Terkini

Thursday 12 December 2013

Nilai Kewangan Islam diunjur RM6.42 trilion


Nilai industri kewangan Islam global dijangka meningkat kepada AS$2 trilion (RM6.42 trilion) tahun depan berbanding AS$1.3 trilion (RM4.17 trilion) kini berikutan penerimaan lebih meluas masyarakat dunia terhadap sistem kewangan itu. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata susulan itu Malaysia sebagai antara peneraju global dalam bidang kewangan Islam perlu lebih proaktif memasarkan pelbagai produk ke luar negara untuk meraih peluang daripada pertambahan permintaan terhadap kewangan Islam.


“Masyarakat dunia mula memahami bahawa sistem kewangan Islam ini lebih stabil, tidak tergugat dengan kejatuhan ekonomi dunia dan adil dari segi pembahagian keuntungan.


“Justeru, saya melihat prospek industri kewangan Islam akan terus berkembang pada masa akan datang,” katanya semasa ditemui pemberita selepas melancarkan majalah kewangan Islam terbitan Islamica Money Group (IMG), Islamic Banker Asia di Petaling Jaya, semalam. 

Ahmad berkata, peningkatan penerimaan masyarakat dunia terhadap kewangan Islam sudah terbukti antara lain ialah apabila negara bukan konservatif seperti United Kingdom (UK) mula menerbitkan bon berlandaskan Syariah atau sukuk. (Berita Harian/12 Dis 2013)

---
Latihan & Perundingan: www.alfalahconsulting.com 
Perunding & Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Pelaburan Saham Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com 
Islamic Unit Trusts Investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment