan Islam dan turut dihadiri cendekiawan dalam bidang berkaitan dari negara luar termasuk Brunei, Indonesia dan Singapura.

(Utusan Malaysia / 29 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Wednesday 28 May 2014

Sukuk kewangan Islam, jadi contoh global

JOHOR BAHRU 28 Mei - Malaysia kekal sebagai peneraju sukuk terbesar dalam kewangan Islam global yang didorong oleh faktor infrastruktur, pengawal selia dan perundangan serta dijadikan contoh oleh negara lain.

Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa (ISRA), Profesor Dr. Mohamad Akram Laldin berkata, pengalaman negara yang menerajui kewangan Islam sejak era 80-an menyaksikan banyak permasalahan fiqh kewangan Islam diselesaikan, sekali gus memberi kelebihan dalam sektor tersebut.

"Di Malaysia jika dilihat dari segi pasaran modal, lebih 60 peratus adalah dalam bentuk sukuk berbanding bon konvensional. Malah, kita adalah pengeluar sukuk terbesar berbanding Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan negara lain dan kini mereka juga sudah mula mengurus tadbir seperti kita.

"Kita mempunyai kelebihan kerana infrastruktrur lengkap bermula dengan perbankan, takaful, pasaran kewangan, pasaran modal serta pengurusan aset. Pendek kata, semua yang ditawarkan dalam sistem konvensional mempunyai alternatif dalam kewangan Islam," katanya pada sidang akhbar selepas Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohamed Aziz yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Yang turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut; Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Datuk Abdul Razak Hassan dan Ketua Eksekutif Marsah, Prof. Madya Dr. Mohamad Som Sujimon.

Penganjuran muzakarah kali kelapan itu bertemakan 'Menangani Cabaran dan Merintis Inovasi dalam Kewangan Islam', kembali ke Malaysia setelah diadakan secara bergilir di Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura, bertujuan sebagai platform dan wacana ilmiah bagi cendekiawan, ilmuwan agama, ahli akademik, pengamal industri dan pengawal selia berkongsi kepakaran, idea, inovasi dan penyelesaian isu syariah.

Mohamad Akram berkata, kewangan Islam di peringkat global masih belum mencapai tahap satu peratus berbanding sistem konvensional, namun menunjukkan peningkatan menggalakkan pada kadar 20 hingga 25 peratus setahun dalam dunia Islam dan kajian menunjukkan sistem berkenaan mendapat sambutan baik daripada pelanggan bukan Islam.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam teks ucapan yang dibacakan Mohamed berkata, muzakarah tersebut diadakan tepat pada waktunya kerana sistem kewangan pada masa ini harus ditunjangi dengan etika dan akhlak Islam.

(Utusan Online / 28 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Menjuarai sistem kewangan Islam dunia

PADA minggu lepas, Utusan Malaysia me­laporkan mengenai pencapaian ne­gara dalam sistem kewangan Islam. La­poran ter­sebut mendedahkan jumlah aset perbankan Islam di negara kita yang mencecah hampir RM500 bilion. Ini telah meningkatkan imej negara sebagai peneraju sistem kewangan Is­lam dunia yang pada masa sekarang berada pada tangga ketiga dunia selepas Iran dan Arab Saudi.

Pemangkin pertumbuhan pesat pasaran kewangan Islam Malaysia disumbangkan oleh pasaran sukuk dan takaful yang kukuh. Malah negara menguasai lebih separuh da­ripada pasaran sukuk dunia sejak 2007.
Bagi pasaran takaful pula, negara berada pada kedudukan kedua selepas Arab Saudi dengan nisbah pasaran sebanyak 26 peratus.

Bagi penulis, pencapaian ini cukup membanggakan. Ia mampu memberi motivasi kepada pengamal kewangan Islam untuk terus berusaha meningkatkan pasaran kewangan Islam pada masa akan datang.
Sasaran negara untuk menguasai lebih 40 peratus dalam kewangan Islam menjelang 2020 bukan lagi suatu khayalan. Ia mampu direalisasikan.

Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam mempunyai landskap komprehensif dalam memajukan kewangan Islam. Pasaran mo­dal Islam yang diterajui oleh Bank Negara telah menjadikan persekitaran negara kondusif bagi para pelabur Islam dan bukan Islam.

Selain itu, kemunculan organisasi se­perti Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA), Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM) dan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) membantu perkembangan sistem kewang­an Islam di negara ini.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, sistem kewangan Islam berkembang dengan pesat. Jumlah institusi kewangan Islam bertambah di lebih 75 negara. Malah, negara maju seperti Britain dikhabarkan telah menerima pakai sistem kewangan Islam.

Aset kewangan Islam dunia dilaporkan berada sekitar dua hingga tiga peratus atau hampir satu trilion dolar Amerika Syarikat daripada jumlah keseluruhan aset kewang­an global. Pertumbuhan progresif hampir 25 peratus setiap tahun dilihat sebagai potensi besar bagi menggantikan sistem konvensional pada masa akan datang.

