Terkini

Wednesday 27 August 2014

WIEF bincang ekonomi Islam

FORUM Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-10 yang akan berlangsung di Dubai Oktober ini, bakal membincangkan pembentukan ekonomi Islam dianggarkan berjumlah RM25.3 trilion (USD 8 trilion).

Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam berkata, penekanan akan diberikan kepada tiga aspek utama melibatkan pembangunan wakaf, pemerkasaan wanita dalam kerjaya dan pengekalan kerja.

“Pembangunan wakaf akan diutamakan memandangkan kami melihat potensi sangat besar. Ramai orang tidak begitu tahu mengenai wakaf.

“Ia bukan semata-mata untuk aktiviti keagamaan, tetapi ia boleh meliputi setiap aspek kehidupan seperti kemudahan infrastruktur dan lain-lain untuk manfaat masyarakat,” katanya pada sidang media sempena pelancaran WIEF ke-10 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri Dubai, Abdul Rahman Saif Al Ghurair dan Pengarah Kumpulan Bank Pembangunan Islam, Pegawai Serantau bagi Asia Tenggara, Kunrat Wirasubrata.

Dalam pada itu, Kunrat berkata, kebanyakan kerajaan, peniaga dan individu kini semakin sedar peranan yang perlu dimainkan mereka dalam menangani isu sosial seperti kemiskinan dan kebuluran kerana pertumbuhan ekonomi akan memberi peluang membantu golongan kurang bernasib baik.

“Dengan memperkenalkan semula instrumen sosial seperti wakaf, masyarakat Islam akan berada dalam keadaan baik untuk membawa perubahan dalam merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

“Kita lihat minat yang semakin meningkat dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi yang berusaha untuk berbakti kepada masyarakat menerusi penggunaan wakaf Islam,” katanya.

WIEF bakal berlangsung selama tiga hari bermula 28 Oktober ini di Madinat Jumeirah Conference Centre, Dubai dan dijangka dihadiri lebih 2,500 peserta daripada 140 negara.


(Sinar Harian / 27 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Malaysia: Kerjasama Lebih Luas Penting Untuk Mengantarabangsakan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerjasama antara penggiat pasaran kewangan Islam perlu diperkukuhkan lagi dalam usaha menjamin pertumbuhan berterusan industri itu, terutama di arena antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Bhd, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

"Banyak usaha telah diambil oleh pengendali dan penggiat setakat ini dalam mengembangkan industri kewangan Islam dan dalam menyediakan persaingan dan tawaran mampan, sama ada untuk pasaran tradisional atau bukan tradisional.

"Bagaimanapun, kerjasama lebih meluas dalam kalangan berkepentingan akan memberikan manfaat diperlukan untuk merangsang lagi pertumbuhan.

"Jika anda yakin dalam mengantarabangsakan kewangan Islam, tidak ada cara lain melainkan melalui pemuafakatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Kamarul juga berkata saiz industri kewangan Islam global dianggarkan mencecah US$1.8 trilion pada 2013.

Bagaimanapun, ia kekal satu pecahan kecil daripada industri kewangan global keseluruhannya dengan tumpuan terutama di pasaran majoriti Islam seperti Arab Saudi dan Malaysia, yang menerajui industri global daripada segi saiz aset.

Beliau juga berkata hakikat bahawa minat untuk meneroka ke dalam industri kewangan Islam telah dilahirkan oleh negara-negara bukan Islam seperti Jerman, Luxembourg, Perancis, Australia, Korea Selatan dan Jepun.

Penubuhan prasarana pasaran dan kerangka penyeliaan di negara-negara berkenaan kini di pelbagai peringkat pembangunan, kata beliau.

"Anda perlukan prasarana sokongan dalam usaha untuk mengembangkan pasaran itu.

"Industri ini juga memerlukan lebih ramai profesional yang mahir dan terlatih dalam perbankan dan kewangan Islam," katanya.

Pada masa kini, sejumlah besar daripada mereka berada dalam pasaran tradisional seperti Malaysia dan negara-negara di Timur Tengah, manakala di pasaran bukan tradisional jumlahnya masih terlalu rendah, kata Kamarul.

Beliau berkata perluasan global mungkin memerlukan bank-bank Islam untuk meluaskan keupayaan sedia ada atau menjalin kerjasama strategik, katanya.

