Terkini

Thursday 19 November 2020

Pernah dengar mengenai saham 'blue chip'?




Pernah dengar mengenai saham 'blue chip'?

Saham 'blue chip' merupakan syarikat-syarikat besar tersenarai di dalam Bursa Malaysia yang mempunyai reputasi tinggi, terutamanya daripada segi kedudukan kewangan dan kestabilan syarikat.

Istilah 'blue chip' diambil daripada permainan poker, di mana cip berwarna biru adalah cip yang paling mahal. Ya, walaupun harga saham tersebut boleh dikatakan agak mahal, ianya masih digemari dan popular di kalangan pemain saham kerana kekuatannya untuk kekal stabil semasa kegawatan ekonomi dan sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang.

PMB Shariah Premier Fund (PMB SPF) adalah dana ekuiti jenis pertumbuhan di bawah pengurusan PMB Investment yang telah memenangi pelbagai anugerah tertinggi berkaitan pelaburan dana unit amanah patuh syariah di Malaysia serta global. Sesuai dengan namanya yang 'Premier', dana ini memberikan fokus dalam saham-saham 'blue chip', iaitu 50 saham patuh syariah terbesar dari segi pasaran modal (pada waktu pembelian) tersenarai dalam Bursa Malaysia. Dengan kata lain, pelabur PMB SPF secara tidak langsung memiliki pelaburan dalam sebahagian saham-saham ini dengan modal rendah.

Untuk melihat sendiri prestasi PMB SPF ketika ini, anda boleh rujuk fakta dana di laman web kami dan PM sahaja mana-mana konsultan kami atau hubungi pejabat jualan PMB Investment berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum melabur.

✅ Untuk melabur dalam dana PMB SPF dan 15 dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL


No comments:

Post a Comment