Dalam konteks Malaysia, sejak penubuhan Bank Islam yang pertama, kemudiannya dilestarikan dengan liberalisasi pasaran perbankan Islam, kewangan Islam terus berkembang pesat.

Kesan segera liberalisasi pasaran ke­wa­ng­an Islam menyaksikan penubuhan bank Islam asing berlesen pertama dalam negara pada 2005. Ia telah menggalakkan denominasi ringgit dalam pasaran sukuk domestik.
Natijahnya, keyakinan para pelabur tempatan dan luar negara terhadap pasaran modal domestik dapat diperkukuhkan. Sejak itu, kewangan Islam melonjak maju dengan begitu baik.

Kewangan Islam mempunyai potensi sangat besar untuk terus dikembangkan kerana sering mendapat pengiktirafan dari luar dunia Islam. Ini kerana kewangan Islam mempunyai sumber pembiayaan yang baik, lebih telus mencerminkan kedudukan ekonomi sebenar, kurang spekulasi dan mampu mewujudkan perkongsian serta kestabilan dalam tempoh jangka panjang.

Institusi-institusi kewangan Islam juga tidak terkena tempias semasa krisis ekonomi global yang membadai Amerika Syarikat dan negara-negara besar Eropah.

Ini telah mengukir persoalan di benak ahli-ahli ekonomi sekular yang ingin tahu kelebihan sistem kewangan Islam ini.

Ringkasnya, kekuatan kewangan Islam ditunjangi beberapa faktor.
Pertama, kewangan Islam bersumberkan al-Quran dan Sunnah yang melengkapi kehidupan manusia. Sudah pasti sistem ini sempurna dan sangat sesuai dipraktikkan di seluruh dunia sama ada di negara Islam mahupun bukan Islam.

Kedua, ia amat menekankan keadilan dalam setiap aspek pentadbiran dan pengurusan. Ia menggariskan kaedah, prinsip dan etika yang perlu difahami dan diamalkan bagi memastikan setiap urusniaga mahupun aktiviti ekonomi berjalan dengan saksama antara pihak-pihak yang terlibat.

Pengharaman riba dalam setiap urusniaga membawa pengertian bahawa setiap urusan pembiayaan tidak boleh mempunyai elemen faedah atau nilai tambah. Ia mestilah adil kepada pihak pembiaya dan penerima biaya. Tidak boleh ada pihak yang mendapat untung sedangkan pihak lain terpaksa menanggung kerugian.
Pengharaman riba ini tidak berlaku dalam sistem kapitalis. Malah mereka beranggapan bahawa sistem pinjaman dengan amalan riba adalah yang terbaik bagi menjamin perkembangan ekonomi negara. Ternyata mereka silap memahami akan perkara ini dan mereka telah menerima padahnya.

Ketiga, kewangan Islam melarang sebarang bentuk spekulasi berunsur penindasan. Keempat, kewangan Islam menekankan aspek perkongsian untung dan rugi. Tidak seperti sistem kapitalis, pembiaya kewangan Islam mewajibkan pihak pemberi biaya (bank) turut sama terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi pelanggan.

Akhir sekali, kewangan Islam juga mengharamkan aktiviti jual beli hutang. Ini kerana wujudnya elemen yang tidak pasti dalam aktiviti tersebut. Pengharaman ini telah mengukuhkan daya tahan sesebuah institusi kewangan Islam terhadap krisis kegawatan ekonomi.

Justeru, sebagai sebuah negara Islam yang menjadi peneraju kepada negara-negara Islam dunia, perkembangan pesat kewangan Islam harus diurus dengan baik agar poten­sinya terus dikembang dan diperkukuhkan.

Seharusnya negara secara berterusan mempromosikan kewangan Islam dan menjadi model sang juara kepada negara-negara lain dalam pengurusan kegawatan ekonomi. Moga suatu hari nanti Malaysia akan menjadi juara kewangan Islam dunia.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia.

(Utusan Online / 28 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday 27 May 2014

Hatta Bertekad Tingkatkan Kesejahteraan Ekonomi Umat Islam dan Berantas Korupsi

Jakarta - Pasangan Prabowo Subianto dalam Pilpres, Hatta Rajasa menegaskan komitmennya untuk membangun ekonomi bangsa Indonesia. Termasuk juga meningkatkan kesejahteraan umat Islam.

"Bagaimana kita meningkatkan kesejahteraan umat Islam, sebetulnya itu. Juga bagaimana kita meningkatkan kesejahteraan bangsa. Kalau kesejahteraan bangsa, sebagian besar itu ada di umat Islam," kata Hatta di Masjid Al Azhar, Jakarta, Selasa (27/5/2014).

Menurut Hatta, yang penting dalam membangun ekonomi bangsa yakni pentingnya mengedepankan perekonomian yang didasarkan pada kemandirian, kemajuan, dan keadilan. 

"Ini penting sekali untuk mengurangi kesenjangan dan mendorong pertumbuhan perekonomian yang tinggi. Kita harus bicara secepat mungkin untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat," jelas dia.