Dialog antara penggiat industri adalah satu lagi komponen untuk membantu meluaskan kewangan Islam dan ini adalah matlamat utama Forum Kewangan Islam Global (GIFF) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2-4 September 2014.

GIFF 2014, dianjurkan oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), yang dianggotai Affin Islamic Bank Bhd dengan Kamarul sebagai Timbalan Presiden.

"Kami akui ketika ini, tidak ada forum sebenar untuk pasaran dengan tahap pembangunan berbeza dan kami harap GIFF akan menjadi forumnya," kata Kamarul sambil menambah bahawa GIFF akan menyediakan satu platform untuk penggiat pasaran untuk bermuafakat dan membantu peserta baharu membangunkan kewangan Islam dalam pasaran mereka.

Forum itu yang akan dirasmikan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bertemakan "Marketplace for Global Linkages".

Ia bertujuan berkongsi pengalaman dalam membangunkan kewangan Islam, termasuk pengalaman Malaysia dalam membina satu ekosistem menyeluruh untuk industri dan memacu transaksi rentas sempadan.


(Pertubuhan Berita Nasional Malaysia / 27 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday 26 August 2014

100 tokoh pemikir kongsi pandangan pada Forum Kewangan Islam 2014


Lebih 100 tokoh pemikir dari seluruh dunia akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai isu penting dalam kewangan Islam pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di Kuala Lumpur dari 2 hingga 4 Sept.

Dianjurkan oleh Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), forum itu akan melibatkan program pelbagai hala, dialog dan rantaian dalam industri.

Presiden AIBIM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata forum bertemakan Pasaran untuk Perhubungan Global itu juga menyediakan platform untuk peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.

"Kita sudah menyaksikan pertumbuhan baik dalam kewangan Islam, dan sudah sampai masanya untuk bergerak ke peringkat seterusnya. Kali ini kami mahu bekerja bersama dalam pasaran antarabangsa," katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur Rabu.

Beliau berkata rantaian global itu akan meluaskan kewangan Islam dan meletakkannya pada tahap yang sama dengan kewangan konvensional atau menawarkannya sebagai satu alternatif supaya dapat diterima di peringkat antarabangsa.

"Kami mahu bekerjasama, dan jika ada pihak yang memerlukan bantuan, pengawal atur dan persatuan itu sedia membantu," katanya.

Penceramah utama pada forum itu termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Ranjit Ajit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa Prof Datuk Rifaat Ahmed Abdel Karim, penerima Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam Iqbal Khan, dan CEO Bank of London and The Middle East Plc Humphrey Percy.

Acara kemuncak forum itu termasuk sesi khusus mengenai pembangunan pasaran untuk rantaian global, forum perbankan dan Kewangan Islam, forum pengawal atur, rundingan meja Bulat CEO dan dialog pembiayaan hijau.

Redza berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Sultan Badlishah dijadual berangkat dan menyampaikan Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam GIFF2014 kepada tokoh Kewangan Islam berwawasan yang telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial dunia.

Forum itu dianjurkan bersama oleh BNM, SC, Persatuan Takaful Malaysia, Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia.


(Agenda Daily / 26 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday 22 August 2014

Muhyiddin Pelawa Komuniti Global Sertai Pasaran Kewangan Islam Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa komuniti kewangan Islam global menjalin usaha sama dan meraih manfaat bersama daripada pasaran kewangan Islam Malaysia.

Beliau berkata pasaran kewangan Islam Malaysia yang komprehensif dan progresif dan berkembang sepanjang dekad yang lepas, sangat penting dalam perdagangan merentas sempadan dan memudahkan aliran dana di seluruh dunia.

"Menerusi pelaksanaan 30 tahun dalam pembangunan kewangan dan perbankan Islam, Malaysia mempunyai barisan produk kewangan Islam yang komprehensif, disokong oleh latar belakang rangka kerja perundangan berlandaskan Syariah yang dikawal selia," katanya.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Gala dan melancarkan Majlis Antarabangsa Pendidik Kewangan Islam (ICIFE) di sini malam ini, Muhyiddin memuji Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ulama Syariah dan komuniti kewangan Islam atas usaha mereka mengangkat pasaran kewangan Islam Malaysia ke tahap yang tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenal Malaysia kepada arena antarabangsa dengan identiti jenama ikonik baharu iaitu "Malaysia: Pasaran Kewangan Islam Dunia" pada 2013.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penubuhan ICIFE tepat pada masanya dalam memastikan kualiti dan profesionalisme dalam kalangan pendidik Kewangan Islam.