"Saya mengedepankan apa yang menjadi tantangan bangsa kita ke depan. Itu normal yang selalu saya sampaikan di mana saja termasuk jadi menko perekonomian kemarin," tegas Cawapres Prabowo ini.

Tak lupa, Hatta juga menyampaikan kesungguhannya dalam urusan pemberantasan korupsi. Menurut Hatta, ada tiga hal penting yang harus dilakukan. Mulai dari jangka pendek, menengah dan panjang. 

"Pertama harus dimulai dari membentuk karakter bangsa Indonesia itu penting. Membangun fondasi manusia-manusia yang berakhlak mulia, ini penting. Itu artinya membangun jangka panjang karakter jati diri bangsa. Jadi manusia-manusia yang berakhlak mulia, itu melalui proses pendidikan sedini mungkin," urai dia. 

Jadi basic memberantas korupsi akan dimulai dari kejujuran dan dilakukan sejak anak-anak lewat pendidikan.

"Kedua, pencegahan. Pencegahan ini melalui institusi building. Sistem yang dibangun sehingga ada transparansi setiap aktivitas-aktivitas yang berkaitan dengan tanggung jawab kita kepada publik. Jadi seperti transparansi, akuntabilitas, reformasi birokrasi, kemudian penyederhanaan juga. Kemudian juga pertanggungjawaban. Pelaporan, ini sistem hingga penindakan. Penindakan itu harus tegas untuk efek jera," tutupnya.

(Utusan Online / 27 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday 25 May 2014

Industri halal meluas

SEORANG pelajar Muslim, membeli makanan halal yang disediakan di sebuah kafeteria di Universiti Antarabangsa Kanda, Tokyo, Jepun. Pasaran industri halal antarabangsa dilaporkan semakin meluas di beberapa destinasi pelancongan negara terkemuka bagi menyediakan kemudahan makanan halal kepada pelancong asing yang datang.

Tinjauan yang dilakukan menunjukkan, Jepun merupakan salah sebuah negara yang memperluaskan industri halal di negara itu sehingga membabitkan sebanyak 60 destinasi pelancongan mesra Muslim sejak tahun lalu. Selain itu, Jepun turut menyediakan ruangan solat dan panduan arah solat bagi kemudahan pelancong Muslim beribadah.

(Utusan Online / 25 May 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Keuntungan perbankan Islam meningkat

AKHBAR "Gulf News" (25 Mei 2014) melaporkan keuntungan bank-bank Islam di pusat-pusat utama perbankan Islam seperti Qatar, Indonesia, Arab Saudi, Malaysia, Ameriyyah Arab Bersatu dan Turki berjumlah USD10 bilion (RM32 bilion) pada penghujung tahun 2013.

Keuntungan diunjur meningkat ke USD25 bilion (RM80 bilion) menjelang tahun 2018. Angka-angka ini diperolehi dari firma EY, sebuah firma perakaunan antarabangsa.

Firma berkenaan selanjutnya mengunjurkan aset perbankan Islam di seluruh dunia bakal meningkat ke paras melebihi USD3.4 trilion (RM10.9 trilion) dalam tahun 2018, dipacu terutamanya oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara utama yang mengamalkan perbankan dan kewangan Islam.

 Walaupun angka keuntungan bagi bank-bank Islam adalah besar, namun,  secara purata, ianya adalah 15-19 mata peratusan lebih rendah  berbanding keuntungan bank-bank konvensional.

Transformasi operasi dan perluasan operasi bank-bank Islam ke negara-negara lain seperti yang dilaksanakan oleh beberapa buah bank Islam sekarang ini, berpotensi merapatkan jurang perbezaan keuntungan di antara bank Islam dan bank konvensional. 

pertumbuhan bank Islam

Potensi pertumbuhan industri perbankan Islam adalah besar. Wujud lebih kurang 38 juta pelanggan yang berurusan dengan perbankan runcit Islam di seluruh duinia. Namun, hanya sebahagian kecil sahaja dari bilangan ini yang telah berpindah sepenuhnya kepada bank Islam dalam urusan perbankan mereka.

Lagipun bagi pelanggan perbankan Islam, bilangan produk bagi setiap pelanggan berpurata dua jenis produk tetapi purata jenis produk di dalam urusan perbankan tradisional ialah 5 jenis produk bagi setiap pelanggan.  Ini memberi keyakinan bahawa ruang untuk pertumbuhan sektor perbankan memang besar.

Kajian mendapati bahawa memperkasakan keyakinan pelanggan melalui kecemerlangan perkhidmatan  khususnya dalam urusan pembukaan akaun dan memperkenalkan produk-produk perbankan Islam yang lebih pelbagai kepada pelanggan, berpotensi meningkatkan saiz pasaran yang boleh dikuasai oleh perbankan Islam  sehingga sebanyak 40% lagi dari pelanggan yang sedia ada.