Beliau berharap ICIFE akan membangun secara progresif pada masa depan, menjadi sebuah organisasi global terunggul yang menyediakan kepimpinan yang dinamik dalam jaminan kualiti dan meningkatkan pendidikan kewangan Islam di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan sedar bahawa semakin banyak universiti awam dan swasta kini menawarkan program Kewangan Islam dan Muamalat

"Kesukaran yang dihadapi sebelum ini kerana tiadanya konsensus kebangsaan bagi kurikulum pendidikan standard untuk Kewangan Islam, kini sudah diatasi," kata Muhyiddin.

Beliau berkata standard pendidikan kewangan Islam berasaskan pasaran, yang diluluskan dan diiktiraf oleh Jaminan Kualiti Malaysia, oleh negara ini diwujudkan menerusi kerjasama pendidik Kewangan Islam yang diketuai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kementerian Pendidikan dan penggiat industri.


(Pertubuhan Berita Nasional Malaysia / 22 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday 21 August 2014

Malaysia: Pembiayaan Islam disasar 40 peratus sistem kewangan menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Pembiayaan Islam di negara ini diunjur meningkat hingga 40 peratus menjelang tahun 2020 daripada kira-kira 26.9 peratus ketika ini berikutan pertumbuhan sistem kewangan Islam yang sungguh menggalakkan.
Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia (BNM), Wan Mohd Nazri Wan Osman, berkata unjuran itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang seharusnya dicapai, tetapi lebih bersifat untuk menilai dan membuat jangkaan pertumbuhannya dalam tempoh tertentu.
Beliau berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran pertumbuhan tahunan untuk pembiayaan Islam tetapi unjuran itu bertujuan membantu pihak terbabit menilai sama ada persediaan negara adalah mencukupi atau tidak bagi menghadapi pertumbuhan sistem kewangan Islam.
"Ia bukan sasaran yang tinggi atau perlu dipenuhi, tetapi adalah visi kami mengenai bagaimana kewangan Islam seharusnya berkembang dan mencapai tahap peningkatan yang sepatutnya," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan Pendidikan Kewangan Islam (IFE) di sini hari ini.
Hadir sama Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamaruddin.
Persidangan IFE selama dua hari anjuran bersama BNM dan UIAM itu bermatlamat menghasilkan kurikulum untuk standard antarabangsa bagi kewangan Islam sebagai panduan untuk universiti itu menghasilkan graduan berkualiti dalam bidang berkenaan.
Ia menghimpunkan pembuat dasar, pelaksana, penyelidik dan pendidik untuk membangunkan kurikulum paling bertepatan untuk projek berkenaan.
Wan Mohd Nazri berkata, BNM berharap penganjuran persidangan IFE seperti itu mampu mengupas dan menghasilkan idea terbaik menghasilkan kurikulum bertepatan untuk menghasilkan graduan di bidang kewangan Islam yang memenuhi kehendak pasaran.
"Apa yang penting, pertumbuhan kewangan Islam yang diharapkan mestilah sejajar dengan kaedah atau kehendak yang ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Zaleha berkata IFE adalah satu daripada 16 projek permulaan bagi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) - Pendidikan yang mana UIAM dan BNM berperanan sebagai peneraju utama.
(BH Online - 21 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday 12 August 2014

Pilih Institusi Kewangan Islam Untuk Beli Rumah - Tengku Abdullah

KUANTAN, 12 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di negeri ini yang berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri disaran memilih institusi kewangan Islam bagi membiayai permohonan pinjaman pembelian rumah masing-masing.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, selain mempunyai elemen patuh syariah yang bebas riba atau faedah, sistem itu juga mempunyai perlindungan insurans takaful kepada para peminjam.

"Saya berpendapat bahawa institusi kewangan Islam di negara ini mampu dalam menyediakan kaedah pembiayaan pemilikan rumah yang mematuhi syariah dan kompetitif. Antara kaedah yang popular ialah Bai Bithaman Ajil dan kontrak perkongsian musyarakah mutanaqisah.