Dengan menambah pelanggan baru, bahagian pasaran yang dikuasai oleh perbankan Islam tentunya boleh meningkat dengan lebih besar lagi.

 Satu tinjauan yang dibuat ke atas 1,000 pelanggan runcit perbankan Islam di Emeriyah Arab Bersatu, Mesir, Turki, Indonesi dan United Kingdom mendapati bahawa majoriti pelanggan memberitahu bahawa bank-bank dengan mana meraka berurusan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi ketelusan, misalnya mereka mengenakan yuran yang pelanggan tidak diberitahu lebih awal. Bank-bank berkenaan juga tidak menawarkan produk-produk perbankan yang memenuhi citarasa pelanggan dan mereka juga gagal melindungan kepenting utama pelanggan-pelanggan.

halangan dihadapi bank Islam

Selanjut, bila dibandingkan dengan bank-bank konvensional, bank Islam dilihat gagal berurusan dengan pelanggan sebagai rakan kongsi. Juga, bank-bank Islam tidak mengamalkan amalan terbaik dalam urusan perbankan dan mereka hanya mampu menyediakan perkhidmatan perbankan yang asasi. Ia menjadi halangan kepada usaha untuk meluaskan pangkalan pelanggan.

Walaubagaimana pun, permintaan terhadap urusan perbankan yang beretika tinggi adalah besar di seluruh dunia. Perbankan Islam berada pada kedudukan istimewa untuk memenuhi permintaan yang belum dapat dipenuhi ini. Ini adalah kerana perbankan Islam dilihat oleh pelanggan Islam dan bukan Islam sebagai perbankan yang diasaskan  kepada etika. Oleh itu, bank Islam wajar menumpukan perhatian kepada kandungan bukan rupa luaran semata-mata.

Bank Islam perlu memfokuskan diri kepada inovasi supaya produk dan perkhidmatan yang tawarkan mudah difahami dan diterima pelanggan. Ini akan menjadi produk perbankan Islam dikehendaki dan boleh memacu pertumbuhan sektor perbankan Islam keseluruhannya.

Kajian selanjutnya  menunjukkan bahawa 76% pelanggan bank di Indonesia. Mesir, Emeriyah Arab Bersatu dan Turki meyakini sektor perbankan berbanding dengan hanya 21% daripada pelanggan bank di UK yang mempunyai keyakinan kepada sistem perbankan. Malah mereka meletakkan perbankan dalam senarai paling bawah dalam senarai industri yang mereka boleh percayai.

Bilangan pelanggan yang bersedia untuk berurusan dengan bank Islam meningkat sebanyak 30% apabila pelanggan diperjelaskan mengenai prinsip-prinsip dan nilai-nilai utama perbankan Islam. Di United Kingdom khususnya, bilangan pelanggan yang bersedia untuk berurusan dengan bank Islam, bila mana mereka diberitahui akan prinsip dan nilai-nilai perbankan Islam, betambah 4 kali ganda.

minat kepada perbankan Islam berkembang

Ini membuktikan bahawa minat pelanggan kepada perbakan Islam berkembang bukan sahaja di kalangan orang Islam yang menjadi pasaran tradional perbankan Islam bahkan juga di kalangan orang bukan Islam apabila fokus urusan perbankan adalah perbankan beretika.

Penganalisi-penganalis dari firma perakaunan EY menyebut bahawa usahawan kecil dan sederhana lebih berminat untuk berurusan dengan bank Islam yang memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka merentasi sempadan negara.

Berikutan dengan peningkatan aliran perdagangan dan modal di antara negara-negara Turki, Timur Tengah dan rantau Asia-Pasifik, muncul keinginan di kalangan ahli perniagaan dan usahawan  untuk belajar mengenai penyelesaian kewangan secara Islam.  

Juga, timbul keinginan untuk membina hubungan dengan negara-negara enjin pertumbuhan ekonomi dunia yang utama seperti China dan India yang juga berpotensi untuk memacu pertumbuhan perbankan Islam di kedua-dua negara. 

Oleh yang demikian, perbankan Islam akan terus mendapt perhatian dan berkembang.

(Harakah Daily / 31 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Saturday 24 May 2014

Malaysia Akan Bantu Kazakhstan Jadikan Almaty Pusat Perbankan Islam

ASTANA (KAZAKHSTAN), 24 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Malaysia akan membantu Kazakhstan untuk menjadikan Almaty, ibu negara lama di bahagian Selatan negara itu, sebagai sebuah pusat perbankan dan kewangan Islam.

Perdana Menteri berkata Bank Negara Malaysia akan menghantar pasukannya ke Kazakhstan dalam waktu terdekat untuk membantu merelisasikan hasrat Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan Perdana Menteri Karim Massimov untuk menggunakan kepakaran Malaysia dalam bidang itu.

"Mereka berdua (Nazarbayev dan Massimov) akui bahawa Malaysia adalah merupakan pelopor dan negara utama dalam perbankan Islam dan kita mempunyai kelebihan, kita mempunyai kepakaran dan kita juga mempunyai produk-produk yang begitu meluas.