"Kaedah ini telah diluluskan oleh majlis penasihat syariah, Bank Negara Malaysia dengan merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa (Muamalat) peringkat negeri Pahang di sini Selasa.

Turut hadir, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sementara itu Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata pengenalan dua sistem pembiayaan perumahan secara Islam itu dapat memberi penjelasan dengan lebih teliti kepada umat Islam mengenai kaedah pembelian rumah yang berbeza dengan pinjaman menerusi sistem kewangan konvensional.

"Sistem ini belum pernah diamalkan di mana-mana negara dan kita berharap agar dapat mempelopori sistem ini khususnya bagi membantu umat Islam memiliki kediaman menerusi sistem kewangan yang mengikut hukum syarak," katanya.


(Pertubuhan Berita Nasional Malaysia / 12 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Monday 4 August 2014

Malaysia: FPAM: Perancang Kewangan Mesti Berkelayakan, Miliki Lesen BNM Atau SC Utk Beri Khidmat

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pengguna yang memerlukan perkhidmatan perancang kewangan mesti memastikan mereka mendapatkan khidmat perancang kewangan yang berkelayakan dan memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Seorang perancang kewangan yang sah mesti mempunyai pengalaman kerja tiga tahun dalam industri itu dan bukan hanya memiliki sijil atau kelayakan, kata Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM).

Semua pengamal perancang kewangan dan penasihat juga perlu memohon Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) daripada SC atau Lesen Wakil Penasihat Kewangan (FARL) daripada BNM.

Dalam sebuah rencana bertajuk "Saya mahu khidmat perancang kewangan, bagaimana mencarinya?", FPAM menawarkan beberapa panduan siapa yang harus dicari oleh pelanggan untuk mendapatkan khidmat perancang kewangan dan sama ada beliau memiliki lesen untuk menawarkan nasihat kewangan.

Sebagai contoh, ia menunjukkan bagaimana pelanggan boleh membezakan antara seorang perancang yang memiliki CMSRL dan seorang lagi Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) serta siapakah yang harus ditemui untuk mendapatkan bimbingan dalam perancangan dan nasihat kewangan.

FPAM berkata bagi kebanyakan penduduk Malaysia, profesional perancang kewangan, sama ada perancang kewangan atau penasihat, biasanya mempunyai beberapa gelaran pada nama mereka seperti Perancang Kewangan Berdaftar (RFP), Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC) dan CMSR yang biasanya membingungkan dan bukannya melegakan.

Ia berkata pelanggan harus sedar bahawa semua pemegang CMSRL mempunyai gelaran Perancang Kewangan Berlesen dan skop kerja mereka meliputi perancang kewangan menyeluruh dan mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian.

"Mereka diberi hak untuk menandatangani rancangan kewangan anda," kata FPAM.

Pemegang FARL mempunyai gelaran Penasihat Kewangan dengan skop kerja mereka juga meliputi nasihat dan nasihat kewangan berkaitan insurans.

Lesen hanya diberikan sebaik sahaja mereka, sama ada memiliki sijil RFP, pensijilan Perancang Kewangan Islam atau sijil CFP diiktiraf antarabangsa.

"Semasa memilih perancang kewangan, anda perlu membezakan antara individu yang memiliki sijil perancang kewangan tetapi tiada lesen untuk menawarkan perkhidmatan, dan perancang kewangan yang memiliki kedua-dua sijil dan lesen.

"Oleh itu lebih baik anda memastikan perancang kewangan atau penasihat berlesen sebelum menggunakan perkhidmatannya. Ini mudah dilakukan secara dalam talian menerusi laman web BNM atau SC," kata persatuan itu.


(Bernama / 04 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday 3 August 2014

Penguasaan ekonomi lawan Zionis

SAYA pernah ditanya oleh rakan-rakan saya sama ada mampukah umat Islam menentang rejim zionis yang diketahui melakukan kekejaman yang cukup dahsyat ke atas rakyat Palestin. Sudah beribu-ribu mangsa yang tidak berdosa dibunuh dan dicederakan oleh rejim Zionis. Sebelum persoalan ini dapat dijawab dengan baik, seelok-eloknya kita perlu menganalisis keadaan semasa yang berlaku ke atas umat Islam dan kekuatan bangsa Israel yang dilaknat oleh Allah SWT ini.

Sejak dahulu lagi, bangsa Yahudi amat dibenci oleh bangsa-bangsa lain. Punca utamanya kerana mereka sentiasa melakukan kekacauan dan masalah kepada bangsa lain. Misalnya, Adolf Hitler yang diketahui cukup membenci bangsa Yahudi kerana bangsa ini telah menguasai ekonomi Jerman hingga berlakunya ketidakseimbangan ekonomi di negara itu.

Begitu juga, sejarah membuktikan bahawa bangsa Yahudi pernah dihalau oleh Raja England kerana menindas penduduk negara itu. Mereka mengenakan kadar faedah yang cukup tinggi kepada penduduk England bagi setiap sen wang yang dipinjam oleh penduduknya. Natijahnya, bangsa Yahudi semakin kaya, manakala bangsa lain yang miskin semakin papa. Sebab itulah Islam mengharamkan riba dan mempunyai sistem ekonomi dan kewangan yang berkali-kali ganda lebih baik berbanding sistem kapitalis yang diamalkan mereka.

Dengan mengamalkan sistem ekonomi dan kewangan yang zalim, mereka menguasai ekonomi dunia. Kini, bangsa ini telah menggunakan sepenuhnya penguasaan ekonomi mereka di seluruh dunia untuk bermaharajalela ke atas bangsa Palestin dan juga musuh-musuh mereka terutamanya umat Islam. Pada satu ketika, kita boleh lihat bagaimana angkuhnya bangsa ini menyerang bertubi-tubi Gaza dan penduduk Palestin. Bangsa ini tidak pernah mempedulikan sebarang demonstrasi ke atas mereka. Jauh sekali untuk menghormati bangsa-bangsa lain di dunia.

Penguasaan ekonomi mereka dipanjangkan ke atas penguasaan sektor-sektor utama dunia yang lain. Misalnya, mereka menguasai media antarabangsa yang saban hari memomokkan bahawa mereka sahaja yang betul dan musuh mereka sentiasa melakukan kesalahan. Bagi mereka, pengganas ialah rakyat Palestin, manakala mereka pula hero yang kononnya perlu mendapat simpati dan pembelaan dunia kerana mempertahankan hak mereka. Sebab itulah sesuatu yang tidak mengejutkan apabila mereka menuduh pula negara kita melatih rakyat Palestin yang digelar mereka sebagai pengganas. Strategi memalsukan fakta adalah sifat mereka yang suka berbohong untuk memburuk-burukkan orang lain. Bangsa ini sanggup berbuat apa sahaja meskipun melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.

Tuduhan

Lupakah kita bahawa negara boneka mereka iaitu Amerika Syarikat (AS) juga telah membuat tuduhan palsu ke atas serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC), kononnya orang Islam menyerang AS? Lupakah kita bahawa AS juga telah berbohong dengan nyata kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran bagi menjustifikasikan serangan mereka ke atas Iraq pada tahun 2003? Sampai sekarang pun tiada sebesar zarah pun bukti bahawa Iraq memiliki senjata itu tetapi akibat serangan tersebut umat Islam Iraq bertelagah dan tidak pernah hidup aman sehingga sekarang. Tidakkah kita mengetahui semua ini berlaku kerana tangan-tangan ajaib yang sememangnya sudah lama menguasai tampuk pemerintahan AS.

Siapa pun Presiden AS, sebenarnya tiada sebarang harapan untuk melihat nasib umat Islam Palestin terbela. Namun, negara kuasa besar ini tanpa malu mengakui diri mereka sebagai 'polis dunia' yang kononnya menjaga keamanan dunia. Walhal, merekalah punca kacau-bilau yang berlaku di seluruh dunia. Terbaharu, AS mengakui menyalurkan bekalan peluru dan bom mortar kepada Israel untuk membunuh orang Islam Palestin. Apa yang boleh kita harapkan dengan sebuah negara kuasa dunia yang mana di belakangnya rejim Zionis yang membunuh rakyat Palestin?

Kalau negara lain yang tidak menyokong AS dan Israel menyalurkan senjata kepada mana-mana pihak yang tidak disukai AS dan Israel, sudah pasti mereka akan ditentang habis-habisan kononnya membantu pengganas. Bahkan, cepat-cepat dikenakan sekatan ekonomi ke atas negara berkenaan.