"Oleh itu kedua-dua pemimpin ini mencadangkan supaya Malaysia membantu menjadikan Almaty sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Kazakhstan.

Najib, yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke sini sejak Khamis dalam usaha meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Sambil menyifatkan lawatannya ke negara ini sebagai berhasil, Perdana Menteri berkata kejayaan itu dilambangkan oleh suasana persahabatan yang amat akrab di antara kedua-dua pihak serta beberapa kesan yang telah dicapai dalam lawatan itu yang akan membuka peluang untuk Malaysia dan Kazakhstan meningkatkan lagi hubungan dua hala. "Antara perkara-perkara yang kita bersetuju ialah potensi perdagangan antara kedua-dua negara, jumlah perdagangan antara dua negara ini perlu dilonjakkan kerana ia tidak mencerminkan potensi ekonomi antara kedua-dua negara kita.

"Tiga MoU yang telah ditandatangani iaitu satu untuk membina sebuah kilang LPG, satu untuk pembinaan sebuah kilang metanol dan satu lagi untuk penternakan lembu daging, yang bernilai kira-kira AS$1.1 bilion akan memberi peluang kepada usahawan-usahawan dari Malaysia untuk meneroka peluang di negara Kazakhstan ini, yang kaya dengan sumber asli yang banyak dan sudah tentu, ini akan dapat memperluaskan lagi peranan Malaysia di Kazakhstan dan di rantau ini," katanya.

Seperkara yang perlu diambil perhatian, kata Najib ialah bahawa pada 29 Mei ini akan termeterai satu Customs Union antara Kazakhstan, Belarus dan Russia yang membuka peluang kepada pasaran 170 juta penduduk dan jika usahawan Malaysia melabur di Kazakhstan, mereka akan mendapat peluang untuk mengeksport tanpa tarif ke dua buah negara yang lain.

"Ini adalah antara perkembangan yang terkini, yang saya lihat meletakkan Kazakhstan ini sebagai antara negara yang perlu diberi perhatian yang serius oleh Malaysia," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Kazakhstan juga telah menggambarkan kesediaan untuk memberi peluang kepada syarikat minyak negara Petronas untuk melabur dalam bidang minyak dan gas dari segi pengeluaran dan pelaburan dalam bidang hiliran termasuk petrokimia.

Sehubungan itu, beliau akan meminta Petronas supaya mengambil tindakan susulan kerana negara Kazakhstan mempunyai sumber asli iaitu minyak dan gas yang begitu besar dan Malaysia melalui Petronas harus mengambil peluang untuk melabur dan mengambil bahagian dalam bidang yang begitu strategik itu.

Najib berkata Malaysia turut menggalakkan lebih ramai pelajar dari Kazakhstan untuk melanjutkan pendidikan tinggi di Malaysia.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 pelajar Kazakhstan yang sedang menuntut di Malaysia makala kira-kira 2,000 lagi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang bahasa.

Malaysia juga turut menjadi antara destinasi percutian yang digemari oleh rakyat Kazakhstan terutamanya di musim sejuk kerana suhu sejuknya yang terlalu ekstrim.

Astana merupakan ibu kota kedua paling sejuk di dunia dengan suhu paling rendah dicatat pada musim sejuk boleh mencapai -40 darjah celsius. Di musim panas suhunya boleh meningkat sehingga lebih 30 darjah celsius.

(Bernama / 24 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Almaty Pusat Kewangan Islam

ASTANA (KAZAKHSTAN) 24 Mei- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan membantu Kazakhstan untuk menjadikan Almaty, ibu negara lama di bahagian selatan negara itu, sebagai sebuah pusat perbankan dan kewangan Islam.

Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malaysia akan menghantar pasukannya ke Kazakhstan dalam waktu terdekat untuk membantu merealisasikan hasrat Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev dan Perdana Menteri, Karim Massimov untuk menggunakan kepakaran Malaysia dalam bidang itu.
"Mereka berdua (Nazarbayev dan Massimov) akui bahawa Malaysia merupakan pelopor dan negara utama dalam perbankan Islam dan kita mempunyai kelebihan, kita mempunyai kepakaran dan kita juga mempunyai produk-produk yang begitu meluas.

"Oleh itu, kedua-dua pemimpin ini mencadangkan supaya Malaysia membantu menjadikan Almaty sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini,'' katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Kazakhstan.

Najib, yang diiringi isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke sini sejak Khamis dalam usaha meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Sambil menyifatkan lawatannya ke negara ini sebagai berhasil, Perdana Menteri memberitahu, kejayaan itu dilambangkan oleh suasana persahabatan yang amat akrab di antara kedua-dua pihak serta beberapa kesan yang telah dicapai dalam lawatan itu yang akan membuka peluang untuk Malaysia dan Kazakhstan meningkatkan lagi hubungan dua hala.