Semua orang mengetahui, pelobi-pelobi Yahudi yang kaya raya akan menentukan siapakah bakal Presiden AS. Malahan, dalam kebanyakan hal, AS mengambil sebarang tindakan demi kepentingan Israel.

Melihat betapa kuatnya sokongan AS ke atas Israel dengan mengambil kira penguasaan ekonomi bangsa Yahudi ini di seluruh dunia, bagaimana umat Islam umumnya dan orang Palestin khasnya mampu mempertahankan hak-hak mereka? Rata-rata, kita hanya mampu memarahi mereka. Selebihnya, mengggunakan pendekatan memboikot produk dan perkhidmatan bangsa Yahudi.

Pendekatan ini sememangnya menggambarkan betapa bencinya umat Islam kepada rejim Zionis dan sedikit sebanyak memberi kesan ke atas bangsa paling kejam ini. Namun, sudah sampai masanya umat Islam mengambil tindakan yang betul-betul 'menyentap' jiwa dan sanubari bangsa Zionis ini.

Kaedah terbaik ialah umat Islam perlu terlebih dahulu bersatu padu. Kita tidak boleh sesekali menyuruh orang lain melakukannya jika kita sendiri di Malaysia tidak terlebih dahulu melakukannya untuk memberi contoh kepada umat Islam di negara-negara lain. Usah kita mengimpikan negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) bersatu padu kalau kita sendiri tidak memulakannya.

Bersatu

Umat Islam di Malaysia sendiri perlu segera bersatu padu dalam semua perkara melibatkan kepentingan umat Islam. Usah kita terlalu bercakaran sampaikan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Ini tidak, tatkala umat Islam di Palestin dibom dan dibunuh di bulan Ramadan dan Syawal, umat Islam di Malaysia pula bercakaran sesama sendiri sampaikan ada pihak semakin berani menghina Islam. Ini kerana umat Islam di Malaysia semakin berpecah belah.

Kalau kita sendiri tidak kuat dan lemah, mampukah kita membantu orang lain? Terlalu berpolitik sepanjang masa demi kepentingan diri sendiri dan keluarga sehingga terlupa untuk memajukan umat Islam. Pemimpin-pemimpin politik Islam perlu menunjukkan contoh yang terbaik dan bukannya bertelagah sehingga merugikan umat Islam Malaysia. Pemimpin-pemimpin perniagaan dan korporat Islam pula usahlah berseteru semata-mata berebut kuasa dan pangkat. Mudah sahaja kerja musuh-musuh Islam untuk memporak-perandakan umat Islam, jika kita tidak bersatu padu.

Kekuatan umat Islam berpaksikan kepada pegangan terhadap ajaran Islam yang menyuruh kita supaya sentiasa bersatu padu. Melalui perpaduan ini, umat Islam akan mampu membangunkan dan memajukan ekonomi mereka. Mana mungkin, umat Islam dapat memajukan ekonomi mereka, jika masa yang diberikan oleh Allah SWT dihabiskan dengan kerja-kerja yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada umat Islam seperti bercakaran dan memfitnah orang lain.

Lihatlah bagaimana sebuah bank yang berpangkalan di sebuah negara yang menyokong Israel dengan sewenang-wenangnya dilaporkan bercadang untuk menutup akaun badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam. Mudah sahaja mereka memperkotak-katikkan umat Islam. Itu belum mengambil kira, tiada satu pun negara Islam yang berani tampil membantu rakyat Palestin berjuang melawan dan menentang Zionis dalam mempertahankan negara mereka daripada dibom dan dihujani peluru.

Maruah umat Islam dipijak-pijak serendah-rendahnya setiap kali negara Palestin dibom dan penduduknya dibunuh dengan kejamnya. Hanya dengan bersatu padu dan mengikut ajaran Islam, umat Islam mampu menguasai ekonomi dan menentang kebiadapan rejim Zionis. Seterusnya, mengembalikan maruah umat Islam yang selama ini dihina dan diperlekehkan oleh rejim Zionis, laknatullah.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia.

(Utusan Online / 03 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Friday 1 August 2014

Indonesia: Pendidikan Ekonomi Islam Penting Diberikan Sejak Dini


Jakarta - Mengutip komentar Syaikh Musthafa al-Ghalayaini, seorang ulama Mesir, dalam kitabnya ‘idzotun nasyiin bahwa anak adalah tokoh di masa mendatang. Anak akan menjadi generasi dan tokoh penting di masanya, maka ia harus dibiasakan sejak dini dengan pola pikir dan tingkah laku yang positif dengan pendidikan yang baik dan berkualitas. Sebab kepribadian seorang anak tergantung pada bagaiamana orang tuanya dalam mendidik. Anak diibaratkan sebuah fotografi yang dapat mengambil gambar setiap pemandangan dengan beraneka warna. Artinya seorang anak yang masih dalam usia labil dengan mudah berkarekter seperti apa yang ia jumpai di dalam kehidupannya. Dia dapat berkarakter dan bertingkah laku baik maupun buruk sesuai dengan apa yang ia dapati dalam pendidikan keluarganya maupun dalam pergaulannya dengan teman-temannya. 

Dari sinilah peran pendidikan keluarga sangat urgen sekali membentuk pribadi seorang anak. Tanpa kita pungkiri bahwa setiap karakter kepribadian seorang anak tergantung pada pendidikannya di usia dini. Imam Al-Ghazali mengungkapkan bahwa anak merupakan bentuk amanah yang dianugerahkan Allah pada kedua orang tuanya. Hatinya bersih sebersih mutiara, bening tanpa tercampuri ukiran dan gambar apa pun. Bilamana orang tua mendidik anaknya dengan ucapan yang baik, perilaku yang baik, pola pikir dan ilmu maka ia pun akan menjadi seorang yang berkarakter dan berjiwa baik, berprinsip dan penuh kejujuran.

Orang tua dalam mendidik anaknya menjadi anak yang baik dan berkualitas tidak cukup hanya dengan memberikan materi, mengajarkan kebaikan, dan menunjukkan pada hal-hal yang baik begitu saja, tetapi orang tua harus memberi contoh dengan berprilaku baik pula pada anak-anaknya, memberi tauladan qur’ani dan berlemah lembut serta punya sifat kasih sayang. Jika anaknya melakukan kesalahan, orang tua tidak langsung memarahinya di depan umum tetapi memberi pemahaman dengan kasih sayang. Pola pendidikan semacam ini lebih melekat dalam hati setiap anak, sebab anak lebih dapat berprilaku seperti perilaku yang dicontohkan kedua orang tuanya.

Dalam keseharian, orang tua dituntut untuk mengajarkan dan sekaligus menerapkan nilai kesederhanaan hidup, tidak terlalu boros dan tidak terlalu kikir. Orang tua juga wajib mengajarkan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang harus dilakukan dan mana yang harus ditinggalkan agar seorang anak mempunyai karakter soleh dan dapat membedakan mana yang sesuai dengan prinsip hati nuraninya dan tidak terjerumus pada tindakan yang merugikan dunia dan akhirat. Sebab, bilamana anak itu tahu tentang mana yang bahaya, seperti hukum haramnya riba dalam praktik perekonomian, niscaya dia akan lebih berhati-hati dan menjauhinya. 

Disiplin ilmu ekonomi Islam atau yang kita kenal dengan sebutan ekonomi syariah menjadi kewajiban setiap muslim untuk mengetahui dan mempraktikkannya dalam dunia nyata. Tidak hanya menjadi sebuah teori melainkan menjadi sebuah kewajiban yang harus diterapkan dan dipraktikkan dalam keseharian. Hal ini mustahil akan terwujud tanpa adanya fasilitas pemahaman, pengetahuan tentang ekonomi syariah yang notabene bersumber dari wahyu Ilahi yang menjunjung tinggi asas keadilan dan kesejahteraan, dan tanpa adanya kontribusi orangtua, guru dan lembaga-lembaga lainnya yang berkomitmen kuat memajukan ekonomi syariah pada jiwa anak bangsa ini sejak dini.

Ala kulli hal, pendidikan ekonomi usia dini sangat membantu membangun karakter seseorang menjadi pribadi yang Islami, membiasakan diri bermuamalah dengan praktik yang sesuai syariah, tidak melakukan kecurangan dan tindakan korupsi dalam berbisnis.


(Detik Ramadhan / 01 Ogos 2014)
---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com