"Antara perkara yang kita bersetuju ialah potensi perdagangan antara kedua-dua negara, jumlah perdagangan antara dua negara ini perlu dilonjakkan kerana ia tidak mencerminkan potensi ekonomi antara kedua-dua negara kita.

"Tiga MoU yang telah ditandatangani iaitu satu untuk membina sebuah kilang LPG, satu untuk pembinaan sebuah kilang metanol dan satu lagi untuk penternakan lembu daging, yang bernilai kira-kira AS$1.1 bilion akan memberi peluang kepada usahawan-usahawan dari Malaysia untuk meneroka peluang di negara Kazakhstan ini, yang kaya dengan sumber asli yang banyak dan sudah tentu, ini akan dapat memperluaskan lagi peranan Malaysia di Kazakhstan dan di rantau ini," katanya.

Seperkara yang perlu diambil perhatian, kata Najib ialah bahawa pada 29 Mei ini akan termeterai satu `Customs Union' antara Kazakhstan, Belarus dan Russia yang membuka peluang kepada pasaran 170 juta penduduk dan jika usahawan Malaysia melabur di Kazakhstan, mereka akan mendapat peluang untuk mengeksport tanpa tarif ke dua buah negara yang lain.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kazakhstan juga telah menggambarkan kesediaan untuk memberi peluang kepada syarikat minyak negara, Petronas untuk melabur dalam bidang minyak dan gas dari segi pengeluaran dan pelaburan dalam bidang hiliran termasuk petrokimia.

Najib seterusnya memberitahu, Malaysia turut menggalakkan lebih ramai pelajar dari Kazakhstan untuk melanjutkan pendidikan tinggi di Malaysia.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 pelajar Kazakhstan yang sedang menuntut di Malaysia manakala kira-kira 2,000 lagi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang bahasa.

Malaysia juga turut menjadi antara destinasi percutian yang digemari oleh rakyat Kazakhstan terutamanya di musim sejuk kerana suhu sejuknya yang terlalu ekstrim.

Astana merupakan ibu kota kedua paling sejuk di dunia dengan suhu paling rendah dicatat pada musim sejuk boleh mencapai -40 darjah celsius. Di musim panas suhunya boleh meningkat sehingga lebih 30 darjah celsius.

(Utusan Malaysia / 24 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Fungsi Penasihat Syariah

BAGAIMANAKAH kita dapat memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi syariah?
Perbankan Islam hanya menawarkan produk dan perkhidmatan yang telah disahkan patuh syariah.
Hal ini kadangkala menjadi tanda tanya masyarakat sejauh manakah proses sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan itu boleh dianggap sebagai mematuhi syariah?
Dalam aspek pematuhan ini, setiap institusi perbankan Islam wajib melantik serta mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Syariah selaku badan berkuasa penting bagi pematuhan tersebut.
Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memasti dan mengekalkan keyakinan pasaran terhadap institusi kewangan Islam.
Ia ditubuhkan di setiap peringkat perbankan, manakala di peringkat Bank Negara pula wujud sebuah Majlis Jawatankuasa Syariah.
Maka, setiap produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang dirancang harus mendapatkan kelulusan daripada dua peringkat tertinggi ini sebelum dapat ditawarkan kepada para pelanggan.
Siapakah ahli dalam Jawatankuasa Penasihat Syariah?
Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan ini diberikan mandat dalam memastikan perjalanan operasi perbankan Islam selaras dengan prinsip-prinsip syariah.
Bidang kuasanya ialah memberi nasihat kepada pihak pengurusan dalam semua perkara berhubung pembangunan produk patuh syariah yang komprehensif dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu berkaitan syariah.
Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan terdiri daripada para ulama Islam dan juga pakar kewangan Islam.
Pihak pengurusan bank akan melantik mereka untuk setiap tempoh dua tahun. Melalui mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah inilah ahli akan bersidang serta membuat kajian dan memberi panduan mengenai isu-isu berkaitan perbankan Islam.
Di samping kewujudan Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan, para penasihat akan memberi nasihat mengenai semua aspek syariah berkaitan dengan produk berkenaan, termasuk dokumentasi, penstrukturan dan pelaburan.
Penasihat Syariah perlu memenuhi syarat minimum tertentu untuk layak didaftarkan dengan Bank Negara.
Justeru, apabila satu-satu produk dan perkhidmatan itu dilabel sebagai patuh syariah, para pelanggan boleh yakin bahawa produk dan perkhidmatan itu telahpun mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan.
(Utusan Malaysia / 24 Mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday 23 May 2014

SIDC Latih 400 Graduan Bagi Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) telah melatih 400 profesional permulaan bagi sektor pertumbuhan tinggi, pasaran modal Islam (ICM) dengan tamatnya latihan 38 peserta Skim Latihan Graduan Pasaran Modal Islam (ICMGTS) dari pengambilan kesepuluh program itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Azman Hisham Che Doi, berkata ICMGTS ialah satu daripada begitu banyak program pembangunan bakat SIDC yang berjaya, untuk menyokong pertumbuhan industri pasaran modal Malaysia.

Kira-kira 85 peratus alumni ICMGTS telah diterima ke dalam tenaga kerja industri, dan ini menunjukkan peri relevan dan pentingnya program ini, katanya pada upacara tamat latihan ICMGTS di sini baru-baru ini.

ICMGTS ialah satu program latihan dwitahunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang dikendalikan oleh SIDC untuk membangunkan bakat muda bagi kerjaya dalam ICM. Kursus selama lapan minggu itu memberikan kefahaman teknikal tentang ICM dan kemahiran insaniah yang berkaitan kerja kepada peserta.

Azman berkata program itu diperakui oleh sebuah pasukan petugas industri yang terdiri daripada SC, Bursa Malaysia, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Persatuan Syarikat Pembrokeran saham Malaysia (ASCM), Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) dan Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM).

"Program-program SIDC bertujuan meningkatkan kecekapan golongan profesional pasaran yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan keberdayasaingan dalam pasaran modal Malaysia serta mewujudkan keyakinan pelabur," tegas Azman.

SIDC bekerjasama rapat dengan semua pemilik kepentingan termasuk pengawal selia, bursa, pengantara, peserta industri dan pelabur untuk memberikan cadangan nilai dalam program-programnya, katanya.

Warga Malaysia berusia 30 tahun ke bawah dengan ijazah kelas kedua atas atau setara dengannya dalam disiplin berkaitan boleh memohon bagi pengambilan kesebelas ICMGTS bermula Ogos 2014.

Calon-salon yang berjaya akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM2,000 dalam tempoh latihan itu.

Azman berkata program itu juga menawarkan peluang kepada peserta untuk ditemu duga oleh bakal-bakal majikan serta menduduki peperiksaan pelesenan SC untuk melayakkan diri sebagai pengantara berlesen.

(Utusan Malaysia / 20 mei 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Ekonomi Islam terus mengukuh di arena global

BRUSSELS: Cabaran utama yang dihadapi oleh 'ekonomi Islam' adalah pengetahuan dan pemahaman tentang amalan dan sikap kepenggunan orang Islam (Muslims) dan keperluan mereka masih lagi dangkal,  demikian menurut seorang pakar ekonomi dan kewangan Islam dari Belgium, Laurent Marliere.

Dalam temubual dengan Kuwait News Agency (KUNA) beliau berkata walaupun kewangan Islam  merupakan salah satu sektor yang paling kehadapan  dan matang di dalam ekonomi Islam, ia masih belum mampu membuat tembusan yang meluas  kerana perkembangannya masih  dipacu industri (industry-driven) bukannya dipacu pasaran (market-driven).

Istilah 'ekonomi Islam' boleh dilihat dari pelbagi sudut. Sesetengah pihak melihatnya sebagai sebuah ekonomi yang merangkumi 57 buah negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC).

Ada pula pihak yang melihat istilah 'ekonomi Islam' itu bermakna produk-produk yang ditawarkan yang mematuhi Syariah (perundangan Islam) seperti produk kewangan dan makanan, misalnya. Satu pihak  lagi melihat 'ekonomi Islam' bererti sebuah segmen dalam ekonomi global yang memfokuskan perhatian kepada pengguna-pengguna orang Islam tanpa mengira lokasi geografi.

Islam dan penganutnya adalah sebuah paradigma global yang mempunyai keperluan dan kehendak yang khusus yang perlu dipenuhi sewajarnya. 

Fakta bahawa forum-forum berkaitan ekonomi Islam yang utama seperti Forum Ekonomi Dunia Islam (WIRF) mengadakan perjumpaan tahunannya di negara-negara bukan Islam adalah bukti ekonomi Islam adalah satu fenomena global, demikian menurut Marliere yang juga merupakan rakan kongsi utama firma ISFIN, sebuah firma guaman Syariah yang mempunyai cawangan di 60 buah negara.   

Dari sudut angka, kita boleh menyatakan bahawa 1.65 bilion orang Islam adalah satu ummah (negara) yang merupakan sebuah pasaran ekonomi Islam. Namun, beliau memerhatikan bahawa orang-orang Islam di seluruh dunia tidaklah serupa dari segi amalan dan sikap kepenggunaan mereka. Pasaran ekonomi Islam malah berpotensi lebih besar kerana produk Islam juga berpotensi diminati dan dikehendaki oleh orang-orang bukan Islam (non-Muslims).

Beliau merujuk kepada penemuan kajiselidik yang dibuat oleh Thomson Reuters yang menunjukkan bahawa perbelanjaan global oleh pengguna-pengguna Muslim dalam sektor  makanan dan gaya hidup mencecah USD1.62 trilion dalam tahun 2012 dan diunjurkan meningkat kepada USD2.47 trilion dalam tahun 2018.

Dalam tahun 2012, aset kewangan Islam dianggarkan berjumlah USD1.35 trilion (yang diketahui) dan ianya berkembangan pada kadar 15 hingga 20 peratus setahun di kebanyakan zon pasaran. Laporan berkenaan menganggarkan nilai potensi aset perbankan Islam di dalam pasaran-pasaran utama mencecah USD4.1 trilion.  

“Ekonomi Islam merentasi ke luar negara-negara Islam. Adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa pemain-pemain utama (misalnya, pembekal produk yang digunakan oleh orang Islam) di dalam pasaran Islam berpangkalan di negara-negara Barat,” menurut Marleire.

Marleire berpendapat, dengan semata-mata meniru apa yang telah dibuat oleh Malaysia di dalam kewangan Islam adalah tidak realistik kerana model Malaysia, walaupun merupakan satu contoh untuk dunia, tidak benar-benar berjaya kerana jangkauan pencapaiannya tidak lebih dari dalam ruang serantau. Ia gagal menjadi model global.  

Beliau menyatakan bahawa peta dunia tidak lagi tertumpu di rantau Atlantik  atau hubungan di antara Eropah dan Amerika, tetapi sekarang ianya sedang beralih ke rantau Asia-Pasifik dan berpendapat bahawa rantau Teluk khususnya Dubai, bakal menjadi sebuah pusat utama (hab) bagi kewangan Islam.   

"(Ini kerana) Dubai telah berjaya mengkombinasikan budaya kosmopolitan Timur dan Barat yang memudahkan urusan pernigaan dan perdagangan,” kata Marliere (KUNA). 

(NVO News / 27 April 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Inisiatif tingkat kefahaman sistem kewangan Islam

TRANSAKSI sesama manusia hendaklah dilaksanakan dengan adil dan telus, sekali gus menutup sebarang ruang penindasan. Ini merupakan ajaran asas dalam fekah muamalat yang kemudian diterjemah dalam suatu bentuk sistem kewangan yang dikenali sebagai sistem kewangan Islam.
Justeru, pemahaman terhadap sistem kewangan Islam yang menyeluruh boleh membantu mewujudkan keadilan sosioekonomi dan kesaksamaan pengagihan pendapatan.
Kewujudan kewangan Islam yang berlandaskan hukum syarak ini bertitik tolak daripada matlamat untuk mewujudkan kesejahteraan ekonomi dengan kadar pertumbuhan yang optimum.
Konsep kewangan ini bukan sesuatu yang baharu. Sejak perkembangan Islam di kepulauan Nusantara pada abad ke-12, undang-undang Islam dalam perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan.
Dalam Undang-Undang Melaka, terdapat beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan jual beli.
Selepas kemerdekaan, permintaan untuk mewujudkan satu institusi kewangan Islam meningkat. Pada tahun 1963, Lembaga Tabung Haji ditubuhkan bertujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia menabung untuk menunaikan ibadah haji.
Kejayaan Tabung Haji menyebabkan timbul usul untuk menubuhkan perbankan Islam. Hasilnya, Kabinet meluluskan penubuhan bank Islam pertama pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad disusuli Syarikat Takaful Malaysia Berhad selaku pengendali takaful yang pertama pada tahun 1984.
Sejak itu, perbincangan tentang kewangan Islam banyak didominasi perihal industri perbankan Islam dan takaful.
Salah faham
Pertama, membersihkan salah faham masyarakat awam tentang sistem kewangan Islam, khususnya perbankan Islam.
Analogi kefahaman tentang kewangan Islam ini umpama air yang bersih dan jernih, manakala salah faham sesetengah masyarakat Malaysia pula umpama sebuah cawan yang terdapat kekotoran di dalamnya.
Apa yang wajar dilakukan ialah membersihkan dahulu kekotoran yang terdapat di dalam cawan, sebelum menuangkan air bersih untuk diminum.
Disebabkan itu, kita percaya kajian dan jawapan terhadap sebarang salah faham terhadap kewangan Islam melalui media massa dapat membantu memberi kefahaman baharu.
Kedua, melakukan penjenamaan semula terhadap kewangan Islam. Ia bukan sekadar menukar logo atau simbol korporat baharu tetapi mewujudkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan.
Institusi kewangan Islam majoritinya menawarkan produk dan perkhidmatan dengan terma-terma yang lebih bersifat eksklusif. Dalam erti kata menjenamakan produk dan perkhidmatan itu dengan terma yang tidak difahami oleh masyarakat.
Transformasi boleh membantu pemahaman masyarakat untuk mengenali sistem perbankan Islam dengan lebih dekat.
Ketiga, memperkenalkan mata pelajaran perihal kewangan Islam di peringkat sekolah bagi memberi kefahaman asas kepada generasi muda.
Saya percaya dengan tiga inisiatif asas ini, iaitu membersihkan salah faham, melakukan penjenamaan semula dan memperkenalkan mata pelajaran tentang kewangan Islam, kita boleh meningkatkan lagi kefahaman terhadap kewangan Islam, khususnya berkaitan perbankan Islam di dalam kalangan masyarakat Malaysia.
(Kosmo / 23 Mei 2014)